Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Assalammualaikum," Alia memberi salam. Rumahnya kelihatan sunyi. Jam menunjukkan pukul 6 petang. Keadaan di luar semakin gelap kerana siang sudah melabuhkan tirainya. "Waalaikumsalam. Alia?" Suara tua menyambutnya. "Nek!!!!" Alia menyalami tangan tua itu dan memeluk wanita yang hampir berusia 70 tahun itu. "Nenek apa khabar?" Soal Alia ramah sekali. Rindu pada neneknya telerai sudah. Hampir sebulan dia tidak menjenguk kampung kerana sibuk dengan aktiviti di sekolah. "Siapa ni Alia?" Nek Aton bertanya bila menyedari cucu kesayangannya itu ditemani seseorang. "Cucu nenek bawak lelaki balik. Dah sedia nak berkahwin ye." Alia menjerit bila mendengar kata-kata dari neneknya.
"Apalah nenek ni. Ke situ pulak.!!! Ni Cikgu kat sekolah Lia, nek. Dia tolong hantar Lia balik. Lia kena demam campak ni," Alia berkata manja sambil menunjuk lengannya yang berbintik merah. "Assalammulaikun, Nek. Saya Syah. Guru sandaran kat sekolah Alia," Syah menghulur tangan. "Waalaikumsalam. Owh..Jemputlah naik." Mereka menaiki rumah kayu yang kemas dan terjaga itu. "Syah bermalamlah kat sini dulu. Nak balik pun ,dah lewat sangat ni," Pelawa Nek Aton. Syah juga bersetuju. Sewaktu memasuki kampung tersebut, Syah terpikat dengan keindahan kampung yang memang masih mengekalkan ciri-ciri kampung. Tiada satu pun tiang eletrik kelihatan. Setiap rumah menggunakan generator sebagai sumber eletrik. ‘Tak sangka sampai juga aku kat kampung seperti ini.’ Bisik Syah perlahan sambil memandang sekeliling rumah Alia yang penuh dengan tumbuh-tumbuhan. Pokok rambutan dan mempelam berbuah dengan lebatnya. "Seronoknya tinggal kat kampung." Syah berkata perlahan. "Cikgu suka?" Soal Alia sambil berdiri di sebelah Syah. Syah angguk kepala. Mereka bersama-sama menikmati keindahan petang di kampung dengan perasaan tenang. "Kamu berdua berehat dulu, nenek dan atuk nak ke masjid." Alia tersentak mendengar suara neneknya. Alia segera berpaling dan menyalami tangan Tok Man. "Atok apa khabar?" Soalnya ramah. Syah turut sama menyalami tangan datuk Alia. "Sihat. Kamu berdua berehat dulu kat rumah ye. Kami nak ke masjid dulu." Tok Man tersenyum memandang wajah cucu kesayangannya. "Abah mana, Tok?" Soal Alia hairan. "Dia berburu. Bermalam di hutan agaknya." Tok Man menjawab soalan cucunya. Mereka mengangguk kepala. "Ubat jangan lupa di makan," Pesan Syah sebelum masuk ke bilik yang disediakan oleh Alia untuknya. "Ok." Alia menjawab perlahan. ‘Nak mandi kejap,’ Alia mencapai kain tuala dan berlalu ke bilik mandi. ‘Eh…Lupa pulak. Ada orang lain kat rumah ni,’ Alia kembali ke bilik untuk membawa baju tidurnya sekali. "Alia, saya nak mandi ni. Mana bilik air?" Syah membuka pintu biliknya. "Erk…. Kejap lagi cikgu mandi. Saya nak mandi dulu." Alia berlari ke bilik air sebelum Syah berebut dengannya. "Ala… Alia ni. Bagilah tetamu dulu mandi." Syah merungut. Kemudian dia bergerak ke ruang tamu untuk menonton tv sementara menunggu Alia selesai mandi. Setengah jam kemudian, Alia keluar lengkap berpakaian dari bilik air. Alia beredar ke dapur menyediakan lauk untuk makan malam mereka. "Alia, saya tengok banyak buah mempelam kat luar tu, boleh buat sambal tak?" Pinta Syah sambil tersengih. Ketika itu Syah hanya berkain tuala, maklumlah baru habis mandi. "Errr. Cikgu ni, pakailah baju dulu," Alia terkejut bila melihat Syah tidak berbaju. "Owh…Terlupa pulak. Hehehehe," Syah berlalu ke bilik menukar pakaian. Alia segera mengupas kulit buah mempelam untuk dibuat sambal. Beberapa minit kemudian Syah keluar dari bilik lalu duduk di meja dan membantu Alia membuang kepala ikan bilis untuk dijadikan sambal. "Seronok tinggal kat kampung ni ye," Syah berkata perlahan. "Ye ke? Mana ada seronok, takde hiburan langsung," Alia dengan pantas mencincang buah mempelam tersebut. "Asyik nak seronok je. Kamu tu dah nak SPM tahun ni. Jangan asyik nak seronok je," Syah membebel sambil geleng kepala. Alia mencebik. "Apalah cikgu ni, sekarang kat rumah, bukan kat sekolah. Lagi pun saya demam ni." Alia buat muka bosan. Syah geleng kepala. Badannya terasa panas. "Alia, ubat kamu mana. Badan saya rasa tak sihat jugak ni," Syah menggosok dahinya. "Huhhhh. Apa pulak. Ubat tu cukup untuk saya je," Jawab Alia kasar. Syah membeliakkan matanya. "Oiii. Kedekut betullah awak ni. Saya rasa tak sihat disebabkan awak tau. Ni tentu dah kena jangkit. Mama tu, tak nak murid-murid dia kena jangkit, anak dia pulak dia tak kisah," Syah membebel. Alia merenung hairan wajah cikgunya. "Kenapa?" Soal Syah hairan bila melihat wajah Alia yang keliru. "Takde apa-apa. Kuat membebellah cikgu ni," Ucapnya selamba lalu beredar ke bilik untuk mengambil ubat. "Apa? Apa awak kata?" Syah memandang tajam Alia yang berlalu ke bilik. "Budak ni nak kena agaknya." Syah menyambung kembali kerjanya yang tergendala sebentar tadi. ‘Tak patut betullah. Dia kata aku kuat membebel. Dia sendiri tu, dahlah kedekut, degil,’ Syah berkata geram. "Eiiii. Sempat juga mengutuk orang. Cikgu ni, macam budak-budaklah," Syah tersentak bila di tegur oleh Alia. Syah tersentak bila mendengar Alia mengutuknya. Alia memang berani dan selamba. "Ni ubatnya." Alia memberi segelas air suam dan ubat kepada Syah. Syah menyambutnya dan terus menelan ubat tersebut. "Lambat juga nenek dan datuk awak balik dari masjid ye." Syah berkata tenang. "Malam ni malam jumaat. Mungkin mereka ada buat majlis kat masjid tu," Alia menjawab perlahan sambil menggaul sambal buah mempelam itu. "Ehhh. Cikgu tak boleh makan sambal ni. Cikgu kan dah kena demam campak tu, kan?" Alia baru teringat pesan Syah semasa di warong petang tadi. "Ehh... Tak mengapa. Baru je nak kena. Dah lama tak makan sambal buah mempelam ni," Syah tersengih. "Apalah cikgu ni. Cakap tak serupa bikin," Katanya dan terus beredar ke sinki untuk mencuci tangan. Alia membetulkan rambutnya yang panjang dan terbiar bebas. Syah memerhati dengan penuh minat ke arah rambut Alia yang lurus dan hitam berkilat itu. "Kenapa tak ikat rambut tu? Rimas saya tengok," Syah menegur rambut Alia yang lepas bebas itu. "Suka hati saya," Alia menjawab geram sambil cuba menyanggul rambutnya. Beberapa kali di cuba, namun tidak berjaya. Alia berdengus geram. "Ni yang aku malas nak berambut panjang ni," Alia melempar ikat rambutnya ke bawah. Syah tergelak melihat aksi lucu Alia yang marah kerana tidak pandai mengikat rambut. "Dah besar pun tak pandai ikat rambut," Syah mencapai ikat rambut tersebut lalu menghampiri Alia. "Sini," Syah memaut bahu Alia. Alia dilihatnya sedang menangis. "Kenapa ni?" Soal Syah lembut. Hairan dengan gelagat Alia. "Saya tak pandai ikat rambut. Dah berkali-kali mereka ajar, saya masih tak dapat nak ingat macamana nak buat," Alia berkata perlahan sambil mengesat airmatanya. "Kamu bukan tak pandai, Cuma malas,kan?" Syah berkata sinis. Rambut Alia diikat kemas. Syah sempat mencium rambut tersebut. ‘Harumnya,’ Syah leka seketika. "Ye memang saya malas. Saya tak suka rambut panjang. Rimas. Mereka yang nak saya berambut panjang, jadi mereka yang kena ikat untuk saya," Alia menjawab kasar. Syah tersenyum kecil. "Besok saya nak potong rambut ni," Ujarnya geram lalu melurut ikatan rambutnya. "Ehhh. Jangan. Awak cantik bila berambut panjang," Syah melarang Alia memotong rambut. "Suka hati saya. Nak potong ke tidak. Yang cikgu sibuk ni kenapa? Cikgu bukan ada apa-apa hubungan dengan saya," Alia menepis tangan Syah yang masih menyentuh rambutnya.
cepatla sambog.... nak tau lps nie ape jd lps nie aniesha dh kne blk asrama dah.... please,please,please,please,please,please.....
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
woo..nnt x kna tngkp bsh kew.. papew pon citer nie mmng best..