Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
PUTRISYA terkejut apabila tangannya terpicit hon keretanya sendiri. Terasa lama benar dia terhayal mengingati perbualan semalam. Apakah Danial benar-benar atau sekadar mengugutnya?
Bukan dia takut untuk mencari kebenaran seperti yang Danial inginkan. Tetapi dia belum bersedia dengan pertemuan ini. Sedangkan semasa mereka menjadi pasangan kekasih dahulu pun, hal inilah yang menjadi penyebab hubungan mereka terputus. Inikan pula mahu bertemu atas masaalah yang dia sendiri kurang pasti kebenarannya.
Yang membuat Putrisya terfikir, apakah Danial menghubunginya kembali kerana benar-benar ingin memperbaiki hubungan mereka? Ataukah hanya kerana ingin mengetahui perihal Amira? Memikirkan itulah Putrisya semakin mengelak untuk memenuhi permintaan Danial mahu bertemu.
Putrisya tidak mahu berlengah lagi. Enjin kereta dihidupkan. Setelah pasti tiada halangan di hadapan, keretanya digerakkan untuk maju sedikit. Tiba-tiba..
"Masya-Allah..!! Jeritnya.
Putrisya menekan pedal brek dan kereta terhenti mengejut. Entah dari mana datangnya tiba-tiba muncul kereta berwarna biru gelap menghalang perjalanannya. Putrisya hampir-hampir melanggar kereta biru itu.
Putrisya keluar dari keretanya untuk memastikan keretanya tidak bersentuhan dengan kereta biru itu. Dia mencuri-curi pandang menerusi cermin kereta tadi, tetapi warna cermin yang agak gelap menghalangnya pemandangannya.
Setelah berpuas hati dengan kedudukan kedua kereta, barulah dia mengeluh kelegaan. Namun seketika sahaja. Di ketika yang lain nafasnya hampir sesak apabila tuan punya kereta biru itu sudah pun keluar dari keretanya.
Seorang pemuda setinggi 1.65mm dengan pakaian pejabat dan memakai kacamata hitam, sedang bersandar di keretanya sambil merenung tepat ke mata Putrisya. Lama pandangan mereka bertaut.
Perasaan Putrisya bercelaru antara gugup dan terpesona. Pemuda di hadapannya seperti pernah dilihat. Dia terpaksa terima kenyataan bahawa lelaki di hadapannya kini bukan lagi yang hanya dipandang menerusi skrin komputer.
Seperti tidak puas memandang gadis itu, pemuda tadi menanggalkan kacamata hitamnya. Dia seakan tidak percaya gadis di hadapannya lebih cantik dari yang dilihat menerusi gambar yang dikirim oleh gadis itu menerusi e-mel.
Pandangan Danial membuat Putrisya semakin gelisah.
"Err... kereta tak apa-apa..." Itu sahaja yang mampu keluar dari bibir Putrisya.
Danial tersenyum. Cuma sedikit tapi mampu membuat hati Putrisya berdebar-debar.
"Oleh kerana kereta Dani dah kat luar. Baik gunakan kereta Dani. Putri park saja kereta Putri." Danial mengarah.
"Tak boleh! Putri perlu kan kereta ni untuk pergi kerja esok pagi." Putrisya membantah.
Danial termenung memikir.
"Kalau gitu park kan di sini dulu. Nanti balik Dani hantar Putri kat sini untuk ambil kereta ni."
Putrisya membuang pandangannya ke lain. Masih tidak bersetuju. Dia sebenarnya mengelak untuk berdua di dalam kereta bersama Danial.
"Kemana tujuan Dani sebenarnya? Tak boleh ke Putri ikut aje dari belakang? Jadi kita tak payah berulang alik." Cadang Putrisya.
"Nope!.. kalau tadi aje Putri cuba nak lari, mustahil takda percubaan untuk kedua kalikan?" Sinis sekali sindiran Danial.
Putrisya tertunduk. Malu apabila Danial dapat membaca fikirannya. Akhirnya dia pasrah dengan nasibnya. Tidak mampu mengelak lagi dengan pertemuan ini.
* * * * *
DANIAL membawa Putrisya minum di Bedok Corner. Sepanjang perjalanan ketika berdua di dalam keretanya, Danial tahu Putrisya kurang selesa. Sebab itu dia yang mengesyorkan mereka minum di sana. Suasana yang kerap dipenuhi pengunjung. Jika diikutkan hati mahu sahaja dia terus ke tempat yang lebih aman supaya dapat memberinya keselesaan apabila bercerita tentang Amira.
Mereka memilih tempat yang agak lengang di satu sudut. Setelah memesan minuman, Danial mengeluarkan telefon bimbitnya. Telefon itu direnungnya. Kemudian pandangannya beralih ke arah Putrisya. Ketika itu Putrisya juga sedang memandang telefon bimbit yang berada di tangan Danial.
Duduk berdepan dengan orang yang baru pertama kali bertemu, begitu meresahkan Putrisya. Menyedari dirinya sedang direnung, semakin membuat dia rasa serba tidak kena.
"Maafkan Dani kalau Putri rasa seperti dipaksa mengikut." Danial bersuara memecah kesunyian.
Dia yang begitu bersemangat pada mulanya untuk membongkar rahsia Amira, tetapi apabila sudah berhadapan dengan gadis ayu yang pernah bertempat di hatinya dahulu dan kini juga, membuat dia keliru dengan perasaannya sendiri.
Separuh hati berkata tidak mungkin Putrisya mahu menyamar. Apa lagi bila dilihat dari setiap sudut wajah ayu itu, jelas menunjukkan kejujuran.
"Kalau Putri tak maafkan... apa Dani nak buat?" Dalam keresahan sempat Putrisya mengusik.
Danial tersenyum melirik.
"Dani sanggup terima hukuman apa saja."
"Hmm, betul?" Peluang bagi Putrisya.
Danial hanya mengangguk dan tersenyum. Tetapi matanya masih menatap wajah Putrisya.
"Okey... kalau gitu hantarkan Putri balik." Pinta Putrisya.
Danial tidak terperanjat. Malah dia semakin melebarkan senyumannya.
"Nantilah... memang nak hantar pun. Tapi setelah urusan kita selesai." Jawap Danial sambil sengaja memusing-musingkan telefon bimbitnya. Seakan mengingatkan Putrisya akan tujuan pertemuan mereka.
Putrisya membuang pandangannya ke lain. Di ketika yang sama pelayan datang membawa minuman yang dipesan. Putrisya mengambil peluang itu untuk menghela nafasnya. Terlepas dari pandangan tajam Danial. Entahkan gugup entahkan apa? Yang Putrisya tahu dia memang belum bersedia untuk menghuraikan perihal Amira di ketika ini. Kerana pertemuannya dengan Danial sudah cukup membuatnya terkejut.
"Minumlah... tenangkan perasaan tu."
Tiba-tiba Danial bersuara seakan tahu apa yang bermain di fikirannya.
Putrisya mencapai gelasnya dan meneguk sedikit minuman sekadar membasahkan tekak.
"Apakah Dani rasa kita perlu selesaikan masaalah tu sekarang?"
"Kenapa tidak? Dani rasa kalau tak Dani buat keputusan nak jumpa Putri hari ni... Entah bilalah agaknya masa yang sesuai."
"Jadi Dani rasa ini masa yang sesuai?" Putrisya bertanya lagi.
"Pada fikiran Putri?" Soalan Putrisya, Danial jawap dengan soalan kembali.
"Putri tak boleh berfikir saat ni..." Jawapan Putrisya begitu lemah.
Danial ketawa mendengar jawapan itu.
"Macam takut aje..." Danial masih lagi dengan sisa tawanya.
"Putri masih terkejut dengan pertemuan kita... jadi tak mungkin Putri dapat beri kerja sama untuk huraikan masaalah Dani dengan Amira." Jawap Putrisya.
Takut yang Danial maksudkan ialah mungkin Putrisya takut kalau rahsia penyamarannya terbongkar. Alasan-alasan Putrisya semakin membenarkan ramalannya.
"Itu bukan masaalah Dani dan Amira lagi... tapi dah jadi masaalah Putri."
Putrisya memberanikan diri memandang mata Danial. Terkejut dengan kata-kata Danial tadi. Danial seakan faham maksud pandangan itu. Dia menunjukkan telefon bimbitnya dan menyerahkan pada Putrisya.
"Buka my inbox dan cari mesej-mesej Amira dari mula hingga akhir. Putri akan tahu kenapa Dani kata ini masaalah Putri juga."
Hairan kerana Danial masih menuduhnya. Tetapi Putrisya menyambut juga telefon itu dari tangan Danial. Kemudian jarinya lincah mencari mesej-mesej yang dimaksudkan.
Dia mula membaca mesej yang datang dari Amira bermula dari awal perkenalannya dengan Danial. Juga mesej balasan yang dihantar oleh Danial pada Amira.
Danial sekadar memerhati. Dia perlu bersabar menanti sehingga Putrisya habis membaca kesemua mesej-mesej Amira. Sambil itu dia memerhatikan reaksi Putrisya. Namun tiada perubahan ketika mesej awal dibacanya. Putrisya masih kelihatan tenang.
Daripada tangannya yang memegang telefon bimbit berada di atas meja sehinggalah tangannya dialih ke atas peha, Putrisya tidak sekalipun mengalihkan pandangan dari bacaannya. Mukanya sentiasa tunduk tekun memandang telefon kepunyaan Danial.
Danial pula semakin perasan gadis di hadapannya semakin menundukkan wajah sehingga sukar untuk Danial melihat perubahan air muka Putrisya.
Tiba-tiba Danial dapati bahu Putrisya seakan bergoyang-bergoyang. Bila diperhatikan betul-betul bukan hanya bahu, malah seluruh tubuh Putrisya memang terhenjut-henjut. Tangannya pula menggigil. Namun telefon bimbit masih tetap dalam genggamannya.
Dalam kehairanan Danial memanggil.
"Putri.."
Putrisya tidak menjawap. Sebaliknya gerakan badan Putrisya semakin hebat diiringi dengan bunyi yang keluar dari nafasnya. Putrisya menangis.
"Putri! Kenapa Putri?" Danial bertanya cemas.
Putrisya mengangkat wajahnya memandang Danial. Mukanya sudah dibasahi airmata.
"Putri... Putri tak kenal Amira..."
Serentak dengan kata-kata itu Putrisya bingkas berdiri. Meletakkan telefon bimbit di atas meja. Kemudian berpaling dan meninggalkan Danial yang kebingungan.
Danial hanya mampu memandang sahaja kepergian Putrisya. Tidak pula dia menghalang. Sebaliknya Danial mengangguk perlahan-lahan sambil matanya melirik ke arah telefon bimbit di atas meja. Apa yang difikirkan sangkaannya sangat bertepatan.
* * * * *
p/s Hmm.. apa yg terjadi ya? Betul ke sangkaan Danial? Ingin tahu? Sabar menanti sambungannya. Selamat membaca dan semoga terhibur.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan