BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Isnin, Jun 22, 2009
Cerpen : Intiha Kehidupan
Nama Pena : iNtRiNsIk CiNtA

Wayar-wayar yang berselirat pada tubuh kaku itu ditanggalkan satu-persatu.
"6.45 petang." Doktor muda yang mengetuai pembedahan itu mengisytiharkan waktu kematian pesakitnya. "Tolong bersihkan si mati sebelum saya memanggil ahli keluarganya."
Sedari tadi, dia hanya memerhatikan sahaja prosedur pembedahan yang berlangsung. Matanya memandang sayu ke arah sekujur tubuh yang terbaring lesu di atas katil. Di luar, kedengaran teriakan panjang diikuti pula oleh tangisan sanak-saudara si mati.
"Apalah nasib kau nak? Sudah lebih setahun menanti penderma hati. Tapi sampai kau dah mati pun tak ada orang yang sanggup jadi penderma. Manusia sekarang memang pentingkan diri sendiri. Anak aku terkorban kerana sikap mereka ni." Jerit si ibu sambil menerpa masuk ke dalam bilik pembedahan lantas memeluk tubuh anaknya yang dilitupi kain putih itu.
Tiada apa yang boleh dilakukan untuk menghentikan babak sedih ini. Dia lemas berada dalam situasi tersebut. Perlahan-lahan dia melangkah pergi meninggalkan tempat itu.
"Argh... bosannya." Dia mundar-mandir di kawasan hospital itu tanpa arah tuju. Langkahnya terhenti di hadapan sebuah wad. Kelihatan seorang lelaki sugul di sisi katil seorang pesakit.
"Mereka tidak berhati perut. Menabrak tubuh kecil yang tidak berdosa ini. Apalah ertinya undang-undang yang dicipta jika masih ramai insan tidak berdosa menjadi mangsa nahas jalanraya." Tubuh kecil itu direnung seketika. Kaki dan tangannya dilitupi simen Plaster of Paris. Alat bantuan pernafasan membantu kanak-kanak tidak berdosa itu meneruskan kehidupan yang masih bersisa.
"Abah..." Gadis kecil itu terjaga daripada lena yang panjang. Nafasnya mula tersekat-sekat. Matanya merenung tajam ke arah syiling hospital, seolah-olah sedang melihat sesuatu yang menakutkan.
"Mimi. Kuatkan semangat. Mimi tak boleh tinggalkan abah seorang."
"Mimi nak ikut emak. Mimi nak ikut Along. Mimi nak ikut adik. Izinkan Mimi pergi, abah" Suara gadis kecil itu perlahan dan terus perlahan, seiring dengan desahan nafasnya.
"Doktor, nurse. Tolong anak saya. Tolong selamatkan anak saya," jerit lelaki itu.
Sekumpulan jururawat dan doktor bergegas mendapatkan lelaki itu. Tirai ditarik, menutupi katil mangsa kemalangan jalanraya itu. Bapa si gadis menanti. Mulutnya tidak putus-putus memanjatkan doa agar satu-satunya darah daging yang terselamat dalam nahas jalanraya itu dapat diselamatkan. Beberapa minit kemudian, tirai kembali dibuka.
"Maafkan kami. Kami telah mencuba sedaya upaya."
"Ya Allah..." Hari ini, sekali lagi si bapa terpaksa mendengar berita kematian ahli keluarganya. Terbayang wajah isteri dan dua lagi anaknya yang telah pergi awal pagi tadi. Tubuhnya longlai, lelaki itu hampir rebah. Mujur orang ramai yang kebetulan lalu lalang di situ sempat memapahnya.

"Mati, mati, mati. Dari pagi tadi asyik tengok orang mati. Aku dah bosan dengar berita pasal mati. Huh!" Dia menghempaskan tubuhnya ke atas katil. Dia cuba melelapkan mata. Namun, bayangan semalam merencatkan lenanya. Dia memegang balutan putih yang melitupi sebahagian kepalanya. Kesakitan akibat pembedahan tempoh hari masih jelas terasa.
Pintu bilik terkuak. Dia terkesima. Seorang gadis bertudung litup menghampiri birai katil. Punggungnya dilabuhkan pada kerusi. Ada riak sendu di wajahnya. Dia hanya mencebikkan bibir lalu memalingkan muka.
"Amir, bila Amir nak sedar? Aina rindukan Amir."
Dia menekup kedua-dua belah telinganya. Jelik mendengar satu lagi pembohongan daripada mulut gadis yang didambakannya selama ini.
"Aku benci kau. Keluar dari sini!" tengkingnya sambil memejamkan mata menahan marah.
"Amir, cepatlah sedar. Amir dah janji nak jaga Aina. Sampai hati Amir mungkir janji. Sampai hati Amir buat Aina macam ni." Kedengaran esakan kecil di hujung suara gadis itu.
"Diam kau. Perempuan sial. Berambus. Aku tak nak tengok muka kau lagi. Berambus!"
Tit, tit
Telefon bimbit gadis itu berbunyi. Dia membaca pesanan ringkas yang baru diterimanya.

Sayang dah sampai ke? Abang dalam perjalanan. Tunggu abang ya.

Gadis itu tersenyum sendirian. Gadis itu bingkas bangun, namun ada sesuatu yang menyebabkannya masih berdiri kaku di situ. Matanya menatap sekujur tubuh yang terbaring lesu di katil. Jari-jemari kekasih hatinya itu digenggam erat.
"Lepaslah. Aku tak suka perempuan hina macam kau sentuh tangan aku." Dia cuba merentap genggaman gadis itu. Akhirnya, genggaman itu dileraikan. Dengan perlahan, gadis itu melangkah pergi meninggalkan bilik itu. Dia menghela nafas lega.

"Amir ada barah otak, Nurul. Doktor beritahu, dia cuma ada masa tak sampai 3 tahun saja lagi."
"Kau biar betul, Aina? Jangan main-main."
"Betul, Nurul. Mula-mula aku pun tak percaya. Tapi lepas dia tunjukkan laporan daripada pihak hospital, baru aku percaya."
Aina membuka rahsia mengenai penyakit teman lelakinya yang membelenggu hidupnya. Bermula dengan peristiwa Amir pengsan ketika sedang memandu dan dikejarkan ke hospital berdekatan oleh orang ramai. Nurul tergamam. Persoalan mengenai perubahan sikap rakan baiknya itu terjawab sudah. Amir yang dahulunya seorang yanga sangat ceria dan menghiburkan, kini menjadi seorang yang sangat pendiam dan suka memencilkan diri.
"Keluarga dia tahu pasal penyakit dia?" Aina menggeleng-gelengkan kepalanya.
"Habis, siapa je yang tahu?" Aina hanya mengangkat bahu.
"Kau dah pujuk dia supaya buat rawatan?"
"Sudah, Nurul. Aku dah pujuk dia banyak kali, tapi dia tak nak. Kau pun tahu keadaan keluarga dia sekarang ni."
Nurul sedia maklum akan keadaan keluarga Amir. Bapanya menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi. Demi menanggung kos rawatan di hospital, keluarganya terpaksa berhutang dengan pihak Ah Long. Kini, hutangnya telah mencecah lebih RM20 ribu. Saban hari, mereka menerima pelbagai ugutan daripada pihak Ah Long. Demi membantu meringankan beban kewangan keluarga, Amir bekerja secara sambilan di sebuah restoran makanan segera. Amir tepaksa membahagikan masa antara kerja dan fokus terhadap peperiksaan STPM yang bakal didudukinya tidak lama lagi.
"Aku akan cuba bawa masalah Amir kepada pihak kaunselor sekolah."
"Tapi Nurul, Amir tak nak orang lain tahu pasal benda ni."
"Jangan risau, Aina. Aku akan minta supaya cikgu rahsiakannya. Kalau nak harapkan kita berdua sahaja, mungkin kita tak akan dapat membantu Amir. Kita perlukan pendapat daripada orang yang sepatutnya."
Aina hanya membisu. Gadis yang baru menginjak usia 19 tahun itu berada dalam keadaan serba salah. Dia keliru sama ada untuk terus menyimpan rahsia Amir dan melihatnya terus menderita, atau merelakan Nurul memaklumkannya pada guru kaunselor untuk mencari jalan penyelesaian. Nurul mengenggam erat jari-jemari rakan baiknya itu. Dia tahu apa yang sedang bermain di fikiran Aina. Otaknya kini ligat merencana strategi untuk membantu Amir, rakan baik yang dikenalinya sejak di tingkatan 1 lagi.

"Cikgu dah bawa masalah Amir kepada pihak kaunselor daerah." Pn. Aisyah memulakan bicara. Keadaan dalam bilik kaunseling agak lengang pada waktu itu. Tidak seperti kebiasaannya, bilik ini menjadi tempat pelajar-pelajar bermasalah menghabiskan masa. Pn. Aisyah juga tidak mampu untuk menghalang mereka.
"Jadi?" Nurul inginkan kepastian dengan segera. Sudah hampir sepuluh kali Nurul menemui guru kaunselor sekolahnya itu bagi mendapatkan pendapat berhubung dengan masalah penyakit Amir. Dia sudah menghubungi rakan-rakan yang dipercayainya untuk turut sama membantu. Mereka sedia membantu mencari dana untuk menanggung kos rawatan Amir. Namun, terdapat satu masalah yang menghalang niat suci mereka.
"Agak sukar untuk kami membantu kerana Amir sendiri tidak tampil ke hadapan untuk menceritakan masalahnya." Pn. Aisyah tahu jawapannya itu bakal mengecewakan hati bekas pelajarnya itu. Meskipun Nurul sudah lebih 3 bulan menamatkan zaman persekolahannya, namun dia tidak jemu berkunjung ke sekolah bagi memberikan perkembangan terbaru mengenai Amir. Pn. Aisyah melihat kesungguhan pada riak wajah salah seorang pelajar cemerlang STPM di sekolahnya itu. Setiap kali Nurul membuka cerita mengenai Amir, air matanya pasti akan mengalir. Pn. Aisyah sedia maklum akan keakraban mereka.
"Tak mengapa, cikgu. Saya faham." Nurul menghulur kuntum senyum pada guru kesayangannya itu. Dalam pada masa yang sama, dia mengutuk sikap Aina yang enggan memberikan nombor telefon bimbit Amir kepadanya untuk dihubungi. Kerana itulah, agak sukar untuknya membawa Amir berjumpa sendiri dengan Pn. Aisyah bagi meceritakan masalah penyakitnya.
"Amir tak perlukan bantuan sesiapa pun." Hanya itulah jawapan yang sering meniti di bibir Aina setiap kali Nurul cuba mendapatkan maklumat terkini mengenai Amir. Sikap Aina ternyata berubah semenjak dia menjadi operator di slah sebuah kilang elektronik di daerah kelahirannya. Nurul juga pernah bekerja di situ. Namun akibat berasa tersisih dengan sikap Aina, dia mengambil keputusan untuk behenti tanpa memberi notis kepada pihak kilang.

"Aku nak minta putus dengan Amir." Aina nekad untuk memberitahu perihal tersebut kepada Nurul. Nurul terdiam seketika di hujung talian.
"Tergamak Amir main kayu tiga di belakang aku. Selama ini, aku percayakan dia. Tapi, dalam diam-diam, dia menduakan aku." Sememangnya, Amir kini rapat dengan seorang gadis di tempat kerja barunya. Namun, tiada bukti yang mengesahkan hubungan mereka.
"Aku tak nak ada komitmen dengan mana-mana lelaki buat masa ni." Nurul mengerutkan dahi. Aina yang dikenalinya sejak di bangku sekolah tidak pernah lelah mengejar lelaki. Ternyata Nurul tidak berpuas hati dengan alasan yang diberikan oleh rakan baiknya itu. Tiba-tiba, nama ‘Azman’ terlintas di benak fikirannya.
"Siapa Azman?" soal Nurul tiba-tiba. Aina terkesima. Dia tidak menyangka bahawa Nurul menyedari perkara yang selama ini disembunyikannya.
"Dia... err, dia abang angkat aku." Kedengaran Nurul tertawa kecil. Dia tidak sangka rakan baiknya itu sanggup memperbodohkannya dengan jawapan tersebut. Dia menyedari kehadiran lelaki bernama ‘Azman’ semenjak Aina menggunakan dua telefon bimbit. Aina memintanya merahsiakan perkara ini daripada pengetahuan Amir. Nurul sering terlihat nama Azman sering tertera di skrin telefon bimbit Aina. Jika dahulu, suara Amir yang menemani perjalanan Aina ke tempat kerja. Namun kini, suara itu telah digantikan dengan suara lelaki bernama ‘Azman’. Hubungan Aina dan Nurul mula retak semenjak Aina mula rapat dengan ‘Azman’. Aina sering menjauh daripada Nurul setiap kali Azman menghubunginya.
"Bohong. Aku tahu dia teman lelaki kau yang baru. Aku dah lama tahu, tapi aku diamkan je. Tak payahlah kau beri alasan yang kau tak nak ada komitmen dengan mana-mana lelaki. Kau ingat aku bodoh? Kau tipu aku. Kau tipu Amir. Kau buruk-burukkan nama Amir depan aku. Kau kata dia main kayu tiga, tapi kau pun sama macam dia."
"Err... apa yang kau cakapkan ni Nurul? Aku tak fahamlah."
"Sudah. Hentikan saja lakonan kau. Kau ingat aku buta? Selama ni kau bahayakan nyawa Amir. Kau suruh dia hantar kau ke tempat kerja, walhal masa tu dia tengah muntah darah, sakit teruk. Kau buat semua tu semata-mata nak buat dia marah dan bencikan kau. Supaya dia tinggalkan kau. Kenapa kau tak mengaku saja yang kau dah ada teman lelaki lain?"
"Kau tak ada hak nak marah-marah aku macam tu, Nurul."
"Tak ada hak? Selama ni, akulah tempat kau luahkan semua masalah. Aku yang tolong tutup kejahatan kau daripada pengetahuan Amir. Aku yang sedaya upaya cuba selesaikan masalah Amir. Sekarang kau kata aku tak ada hak? Selama ni, aku cuba bantu Amir, tapi kau halang. Kau kata Amir tak perlukan sesiapa. Aku cuba berhubung dengan dia, tapi kau tak bagi. Sekarang baru aku tau kenapa. Kau nak biarkan Amir mati kan? Supaya kau boleh berfoya-foya dengan lelaki lain. Apa jenis perempuan kau ni hah?"
"Kau diam, Nurul. Aku berhak lakukan apa yang terbaik untuk diri aku. Lagipun, mak bapa aku tak kisah. Lepas ni, aku tak nak kau masuk campur dalam semua urusan aku, faham?!"

"Kau kejam, Nurul. Tergamak kau rahsiakan penyakit Amir daripada pengetahuan kami."
"Lihat, apa yang kau dah lakukan? Amir dah mati, Nurul. Ini semua salah kau. Kau pembunuh, Nurul. Kau bunuh kawan baik kau sendiri."
Nurul menekup telinganya. Matanya dipejamkan rapat. Air matanya mula merembes keluar. Dirinya kini dikelilingi oleh bekas rakan-rakan sekolahnya sewaktu di tingkatan 5. Kesemua mereka menyalahkan Nurul atas kematian Amir.
"Maafkan aku. Aku terpaksa. Ini semua pemintaan Amir. Dia yang minta supaya perkara ini dirahsiakan."
"Kau bohong. Kau pembunuh."
"Pembunuh, pembunuh, pembunuh."
"Tidak, aku bukan pembunuh. Aku bukan pembunuh!"
Telefon bimbitnya berdering. Nurul tersedar dari lena. Dia meraup wajahnya yang mula berpeluh sambil beristighfar. Mimpi yang sama menghantui lenanya lagi. Mimpi yang terus membuatkannya berada dalam keadaan serba salah.
Matanya tertancap pada skrin telefon. Dia mengeluh.
"Saya tak boleh beri jawapan sekarang. Maaf."
"Kenapa susah sangat awak nak terima saya? Kalau awak dah ada teman lelaki, cakap sajalah. Saya dah bosan menunggu jawapan awak. Kadang, saya rasa awak macam sukakan saya. Kadang, saya rasa awak cuma nak main-mainkan saya."
"Saya memang sukakan awak. Tapi hati saya ada pada orang lain."
"Siapa?" Nurul hanya membisu di hujung talian. Hanya satu wajah yang terlukis di mindanya ketika itu. Dia nekad untuk pulang ke kampung halaman. Mujurlah jarak antara kampus dengan kampungnya agak dekat.
"Tengah cuti semester ke? Mak tengok, rajin betul kamu balik rumah sekarang."
"Taklah. Ala, mak ni. Salah ke Nurul balik jenguk mak?"
"Ye la. Itu je la alasan kamu. Hah, bersiap-siap ni nak pergi mana? Kamu tu kan baru sampai."
"Nurul nak pergi jumpa kawan kejap. Nurul pergi dulu ya mak."
Ibu tunggal itu menggeleng-gelengkan kepala melihat telatah anak gadisnya itu. urul membonceng skuter milik ibunya, menuju ke taman perumahan yang terletak tidak jauh dari kampungnya. Dia berhenti di hadapan sebuah rumah. Lama dia berada di situ. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia harus berada di situ. Nurul nekad. Dia tidak mahu terus diburu oleh rasa serba salah. Dia tidak mahu dihurungi dengan pelbagai persoalan. Dia ingin melunaskan tanggungjawabnya sebagai seorang sahabat. Kerana itu, dia sanggup pulang meskipun terpaksa ponteng kuliah.
"Nurul?"
Lamunannya terhenti. Dia memalingkan wajahnya ke arah suara itu. Suara yang sudah tidak didengarinya semenjak dia mengambil keputusan STPM di sekolah. Suara yang selama ini meceriakan hidupnya. Suara yang cuba dijejaki sejak beberapa bulan yang lalu dan suara ini akhirnya kedengaran semula.
"Amir?"

Suasana di hospital agak lengang ketika itu. Dr. Imran baru selesai melakukan pemeriksaan ke atas pesakitnya. Pesakit itu koma sejak seminggu yang lalu, selepas menjalani pembedahan membuang tumor otak. Dia bersimpati dengan keadaan pesakit tersebut. Keluarganya terkorban dalam kebakaran beberapa bulan lalu. Hasil siasatan mendapati kebakaran ini berpunca daripada perbuatan khianat. Namun hingga kini, pihak polis gagal menemui bukti yang kukuh.
"Eh... Nurul. Dah lama sampai?" soal Dr. Imran kepada gadis yang sedang menanti di luar. Dia tidak berapa mengenali gadis itu. Tetapi gadis itu telah banyak membantu menyelamatkan nyawa pesakitnya yang koma itu. Dengan usaha yang dilakukan oleh gadis itu beserta rakan-rakannya yang lain, mereka telah berjaya mengumpul wang bagi membiayai kos pembedahan Amir. Walaupun barahnya telah merebak ke bahagian yang lain, Nurul tetap berkeras untuk membantu Amir.
