Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Aku keluar dari rumah agak awal. Mengambil masa lebih kurang setengah jam untuk aku sampai ke sekolah yang dimaksudkan. Aku masih duduk termenung di dalam kereta memandangkan masih awal lagi untuk aku ke mana-mana. Kembali terlayar peristiwa semalam yang maha menyakitkan. Tidak dapat dielak lagi, ini sajalah yang aku fikir-fikirkan. Aku sendiri tidak tahu mengapa aku harus teringat-ingat sesuatu yang memang jelas hanya akan menambah sakit hatiku ini.
Malam tadi selepas aku masuk ke dalam bilik, beberapa lama selepas itu aku dengar deruman enjin kereta. Addy keluar semalam, dan sehingga pagi tadi keretanya tidak kelihatan di garaj. Kemanakah dia pergi? Memujuk perempuan itu mungkin?
Apabila mengingatkan perempuan yang aku tengking-tengking semalam, aku rasa wajahnya berbeza dengan wajah perempuan pada gambar yang pernah aku lihat di kondo Addy tidak lama dulu. Hmm...apa yang nak dihairankan, Addy memang kaki perempuan! Aku sendiri yang pernah membuat andaian begitu, jadi untuk apa meraguinya. Kini, fakta sudah terbentang di depan mata.
AKU tersenyum lega sebaik sahaja keluar daripada bilik pengasas sekolah. Tuan Haji Mohd Salim memang baik dan ramah orangnya. Macam walid lagaknya, juga seperti ayahku sendiri. Menurut Tuan Haji, dia memang sudah lama mengenali walid dan kedatangan aku ke sekolah ini juga memang di tunggu-tunggu. Aku harap semuanya akan berjalan lancar di sini.
Sewaktu melalui koridor ke bilik guru, mataku menangkap kelibat seseorang memasuki bilik Tuan Haji. Macam kenal, tapi siapa? Inilah satu kelemahanku, bila sudah disahkan rabun, tidak pernah mahu mengaku. Cermin mata tidak pernah lekat lama. Kerana tidak selesa, maka selalulah aku mengabaikan pemakaiannya. Sekarang, bila hendak tengok sesuatu yang penting mulalah teraba-raba mencari cermin mata.
Sebaik sahaja aku mengenakan cermin mataku, kelibat lelaki tadi telahpun hilang di balik pintu. Alahai, tak sempat pulak! Hisy...
Tunggulah kejap, sampai dia keluar balik. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk mengambil angin pagi di koridor. Entah mengapa hati ini bagai terpanggil-panggil ingin melihat siapa sebenarnya tadi. Seperti aku pernah mengenali lelaki itu lama dulu.
Tidak lama aku menunggu apabila orang yang disyaki telahpun keluar. Dengan bantuan cermin mataku, aku dapat melihat dengan jelas gerangan manusia di koridor bertentangan.
Aizam!
SEBANYAK lima buah kelas yang aku perlu hadiri untuk hari ini. Setakat ini semuanya baik-baik sahaja. Maklumlah hari pertama. Pelajar-pelajarnya pula tidak menunjukkan belang dengan pengajar baru sepertiku. Muka aku garang sangat agaknya. Eloklah kalau dia orang fikir aku garang, jadi tak adalah nak main-main dalam kelas aku.
Aku mengemaskan barang-barangku untuk balik. Kebanyakan staf juga sudah tiada dalam bilik ini. Cuma ada satu sahaja yang tidak kena dengan sekolah ini, stafnya agak tidak peramah. Seorang dua sahaja yang boleh aku ajak berbual dan saling mengenali. Yang lainnya agak dingin. Suka hati dia oranglah, asalkan tak kacau aku.
Sewaktu aku menarik pintu untuk keluar, ada seseorang yang menolak pintu itu dari luar. Berderau darahku melihat seseorang yang tegak berdiri di hadapanku sekarang. Kegugupanku cuba aku kawal dengan berlagak selamba.
"Excuse me. Saya nak keluar," ucapku perlahan. Dengan nada yang lembut.
"Tunggulah dulu. Takkan dah nak balik, kau tak teringin ke nak berbual-bual dengan ‘kawan’ lama?" ujar lelaki di hadapanku ini. Perkataan ‘kawan’ sengaja ditekankan. Tangannya sudah menolak tubuhku sedikit ke belakang. Pintu ditutup semula.
