Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Aku terkenangkan diriku ketika di alam persekolahan, zaman remajaku. Zaman yang penuh dengan kenakalanku tetapi hebat dalam memperjuangkan hakku sebagai seorang pelajar sehingga akhirnya aku menapak di Universiti.
Ketika itu usia aku menjangkau 17 tahun. Umi dan aku berpindah ke Perak. Pertama kali aku menjejak kaki ke sini; berlainan sekali dengan suasana tempat lamaku. Namun, perpindahan bukanlah perkara luar biasa buatku. Umi bertugas sebagai kerani khas Tentera Darat Diraja Malaysia (TDRM). Soal pertukaran tidak lagi menjadi rumit.
Aku dilahirkan di Sungai Petani, Kedah Darul Aman. Selepas ayah meninggal dunia, umi membawaku berhijrah ke Johor. Kami ke sana bukan sebab suka-suka. Tetapi atas desakkan tugasan umi. Aku berada di sana sehingga tamat tingkatan empat, dan kini aku di sini untuk meneruskan tingkatan limaku. Tahun ini aku bakal menduduki peperiksaan terpenting yang bakal menentukan masa depanku, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Hari ini merupakan hari pertamaku di sekolah baru. Aku dibawa oleh pengetua, Tn. Hj. Karim Abdullah ke bilik kelasku, tingkatan 5SC1. Suasana yang cukup berbeza dengan tempat lamaku.
"Selamat pagi, murid-murid sekalian," salam diberikan oleh pengetua.
"Selamatttt pagi... cikguuuu...." serentak semua menyahut.
"Duduk semua. Saya kenalkan ni rakan baru anda, dari Johor. Saya harap anda semua akan memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada kawan baru anda ini. Bimbinglah mana-mana yang perlu," pinta pengetua. Aku hanya tersenyum aja. Maklumlah pelajar baru. Kenalah tunjuk lagak budak baik. Pengetua beredar meninggalkan aku. Aku mengambil kesempatan itu untuk memperkenalkan diriku.
"Assalammualaikkum," aku memulakan bicara, sebagai tanda permulaan perkenalan.
"Waalaikummussalam," balas pelajar muslim yang lain.
"Dan... selamat pagi," tambahku lagi.
"Selamat pagi..." jawab yang lain-lain.
"Saya Zamarul Hisham bin Abdul Wahid. Panggil je Sham. Saya dilahirkan di Kedah. Anak tunggal. Tinggal bersama dengan Umi," jelasku riang dan ikhlas.
"Saudala Sham, kamu tak ala bapa ke...?" tiba-tiba suara Kam Moy memecahkan suasana riang di kelas.
"Ayah saya dah lama meninggal dunia," begitu sayu aku menjawab.
"Innalillahi Wa Inna Ilaihi Ra Jiun!" Aku tidak pasti siapa yang mengucapkannya. Tapi yang pastinya kaumku sendiri.
"Haiyooo Kam Moy ha... Loo tak ala soalan lain mau tanya ke??? Kan ala baik kalu loo tanya Sham dia ala girl friend ke tak ala?" sampuk Rozaidi. Rasanya dia memang selalu menganggu Kam Moy... Nampak gaya memang macam tu.
"Loo.. Lozaidi. Tak mau kawan sama loo. Silalu cakap tak selupa bikin punya. Sulah gila. Loo... hantu!" Satu kelas gelak. Kata-kata Kam Moy mencolek hati semua, termasuk aku.
"Haiyooo Kam Moy. Jangan malahlah. Saya gulau sama loo. Saya sayang loo apa." Sekali lagi Rozaidi menyakat Kam Moy. Aku hanya memerhatikan sahaja gelagat mereka berdua. Kam Moy, aku lihat menggeleng kepala.
"Loo memang sulah gila. Loo banyak kasi saya problem. Saya talak sayang sama loo. Loo boleh pigi cali olang lain mau kacau."
"Amoi banyak malah ooo.... Sorrylah." Akhirnya terpaksa juga Rozaidi mengalah. Kalau tak... siapa nak bantu Rozaidi menyelesaikan soalan rumit add maths.
Kelas kembali sepi. Aku meninjau kalau-kalau ada kekosongan untuk aku... dan akhirnya aku terpaksa juga duduk di meja paling hadapan sekali, berdepanan dengan meja guru. Hanya table itu sahaja yang tidak berpenghuni. Aku bukannya tidak suka duduk di situ, Cuma... terlalu dekat sangat dengan guru. Maklumlah aku ni kan suka mengusik. Nanti tak pasal-pasal kena rotan pula.
"Hai! Saya Ahmad. Panggil je Mat." Begitulah permulaan persahabatan aku dengan Mat sehinggalah ke Menara Gading. Dia memang sahabatku yang sejati.
"Saya Sham," sambutku sambil bersalaman dengan sahabat baruku. Orang-orang Perak memang peramah. Tak seperti orang-orang Johor yang sentiasa sibuk dengan kerja masing-masing hingga tiada masa untuk bertegur sapa. Amalan hidup berjiran lagilah menghilang begitu je. Tiada lagi muafakat. Tapi tak bermakna mereka jahat. Mereka pun baik sebenarnya. Cuma tiada masa untuk berbual mesra. Yalah! Biasanya mereka keluar awal-awal pagi lagi untuk mengelak dari tersangkut dalam traffic dan pulang lewat malam.
"Saya Megat."
"Najib."
"Saya Zairul Azmir,"
"Saya Rozaidi, dan yang lain-lain biar saya je kenalkan. Yang ni Amirul, Raj, Akhmal, Mohan, Mani, Kogi, Saiful dan Daud." Rancak mereka meneruskan sesi perkenallan. Rozaidi ni memang penyibuk. Tak nak bagi peluang kepada mereka yang lain. Tapi, mereka kelihatan selesa bersama Rozaidi.
"Hai semua," aku menyambut manis salam persahabatan mereka. Aku bersalaman dengan setiap orang. Tapi pelajar lelaki jelah. Pada yang perempuan, aku just sedekahkan senyuman disamping perkataan ‘SELAMAT BERKENALAN’. Tak bolehlah nak bersalaman. Berdosa!
"Saya Sue." Tak sempat aku nak membalas, dia segera kembali semula ke tempat duduknya. Terpinga-pinga aku. Kalau ya pun, janganlah terlalu macam tu sangat. Macam aku ni pernah bermusuhan dengan dia pula. Tapi, aku ni ada juga sekali-sekala menjeling ke arahnya. Manis muka dia. Tinggal seorang sahaja yang belum memperkenalkan dirinya. Pada waktu rehat, aku dihampiri oleh seorang pelajar kelasku, yang belum aku kenali. Dia merupakan pengawas sekolah. Sibuk, sebab tu tak sempat nak berkenalan. Pagi tadi pun lambat dia masuk ke kelas.
"Hai!" sapanya lembut.
"Hai!" balasku.
"Saya Asha Bairavi. Panggil je Asha."
"Nice name. Saya Zamarul Hisham. Panggil je Sham."
"Nice name too. Tak pergi kantin ke? Nak Asha teman. Mungkin Sham tak tahu kantin kat mana kot." Begitu ramah Asha. Macam dah lama kenal antara satu sama lain. Selesa aku macam ni.
"Ishk; tak pelah Asha. Sham tahu Asha mesti busy. Biar Sham ikut Mat dan kawan-kawan lain. Tapi kalau Asha belum makan, boleh tumpang sekali kot." Kini, giliran aku pula mempelawa Asha.
"Asha dah makan. Kalau ada member tak pe lah. Jangan hilang pula nanti ya. Tak kuasa kami nak cari." Aku senyum dan dia membalasnya. Aduh! Cutenya. Ada lesung pipit pula tu. Jauh berbeza perwatakkan Asha jika dibandingkan dengan Sue. Memang kedua-duanya sopan dan anggun. Tapi, Asha lebih periang. Begitu mudah melemparkan senyuman; manis, semanis madu. Sehingga menyebabkan aku tidak kekok untuk berbual lebih lanjut dengannya.
"Jumpa lagi nanti ya, Sham. Asha kena pergi tugas ni. Nanti tak pasal-pasal kena marah dengan guru disiplin pula. Garang cam nak mampus. Nanti kenal juga Sham ngan cikgu tu. Setiap perimpunan sekolah, tak sah kalau cikgu tu tak berucap."
"Yalah. Sham pun dah lapar sangat ni. Baik Asha gi cepat. Nanti cikgu tu nampak, Sham pula yang kena." Aku membiarkan Asha pergi meninggalkan aku; menuju ke pintu masuk utama. Kemudian, aku meneruskan langkahku mengekori Mat, Akhmal dan kawan-kawan lain menuju ke Kantin Sekolah. Bakkan pak turutlah pula. Makanan kat kantin boleh tahanlah. Harga pun murah je. Nasi lemak hanya RM0.30 sahaja. Jimatlah macam ni. Kalau kat JB dulu, nak cari makanan RM0.30, kempunanlah alamatnya.
Aku sedikit geram melihat mata pelajar-pelajar lain yang tenung aku bagaikan aku ada hutang dengan mereka pula. Aku tahulah aku ni budak baru kat sekolah ni. Tapi, tak bermakna kena pandang aku sampai sebegitu sekali. Aku ni nampak macam alien yang baru turun dari angkasa ke? Atau entah-entah aku ni nampak lutsinar? Yang tak berpakaian. Hanya nampak kulit. Hai hairan bin ajaib betul lah kehidupan ni. Dikelilingi oleh pelbagai jenis manusia. Kalau persahabatan yang mereka hulurkan, sudah pasti aku sambut dengan ikhlas. Tapi kalau pandangan yang mereka lemparkan, minta maaflah. Tujuh lautan sekali pun aku tak nak. Yalah, bukannya aku tahu niat atas pandangan mereka tu. Entah baik; entah buruk.... Mana tahu mereka nak jampi aku ke dengan pandangan sihir mereka tu.
Tak cukup dengan tu, aku ada juga terdengar suara berbisik-bisik sesetengah budak perempuan sekolah baru aku tu. Kalau nak mengata pun agak-agaklah. Tengok dulu aku ni dah berlalu pergi ke belum. Ni tak.... pakai rempuh je. Tak takut ke mereka kalau-kalau aku ni tiba-tiba je meradang, mengamuk kat tengah-tengah kantin sekolah. Aku ni lelaki, mesti berani nak buat apa pun. Kalau budak perempuan mungkin kena kawal sikit tingkah laku tu. Geramnya aku dengan mereka semua ni. Kalau aku dapat tahu mereka mengumpat yang buruk-buruk pasal aku, terimalah sepakkan maut aku tu nanti. Tapi, kalau yang baik-baik aku tak kisah. Lagi aku alu-alukan kehadirannya. Siapa yang tak suka orang puji kan? Aku suka... walaupun selalunya aku tak tunjuk. Tak naklah orang kata aku ni lelaki yang tak tahu malu. Aku ni memang sangat-sangat malu. Tapi bukanlah pemalu. Untuk hari ni je aku tunjuk lagak budak baik. Lepas ni tahulah mereka perangai sebenar aku yang tak jauh bezanya dengan devil. Sedap-sedap aku kata diri sendiri. Nilah dasar orang yang tak tahu malu macam aku.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan