Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Penatnya..." Ucap Arisya sambil melabuhkan badan ke sofa yang empuk itu. Dia baru saja selesai mengemaskan ruang tamu rumahnya. Ibu dan angahnya baru saja pulang. Mulai hari ini, Arisya akan tinggal bersendirian di kondominium mewah yang dihadiahkan oleh ayahnya itu. Dua hari lagi, Zalia akan datang untuk turut menghuni rumah itu bersamanya.
Arisya mencapai remote yang terletak di atas meja berhampiran dengannya. Menekan-nekan punat mencari channel yang menarik. Akhirnya, dia menekan butang off. Kecewa. Tiada rancangan yang memenuhi seleranya. Lantas dia bangun menuju ke dapur, membuka pintu peti sejuk. Kosong! Opsss... lupa! Barang-barang keperluan belum lagi dibeli. Tadi ada orang yang mempelawa untuk menolong, ditolaknya. Padanlah muka diri sendiri. Tak mengapa, kita minum dulu!
Tatkala dia sedang leka mengacau air kordial sarsi, telefon bimbitnya berdering. Cepat-cepat dia berlari ke dalam bilik mencapai telefon itu. Melihat sebentar skrin telefon. Nombor yang tidak dikenali. Ahh... angkat sajalah. Bukannya rugi apa-apa pun. Butang hijau ditekan dan telefon dilekapkan ke telinga.
"Hello." Sapa Arisya lembut. Nak diberi salam, manalah tahu sekiranya pemanggil tersebut tidak beragama Islam.
"Hello, sayang." Suara garau milik Zackri menyapa di telinga. Arisya melihat lagi sekali skrin telefonnya. Bukan nombor Zackri. Nombor siapa pula yang diguna olehnya?
"Hmm... ada apa you call I neh?" Soal Arisya. Geram kerana ada saja panggilan yang mengganggu ketenteraman hidupnya.
"Tak ada apa-apa. Saja je call. Daddy you cakap you baru pindah. Nak I tolong apa-apa?"
"Yeah, I baru saja pindah. But I don't think that I need your help. Thanks anyway." Balas Arisya. Zackri di hujung talian tersenyum. Baik pula Arisya hari ini. Tak berkasar seperti selalu. Mungkin penat agaknya.
"You dah makan? Kalau belum, boleh I belanja."
"Belum. Tak perlulah you bersusah-payah. You kan kerja. I boleh masak sendiri nanti."
"Tak mengapalah, sayang. You tentu penat. Jomlah keluar makan dengan I." Ajak Zackri lagi. Arisya menggaru-garu dagu. Nak keluar ke tak ek? Macam tahu-tahu saja dia sedang lapar. Zackri neh ada pasang detector kat badan aku ke? Nak keluar sendirian, dia culas. Penat masih lagi menemani. Malas pula hendak memandu. Ahaa... boleh suruh dia jadi tukang angkat barang! Senyuman lebar terukir di wajah Arisya.
"Erm...ok. Then, temankan I pergi shopping?" Balas Arisya penuh mengharap. Tidak lagi dipedulikan sekiranya Zackri masih mempunyai tugasan yang perlu diselesaikan. Lantaklah, dia yang ajak, siapa suruh?
"Okay, dear. I datang jemput you. Erm... dalam setengah jam I sampai. Boleh?" Tanya Zackri untuk mendapatkan persetujuan Arisya.
"Ok. Tapi, you tahu ke kat mana rumah I?" Soal Arisya pelik. Habis semua diceritakan oleh ayahnya ke?
"Tahu. I know almost everything about you, dear. Tunggu I datang, ok? See you." Ucap Zackri sebelum mematikan talian. Gembiranya hati ini. Tidak disangka Arisya sudi keluar dengannya tanpa paksaan. Yes! One step closer. Zackri tersenyum. Lantas mengambil kunci kereta yang terletak di atas meja pejabatnya itu. Sebelum melangkah meninggalkan pejabatnya, dia sempat berpesan kepada pembantunya beberapa perkara.
Arisya membuka almarinya. Tercari-cari baju yang sesuai untuk dipakai. Nasib baik tadi ibunya telah menyusun kesemua baju yang dibawanya. Tidak perlu bersusah payah dia mengemas bilik tidurnya itu. Sehelai jeans berwarna kelabu lusuh ditarik. Baju apa ek? Aik? Kenapa pula aku perlu berfikir? Ambil sajalah baju mana-mana pun. Bukannya nak keluar dating. Hmm... Arisya masih lagi tercegat di depan almari. Setelah beberapa minit, dia mengambil sehelai t-shirt berlengan panjang berwarna hitam, bercorak ringkas.
Selesai menukar pakaian, dia mengadap cermin. Menyisir rambutnya yang ikal mayang yang hampir mencecah pinggang. Diikat rambut tersebut. Tidak berpuas hati dengan penampilannya, dia menukar gaya. Masih belum puas hati. Ditukar lagi dan lagi. Arisya leka membetulkan make up sehingga tidak sedar jam sudah menunjukkan pukul 2.30 petang.
Sedang dia tercari-cari beg tangannya, kedengaran loceng berbunyi. Zackri dah sampai? Terkocoh-kocoh dia bergegas ke ruang tamu untuk membuka pintu. Apabila pintu terbuka luas, Zackri menghadiahkan senyuman seraya membuka kasut.
"Eh? Kenapa pula you buka kasut? Tunggu saja kat sini. I pergi ambil beg. Tunggu! Jangan masuk!" Arisya terus berlari ke dalam bilik mencapai beg tangannya. Baru saja dia hendak melangkah keluar, teringat pula handset yang entah di mana dia letak. Satu kerja pula mahu mencari telefon tersebut. Mana pula handset neh? Tadi ada.
"Zack, can you call my phone, please?" Laung Arisya dari dalam bilik.
"Tak jumpa handsetlah tu. Entah apalah yang dibuatnya tadi." Bebel Zackri sendirian sambil mendail nombor Arisya. Kedengaran satu irama yang unik sekali berbunyi berdekatan dengannya.
MANGKUK HAYUN MANGKUK TINGKAT, MANGKUK PLASTIK MANGKUK PYREX, TAK NAK ANGKAT KE WOI? MANGKUK HAYUN CALL NEH WOIIII!
Zackri ketawa berdekah-dekah mendengarnya. Banyak pula idea pelik budak Arisya neh. Arisya yang mendengar bunyi deringan tersebut terus berlari ke ruang tamu mencari handsetnya yang dicampakkan di bawah bantal tadi. Mukanya sudah merona merah. Malu apabila Zackri sendiri telah mendengar ringtone yang dicipta khas untuk Zackri. Zackri mengenyitkan mata kepadanya. Arisya membalas dengan jeliran lidah. Malu punya pasal, terus dia menarik tangan Zackri untuk keluar dari rumahnya.
"Siapa suruh you masuk rumah I? Dibuatnya datang orang dari Jabatan Agama, tak pasal-pasal saja I kena tangkap basah dengan you." Marah Arisya bagi menutup perasaan malunya sebentar tadi.
"Alaa... kalau kena tangkap, kita kahwin sajalah. I pun dah lama tunggu you. Tak sabar rasanya. Nak I call diorang ke? Lagi cepat lagi bagus." Ujar Zackri slumber. Arisya bengang. Dihempasnya pintu rumahnya dan dikunci. Baru saja hendak melangkah, dia teringatkan sesuatu. Dibuka kembali pintu tersebut. Zackri di sebelah tersengeh.
"Ingatkan you nak suruh I dukung tadi." Ucap Zackri sambil tersenyum. Arisya menjeling geram. Kasut dicapai dan dipakai. Pintu ditutup kembali dan dikunci. Dia melangkah ke arah lif tanpa menunggu Zackri. Masing-masing membisu sehinggalah Zackri menghidupkan enjin keretanya.
