Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Alfi masuk ke pejabat dengan langkah tergesa-gesa. Jam sudah menunjukkan pukul 2.15 petang. Habislah kali ini... Mesti semua ahli lembaga pengarah dah bersedia dekat bilik meeting. 15 minit lagi mesyuarat tu nak bermula. Sudahlah Dato’ Hj. Ahmad Alfian tu terkenal dengan ketepatan masanya. Susah nak dapat orang macam tu. Huhuhuhu.... "Linda, semua Ahli Lembaga Pengarah dah ada dekat atas ke?" tanya Alfi kepada setiausahanya. "Sudah, En. Alfi. Hanya Encik saja yang belum tiba lagi. Mereka sedang menjamu selera dulu sekarang ni," "Dato’ ada sekali?" Alfi bertanyakan papanya. "Ada, encik," jawab Linda, pendek. Namun, dia kelihatan seperti terpandang sesuatu yang tidak kena pada diri Alfi ketika itu. Hanya Alfi saja tidak menyedarinya. Alfi mengeluh resah. "Tak pe. Kalau ada apa-apa just tinggalkan pesanan saja ye. Saya naik atas dulu," Alfi berkira-kira untuk berlalu ke bilik mesyuarat yang terletak ditingkat teratas bangunan tersebut. "Tapi, encik...." Linda serba-salah. Alfi memandang setiausahanya semula. "Tie encik tu...." Linda menunjuk ke arah tali leher Alfi yang sudah pun tinggal separuh dari yang asal. Alfi yang tak tahu apa-apa berasa pelik dengan pandangan Linda itu lalu memandang ke arah tali lehernya juga. Terkejut beruk Alfi melihat tali lehernya sudah dipotong orang. Dipotong orang? "Bil....." Alfi teringat ketika Fina membetulkan tali lehernya pagi tadi. "Takkan dia...." Alfi berkata sendiri. Memang dia punya kerja la ni. Babun betul! Alfi berwajah marah lalu berlalu masuk ke dalam bilik pejabatnya. Linda akhirnya melepaskan ketawanya yang ditahan-tahan tadi. Namun, tawanya tidak kedengaran. Takut didengar oleh bosnya pula. Tak ke naya. Hehehehe...
******************************************
"Malu papa tahu tak? Dah tahu hari ni ada mesyuarat penting... kenapa datang lambat? Sepatutnya kamu tak perlu kerja half day hari ni. Sekarang, apa dah jadi? Tak pernah dalam sejarah papa, mesyuarat bermula lambat dari masa yang ditetapkan. Cuba belajar untuk jadi orang yang menepati masa sikit," leter Dato’ Hj. Ahmad Alfian dengan perasaan marah. Alfi buat antara dengar dengan tidak saja. Kepala otaknya kini hanya memikirkan Fina. Perempuan itulah yang telah menyebabkan dia menjadi kelam kabut hari ni. Jagalah kau perempuan. Alfi meramas-ramas tangannya dengan perasaan dendam. "Papa, tengah bercakap dengan kau... boleh pulak kau termenung? Apa kena dengan kau ni? Tak penah-penah kau buat hal macam ni," tegur Dato’ lagi. Alfi tersedar sendiri. "Memang tak pernah pun papa. Tapi... disebabkan menantu kesayangan papa tu la, Alfi jadi macam ni," "Apa pasal plak?" "Tak ada apa-apa la papa. Alfi mintak maaf pasal hal hari ni. Alfi janji takkan berlaku lagi," "Hmm.. jangan cakap ajer..?" perli Dato’ dengan nada yang rendah. Alfi menelan air liur. Sebenarnya ini bukan kali pertama dia lewat. Dah banyak kali. Cuma, inilah kali pertama dia ditegur oleh papanya sendiri. Huhuhu...
Ku tahu, ku bukan terbaik, Namunku, rasa kita molek, Sebagai sepasangan.... Merpati dua sejoli.
Setiap kali ku baca hikayat cinta agung, Tragedi komedi aku terasa, Se....
"Oii! Boleh melalak pulak kau ye?" lenting Alfi tiba-tiba. Entah bila pulak mamat ni balik. Tak boleh tengok orang senang langsung. Dah tu, bukannya reti nak bagi salam dulu ke apa. Apa punya makhluk la... "Oi, Fina! Apa yang kau tak puas hati dengan aku, ha?" tanya Alfi, marah sambil menghampiri wanita itu yang sibuk menyembur air pada bunga dilaman rumah. Kesian... macam nak layu saja bunga-bunga kat sini. Baik aku siram. Hehehehe... "Aku buat apa dekat kau?" tanya Fina. Dia buat muka macam orang tak bersalah. Geram betul hati Alfi dibuatnya. Sabar ajelah. Fina terus tekun membasahkan daun pokok di laman itu tanpa memandang sedikit pun ke arah Alfi. "Ooo.. Dah gaharu, cendana pula, dah tahu buat-buat bodoh pulak ek?" "Wah, pantun! Tak sangka pulak aku kau pandai berpantun ek?" ujar Fina sambil tersenyum. Senyumannya itu bagai mencurahkan lagi minyak ke dalam api yang sedang marak dalam hati Alfi. Dada Alfi terus berombak menahan marah. Lantas, dia merampas alat penyembur air di tangan Fina. Fina terkejut lantas memandang Alfi. Serta merta selepas itu, Alfi galak memicit alat penyembur itu dan menyembur muka Fina dengan air tersebut. Fina tergamam. Alfi terus menghempas penyembur tersebut ke lantai dan dia terus masuk ke dalam rumah. Fina melopong. Habis basah mukanya dibuat Alfi. Tak guna punya jantan. Huh!!!
"Alfi!!!!" jerit Fina sambil memandang ke tingkat atas. Bengang dibuat lelaki itu. Mukanya yang masih lencun dengan air di lap dengan lengan bajunya. Langsung tiada jawapan. Rumah itu memang sentiasa sunyi pun. Hanya bila mereka suami isteri bertemu je rumah itu akan menjadi kecoh dengan pertengkaran mereka. Memang tak boleh berdamai. Kringggggg!!!! Kringgggg!!!! Fina beralih kearah telefon yang tiba-tiba berdering itu. Dia menghampirinya dan terus mengangkat ganggang. "Hello?"
"Alfi!!!" Hish, apa lagi yang tak puas hatinya dengan perempuan tu. Menjerik memanjang. Putus anak tekak baru tau. "Alfi!" pintu bilik tidurnya dibuka. Alfi terkejut lalu memandang ke arah Fina yang berwajah cemas. Fuh, nasib baik aku dah siap pakai baju! Masuk bilik orang tak guna otak betullah. "Apa hal kau ni? Menceroboh bilik orang tak tentu pasal. Nak kena sembur lagi ke apa," lenting Alfi, marah. "Alfi, mama...."
laa..x best la cam nie.cpt la smbg.cuti dah nak abis.ahad dah kena masuk hostel balik
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
ape yg dah jadi kat mama alfi???
xda blog ke???