Aku pula bagaikan terkaku. Apa lagi yang dia nak? Tak puas hati lagi dengan aku ke? Sudah hampir sepuluh tahun Aizam, takkan kau masih sama dengan kau yang aku kenal dulu. Tidak semena-mena satu keluhan aku hamburkan.
"Tak ada apa-apa yang boleh kita bualkan. Tepi sikit." Kali ini suaraku lebih tegas. Pergerakanku tidak lagi dihalang oleh Aizam secara fizikal, tetapi dengan kata-katanya pula.
"Sekarang hidup kau mesti bahagia yang amat sangat sebab dapat jadi isteri Addy. Hidup mewah dengan harta Addy, dan dapatlah kau berlagak dengan aku lepas ni. Kita dah setaraf nampaknya, tapi aku rasa maruah kau masih lagi boleh dipijak. Berapa lama agaknya kau rancang untuk kena tangkap basah dengan Addy?" Kata-kata Aizam disertai pula dengan ketawanya yang menyindir.
"Kau masih Aizam yang dulu." Tanpa menoleh lagi aku terus beredar. Mengapa aku rasakan semua lelaki yang hadir dalam hidup aku hanya untuk menyakitkan hati, bukan memberi secebis harapan untuk aku rasa disayangi.
Sesampai sahaja di kereta, tanpa dapat kukawal lagi, air mataku tumpah juga kerana Aizam yang bersungguh-sungguh menghinaku.
AKU masuk ke dalam rumah dengan mata yang merah. Hari ini memang benar-benar menguji tembok ketahanan hatiku. Aku lihat Addy berada di ruang tamu. Tidak sedikit pun dia menoleh padaku. Lebih baik begitu, fikirku.
"Az," panggil Addy perlahan. Namun cukup kuat untuk aku dengar. Tidak jadi aku meneruskan langkah ke bilik.
Aku berpaling menghadapnya. "Apa?" Kalau dia hendak gaduh lagi pasal semalam, aku tak ada masa sekarang. Mungkin lain kali saja.
Addy menghampiri tangga di mana aku berdiri. "Aku minta maaf. Aku janji takkan buat hal lagi. I’m really sorry," pinta Addy bersungguh-sungguh. Mukanya ditundukkan.
"Bukan berjanji pada aku, tapi pada diri sendiri. Kalau kau tak boleh nak berjanji pada diri sendiri, jangan nak berjanji apa-apa dengan aku. Munafik kalau mungkir janji Syed Ainuddeen."
Aku terus berlalu. Rasanya tiada apa-apa lagi untuk diperkatakan. Addy juga tidak perlu untuk menjelaskan tentang kejadian semalam, kerana semuanya sudah jelas di mataku. Tiada salah faham yang berlaku.
Fikiranku ketika ini sarat memikirkan perihal Aizam. Bagaimana dia tahu tentang aku dan Addy? Apa pula hubungannya dengan Tuan Haji? Hendak kata dia guru di sekolah, aku tidak pula terserempak dengannya di mana-mana ketika waktu sekolah. Siapa dia? Muncul untuk memporak-perandakan hidup aku lagi?
Ezzaqrie Aizam, aku mengenali lelaki ini ketika masih berada di sekolah menengah, tingkatan 4 Sains 1. Kerana persaingan dalam kelas, aku rasakan bencinya pada aku semakin menebal dan selepas bertemu kembali tadi dapat aku rasakan kebenciannya masih ada. Dia masih memandang rendah padaku, masih membanggakan statusnya sebagai anak orang berharta dan masih ingin membuat aku sakit selagi ada ruang untuk itu.
Biarkanlah. Kalau hendak difikirkan saja, memang tak berpenghujung sakitnya. Bersabar selagi mampu. Kalau dia buat lebih-lebih, aku tahulah nak mengajarnya. Aku bukan Azmarina yang boleh kau pijak-pijak macam dulu. Sedangkan Addy pun boleh mengalah, aku nak tengok kau pulak yang mengalah Aizam. Dalam tidak sedar, dendam sudah mula bercambah. Apa guna aku berbaik, sedangkan kau tak pernah terfikir untuk itu. Aku akan cari kelemahan kau Aizam.
SELEPAS menunaikan solat Maghrib, aku turun ke ruang tamu. Addy sedang duduk bersenang-senang di atas sofa. Dengan semangat yang baru, aku hampiri lelaki itu.
"Kau nak makan? Aku masakkan," tanyaku pada Addy. Agak terkedu Addy, kemudian cepat-cepat dia mengangguk.
Aku mengangguk dan tersenyum. Aku berlalu ke dapur, menyediakan bahan apa yang patut untuk hidangan ringkas malam ini. Hampir dua jam bertungkus-lumus di dapur, akhirnya siap juga hidangan.
"Addy, jom makan. Dah siap pun, jom," pelawaku dengan wajah manis. Sekali lagi Addy memberi reaksi terkedunya. Apabila melihat dia masih belum bangun dari duduknya, aku capai lengannya dan menarik dia bangun. Aku rasa Addy bertambah-tambah hairan dengan sikapku.
"Kalau tak sedap, komen ajalah. Aku okey," kataku pada Addy. Aku lihat dia seperti teragak-agak untuk menyuap.
"Bukan tak sedap. Aku suka, tapi aku hairan," luah Addy. Dia menatap aku mengharapkan jawapan.
"Anggap saja sebagai permulaan untuk sesuatu yang baru," ujarku.
"Kau okey kan?"
"Kenapa, kau ingat aku tengah hilang akal ke sekarang? Tak pun demam buang tabiat? Macam tu?"
"Tak adalah sampai macam tu sekali, aku pelik sangat-sangat aja."
"Kiranya kau suka aku yang dululah ni. Kau nak aku marah-marah kau, lepas tu tumbuk kau sesuka hati, macam tu? Kalau kau rindu sangat dengan penumbuk aku, sekarang pun boleh," kataku seraya mengepal tangan kiriku.
"Eh, taklah. Tak apa, simpan ajalah. Aku tak nak hilang muka handsome aku ni," ujar Addy sambil mengusap-ngusap mukanya.
Aku tersenyum lagi. Bukan mudah untuk aku berbuat begini Addy. Tambahan pula bila hati tengah sakit.
Selepas habis hidangan utama, aku hidangkan pula buah mangga sebagai pencuci mulut.
"Kau kenal Aizam?" tanyaku. Addy yang sedang menjamah hirisan buah mangga memandang aku sekilas, kemudian dia mengangguk.
"Kenapa tanya? Kau kenal dia?"
"Kenal, dia satu sekolah dengan aku dulu. Tadi jumpa dia dekat sekolah," jawabku ala kadar. Addy tidak boleh tahu hal yang lebih terperinci, nanti dia syak pula.
"Oh, memang tak hairanlah kau jumpa dia, sebab Tuan Haji Salim tu ayah dia. Dia uruskan syarikat hartanah ayah dia sekarang. Sekali-sekala dia datang melawat sekolah tu," terang Addy serba-sedikit.
Aku mengangguk-angguk. Baru aku tahu. "Kau rapat dengan dia?" tanyaku lagi.
"Best friend aku tu. Kita orang kenal masa study dekat UK dulu."
Aku tidak lagi bertanya. Kalau terlampau banyak persoalan yang aku timbulkan perihal Aizam, pasti Addy akan syak. Tambahan pula mereka masih rapat. Tidak mustahil Addy akan bercerita pada Aizam yang aku bertanya itu dan ini tentang dia.
"Esok, aku hantar kau ya?"
"Hantar?" tanyaku sedikit pelik.
"Yalah, hantar kau pergi sekolah," ujar Addy sekali lagi.
"Okey. Tapi masalahnya, kau boleh bangun awal ke?" Pertanyaanku lebih kepada menyindir Addy. Biar dia rasa.
"Hai, nak pangkah aku nampak!"
Jawapan Addy membuat aku tergelak. Dia pun tahu ayat ‘pangkah-pangkah’ ni. "Esok, pukul 7."
"Baik, Puan," jawab Addy sambil meletakkan tangannya di dada dan menundukkan kepala.
Senyuman tidak lekang di bibir masing-masing. Seakan terasa keserasian antara hati dan kemesraan dalam jiwa.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan