Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Teman, aku selalu menunggumu disini. Menunggu seperti selalu. Tiap hari, tiap masa. Berharap kau pulang, dan membuat aku tersenyum. Namun, hari demi hari, bulan berganti bulan, dan dari setahun ke setahun kemudiannya, kau masih juga tak kunjung tiba. Dan aku seperti biasa masih lagi terpaku disini. Terpaku kaku menunggumu! "Manusia seringkali terlewat menghargai. Yang ada di depan mata tak nampak. Yang jauh beribu batu itu juga yang ditunggu. Bila dah hilang, baru nak menyesal." Lelaki itu seperti menyindirku. Agak sinis bunyinya. Aku pandang sekejap lelaki yang sedang berpeluk tubuh berdiri disebelahku ini. Dia senyum. Wajahnya kelihatan tenang seperti biasa. "Dia berjanji akan pulang Kim. Pulang untuk menunaikan janjinya terhadapku." Seperti selalu, aku mengulangi frasa itu. Menegaskan pendirianku untuk tetap menanti walau ku tak pasti entah hingga bila penantianku ini akan berakhir. "Janji manusia hanya indah dibibir. Dah 3 tahun kau tunggu. Kau hanya membuang masamu, Sha! Aku pasti dia sudah melupakan kau!" "Kau tidak mengerti perasaanku Kim." Aku tergelak kecil mendegar kata-kata yang terbit dari bibir Hakimie. Kata-kata lelaki itu seperti biasa tidak aku pedulikan. Aku hanya tahu….aku mahu terus menanti. Selagi kekuatan dan ketabahan masih bersisa dalam diri ini, aku akan terus menantinya. Padaku, janji bukan untuk dimungkiri! Aku percaya, dia belum lupa pada janjinya terhadapku sebagaimana aku tidak pernah melupakan janji itu walau sedetik. "Kalau benar dia cintakan kau dan dia tak pernah lupakan kau, kenapa tiada satu berita pun yang dia hantar pada kau? Mustahil dia terlalu sibuk hinggakan tiada masa untuk kau walaupun sekejap?" Hakimie masih tidak putus asa, cuba menyedarkan aku. Aku diam membisu. Kata-katanya ku biarkan sepi tanpa berbalas bicara lagi. Aku akui benarnya kata-kata Hakimie. Namun, entah kenapa hatiku masih berdegil untuk faham kenyataan itu. Langit yang cerah tadi kian bertukar warna kini, menandakan sekejap lagi matahari akan hilang dan langit siang berganti malam. Aku menghela nafas seketika. Melepaskan tekanan yang sarat menghuni fikiranku. "Baliklah Kim.. tak perlu kau membuang masamu menemaniku disini. Aku akan balik sekejap lagi bila matahari sudah terbenam." Perlahan-lahan aku mengatur langkah meninggalkan Hakimie yang masih terpaku seperti tadi, tidak berganjak walau sedikit pun dari tempatnya berdiri. Wajah lelaki itu tidak kupandang langsung. Hanya keluhannya saja yang sempat kedengaran ditelingaku sebelum aku mengatur langkah menjauhinya. "Kalau kau sanggup membuang masamu untuk dia, kenapa aku tak boleh membuang masaku untuk kau Sya?" Langkahku terhenti. Kata-katanya bagai menjerat kakiku. Aku menoleh sekilas pada lelaki itu, dan buat seketika, anak mata kami saling berbalas pandang. "Kau hanya akan melukakan perasaanmu sendiri, Kim." Tegasku dalam nada perlahan. "Biarlah. Kalau kau sanggup membiarkan hatimu terus luka, aku juga sanggup" Lelaki bernama Hakimie itu tetap tidak mahu mengalah. Teman, dimanakah kau letakkan hatimu sekarang? Lupakah kau padaku disini? Lama aku menunggumu. Lama aku menanti kau tunaikan janjimu terhadapku. Sampai bila lagi aku harus begini? Lupakah kau pada sebuah kebahagiaan yang pernah kita kecapi bersama suatu waktu dulu? Sudah tidak ingatkah kau pada segala suka duka yang pernah kita harungi bersama? "Sya..lupakanlah dia. Cuba buka hati tu terima Hakimie. Mak tengok, Hakimie tu baik orangnya, berbudi bahasa, tahu hormat orang tua, kerjanya pun bagus, buat apa nak tunggu lagi Sya? Tak usahlah menanti perkara yang tak pasti. Mak takut kau membuang masa sia-sia saja. Dah 3 tahun lamanya kau tunggu dia. Dah cukuplah kau tunggu dia, Sya." Malam itu, seperti selalu, emak