Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
PUTRISYA terasa ada sentuhan lembut di tangannya. Berserta sayup-sayup suara seseorang yang memanggil namanya. Dia masih dalam keadaan mamai.
"Putri... Putri..." Suara itu kedengaran lagi.
Perlahan-lahan Putrisya membuka mata dan mengangkat kepalanya. Pipi sebelah kiri terasa kebas kerana lama tertindih.
"Eh..!" Dia terkejut melihat sahabatnya sedang berdiri memerhatikan. Di sisi sahabatnya pula, seorang jururawat juga tersenyum memandang.
Dia tidak sedar sudah berapa lama dia duduk di sisi katil. Dengan beralaskan tangan, Putrisya tertidur duduk dengan separuh badannya di rihatkan di atas katil itu.
Apabila sudah betul-betul sedar dengan keadaan sekeliling, Putrisya bangun dan menghampiri sahabatnya. Dia bersama jururawat membantu sahabatnya berbaring di atas katil pesakit.
Apabila sudah betul-betul pasti dengan keselesaan pesakit, jururawat itu meninggalkan mereka berdua.
"Dah lama kau sampai, Putri?"
Putrisya memerhati keluar tingkap. Hari sudah gelap rupanya. Kemudian dia memerhati jarum jam di tangannya.
"Ish... dah lama juga rasanya." Jawap Putrisya malu.
" Aku kena turun bawah tadi. Tak tau kau nak datang."
Putrisya duduk di sisi sahabatnya. Dia tersenyum mesra.
"Aku tau... Aku sampai tadi tengok kau takda, aku pergi tanya dengan nurse kat luar tu. Dia kata sekejap aje.. tak sangka sampai tertidur pula."
Putrisya mencapai tangan sahabatnya. Terasa dingin sangat.
"Kau sihat, Sha?"
Terdengar keluhan Aisha.
"Macammana yang kau tengok aku semalam, macam tu lah aku hari ni. Alhamdulillah aku masih ada waktu kau datang hari ni."
Putrisya memejamkan mata serta menggeleng kepala. Tanda tidak suka mendengar Aisha berkata begitu. Namun tiada kata-kata yang mampu diucapkan.
Putrisya melihat Aisha memalingkan muka ke sisi sebelah kanan. Seakan tidak mahu memandang wajahnya. Dia perasan Aisha mencapai telefon bimbit yang sudah memang ada di situ waktu dia datang awal tadi. Aisha menyimpan telefon itu ke dalam laci.
Ketika Aisha kembali menolehnya, dia bertanya.
"Kau letak kat situ aje handphone tu.. kalau orang ambil time kau takda dalam bilik ni, macammana?"
"Er... so far takda apa-apa... em... ada sesiapa yang call aku tak tadi?" Tanya Aisha.
Sukar untuk mentafsirkan apa sebenarnya perubahan yang Aisha pamerkan di wajahnya ketika itu. Putrisya hanya menggeleng sebagai tanda menjawap.
"Hei! Ada yang aku tak tau ke...?" Putrisya mengusik.
"Apa nya? Jangan merepeklah..." Aisha tersenyum dengan usikan sahabatnya.
"Mesti tunggu panggilan dari seseorang ni..." Putrisya menebak sembarang.
"Ada memang... Ibu aku lah..," jawap Aisha selamba. "Berapa hari ni kau saja yang kerap mengunjungi aku, Putri. Sibuk sangat agaknya ibu aku tu... call pun tidak..." Sambungnya merungut.
"Biarlah, Sha... bila dia free nanti tentu dia datang tengok kau." Pujuk Putrisya.
"Aku dah tak kisah lagi, Putri. Yang aku tahu kalau takda orang datang tengok aku pun.. aku tak keseorangan lagi kat sini."
Putrisya sekadar mendengar. Sangkaannya, Aisha mungkin maksudkan jururawat-jururawat yang bertugas atau rakan pesakit yang setingkat dengannya. Tidak siapa yang tahu kalau maksud Aisha pula adalah berbeza.
* * * * *
KEMBALI 2007
DI ATAS sejadah Putrisya duduk bertawaduk. Usai sahaja dia memberi salam dan doa, dia menutup wajahnya dengan kedua-dua belah tapak tangan. Lama dia berkeadaan begitu. Dia menangis lagi. Tangisan yang tidak dapat ditahan.
Mesej-mesej Amira dari telefon bimbit Danial betul-betul menghantui fikirannya. Lantas membuatnya teringat akan seorang sahabat. Kenangan bersama sahabat kembali tebayang di ruang mata. Sehingga meninggalkan kesan yang begitu ketara dalam jiwanya. Kesedihan.
Putrisya masih dibelenggu keliruan dengan kenyataan ini. Benarkah Putri yang dimaksudkan itu adalah dirinya? Sehingga Danial menuduh dia yang menyamar.
Siapakah Amira yang wujud dalam telefon bimbit Danial? Putrisya teringat sesuatu.. Oh tidak! Gadis misteri itu bukan bernama Amira. Begitu pengakuan yang disampaikan oleh gadis itu sendiri di akhir-akhir mesejnya. Adakah dia... Aisha? Kerana Aisha juga seperti gadis misteri itu, suka dengan nama Putri. Tapi Aisha kan...
* * * * *
DANIAL IMANI memerhati keluar tingkap bilik pejabatnya. Apa yang terbentang di luar sana hanyalah kesibukan bandar. Danial hanya memandang kosong. Kerana fikirannya tidak di situ.
Dia sedang menekapkan telefon bimbitnya ke telinga. Menanti sesuatu dari hujung sana. Semenjak pertemuan mereka, Danial gagal menghubungi Putrisya. Kadang-kadang panggilannya tidak berjawab dan kadang-kadang talian di hujung sana sengaja dimatikan.
Danial hairan dengan sikap Putrisya. Gadis itu mengaku tidak mengenali Amira. Jika benar, kenapa sikapnya begitu aneh? Mengapa dia mesti melarikan diri dan menyepi hingga kini?
Sampai deringan sudah tamat, Danial yang menanti mula berputus asa untuk cuba menghubungi lagi. Dia mesti bersemuka lagi dengan Putrisya.
Kebetulan waktu habis pejabat sudah tiba, Danial bergegas mencapai beg dan kunci kereta. Ketika pintu biliknya mahu dibuka, terdengar suara kecoh di luar.
Danial perhatikan ada beberapa kakitangan pejabat cuba meleraikan pergelukan yang berlaku.
"Dasar perempuan tak tau malu! Dah tak laku sampai nak ganggu suami orang pulak!"
Begitulah kata-kata yang sempat menerjah ke pendengaran Danial.
Mereka semua terkejut dan berpaling dengan kemunculan Danial. Seorang wanita yang bertubuh sederhana sedang berbalas pandang dengan Danial. Lekas-lekas Danial mengalihkan pandangan ke wajah-wajah lain. Matanya berpapasan dengan anak mata Rahayu. Wajah itu mempamerkan kesayuan. Begitu ketara merah. Mungkin kerana malu.
Danial segera memahami keadaan yang sebenar. Matanya mencari-cari wajah Alaudin. Tetapi lelaki itu tidak ada di situ. Memang tidak tahu dengan kejadian itu atau sengaja melarikan diri.
Oleh kerana merasa itu bukan urusannya, Danial mengorak langkah. Tetapi namanya dipanggil.
"Dani!!"
Membuat Danial tidak jadi melangkah. Dia terfikir sesuatu. Lalu dia berpusing semula dan berkata.
"I harap ini cuma fitnah orang terhadap you, Rahayu. I dah penat nak tahan hati bila orang cerita tentang tunangan I ada affair dengan suami orang."
Semua yang di situ termasuk Rahayu tercengang dengan kata-kata Danial. Wanita yang menyerang Rahayu lebih-lebih lagi. Dia memandang Rahayu silih berganti dengan wajah Danial.
"Harap kalian dapat selesaikan segera. I tunggu kat kereta. Atau kalau mahu dilihat lebih profesional, berbincang lah kat tempat lain.. bukan di pejabat ni.."
Tegas suara Danial sehingga tidak ada diantara wanita tadi ataupun Rahayu, yang berani mengangkat muka. Malu pun ada bila disindir begitu.
Sejurus setelah beberapa minit Danial menghidupkan enjin keretanya, Rahayu mengetuk cermin tingkap keretanya. Danial hanya menoleh sekilas tetapi sudah cukup memberi makna buat Rahayu. Dia terus sahaja membuka pintu dan duduk di sebelah Danial.
"Terima kasih kerana lakonannya hingga dapat I lepaskan diri dari masaalah tadi." Bisik Rahayu minta simpati.
Danial tidak menjawab. Sebaliknya mula menggerakkan kereta keluar dari pintu pagar bangunan pejabatnya. Setibanya di persimpangan untuk tuju ke jalan raya utama, Danial memberhentikan keretanya dan mengisyaratkan Rahayu keluar.
"Dani!! Apa ni?" Rahayu kehairanan.
"I kan cuma pelakon tambahan dalam drama asmara you. Berlakon di samping pelakon sensasi yang popular. Sekarang lakonan I dah selesai. You boleh turun sekarang. I dah penat dan nak balik." Balas Danial tanpa menoleh.
Rahayu mahu bersuara lagi tetapi Danial sudah menukar tuil gear dari neutral ke gear rendah, sebagai tanda mahu menggerakkan keretanya. Rahayu terpaksa keluar dari kereta dengan perasaan yang tidak puas hati. Sebelum pintu ditutup, sempat dia menangkap kata-kata Danial.
"I harap you tak kan berani melakonkan lagi watak-watak yang menjerut leher you sendiri."
Rahayu hanya menggigit bibir menahan hati. Di ketika ini dia atau Danial kah yang tidak berhati perut? Kereta terus berlalu meninggalkan Rahayu.
Melalui cermin pandang belakang, Danial memerhatikan Rahayu yang masih tegak berdiri. Dia melepaskan keluhan dan menumpukan perhatiannya di hadapan.
‘I’m sorry Ayu. Sebenarnya aku bukanlah lelaki yang kejam sangat nak tinggalkan perempuan kat tepi jalan macam tu. Tapi perempuan jenis macam kau memang patut diberi pengajaran.’
Danial melupakan niatnya untuk menuju ke pejabat Putrisya. Setelah Rahayu, dia tidak mahu Putrisya juga menganggap dia lelaki yang hanya mementingkan diri sendiri. Kerana Danial lebih memahami dan menghormati pendirian Putrisya. Masanya akan tiba juga nanti.
* * * * *
Bersambung.. Insya-Allah
p/s Nantikan sambungannya jika ingin tahu dapatkah Danial menyelesaikan masalahnya dgn Putrisya.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
:)