Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Adik bongsuku menarik tanganku untuk mengikutnya ke hujung pantai yang kami susuri. Agak kepenatan melayan karenah si cilik ini. Si abang pula sibuk bermain dengan buaian. Aku hanya mengawasi adik lelakiku dari jauh sahaja. Sudah besar dan boleh berfikir tidak seperti adik bongsuku. Kami menyusuri laluan pejalan kaki yang telah disediakan. Adikku riang berjalan, kadang berlarian sambil ketawa. Angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa kadang membuatkan aku terpaksa menahan bajuku daripada rakusan sang angin yang mungkin sahaja boleh membuatkan pakaian yang menyaluti tubuhku melekat membentuk susuk tubuh.
"Uteh, tengok tu.."
Adik bongsuku menuding ke arah sepasang manusia yang berlawanan jantina sedang duduk di bawah bangku tempat yang kami lewati. Asyik sekali mereka bermadu kasih. Firasatku mereka ini bukannya sepasang suami isteri yang sah di sisi syara’ memandangkan si gadis masih lagi berpakaian sekolah! Ya, berpakaian sekolah. Petang yang indah ini telah dicemari dengan noda-noda dosa yang dipaliti oleh pasangan mungkar ini. Masya-Allah! Kubawa adikku jauh daripada pemandangan yang kurang disenangi itu. Adikku semakin jauh berlarian menuju ke hujung pantai. Aku berjalan pantas agar dapat seiringan dengannya.
Satu lagi pemandangan yang kurang enak aku lihat di hujung pantai. Sebuah kereta ‘rosak’ terpakir elok di hujung pantai. Dari kejauhan aku dapat lihat betapa asyik dan masyuknya sang lelaki mencumbui si gadis. Ternoda sungguh pemandangan petang ini. Aku kalihkan pandanganku daripada penglihatan yang boleh mengundang maksiat di mata dan hatiku. Selemah-lemah orang yang beriman, cukuplah sekadar membuat teguran di dalam hati, fikirku. Kalau aku mempunyai kekuatan, mahu saja aku hampiri mereka dan mengetuk tingkap kereta ‘rosak’ tersebut. Ingin aku teguri mereka, tentang dosa maksiat yang kini sedang mereka lakukan. Ah, aku tidak mempunyai kekuatan seperti itu. Masya-Allah, lemahnya aku sebagai hamba-Mu ini yang tidak mampu menghindari maksiat di depan mata. Tiba-tiba adikku berlarian ke arah kereta tersebut. Pasangan yang asyik masyuk terkejut dengan gangguan yang menghampiri mereka. Melayu, getusku. Kalau dah melayu tentulah Islam. Islam pada nama sahaja mereka ini. Astaghfirullahal’azim. Aku tundukkan pandanganku daripada memandang mereka. Tidak mahu kucemari mataku untuk melihat perbuatan tanpa segan silu mereka itu. Kucapai tangan adikku dan membawa jauh dari kawasan itu. Terbantut niatku untuk mengambil angin pantai pada waktu petang sebegini. Tercemarnya keindahan islam dengan perbuatan insan-insan alpa seperti ini. Ah, mengapa umat kini tidak malu untuk melakukan maksiat.
"…dan sesiapa Yang melakukan perbuatan keji (zina) di antara perempuan-perempuan kamu, maka carilah empat orang lelaki di antara kamu yang menjadi saksi terhadap perbuatan mereka. Kemudian kalau keterangan-keterangan saksi itu mengesahkan perbuatan tersebut, maka kurunglah mereka (perempuan yang berzina itu) dalam rumah sehingga mereka sampai ajal matinya, atau hingga Allah mengadakan untuk mereka jalan keluar (dari hukuman itu). Dan (mana-mana) dua orang di antara kamu yang melakukan perbuatan yang keji itu, (setelah sabit kesalahannya) maka hendaklah kamu menyakiti keduanya; kemudian jika mereka bertaubat dan memperbaiki keadaan diri mereka (yang buruk itu), maka biarkanlah mereka; kerana Sesungguhnya Allah adalah sentiasa menerima taubat, lagi Maha Luas rahmatNya…" (Surah an-nisa’:15-16)
Moga Allah akan memberi hidayah kepada pasangan yang kulihat sebentar tadi. Sesungguhnya hanya DIA-lah yang layak memberi hukuman yang setimpal kepada hamba-hamba-NYA. Aku tidak layak untuk menghukum perbuatan mereka itu. Aku juga bukan hamba yang maksum seperti para anbia’. Selintas aku terkenangkan perbincangan kami semasa majlis usrah semasa aku di kampus dahulu. Mak Cik Min, panggilan kami kepada seorang naqibah senior yang banyak membantu madh’uah sepertiku ini. Pada masa itu, Mak Cik Min menghuraikan tafsiran surah Az-Zalzalah.
"…pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) - untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka. Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!..." (Surah Az-Zalzalah:6-8).
Gementar hati ini mendengar penerangan daripada Mak Cik Min. Segala amalan wa’ima sekecil zahrah pun akan dihitung. Menangis hati ini mengenangkan kembali apalah yang telah aku lakukan sepanjang hidupku ini. Adakah amalan-amalan aku ini akan diterima oleh-Nya. Berapakah pesanan Rasulullah yang telah aku sampaikan kepada saudara seagamaku? Astaghfirullahal a’zim. Sabda Rasulullah S.A.W :
"..Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat"...
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama : 1. Sedekah/amal jariahnya 2. Doa anak-anaknya yang soleh. 3. Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
Sesungguhnya beruntunglah orang yang menggunakan peluang yang diberi Allah ke jalan kebenaran dan rugilah bagi orang-orang yang mengotorinya dengan perbuatan yang mungkar. Semoga aku dan umat Islam kini termasuk di dalam golongan orang-orang yang beruntung.
rasanya x perlu dimasukkan dialog utk cerpen ini. cukup sekadar dgn penerangan atau kata-kata yg lahir dari hati. cerita yg bermesej, tetapi kurang rasa...(cerita yg agak tergantung dan tiada isi(selain dari unsur keagamaan) tak nampak kaitan adik n kakak...neway, keep up the good work.... usaha lagi ya...
cerita yg penuh pengajaran, namun hubungan antara adik dan kakak tidak nampak di dlm cerita ini. mungkin lebih baik jika cerita ini dijana hanya dari kaca mata si kakak tadi. tidak perlu dimasukkan watak adik tadi. bgimanapun, ini hanya pendapat... usaha lg ya utk menghasilkan kisah yg bermesej begini...
salam alaik buat antum semua.. syukran atas nasihat dan kritikan antum. Insya-Allah ana akan memperbaiki pencerpenan ana ini. sama-samalah kita berusaha untuk memperbaiki.. sesungguhnya 3 golongan yang akan diberi pertolongan daripada Allah S.W.T iaitu: pertama, MUJAHID yang berjihad di jalan Fisabilillah, kedua, PENULIS yang selalu memberi penawar dan seorang yang MENIKAH demi menjaga kehormatan dirinya”(Hadith riwayat Thabrani)..Insya-Allah moga antum termasuk ana menjadi sebahagian daripada golongan PENULIS itu..
salam alaik buat antum... syukran ana ucapkan.. insya-Allah novel bersiri ana akan dipaparkan tidak lama lagi dalam wadah ini...ana sirikan kerana terlalu panjang untuk menjadi cerita pendek (cerpen). tajuk cetusan hati nukilan rasa ana MUJAHIDAH SEORANG WANITA... insya-Allah yang baik dari nukilan ana sama-sama jadikan panduan dan yang tidak elok jadikan sempadan batasan.. jazakallahu khairan kathira..
penggunaan masya-Allah yang tidak tepat. masya-Allah (apa yang dikehendaki Allah) sepatutnya digunakan untuk menggambarkan kekaguman (expressing appreciation) bukannya untuk perkara yang x elok. kalau x elok, ucapkan nau'zubillahiminzalik atau astaghfirullahal'adzim.
salah satu jln untuk brdkwh... ~smpaiknlh ajrnku walaupn sepotong ayat~ bgus cite cmnie... mengingtkn sesuatu yg tlh dilupakn... =)
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
smoga agama islam tetap utuh di muka bumi ini.
xkan melayu hilang didunia.insya-ALLAH.
:D
~myza2l~