berleter panjang. Topiknya tetap sama. Kisah kita menjadi perkara utama. Emak meminta aku melupakan dirimu. Aku yang sedang menyuapkan nasi ke mulut ketika itu, terhenti menyuap. Tak tertelan rasanya meskipun perutku sedang berkeroncong meminta untuk terus diisi. Aku cuba kosongkan fikiranku sekejap mengenai kita. Namun, bila emak sekali lagi ulang menyebut mengenaimu, fikiranku kembali dihantui bayangan wajahmu dan semua kenangan kita. Aku pandang wajah emak yang sedang menuang air ke dalam cawan. Kerisauan hati ibunya dapat kubaca meski wajah emak tenang seperti selalu. "Sya tak tahu macam mana nak paksa hati ini. Sya tak ada perasaan pada dia, mak." Aku berterus terang tentang hatiku kepada emak. Berharap dia mengerti perasaanku. Dan seperti Hakimie, emak mengeluh. Mungkin dia tidak tahu bagaimana lagi dapat dia lenturkan kedegilan perasaan anak perempuannya ini. Berdosanya aku membuat hati emak resah! Aku sepatutnya menjadi anak yang baik, yang dapat menenangkan perasaannya. "Perasaan boleh dipupuk kalau kita ada usaha dan tak mustahil perasaan itu berjaya dipupuk jika kita memiliki keyakinan diri dalam usaha bersungguh-sungguh memupuknya tanpa putus asa." Emak berhujah lagi. Aku diam mendengar. Teman, dapatkah kau mendengar tangisan hatiku ketika ini? Bagaimana aku nak melupakan dirimu dan segalanya tentang kita sedangkan memadamkan wajahmu dari ingatanku untuk sekejap waktu pun aku tak mampu lakukan? Bagaimana caranya lagi agar membolehkan aku turuti nasihat emak, agar aku dapat buat emak tersenyum bahagia, bagaimana? Kalau aku punya kuasa sakti yang dapat memadamkan namamu dan segala mengenai dirimu dari hati dan fikiranku sekarang, sudah tentu permintaan emak berulang kali itu aku tunaikan. Apa sangatlah permintaan emak itu jika nak dibandingkan dengan jasa dan pengorbanan emak dalam melahirkan aku dan membesarkan aku hingga usiaku sekarang. Tak terbalas segala pengorbanan besar emak terhadapku melainkan doa tak putus-putus daripadaku semoga emak sentiasa dalam perlindunganNya, semoga diberi kesihatan yang baik selalu dan semoga aku dapat membahagiakan dirinya walaupun kebahagiaan yang ku beri itu tidak seberapa nilainya dengan jasa dan pengorbanan emak terhadap diriku. Teman, aku tidak tahu bagaimana nak meluahkan isi hati ini untuk menyatakan kepadamu betapa aku begitu sayang padamu. Aku juga tidak tahu bagaimana nak melakarkan segala rahsia hatiku untuk menerangkan kepadamu sekarang agar kau faham betapa aku merinduimu sejak sekian lama kau tidak pulang menjengukku disini. Terlalu sibukkah kau dengan tugas harianmu sekarang? Dulu, awal pemergianmu ke sana, kau tidak pernah lupa menjengukku. Kalaupun kau tidak punya waktu untuk pulang menemuiku, kau masih ada ruang untuk menghubungiku bertanya khabar dan berbual mesra di telefon. Dan, tika itu.. kejauhan kita tidak pernah aku rasai. Kau bagaikan tetap dekat denganku seperti sebelum pemergianmu. "Awak apa khabar..? Saya rindu kat awak." Aku memulakan perbualan setelah begitu lama menantimu menjawab panggilan telefonku. "Baik, sibuk sikit sekarang. Banyak kerja." Kau hanya menjawab acuh tak acuh, dan rindu yang kuungkapkan padamu kau biarkan sepi. Sikit pun kau tak endahkan. Aku jadi sayu tiba-tiba. Kau semakin berubah, teman! Bukan lagi seperti kau yang kukenal dulu! Mungkinkah kerana aku masih dibelakangmu dan belum mampu berjalan beriringan sama tinggi denganmu ketika ini, maka kau berubah laku? Mungkin aku yang terlalu cepat terasa agaknya! Begitulah aku, selalu cuba memujuk perasaanku sendiri demi bersabar supaya impian yang pernah kita angankan bersama dapat kita realisasikan jadi kenyataan. Tapi…kadangkala hatiku kuat memberitahuku bahawa ada insan lain yang telah berjaya mencuri tempatku dalam ruang dihatimu. "Awak nak saya tunggu sampai bila?" Aku selalu menyoalmu soalan itu. "Entah…kalau ada jodoh kita, tak ke mana." Kau menjawab bersahaja. Teman, jika aku tidak kau perlukan lagi…katakanlah saja. Aku rela kau membuang aku daripada hidupmu jika bahagiamu tiada lagi bersamaku. Aku punya angan-angan untuk mempertemukan kau dengan emak. Aku mahu emak kenal siapakah insan yang begitu kukuh bertapak dalam hatiku. Sayangnya hingga hari ini, angan-angan itu hanya tinggal sekadar angan-angan. Sayu dan pedih perasaan ini Allah S.W.T. saja yang tahu. "Kalau dia ikhlas nak kat awak, dia tentu tak ada masalah nak berjumpa dan kenal dengan keluarga awak, Sya." Mungkin kata-kata Hakimie ada juga betulnya, teman. Aku selalu tertanya-tanya, kenapa kau begitu sukar nak memenuhi jemputanku untuk memperkenalkan kau dengan seluruh ahli keluargaku? Teman, mulai esok… aku tidak akan lagi menjadi penunggu setiamu seperti selalu. Aku bakal menjadi milik Hakimie, lelaki yang tidak pernah kenal erti putus asa dalam usahanya cuba menakluki hatiku! Sesungguhnya, selepas hari esok, tiada lagi aku yang setia menantimu! Aku telah membuat keputusan memenuhi permintaan emak yang begitu ingin bermenantukan Hakimie, lelaki yang dirasakan dapat membahagiakan anak perempuan kesayangannya ini. Teman, aku lihat emak senyum tatkala aku memberikan kata putusku untuk bersetuju menerima Hakimie sebagai teman hidupku. Aku nampak sinar bahagia terpancar dibalik redup mata emak memandangku. Pada Tuhan aku bermohon, semoga ada bahagia dalam rumah tangga yang bakal kami bina nanti. Semoga aku bahagia diiringi restu emak. Tatkala aku sah menjadi milik lelaki bernama Hakimie, hanya air mata yang laju menuruni pipiku. Aku peluk emak disebelah. Sempat aku lihat Hakimie senyum memandangku. Kalaulah Hakimie itu adalah dirimu…… Ah, aku tidak boleh berfikiran begitu! Berdosa jika seorang isteri itu memikirkan dan merindui lelaki lain yang bukan muhrim selain suaminya. "Saya akan menghantar rombongan untuk meminang awak minggu depan, Sya!" Aku bagaikan mahu pengsan bila membaca pesanan ringkasmu ditelefon bimbitku sebaik aku melabuhkan punggung ke kamar. Teman, kenapa baru sekarang kau suarakan hasrat itu? Kenapa sebelum ini kau tak pedulikan aku? Kau tak peduli berapa lama ku menanti kau tunaikan janji itu! Aku sudah dimiliki, teman! Mungkin ini suratan takdir, aku bukan untukmu, teman. Aku pasti ada insan yang lebih baik daripadaku untuk membahagiakanmu!
sedihnya... nape la lmbt sgt ckp nak minang... boleh buat sambungan lagi ni.. timbulkan konflik antara mereka bertiga.. mesti lagi superb... teruskan lg berkarya..jgn lupa buat sambungan citer ni ek..
Sya shudnt be frustrated...the teman is a coward and ass hole.bukan Sya tu tak try.Dia dah..apa lg dia nak buat.Sya patutnyer rasa puas hati sbb dia dah tyer..tp teman tuh yg tak reti nk decide.tak tahu apa dia nak dlm diri dia.he's the man..at the end of the day..lelaki yg selalu decide siapa dia nak.mungkin da best dah tak dpt..second best will do.
cerita yang best...ada kene mengena dgn sy jgk..jadi utk pembaca di luar sana jgn lh buat begitu kpd insan yang kte syg krn penantian itu satu penyiksaan
sy pun penah rasa seksa menunggu tanpa jawapan pasti camni.. memang tak patut... idup berendam air mata tetiap ari... tapi idup kena truskn... bg pluang pd diri... sebab masih ada yang menanti... n sy bhagia skang... thanks utk org2 yg mcm hakimie yg memahami dan setia bg support..
sedih..mcm nk ngis je bce cerpen ni...dahlah aku tgh sedih pk kn hbgn aku dgn si dia yg xdpt restu keluarga... apakah yg harus aku lakukan...aku sygkn dia,dia sygkan aku...tp,mampukah kami bahagia jika tiada restu dari keluarga,,
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Waaaaa,...........Tisu dah abis,.....