"Baru je sampai, doktor. Err... macam mana keadaan Amir?"
"Hmm... masih tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda positif. Saya harap awak tidak berputus asa untuk memberikannya sokongan."
"InsyaAllah, doktor. Err... boleh saya jumpa Amir?"
"Boleh, silakan." Doktor Imran membukakan pintu untuk gadis itu. Nurul melangkah masuk. Dengan perlahan, kerusi ditarik merapati birai katil. Nurul melabuhkan punggung sambil mengeluarkan helaian kertas daripada beg sandangnya. Dia terdiam buat seketika. Mindanya menyusun kata-kata yang hendak disampaikan kepada rakan baiknya itu.
"Hai, Amir. Ini aku, Nurul. Aku tau kau mesti dapat cam suara aku, kan."
"Hai, Nurul. Aku tau kau akan datang. Semalam aku bermimpi tentang kau tau."
"Karya aku tersiar lagi tau. Kali ni, tersiar dekat akhbar pula. Kau cepatlah sedar. Nanti bolehlah aku tunjukkannya pada kau."
Amir tersenyum. Dia tahu Nurul amat meminati bidang penulisan. Nurul sanggup menukar aliran ketika di tingkatan 6 dulu. Dia tidak betah berada dalam aliran Sains kerana jiwanya ada pada bidang sastera. Amir tahu, bidang penulisan kreatif memberikan pendapatan sampingan buat mahasiswa seperti Nurul.
"Err... aku sedang dalam proses menyiapkan sebuah cerpen, khas untuk kau. Tapi aku belum ada judul yang sesuai. Dan... aku belum tulis bahagian penamat. Aku tunggu kau sedar supaya kita boleh fikirkannya bersama-sama."
"Penamat? Aku rasa kau patut tulis pasal kita. Berkahwin, mempunyai anak cucu dan hidup bahagia hingga ke akhir hayat. Tapi semua tu tak mungkin akan berlaku, kan? Kau lihat sajalah keadaan aku ni. Lemah, tak berdaya."
"Aku minta maaf sebab desak kau jalani pembedahan ni. Kalaulah aku tahu kau akan koma, aku takkan teruskan niat aku tu. Aku minta maaf, Amir."
"Shh... jangan cakap macam tu. Aku yang patut berterima kasih pada kau, Nurul. Semua ni salah aku. Kalaulah aku buat rawatan sejak dari awal lagi, Aina mungkin tidak akan meninggalkan aku dan bertunang dengan lelaki lain. Aku mungkin dapat menyelamatkan keluarga aku daripada ancaman Ah Long tu. Sekarang, semua orang yang aku sayangi dah pergi meninggalkan aku."
"Amir, kau kena kuatkan semangat untuk terus hidup. Aku masih perlukan kau. Rakan-rakan kita masih perlukan kau. Selama ni, kau beri aku kekuatan. Aku tak dapat bayangkan bagaimana aku dapat meneruskan kehidupan tanpa kau."
"Maafkan aku, Nurul. Aku tak mampu penuhi permintaan kau. Dunia ini penuh dengan manusia-manusia yang kejam. Aku tak dapat mengikut rentak tari mereka. Aku sudah penat, terlalu penat. Aku ingin berehat, rehat yang panjang."
Titisan air mata mengalir daripada kelopak mata Amir yang tertutup rapat. Nafasnya mula sesak. Kelihatan satu cahaya putih menerangi pandangannya. Dia tersenyum, masanya telah tiba. Dia harus pergi menyahut panggilan Illahi.
"Selamat tinggal, Nurul."
Nurul panik. Dia segera memanggil doktor. Helaian kertas berisi cerpen terbarunya bertaburan di atas lantai. Kini, dia sudah tahu akan kesudahan cerpennya.
"Innalillah..."
posted by Penulisan2u @ 2:52 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
5 Comments:

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group