Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
LIYANNA melihat sekeliling bilik yang sedang didiaminya sekarang. Bilik itu agak sederhana besar tetapi hiasan dalamannya amat sesuai dengan intonasi warna hijau lembut dan kuning air. Perabot di dalam bilik itu juga tidaklah mewah, cukuplah sekadar untuknya dan Hafiz. Mulai saat ini, dia telah bergelar isteri kepada Hafiz. Fikirannya kembali kepada sebulan yang lepas. Hafiz membawanya berjumpa dengan keluarga Hafiz. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapat tahu bahawa Hafiz sebenarnya adalah anak seorang ahli perniagaan yang agak terkenal. Dari gaya dan pertuturan Hafiz, tidaklah menggambarkan yang dia seorang anak orang kaya kerana sikapnya yang merendah diri dan bersahaja itu. Liyanna juga tidak menyangka yang ibu bapa Hafiz akan menerima dia seadanya kerana fikir Liyanna, dia manalah layak jika ingin dibandingkan dengan Hafiz. Mana tidaknya, keluarganya miskin manakala keluarga Hafiz pula kaya-raya. Dirinya ibarat pipit yang ingin bersama dengan enggang. Namun semua itu tidak langsung menggugat perkahwinan mereka yang direstui oleh kedua-dua belah pihak. Ibunya, Mak Nab juga tidak menghalangnya untuk berkahwin di usianya yang baru mencecah 24 tahun itu. Sepadanlah dengan Hafiz yang berumur 27 tahun. Bagai pinang dibelah dua, bak kata orang. Majlis perkahwinan mereka baru sahaja tamat pada petang tadi. Liyanna menyalin pakaiannya. Dia mengenakan T-shirt dan kain batik lalu duduk berehat sementara menunggu masuk waktu Maghrib. Hafiz sudah menghilang entah kemana. Katanya tadi mahu keluar sebentar bersama kawan-kawannya. Maklumlah, meraikan zaman bujangnya yang telah tamat. Liyanna tersenyum sendirian. Rumah banglo dua tingkat yang sederhana besar itu terasa sunyi apabila menjelang malam. Hafiz membuat keputusan untuk tinggal berdua sahaja dengannya di rumah itu. Ibu bapa Hafiz ada juga mengajak mereka tinggal bersama-sama tetapi Hafiz menolak dengan baik. Katanya ingin berdua-duaan bersama isterinya. Liyanna tersenyum lagi apabila teringatkan kata-kata Hafiz itu. Ah, memang Hafiz pandai bermain kata.. Tiba-tiba Liyanna mendengar bunyi loceng yang dibunyikan dari luar. Dia bingkas mengenakan tudung lalu menjengah ke luar tingkap. Terdapat kelibat seseorang yang sedang berdiri di hadapan pintu pagar rumahnya. Liyanna merenung tepat ke arah susuk tubuh itu. Ternyata ianya kelibat seorang wanita yang sedang terjengah-jengah ke halaman rumahnya. Liyanna keluar untuk melihat siapakah gerangan wanita itu. "Hello," wanita itu menegur Liyanna setelah Liyanna mendekatinya. "Assalamualaikum..hai!" senyum Liyanna pada wanita yang tidak dikenalinya itu. Wajah wanita itu ditenungnya. Memang anggun dan cantik. Rambutnya ikal melepasi bahu. Hidungnya mancung terpacak bagaikan hidung Sofea Jane. Liyanna memuji-muji kecantikan wanita itu di dalam hatinya. "Hafiz ade?" wanita itu terus bertanya tanpa menjawab salam dari Liyanna tadi. "Err..dia baru saje keluar tadi.." "You ni siape?" soal wanita itu. Pandangannya cukup sinis sekali. Sesekali pandangannya turun naik ke segenap tubuh Liyanna, dari atas hinggalah ke bawah. Wajahnya berubah jelik, memang dia tidak suka melihat gadis yang kekampungan seperti Liyanna. "Saye..isteri Hafiz!" jawab Liyanna dengan jujur. Air muka wanita itu tiba-tiba berubah. Dia bertambah jelik. "Oo..rupenye you la isteri Hafiz! Memang muke tak malu!" sinis sahaja ayat yang keluar dari bibir wanita itu. Darah Liyanna tersirap tatkala mendengar butir perkataan wanita itu. Dia segera beristighfar. "Ermm..Hafiz takde..cik ada ape-ape nak pesan pada dia ke?" Liyanna cuba bersabar. Wajahnya tenang sahaja menghadapi wanita itu. "Cakap kat dia…teman wanita dia cari! Sebut je nama Ika..tentu dia kenal!" ujar wanita itu. Liyanna terkesima mendengar kata-kata Ika. Teman wanita? Hafiz ada teman wanita? Habis siapakah dirinya dimata Hafiz? Dada Liyanna menjadi sesak dengan seribu persoalan. Dia bingung memikirkan siapakah Ika. Hafiz langsung tidak pernah menyebut perihal Ika kepadanya