Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Cukup-cukuplah dengan cerpen kau tu. Kerja gila." Dia ni, bukan aje laser namanya…ni mulut M16 ni. Kejam. Pedas. Kadang-kadang yang mulut jahat ni perempuan aje kan tapi yang satu ni…masyaallah. "Abang peduli apa? Tangan saya." "Tangan kau tapi duit aku." Selalunya kalau dia dah pergi kerja baru aku berani buka komputer. Tak pun bila dia dah lena sangat tidur. Tapi kali ni aku betul-betul dah tak tahan. Idea tengah membuak ni..sampai dah senget kepala aku dibuatnya. Ni rambut aku basah-basah ni sebab kena lelehan idea akulah ni. "Abang ni kedekut macam nak bawa duit masuk kubur aje." "Kalaulah boleh bawa, memang aku nak bawa. Daripada aku tinggalkan dengan kau yang gila ni." "Saya tau abang memang letak nama saya jadi waris." "Perasanlah kau!!!." Aku ketawa. Dulu aku dah nampak borang kwsp dia, memang nama aku dengan mak ajelah yang jadi pewaris duit dia tu. Mana ada orang lain. Itulah, mak suruh cari bini, dia buat tak dengar. Masih muda. Konon. Nak muntah aku. 32 tu muda apa. Kalau kahwin dah dapat paling kurang empat anak tu. "Sebab tu kau tak nak cari kerja ni kan? Angan-angan nak jadi penulis konon. Cukup-cukuplah mimpi kau tu." "Kot ya pun, tak payahlah abang mengutuk sampai macam tu sekali. Ingat saya tak ada kelulusan?." "Kalau ada kenapa tak guna?." "Saja. Sebab saya tau ada orang masih boleh tanggung saya. Buat apa susah-susah kerja? Itu baru gila namanya." "Kau ni kan patutnya jadi penjawab, bukan penulis." "Memang dah jadi pun, cik abang sayang." Dan akhirnya dia hempas beg lusuh dia tu kat sofa. Marah. Kecewa sebab dari aku mula pandai bercakap, memang kami selalu bertekak. Pemenangnya memang tak ada lain, akulah….. Abang aku ni, memang unik. Dari kecil, dia suka sangat berkorban. Apa-apa hal pun dia tetap akan dahulukan aku dengan mak. Kecuali urusan agama dia ajelah. Aku ingat lagi, waktu aku baru nak masuk sekolah dulu, dia sanggup bagi semua buku latihan dia kat aku supaya mak tak payah keluar duit. Aku ni pula tahu nak happy aje. Malam esoknya baru aku tahu abang kena rotan sampai berbirat belakang dia yang kurus tu sampai lima kali. Tapi aku tak sedih pun masa tu. Yalah, budak kecil kan. Mana nak sedih-sedih.
"Sha, bangun. Pergi buat sarapan abang kau." Aduh, aku tengah mengantuk gila babi ni. Maklumlah semalam aku shut down komputer pun dah nak pukul empat. Mak ni, aku… "Sha!!! Cepat." Nak tak nak aku bangun juga lah. Dengan mata yang bengkak berabis ni sampai juga aku kat dapur. Mata tengah mamai, aku nak ambil water heater pun aku terambil pula jag air minum. Bila dah mendidih air, aku cepat-cepat letak teh dengan gula kat dalam tea pot. Entah apa silapnya ( apa lagi, taik mata yang menempel lah ), aku tersiram air yang maha panas tu kat tangan. Apa lagi, aku teriak macam orang bersalin tujuh anak serentak. "Apa hal ni, sha?." "Mak…" Ish, geram. Sakit hati ni. "Celaka betul….bla..bla…bla…tu lah…nak juga susahkan orang…nak pergi kerja tu minum ajelah kat ofis…bla…bla…hantu..monyet…" Huh, tak puas hati aku ni!!! Nak aje aku sambung membebel tapi baru aku sedar dia rupanya dah ada berdiri kat meja makan tengok aku. Mata dia nampak sayu sangat. Aduh…. "Nah, minum!!." Ego punya pasal, aku hempas lagi cawan plastik tu kat meja. Tambah sedih dia. "Terima kasih sebab sanggup bangun dari katil tu sampai ke sini. Abang tak nak minum. Takut tak berkat pula air yang dah kena seranah tu." Dan dia terus angkat kaki tinggalkan aku dengan mak yang renung aku macam ikan paus nak telan bilis baru lahir. Sampai ke petang mak ceramahkan anak dara dia ni pasal semua kebaikan anak lelaki mak tu. Aku pura-pura buat tak dengar tapi sebenarnya dah macam nak pecah jantung aku ni. Dup dap dup dap. Aku ingat, dulu ustazah kat sekolah aku cakap, kalau kita masih punya rasa takut atau bersalah macam ni nak buat sesuatu, itu maksudnya masih ada iman dalam hati kita. Aku memang beriman tapi kenapa mulut aku ni suka sangat nak menyumpah seranah? Aduh, abang….sha minta ampun sesangat.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
sedihnye..
apsal dia wat abg dia cmtu??
: (
sambung cpt!!
*ade blog??