BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Selasa, Jun 09, 2009
Cerpen : Cinta Antara Kita III
Nama Pena : Ridhwan Zainudin

NADZLIA bergegas menuju ke hospital setelah mendapat panggilan dari emak Khairul. Mujur ada Farah yang sudi menemaninya. Dalam hati, ada cemas yang menggila. Khairul telah terlibat dalam kemalangan jalan raya. Tatkala mendengar berita itu, Nadzlia terasa separuh dari semangatnya telah dibawa pergi. Tidak putus-putus dia berdoa agar kekasih hatinya itu selamat dari segala bahaya dan malapetaka. Sampai sahaja di perkarangan hospital dengan menaiki kereta kancil yang dipandu oleh Farah, Nadzlia segera ke Unit Rawatan Rapi (ICU). Puan Afifah dan Encik Harun sedang duduk menanti di kerusi yang disediakan di hadapan bilik ICU itu.
"Makcik!" tegur Nadzlia.
"Lia!" balas Puan Afifah lalu mendakap gadis yang sudah dianggap sebagai anak sendiri itu penuh erat.
"Sabarlah makcik. Kita berdoa semoga segalanya selamat," ujar Nadzlia.
Puan Afifah menangis dan terus menangis. Nadzlia melihat wajah ayah Khairul yang tenang namun gelodak rasa dalam jiwanya, tiada siapa dapat meneka. Farah muncul beberapa minit kemudian. Dia kelihatan mengah. Mungkin penat mengejar Nadzlia yang berlari meninggalkannya keseorangan di tempat letak kereta tadi. Nadzlia meleraikan pelukannya perlahan-lahan. Dia memperkenalkan Farah pada ayah dan emak Khairul. Farah tunduk bersalaman dengan kedua-duanya.
"Macam mana boleh accident ni pakcik?" soal Farah, ingin tahu.
Nadzlia hanya diam. Sebenarnya itulah soalan pertama yang ingin ditanya namun entaha mengapa berat untuk mulutnya bersuara. Pasti keadaan Khairul agak parah kerana dimasukkan ke dalam ICU.
"Pakcik pun tak pasti tapi dari apa yang pihak polis cakap tadi, motosikal yang dipandu oleh Khairul bertembung dengan lori balak. Lori tu hilang kawalan sehingga masuk ke kawasan jalan sebelah lalu merempuh Khairul," jawab Encik Harun.
"Ya Allah..." ucap Farah.
Nadzlia yang mendengar menekup mulutnya. Bertembung dengan lori? Tidak dapat Nadzlia bayangkan situasi tersebut. Apa yang penting sekarang adalah keselamatan Khairul. Puan Afifah masih tersedu-sedan dalam tangisan. Hati ibu mana yang tidak dilanda risau mengenangkan anak yang disayangi berada dalam bahaya.
Seketika kemudian, pintu bilik ICU itu dibuka. Bingkas Encik Harun bangun untuk bertanya keadaan anaknya.
"Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Anak encik selamat. Cuma kaki kirinya retak sedikit dan kami dah membalutnya. Anak encik sungguh bertuah. Mungkin sebelum dilanggar dia sempat melompat dari motor yang dipandu. Jika tidak, kecederaan yang dialaminya pasti lebih teruk memandangkan dia bertembung dengan lori," jelas doktor yang memaki tag nama Shamsul itu.
Terpancar sinar kelegaan dalam setiap wajah yang berada di situ. Syukurlah Khairul selamat, getus hati Nadzlia.
"Boleh, kami tengok dia doktor?" Puan Afifah bertanya dalam esakan.
"Buat masa ni pesakit perlukan rehat. Saya rasa lebih baik puan dan semua yang ada di sini pulang ke rumah dahulu. Esok boleh datang semula. Sebelum tu, boleh saya berjumpa dnegan ibu bapa pesakit?" pinta Doktor Shamsul.
Encik Harun dan Puan Afifah membuntuti langkah Doktor Shamsul menuju ke bilik doktor tersebut. Nadzlia hanya memandang tanpa kata. Farah memegang kejap bahu sahabatnya, menghantar sedikit kekuatan. Nadzlia mengukir senyum lalu mengajak temannya itu pulang semula ke kolej kediaman mereka. Asalkan Khairul tidak apa-apa, Nadzlia sudah tidak runsing lagi.

* * * * *

MENTARI tidak memancar terik tengah hari Khamis itu. Deru angin yang berhembus membawa sedikit nyaman. Nadzlia dan Farah melangkah masuk ke dalam lif sejurus mereka tiba di hospital. Butang tiga ditekan dan lif bergerak naik ke tingkat yang diarahkan. Selepas pintu lif dibuka, kedua-dua gadis itu melangkah keluar sambil mata masing-masing meliar mencari nombor wad yang menempatkan Khairul. Puan Afifah ada menelefon Nadzlia semalam untuk memberitahu yang Khairul sudah selamat dipindahkan ke wad.
"Hah, tu Lia!" tegur Farah.
Nadzlia bergegas menuju ke bilik 303 yang ditunjukkan Farah tadi. Tidak sabar untuk menatap wajah kekasih yang dirindui. Sampai di depan pintu, langkah Nadzlia terhenti. Farah yang mengekori sahabatnya itu turut berhenti sekaligus tertanya-tanya di dalam hati.
"Kau ni kenapa?"
"Er... saya takutlah awak..." ujar Nadzlia.
"Takut? Takut apanya?"
"Entahlah, hati saya rasa tak sedap. Berdebar semacam..." jawab Nadzlia.
"Ah, perasaan kau je tu. Kalau kau takut, biar aku yang buka," pelawa Farah tanpa dipinta.
Pintu bilik diketuk dan terdengar suara dari dalam menyuruh mereka masuk. Farah memberi salam. Kelihatan hanya Puan Afifah seorang yang berada di dalam bilik sederhana kecil itu. Mereka berdua bersalam dengan wanita sudah yang menjangkau usia separuh abad itu. Nadzlia memandang wajah Khairul. Dahi Khairul bertampal dengan plaster. Bibir dan pipi kirinya sedikit lebam. Air muka lelaki itu tampak tenang. Inilah kali pertama dia melihat Khairul ketika tidur. Comel seperti bayi yang nyenyak di dalam buaian. Nadzlia mengalihkan pandangannya pada kaki lelaki itu yang berbalut. Harap kecederaannya tidak teruk sangat.
"Pakcik ke mana?" tanya Nadzlia sekadar berbasa-basi.
"Pakcik ke kantin. Lapar katanya," jawab Puan Afufah.
"Macam mana dengan Khairul makcik?" Farah pula bertanya.
"Alhamdulillah, doktor kata dia tak apa-apa. Cuma..." wajah Puan Afifah bertukar mendung.
"Cuma?" Nadzlia menyoal, gusar.
"Cuma... dia..." Puan Afifah tidak meneruskan kata apabila terdengar Khairul terbatuk.
Perlahan-lahan matanya dibuka. Khairul memandang sekeliling. Emaknya masih berada di sisi. Kali ini ada dua orang gadis yang datang melawat. Kelibat ayahnya tidak pula kelihatan.
"Hah, Rul, dah bangun pun kau!" tegur Farah apabila melihat Nadzlia seolah kelu tanpa kata.
Khairul tersenyum. Senyuman yang menambahkan keyakinan dalam diri Nadzlia bahawa lelaki itu sihat dan tidak mengalami kecederaan yang serius.
"Cik adik dua orang ni dari mana?" tanya Khairul.
"Kitaorang dari universiti. Lepas habis kuliah tadi, terus ke sini. Petang kami tak ada kuliah," jawab Farah.
"Oh... datang naik apa?"
"Kereta aku," jawab Farah lagi sambil matanya mengerling pada Nadzlia yang seakan tidak mampu berbicara.
"Kita sekelas ya?" tanya Khairul lagi.
Wajah Farah berubah. Begitu juga dengan Nadzlia. Ah, Khairul pasti sedang bergurau. Dalam sakit sempat lagi dia nak buat kelakar.
"Kau ni memang terlupa atau sengaja buat-buat lupa. Mari, aku ketuk sikit kepala tu. Agaknya ada wayar terputus tu," usik Farah.
Khairul ketawa. Ketawa yang kedengaran sungguh asing pada telinga Nadzlia. Dia mula diselubungi gelisah.
"Aku sekelas dengan Lia. Kau tu kelas lain," sambung Farah lagi.
"Oh, jadi kau datang ni sebab kita ada apa-apa pertalian?" soal Khairul lagi.
Farah mengerutkan dahi. Nadzlia sudah memandang Puan Afifah yang menundukkan wajahnya. Kemudian dia beralih pada Khairul yang sedang merenungnya.
"Siapa nama kau?" soal Khairul sekaligus menggegarkan jantung Nadzlia.
Nadzlia merasakan tubuhnya menggigil. Kakinya seakan tidak pijak ke tanah. Lesu. Tiba-tiba dia terjelepok di atas lantai hospital yang dilitupi jubin rona putih itu namun sempat disambut oleh Farah. Benarkah apa yang didengarnya tadi? Benarkah? Ya Allah, dugaan apakah ini?

* * * * *

"ANAK puan mengalami Retrograde Amnesia atau dalam bahasa mudahnya hilang ingatan. Mungkin sewaktu anak puan melompat, kepalanya terhantuk pada benda keras seperti batu atau kayu sekaligus menyebabkan otaknya bergegar. Biasanya pesakit jenis ini tidak mampu mengingati apa-apa kejadian yang berlaku selepas sesuatu insiden. Namun puan tak perlu risau kerana apabila bengkak di kepala pesakit berkurangan, saya yakin ingatannya akan pulih semula. Selain itu ,saya juga akan bekalkan dengan beberapa jenis ubat yang diharap dapat membantu dalam mengaktifkan semula sel-sel otak yang lemah sekaligus membantu dalam mengembalikan memorinya semula,"
Penjelasan Doktor Shamsul semalam masih kuat dalam ingatan Puan Afifah. Tambah doktor itu lagi, hanya masa yang mampu merawat segalanya. Selebihnya, berserah pada Ilahi. Puan Afifah nyata terkejut sewaktu Khairul sedar diri pagi tadi. Anaknya itu tidak dapat mengingati namanya sendiri apatah lagi dirinya yang merupakan ibu kepada Khairul. Melihat keadaan anaknya begitu, hati ibu mana yang tidak runsing. Mujur suaminya memberi sedikit semangat agar dia lebih tabah.
Nadzlia memicit-micit dahinya setelah mendengar penjelasan dari emak Khairul tadi. Lelaki itu menghidap amnesia. Sejenis penyakit yang menguji kesabaran, bukan sahaja penghidapnya malah mereka yang berada di sekeliling. Puan Afifah masuk semula ke dalam bilik yang menempatkan Khairul. Farah yang sejak tadi menjadi pendengar setia, memegang lembut bahu sahabatnya itu. Dia tahu Nadzlia kebingungan. Dia tahu Nadzlia masih terkejut.
"Apa yang saya nak buat sekarang Farah?" tanya Nadzlia, risau.
"Bersabar... banyakkan berdoa agar Khairul cepat sembuh. Waktu begini kita tidak boleh terlalu memaksa. Nanti takut akan memudaratkan dirinya. Kita hanya boleh tunggu," ujar Farah, berharap agar kata-katanya dapat menenangkan jiwa Nadzlia yang kacau.
"Huh, tunggu? Sampai bila? Sampai dia jatuh cinta dengan perempuan lain? Dia dah lupakan saya Farah! Lupa!" agak tinggi nada suara Nadzlia membuatkan Farah sedikit tergamam.
"Ah, maaf. Saya..." Nadzlia tidak meneruskan kata.
"Aku faham perasaan kau. Tapi kau tak boleh pentingkan diri. Yakinlah bahawa dalam hati Khairul masih ada cinta untuk kau. Yakinlah jauh di lubuk hatinya masih ada kenangan bersama-sama kau," ujar Farah.
Nadzlia teresak, perlahan. Ada sendu yang menjalar di seluruh urat nadinya. Dia tidak dapat menerima hakikat yang Khairul telah hilang ingatan. Ingatan terhadap cinta antara dia dan lelaki itu...

* * * * *
HAMPIR sebulan berlalu sejak kejadian pahit itu berlaku. Puan Afifah dan Encik Harun tinggal menyewa di rumah yang terletak berhampiran dengan hospital. Buat sementara, Puan Afifah akan menetap di sini. Mahu berulang-alik dari Port Dickson ke Segamat bukanlah sesuatu yang mudah. Amat memenatkan. Justeru lebih baik dia menyewa rumah di sini. Senang untuk melihat dan menjaga Khairul. Encik Harun pula akan berulang-alik seminggu dua kali kerana tuntutan kerja tidak membenarkannya untuk berada bersama-sama isteri menjaga anak sulungnya itu. Tambahan pula, adik-adik Khairul di rumah masih perlu diambil berat. Nadzlia juga datang melawat andai ada kelapangan. Kata gadis itu, peperiksaan akhir semakin hampir. Khairul pula masih tidak dibenarkan pulang. Dia masih menjalani rawatan terapi untuk membantu ingatannya supaya pulih seperti sedia-kala. Cuma sesekali doktor akan membenarkannya keluar bersiar-siar menghirup udara luar. Tidaklah anaknya itu duduk terperuk di dalam wad yang seperti dalam lokap lagaknya. Dia yang duduk menjaga juga kadang-kala berasa bosan. Senyap-sunyi tanpa kekecohan. Terlalu tenang.
"Jauh mengelamun mak," tegur Khairul membuatkan Puan Afifah tersentak lalu mengukir segarit senyum.
"Mak, Rul nak tanya, Lia tu siapa?"
"Lia tu kawan kamu sejak dari kecil lagi. Satu sekolah sejak dari tadika sampai sekarang. Tak pernah berpisah. Kenapa kamu tanya?"
"Tak, tak ada apa. Saja..." jawab Khairul.
Mengingati semula wajah Nadzlia, ada debar yang menghentak jantungnya. Sesekali dalam mimpi, wajah itu seakan-akan pernah dikenali. Terasa dia begitu rapat dengan gadis itu. Khairul tidak tahu bagaimana untuk menafsirkan perasaan yang bergelumang dalam hatinya kala gadis itu berada di depan mata. Rasa tenteram. Rasa senang untuk berbual dan berbicara. Rasa tidak janggal. Dan rasa yang sungguh selesa. Kadang-kala, ada rindu yang menjengah andai gadis itu tidak datang melawatnya. Ada resah yang membelit tangkai hati jika tidak menatap wajah itu. Khairul keliru. Apakah yang sedang dirasainya ini?
"Assalammualaikum," tegur Nadzlia selepas pintu bilik ditolak.
Ah, baru disebut-sebut gadis itu sudah muncul. Serta-merta Khairul berasa ada semangat yang datang menerpa ke arahnya. Nadzlia menghadiahkan sebuah senyuman pada Khairul. Senyuman yang mengusik hati kecil lelaki itu. Khairul juga turut tersenyum, tanda gembira dengan kedatangan gadis itu.
"Farah mana?" tanya Puan Afifah sewaktu Nadzlia bersalam dengannya.
"Dia ada kelas tambahan makcik. Lia datang seorang," jawab Nadzlia.
"Tahu Lia memandu? Lia dah ada lesen ke?"
Nadzlia tersengih. Lesen? Kalaulah Makcik Afifah tahu yang dia redah sahaja datang ke sini tanpa lesen memandu, apa agaknya yang wanita itu fikirkan. Pasti akan dia akan dimarahi.
"Ada juga Lia belajar memandu," jawab Nadzlia, satu jawapan yang dia harap dapat menutup mulut Puan Afifah dari bertanya soalan yang seterusnya.
"Makcik dah makan?" cepat-cepat Nadzlia menukar topik perbualan.
"Belum. Makcik ingat nak tunggu nurse datang. Dah terlanjur kamu ada, boleh tengok kan Khairul ni sekejap, boleh?"
"Boleh... makcik pergilah makan dulu. Nanti jangan disebabkan jaga orang sakit, kita pula yang sakit," usik Nadzlia.
Puan Afifah tergelak kecil lalu melangkah keluar. Nadzlia yang perasan renungan Khairul sejak dia tiba tadi diselubungi gelisah. Dia berpura-pura membersihkan meja kecil yang berada di situ.
"Tak ada kelas petang ni?" Khairul membuka mulut bertanya.
"Tak," jawab Nadzlia sepatah sambil tangannya ligat menyusun cawan dan mangkuk yang berada di atas meja itu.
"Lia..."
Nadzlia tersentak. Dia diburu hiba serta-merta. Dahulu lelaki itu memanggilnya dengan panggilan "Nadz". Hanya lelaki itu yang memanggilnya begitu. Kini, entah bila dia akan mendengar panggilan itu semula.
"Ya, ada apa?"
"Saya dah ada girlfriend ke?"
Hampir terlepas mangkuk plastik yang dipegang oleh Nadzlia tatkala mendengar pertanyaan Khairul tadi. Segera dia menganggukkan kepalanya, perlahan-lahan sebagai jawapan.
"Ya? Siapa? Awak ke?"
Darah merah terasa menyerbu ke muka. Panas. Nadzlia malu apabila Khairul bertanya begitu. Mahukah dia mengaku atau buat tidak tahu?
"Awak ke?" tanya Khairul lagi sambil merapatkan diri pada gadis bertudung biru dengan blaus juga rona serupa.
Nadzlia sudah tidak mampu menahan debar di dalam hati. Selebihnya dia berasa amat malu. Lantas dia segera melangkah untuk keluar namun tangannya ditarik lalu diraih menyebabkan langkah Nadzlia terhenti. Tanpa berpaling, dia hanya membiarkan.
"Jadi, betullah awak? Saya dah agak. Saya dapat rasakannya. Jauh di dasar hati, ada rindu untuk awak. Ada debar bila bersama-sama awak. Ada rasa hangat dan selesa bila berada hampir dengan awak," terang Khairul.
Nadzlia dilambung bahagia mendengar bait-bait kata yang diungkapkan oleh Khairul tadi. Dia bersyukur kerana rasa cinta itu tidak luput dalam hati Khairul. Sungguhpun lelaki itu masih tidak dapat mengingati dirinya namun memadailah rasa cinta itu masih ada.
"Sudi temankan saya lihat bintang di langit malam ni?" pinta Khairul, masih tidak melepaskan pegangan tangannya.
Perlahan-lahan Nadzlia mengangguk tanda setuju. Wajahnya dipalingkan namun tidak terus memandang Khairul. Dia kalah dengan panahan mata lelaki itu.
"Saya cintakan awak," ucap Khairul seraya melepaskan tangan gadis yang sudah merona merah mukanya itu.
Nadzlia segera berlari keluar dari bilik itu. Sungguh, andai sesaat lagi dia berada di situ, dia akan pengsan!

* * * * *

PULANG semula ke kolej kediaman, senyuman tidak lekang dari menghiasi bibir Nadzlia sehingga membuatkan Farah tertanya-tanya apakah yang menyebabkan gadis itu kelihatan sungguh ceria bagai baru memenangi hadiah tempat pertama dalam pertandingan program realiti di kaca televisyen.
"Kau ni dah kenapa? Geli pula aku tengok. Tersengih-sengih macam kerang busuk," tegur Farah.
"Dia masih ingatkan aku Farah! Dia masih ingatkan aku!" ujar Nadzlia, teruja.
"Siapa?"
"Tekalah,"
"Kau ni... tak ada masa aku nak main teka-teki ni. Cepat beritahu!"
"Tekalah..."
"Aku cekik juga budak ni nanti. Tak pasal-pasal kau pula masuk hospital sama dengan..." Farah menghentikan bicaranya lantas menekup mulut dengan tangan kanannya.
"Don’t tell me it’s Khairul!" sambung Farah.
Senyuman yang makin melebar di wajah Nadzlia sudah cukup sebagai jawapan kepada tekaannya tadi. Patutlah sahabatnya itu gembira bukan kepalang. Kekasih hati sudah kembali semula.
"Alhamdulillah, syukur. Kan aku dah kata, kalau kau yakin, cinta itu tetap ada," ujar Farah.
"Betul kata awak. Saya harus yakin yang Khairul adalah milik saya, selamanya..." Nadzlia membalas.
"Betul, betul, betul... dah, lebih baik kau pergi mandi. Badan tu dah bau ubat kau tahu?" usik Farah.
Nadzlia mencebikkan bibirnya. Lidahnya dijelirkan pada Farah. Kawan sebiliknya itu memang suka mengusik.

"Sudi temankan saya lihat bintang malam ni?"

Kata-kata Khairul tadi terngiang-ngiang di telinga. Nadzlia menjenguk keluar dari tingkap biliknya. Warna merah mula menyimbah langit yang tanpa awan petang itu. Sebentar lagi malam akan menjelma menyebabkan siang terpaksa mengundur diri sementara. Pasti malam ini bintang-bintang yang bergelantungan bersinar terang. Tunggu Nadz ya Khairul, malam ni, Nadz akan menemani Khairul sampai fajar menjelma, detik hati Nadzlia.

* * * * *

PINTU bilik rawatan rapi (ICU) itu masih terkatup rapat. Sudah hampir dua jam Puan Afifah dan Encik Harun duduk menunggu di depan bilik itu. Khairul jatuh pengsan ketika Puan Afifah selesai Solat Maghrib sebentar tadi. Segera wanita itu menelefon suaminya agar bergegas ke mari. Dalam hati tidak putus-putus dia berdoa agar anaknya tidak apa-apa. Entah apalah penyakit yang dihidapi oleh anaknya itu lagi. Sebelum ini, anaknya ada mengadu yang dia sering sakit kepala. Fikir Puan Afifah, itu merupakan kesan sampingan yang harus anaknya hadapi. Mungkin kerana bengkak di kepalanya anaknya yang semakin surut menyebabkan anaknya diserang sakit kepala.
Bunyi pintu bilik ICU yang ditolak menarik perhatian Puan Afifah dan Encik Harun. Pantas Puan Afifah bertanya tentang keadaan anaknya pada seorang doktor wanita yang keluar dari bilik itu.
"Maaf puan, buat masa ini kami sedang cuba menyelamatkannya. Ada pendarahan yang berlaku pada otak kiri anak puan. Kami sedang cuba untuk membuang salur darah yang berkenaan tapi..." ujar doktor wanita yang memakai tag nama Maisara itu.
"Tapi apa doktor?" tanya Puan Afifah.
"Maaf puan. Walau apa pun, kita hanya mampu berserah pada-Nya. Saya harap puan banyakkan bersabar,"
"Maksud doktor? Encik Harun pula bertanyakan soalan.
"Mungkin kesan dari kemalangan dulu, berlaku pembentukan salur darah yang tidak normal dalam otaknya. Lalu apabila salur darah itu pecah, darah beku akan terjadi. Jika dikesan lebih awal, kadar peratusan Khairul selamat adalah lebih tinggi. Namun, jika dilihat keadaan sekarang, saya minta maaf. Mungkin puan dan encik harus bersiap-sedia. Walau apa pun, ia bergantung pada keazaman Khairul dan selebihnya, hanya DIA yang berkuasa menentukan segalanya," panjang lebar penjelasan Doktor Maisara itu.
"Ya Allah!!!" jerit Puan Afifah lantas segera terduduk di atas kerusi menunggu.
Doktor Maisara meminta izin untuk masuk ke dalam bilik rawatan semula. Encik Harun dikecam kemelut jiwa yang sarat dengan duka. Dia hanya mampu berdoa. Dia melangkah ke arah isterinya yang sedang menangis hiba. Puan Afifah melepaskan semua perasaan sedih dalam dakapan suaminya. Suasana sekeliling masih tetap sepi tanpa sebarang bunyi. Hanya tangisan Puan Afifah yang kedengaran, penuh sayu.

* * * * *

"FARAH, langit malam ni cantik, kan?" ujar Nadzlia.
"Kau dah buang tabiat?"
"Ish, awak ni... ada ke cakap macam tu. Salah ke saya memuji alam ciptaan Ilahi yang indah ini?" balas Nadzlia.
"Tak salah, tapi sebelum ni tak pernah pula kau memuji. Merungut adalah," perli Farah.
"Eii... geramnya saya dengan awak ni! Dahlah, malas nak layan!" Nadzlia pura-pura jauh hati.
Farah tergelak kecil. Nadzlia kembali merenung langit malam. Gugusan bintang yang berkerlip terang menambah seri pada dewi malam yang turut bersinar cerah. Nadzlia berkira-kira di dalam hati, apakah Khairul juga sedang bersama-samanya menikmati keindahan malam ini? Agaknya, lelaki itu juga sedang membilang bintang bersama dengannya. Bahagia. Itulah yang Nadzlia rasakan saat ini. Bunyi telefon bimbit yang berdering menganggu lamunannya. Nadzlia hanya membiarkan, terasa malas mahu menerima sebarang panggilan.
"Oi, makcik... angkatlah telefon tu. Rimas aku dengar tahu tak?" rungut Farah.
"Malaslah. Ala, kejap lagi berhentilah tu. Hah, kan dah berhenti," ujar Nadzlia lalu kembali menyambung angannya tadi.
Beberapa detik kemudian, telefon bimbit Nadzlia berdering lagi minta diangkat. Nadzlia meminta Farah melihat nama yang tertera di skrin. Sejurus selepas nama Puan Afifah disebut, pantas Nadzlia menerpa. Pasti panggilan dari Khairul. Farah yang melihat menggelengkan kepala.
"Hello, assalammualaikum..." ucap Nadzlia ceria.
Selepas seketika mendengar kata-kata dari pemanggil berkenaan, lidah Nadzlia kelu. Kakinya kaku. Tangannya lesu. Telefon bimbit terlepas dari pegangan. Jari-jemarinya menggigil. Farah yang melihat kebingungan. Wajah Nadzlia pucat lesi. Seperti melihat hantu lagaknya.
"Lia... Lia... kenapa ni?" soal Farah mendekati gadis itu lalu mengoncang perlahan tubuh Nadzlia namun sahabatnya itu tetap tidak bergerak.
Farah mencapai telefon yang jatuh ke lantai. Mujur panggilan masih belum terputus.
"Hello, Farah ni..."
"Farah, Pakcik Harun ni. Lia macam mana?"
"Kenapa pakcik?"
"Lebih baik kamu berdua datang ke hospital sekarang. Tolong tengokkan Lia tu Farah,"
"Kenapa pakcik? Ada sesuatu berlaku pada Khairul?"
"Datang sahaja ke hospital," ujar Encik Harun lalu menamatkan panggilan.

* * * * *

"TAK mungkin! Khairul dah berjanji nak menemani saya melihat bulan di langit malam ni. Dia dah berjanji untuk meminjamkan bahunya pada saya untuk bersandar. Khairul dah berjanji nak bersama-sama saya mengira bintang. Tak mungkin dia mungkiri janji. Awak tipu!" teriak Nadzlia pada Farah.
Puan Afifah sudah tidak mampu berkata-kata. Dia tampak kelesuan, duduk di kerusi. Encik Harun sudah menghilang bagi menguruskan segala prosedur yang diperlukan. Farah yang berada di situ kaget. Nadzlia sudah tidak mampu dikawal.
"Bawa mengucap Lia. Ingat Tuhan. Sesungguh-Nya dari dia kita datang, dan kepada-Nya kita kembali," ucap Farah, cuba memujuk.
"Hahaha... awak semua nak kenakan Lia ya? Lia takkan terpedaya. Khairul! Keluar Khairul! Saya tahu awak tengah sembunyi dalam bilik tu!" ujar Nadzlia.
"Masya-allah... mengucap Lia, mengucap. Khairul dah tak ada. Dia dah meninggal," ujar Farah.
"Tipu! Awak tipu!" bentak Nadzlia.
Pintu bilik ICU dibuka. Sekujur tubuh terdampar kaku di atas katil yang ditolak oleh beberapa orang jururawat. Jelas wajah Khairul singgah ke penglihatan Nadzlia.
"Tunggu! Awak semua nak bawa dia kemana?" jerit Nadzlia lalu menghalang perjalanan.
"Khairul, bangun! Lia datang ni, bangun!" ujar Nadzlia ketika dia berada di sisi Khairul yang terbujur diam, tidak bergerak.
Farah segera menarik Nadzlia ke tepi. Nadzlia meronta-ronta tidak mahu berenggang dari lelaki itu. Beberapa orang jururawat datang membantu. Akhirnya Nadzlia terjelepok di atas lantai, keletihan. Dan katil yang membawa tubuh Khairul semakin lama semakin hilang dari pandangan...

* * * * *

TANAH perkuburan Teluk Kemang itu dilanda sayu. Nadzlia merenung kubur yang masih merah di hadapannya. Sahlah Khairul sudah meninggalkannya kini. Bermakna tiada lagi suara lelaki itu akan kedengaran. Tiada lagi wajah lelaki itu untuk ditatap. Tiada lagi senda-gurau, gelak-tawa yang akan mewarnai kehidupannya selepas ini. Khairul pergi tanpa sempat mengucapkan selamat tinggal padanya. Khairul pergi tanpa sempat mendengar lafaz cinta dari bibirnya. Khairul pergi membawa luka, duka dan sengsara pada dirinya.
"Bawa bersabar Lia. Yang dah pergi, biarkan dia pergi. Kita yang masih hidup, perlu terus hidup. Masih banyak yang harus kita tempuhi. Redhailah pemergiannya. Aku yakin, Khairul juga tidak mahu lihat kau bersedih begini. Kau menangis air mata darah sekalipun, Khairul tak akan hidup kembali," ujar Farah memberi nasihat.
Nadzlia menyeka air mata yang mengalir di pipinya. Kata-kata Farah ada benarnya. Dia seharusnya tabah. Dia perlu kuat. Tabah dan kuat dengan kenangan yang telah Khairul tinggalkan untuknya. Dia berjanji tidak akan sesekali membiarkan kenangan itu lenyap dari hati. Ikatan cinta antara mereka akan terus terpatri selagi langit memayungi bumi!

TAMAT
posted by Penulisan2u @ 1:56 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
7 Comments:
  • At 9/6/09 3:41 PG, Blogger hijauGreen said…

    sgt best cite ni....huhuhu..:)-:)
    jln cite yg menarik...hmpr2 menarik emosi sy...hehe...peace..:)

     

  • At 9/6/09 9:36 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    cis ..
    penat2 baca selama nih ..
    nyesal baca part ni..
    mati rupanya ..
    :((

    -anis-

     

  • At 10/6/09 1:36 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    waa..cdeynyer dyer mati..
    mmg bezz...

     

  • At 10/6/09 6:06 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    encik ridh! sy tak suka endingnya begini... waa... sedih! tak patut! tak patut!

     

  • At 10/6/09 7:03 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    memang best walau sedih....

    sy memang mengikuti dr yang pertama n kedua. ni sekuel t'akhir atau ada sambungan lagi?

     

  • At 13/6/09 1:24 PG, Anonymous nurul said…

    knp suka wat cite mati aje...
    knp xde cite cm fairy tale...happy ever after...
    walaupun kite tau bkn sume akan dpt mcm fairy tale..
    tp,bace2 crita kat sini utk lpskan tension..
    please laa buat something yang tak menambahkan tension org lg...
    huhu...
    tu pada pandangan sy laaa....

     

  • At 16/6/09 4:12 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    terima kasih pada anda semua yang sudi singgah membaca.

    cik nurul, kehidupan ini penuh dengan suka-duka, pahit-manis, senyum-tawa dan tangis-duka.

    sesekali dalam leka membaca kisah-kisah yang penuh pesona gembira, kita juga perlu diingatkan dengan kisah-kisah yang membawa teladan agar kita tidak terus hanyut dalam dunia angan yang kita tahu memang indah namun realitinya ianya pahit untuk ditelan.

    sekian... ;)

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group