sebelum ini. Siapakah Ika? Benarkah Ika teman wanita Hafiz? "Saye rasa cik tersilap orang..atau tersilap rumah?" Liyanna bersuara perlahan. Dia berharap supaya semuanya itu tidak benar sama sekali. "Hah? Silap? I takkan tersilap..betul kan ini rumah Syed Hafiz Khairy bin Syed Jamaludin?" kata Ika. Dia menjeling sekilas ke wajah Liyanna. Liyanna angguk perlahan tanda mengiyakan apa yang diperkatakan oleh Ika. Wajahnya ditundukkan. "Oh..lupe nak bagitau! Actually, Hafiz tu kahwin dengan you bukan sebab dia sayangkan you..sebab dia sakit hati dengan I..I tahu la Hafiz tu macam mana sebab dah lama kitaorang couple.." Ika berkata panjang lebar menambahkan sebak didada Liyanna. Namun Liyanna cuba bersabar. Dia ingin mendengar semuanya. Apa lagi yang mahu diceritakan? Dia mahu tahu segala-galanya. Dia tidak mahu ditipu lagi. Dia tidak mahu lagi ada rahsia di antara dia dan Hafiz. Hatinya sudah hancur luluh, hampir punah apabila mendengar segala cerita dari mulut Ika. "Hafiz tu kalo you nak tau..cinta sangat pada I..tengok la usia kitaorang couple pun dah masuk setahun lebih..saje jer dia sakit hati dengan I bile I bergurau dengan dia yang I nak tinggalkan dia.." senyum Ika lagi dengan wajah bangga. Suaranya sengaja dilunakkan bagi menambah sakit hati Liyanna. "Ok la..I pergi dulu..jangan lupe bagitau Hafiz yang I cari dia, ok?" senyum Ika puas hati tatkala melihat manik-manik kecil yang sudah bergenang di tubir mata Liyanna. Sesungguhnya dia puas melihat penderitaan wanita yang telah merampas Hafiz daripadanya. Ika baru sahaja mengetahui tentang perkahwinan Hafiz dengan Liyanna. Malah, dia juga baru mengetahui yang Hafiz rupa-rupanya anak kepada seorang ahli perniagaan yang terkenal. Sungguh Hafiz pandai menyembunyikan identitinya yang sebenar. Setahun bercinta dengan Hafiz, sekalipun Hafiz tidak pernah menyebut atau menunjukkan yang dia sebenarnya anak orang kaya. Ika menggetap bibir, dia mahu memiliki Hafiz. Ketamakan telah menjadikan Ika nekad untuk memenangi hati Hafiz semula. Roslan, pemuda kaya yang ingin dikahwininya telahpun ditinggalkan kerana taraf kekayaannya tidak boleh menandingi kekayaan keluarga Hafiz. Semuanya sekarang hanya Hafiz! Dia yakin Hafiz masih mencintainya. Dia yakin yang dia masih berpeluang untuk menjadi isteri kepada seorang yang kaya-raya. Ika sudah berkira-kira sendiri untuk membuat rancangan memenangi hati Hafiz semula. Sekali-kali dia tidak akan melepaskan Hafiz dari genggamannya kali ini. Ika tersenyum sendirian. Wajahnya penuh dengan muslihat dan ketamakan.
LIYANNA terjelepuk ke lantai. Dia masih tidak percaya dengan apa yang diperkatakan oleh Ika. Air mata tidak henti-henti mengalir dari kelopak matanya yang kian bengkak. Sememangnya dia bodoh! Dia bodoh kerana menganggap yang Hafiz betul-betul menyayanginya. Hafiz sebenarnya tidak sukakan dirinya! Dia hanya menggunakan aku…hati Liyanna menjadi sebak. Sayup-sayup kedengaran suara azan Maghrib berkumandang mengetuk gegendang telinga Liyanna. Dengan esak tangisnya, dia bingkas ke bilik air untuk mengambil wuduk. Dia bersolat lalu bermohon kepada Allah supaya memberikan hatinya kekuatan untuk bersabar dengan dugaan itu. Jam sudah menunjukkan ke angka 10. Hafiz masih belum pulang. Liyanna menunaikan solat Isyak lalu berbaring di atas katil selepas itu. Dia menangis lagi mengingatkan kembali kata-kata Ika. Sesungguhnya dia rasa tertipu. Dia tidak habis-habis mengutuk dirinya yang terlalu senang diperdaya oleh lelaki itu. ‘Mentang-mentanglah hensem, habis aku diperdaya oleh dia! Aku pun bodoh, taktau ke nak pikir dengan waras? Memang tak masuk akal lelaki sekacak dia tu betul-betul nak kahwin dengan aku atas dasar sayang dan cinta!’ tangis hati Liyanna. Tiba-tiba Liyanna mendengar deruan enjin kereta di luar rumah. Dia tahu Hafiz sudah balik. Liyanna berpura-pura tidur. Dia menahan esakannya. Tidak lama kemudian, kedengaran pintu bilik dibuka dari luar. Hafiz melihat Liyanna yang sedang berbaring di atas katil. Disangkanya Liyanna sudah tidur. Dia terus berlalu ke bilik air untuk membersihkan diri. Sesudah mandi, dia menunaikan solat Isyak. Usai bersolat, Hafiz naik ke katil untuk tidur bersebelahan dengan Liyanna. Hafiz terasa sangat letih badannya. Mungkin kerana seharian melayani tetamu yang ramai datang ke majlis perkahwinannya siang tadi. Matanya memandang Liyanna yang tidur membelakanginya. Hatinya berdebar melihat susuk tubuh isterinya. Inilah pertama kali dia tidur di sisi seorang perempuan. Lagi pula, malam ini merupakan malam pertama mereka. Malam yang sememangnya dinanti-nantikan oleh setiap pasangan pengantin yang baru berkahwin. Hafiz menelan liur. Naluri lelakinya berkocak. Hati Liyanna tiba-tiba berdebar apabila terasa pinggangnya dirangkul oleh Hafiz. Dia membuka matanya lalu menepis tangan Hafiz. Dia teringatkan kata-kata Ika petang tadi. Dia menjadi benci apabila memandang wajah penuh sandiwara suaminya itu. Hafiz terkejut dengan reaksi Liyanna. Niatnya hanya ingin mengubah kedudukan tidur isterinya supaya lebih selesa dan ingin menyelimuti tubuh itu. Namun tindakannya itu telah membuatkan Liyanna meradang. Tapi kenapa? Hafiz sudah tidak sedap hati. Dia terus bangun menghadap Liyanna yang juga sudah turut bangun. Dada Liyanna kelihatan bergelora. Nafasnya naik turun. Hafiz kehairanan melihat gelagat Liyanna. "Yanna..kenape ni?" Hafiz cuba bertanya. Liyanna tidak menjawab. "Saye tanye ni, kenape dengan awak? Tak sihat ke? Atau awak mimpi?" Hafiz meletakkan belakang tangannya ke dahi Liyanna. Dia ingin mengetahui sama ada Liyanna sakit atau bermimpi ngeri. "Tadi ade orang cari awak!" laju sahaja ayat itu keluar dari bibir Liyanna. "Siape?" soal Hafiz kehairanan kerana tiba-tiba sahaja Liyanna bercakap begitu. "Teman wanita awak, Ika! Dia kirim salam.." Liyanna seraya menunduk. Dia kematian kata-kata. Hafiz terkedu mendengar kata-kata dari mulut isterinya. "Ex – girlfriend, ok?" jelas Hafiz. Darahnya tersirap tatkala mendengar nama Ika. Berani sungguh Ika datang ke rumahnya. Apakah motif perempuan itu agaknya? Ingin menghancurkan rumah tangganya? Untuk apa? Bukankah dia sendiri yang memutuskan hubungan mereka suatu masa dahulu? Hati kecil Hafiz berkata-kata sendiri. Namun jauh disudut hatinya, dia tersentuh apabila mendengar nama Ika disebut. Nyata cintanya pada gadis itu masih menyala nun jauh di dasar hatinya. "Ape-ape aje lah..saye malas nak ambik tahu..rupenye awak nak sangat kahwin dengan saya sebab awak sakit hati pada Ika, kan?" entah mengapa lancang sahaja mulut Liyanna menuturkan kata-kata. Hafiz terdiam apabila mendengar kata-kata Liyanna. Memang dahulu niatnya begitu, tetapi sekarang dia sudah tidak kisah lagi pada Ika walaupun memang cintanya hanya pada Ika saat ini. Dia berharap sangat dapat melupakan insan bernama Nurul Zulaikha itu. Dia hanya mahukan kehidupan rumah tangga yang bahagia bersama Liyanna. Dia sudah cuba untuk memberikan Liyanna kebahagiaan, cuba untuk menyayangi dan menyintai Liyanna. "Memang betul, kan?" soal Liyanna lagi. Kali ini air matanya sudah berguguran. Dia menangis teresak-esak apabila melihatkan Hafiz yang diam membatukan diri. "Saya dah agak yang awak memang sengaja mahu main-mainkan hati saye!" ucap Liyanna lagi dengan esak tangisnya. Hafiz mendekati Liyanna. Dia mahu menenangkan hati isterinya tetapi dia sendiri telah kehabisan kata-kata. Dia mahu Liyanna tahu niatnya suci memperisterikan Liyanna. "Yanna..listen to me..memang pada mulanya..saye.." Hafiz terdiam sebentar. Dia memikirkan kata-kata yang sesuai untuk dituturkan kepada isterinya. "Awak memang kejam! Untuk apa awak ikat saye macam ni? Sedangkan awak tak cintakan saya? Sudah la..!" jerit Liyanna. Dia tidak mahu mendengar lagi penjelasan Hafiz. Dia tidak mahu terluka lagi. Hafiz tidak mahu memaksa isterinya untuk mendengar penjelasannya ketika itu. Dia hanya membiarkan Liyanna menangis sepuas hatinya. Malam itu, Hafiz tidur di ruang tamu rumahnya. Dia tidak mahu mengeruhkan lagi suasana yang sudahpun keruh. Dia mahu isterinya itu bertenang.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
ada blog x?