Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Sewaktu Alia baru sahaja ingin berehat, tiba-tiba lampu emergency alarm di skrin komputernya menyala. Ini menandakan ada kecemasan di antara salah seorang pesakit. Setelah meneliti seketika emergency alarm tersebut datang dari katil nombor 10. Tanpa berlengah Alia terus keluar dari biliknya untuk menuju ke katil nombor 10 yang berada betul-betul di hadapan biliknya. Sebaik sahaja menolak pintu bilik yang menempatkan katil nombor 10, dia ternampak Zafril sedang tersengih ke arahnya sambil memegang alat kecemasan tersebut. 'Shit! Dia sengaja kenakan aku lagi!!' getus Alia geram. Dadanya sudah turun naik menahan geram. 'Sabar Alia, sabar…,' satu suara dari dalam dirinya berkata-kata. Kemudian, datang pula dua orang nurse yang turut menyangka ada kecemasan. "Tak apa, awak berdua boleh keluar dulu. Saya akan uruskan semuanya," ujar Alia kepada kedua-dua nurse tersebut. "Are you sure doc?" "Yes," balas Alia. "Ada apa yang saya boleh tolong?" tanya Alia kepada Zafril sebaik sahaja nurse-nurse itu keluar. Dia cuba mengawal dirinya yang telah dikuasai kemarahan. "Takde apa-apa. Saya cuma rasa benda ni menarik je, sebab tu saya tekan," jawab Zafril sambil menunjukkan alat tersebut kepada Alia tanpa rasa bersalah. 'Dia ni betul ke tak? Takkan benda macam ni pun dia nak buat main. Kalau budak-budak yelah jugak tapi ni dah tua, dah boleh jadi bapak budak pun!!' Alia membebel di dalam hati. "Kalau takde apa-apa, saya pergi dulu," ujar Alia sambil berjalan keluar. Ketika itu dia di sapa oleh seseorang. "Eh, Alia in-charge wad ini ke?" tanya lelaki yang dalam lingkungan akhir 50-an. "A'ah… Tuan Din buat apa dekat sini?" tanya Alia separuh terkejut. "Saya nak melawat orang rumah saya," ujar Syed Zainuddin sambil menunjukkan ke arah Noraida. "Ohh…," balas Alia. Dia fikir Zafril sengaja menipunya. Kemudian baru dia teringat, Zafril adalah pemuda yang memarahinya pagi tadi. 'Macam mana lah aku boleh tak perasan mangkok ni yang bukan main berlagak lagi pagi tadi,' desis Alia. Ketika itu dia memandang ke arah Zafril yang sedang duduk di sisi emaknya, sesekali tangannya mengusap rambut emaknya. 'Patutlah dia marah-marah aku bile mak dia tak sedarkan diri… Dia sayang sangat dekat emak dia.. Nampak aje macam tu, rupanya anak emak,' detik Alia. Kadangkala dia cemburu melihat orang yang mempunyai emak sendiri. Sedangkan dia dibesarkan di rumah anak-anak yatim yang hanya mempunyai seorang 'mak' dan terpaksa berkongsi kasih dengan hampir 100 orang anak-anak yatim yang lain. Hampir menitis air matanya jika teringatkan segala kenangan sewaktu kecilnya. Sewaktu di sekolah rendah, hampir setiap hari dia akan di ejek dan dipulaukan oleh rakan-rakan sekelasnya kerana tidak mempunyai ibu bapa sehingga adakalanya dia tidak mahu ke sekolah lagi. Tapi selepas dipujuk oleh 'mak' iaitu Puan Fauziah, dia akan datang ke sekolah semula. Begitulah hari-hari… sehinggalah masuk ke sekolah menengah, baru dia dapat menerima kenyataan bahawa tak membawa kudis pun jika menjadi anak yatim. Sejak itu dia berazam untuk mencapai cita-citanya bergelar doktor agar tidak ada sesiapa lagi dapat mempertikaikan yang anak yatim tidak boleh berjaya. Kini terbukti, tidak kira siapa jika rajin berusaha pasti akan mencapai cita-cita mereka. "Alia, are you okay?" tanya Syed Zainuddin kerana dia perasan akan riak wajah Alia yang agak mendung. "I'm okay. Saya masuk bilik saya dulu," tanpa menunggu jawapan daripada Syed Zainuddin, Alia terus berlalu. "Abang, did you do something to Alia?" tanya Syed Zainuddin sebaik sahaja memasuki bilik rawatan isterinya. "No," balas Zafril pendek. "Boleh percaya ke ni? Ayah bukan tak kenal abang… Suka sangat menyakat orang," bicara ayahnya sinis. 'Gulp! Ayah tau ke apa yang aku buat dekat Alia? Macam mana ayah boleh tau pulak? Takkan Alia pulak yang buka mulut. Ish, tak boleh jadik ni..,' desis Zafril. "Betul ayah, abang takde buat apa-apa pun dekat Alia," tegas Zafril lagi. "Ok lah. So,mama macam mana hari ni?" tanya Syed Zainuddin kepada anaknya. "Entah lah ayah, dari padi lagi mama tak sedarkan diri. Tapi Dr Alia cakap, takde apa-apa yang serius pun. Dia kata cuma kesan daripada ubat," jelas Zafril. "Ohh, ok.. Abang, panggilkan Dr Alia sekejap boleh tak? Ayah nak tanya dia bila nak buat operation untuk mama. Tadi lupa pula ayah nak tanya," pinta Syed Zainuddin. Tanpa membalas, Zafril terus menuju ke bilik Alia. Dia mengetuk pintu bilik Alia dengan agak kuat. "Ya, apa yang saya boleh bantu?" tanya Alia sebaik membuka pintu. 'Cis, mangkok ni lagi! Apa la yang dia nak dari aku agaknya,' omel Alia sebaik terpandang muka Zafril. "Dr Alia, tambang yang doktor bayar RM10 tu tak cukuplah… Kalau naik teksi memanglah RM10 tapi doktor naik Toyota Vios. Dah lah pemandunya handsome, mana dapat bayar RM10 je!" Zafril berkata dengan selamba dan menunjukkan muka tidak bersalah. Dia juga sudah menadah tangan untuk menerima duit daripada Alia. 'Ceh, berlagak!! Setakat naik Vios pun kecoh… Lain lah kalau naik Brabus ke,' detik Alia meluat. 'Ekeleh, perasan nak mati... Macam lah handsome sangat! Tukang kebun dekat hospital ni lagi handsome tau tak!' mahu sahaja Alia berkata demikian tapi kata-kata tersebut hanya lahir didalam hatinya sahaja. "Oh, tak cukup ke? Sekejap ya," balas Alia kemudian masuk kembali ke dalam biliknya. "Nah!" Alia menyerahkan segenggam syiling 1sen kepada Zafril. "Wei, Dr Alia ingat kocek seluar saya ni apa?" ujar Zafril geram. "Peduli apa saya, tadi En Zafril yang kata nak duit tambang. Hah, saya bagi lah," balas Alia sebelum ingin menutup pintu biliknya. 'Ceh, dia sengaja nak kenakan aku balik!' cebik Zafril geram. "Eh, doktor nanti dulu. Ayah saya panggil doktor lah," segera Zafril berkata. 'Hmm, mesti nak kenakan aku lagi. Sorry lah, aku takkan terpedaya lagi!' desis Alia. "Doktor, betul lah… Saya tak tipu, ayah saya panggil doktor," ujar Zafril lagi apabila dilihat Alia tidak mengendahkan kata-katanya sebentar tadi. "Alia, sini sekejap. Saya nak tanya mengenai isteri saya," tiba-tiba Syed Zainuddin muncul di belakang Zafril. "Abang ni, panggil Dr Alia ke mengurat dia?" sambung Syed Zainuddin sambil menjeling Zafril. "Mengurat dia ni? Not my taste lah," jawab Zafril selamba. 'Abis tu, kau ingat kau tu taste aku ke?" ujar Alia di dalam hati. "Kita bincang dekat dalam bilik saya lah tuan," Alia mengajak Syed Zainuddin masuk ke dalam biliknya. Sebaik sahaja Syed Zainuddin masuk, Alia terus menutup pintu membuatkan muka Zafril hampir mengenai pintu tersebut. "Nasib baik tak kena hidung aku yang mancung ni!" ujar Zafril sendirian sambil mengurut-urut hidungnya. Kemudian dia kembali semula ke katil mamanya.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
cpatla smbung...
tgh excited ni nak baca...