"You nak makan apa, sayang?" Soal Zackri lembut. Perasaannya bagai dicuit-cuit melihat gelagat Arisya yang masih memasamkan muka.
"Apa-apa sajalah." Jawab Arisya pendek. Perasaan malu dan geram masih membuak-buak.
"Ohhh... you nak makan I tak?" Soal Zackri.
"Huh!" Arisya merenung Zackri tajam. Menghadiahkan jelingan sebagai tanda amaran kepada Zackri.
"You're very cute, dear." Sekali lagi Arisya menjelingnya.
"Ok... ok.. Kalau macam tu, I bawa you pergi satu tempat yang special." Zackri melepaskan handbrake dan kereta tersebut meluncur laju meninggalkan perkarangan kondominium mewah itu.
"Makanlah. Kenapa tengok saja?" Soal Zackri sambil sibuk mengunyah makanan dalam mulut. Arisya masih menguis-nguis sashimi yang berada di dalam pinggannya dengan chopstick.
"Hmm... I nak makanlah neh." Balas Arisya. Masih lagi menguis-nguis sashimi miliknya. Tadi cakap nak bawa aku makan kat tempat yang special. Balik-balik Mid Valley juga yang dia bawa. Makan sushi pula tu. Haihhh.... Arisya mengeluh. Dia sebenarnya bukan tidak suka makan sushi, tetapi yang berada di dalam pinggannya hanyalah 4 ketul sushi, 4 maki dan 5 sashimi. Sashimi... entah mengapa dia tidak begitu gemarkan sashimi. Ikan semata-mata. Kalau masak tak mengapa juga, ini mentah. Aduh...
"Habis tu, kenapa tak makan lagi? I tengok dari tadi you pandang saja. You tak suka sushi ke?" Zackri meletakkan kembali chopstick ke pinggan. Memandang Arisya yang sedang gelisah.
"Suka. Tapi I tak suka sashimi." Jawab Arisya pendek, merengek. Aik? Arisya merengek dengan aku? Macam tak percaya saja. Zackri tersenyum.
"Laaa... kenapa tak bagitahu siang-siang? Kalau I tahu you tak makan sashimi, I order sushi saja untuk you tadi."
"Neh kan siang. Tak malam pun lagi." Jawab Arisya, loyar buruk. Zackri menggeleng kepala. Tengok tu, ada saja yang nak dijawabnya. Siapalah yang mengajar agaknya?
"Ambil yang neh." Zackri meletakkan 3 ketul sushi miliknya ke dalam pinggan Arisya dan mengambil kesemua sashimi milik Arisya. Arisya hanya memandang tanpa sebarang bicara.
"Hmm... apa lagi tu? Makanlah, sayang." Arah Zackri. Arisya menurut saja arahan Zackri seperti kanak-kanak kecil mengikut arahan ayahnya.
"Kenapa you tak suka makan sashimi ek? Dulu masa kecil, you suka sangat. Macam kucing saja I tengok." Sambung Zackri lagi apabila Arisya terus membisu. Entah kenapa, sejak peristiwa di rumah Arisya tadi, dia seperti mogok bercakap dengan Zackri. Sepatah ditanya, sepatah dijawab. Sepuluh patah ditanya, sepatah juga dijawab. Marah ke? Dia tahu dia tidak sepatutnya masuk ke dalam rumah Arisya, tetapi niatnya tadi hanyalah untuk membantu mencari handset Arisya.
"Hmm..." Aik? Hmm.. saja? Marah sangat ke?
"Risya, you marahkan I ke? I'm sorry, okay? Lain kali I tak masuk lagi dalam rumah you." Ujar Zackri, cuba untuk memujuk.
"Tak, bukan sebab tu." Jawab Arisya pendek.
"Then? Sebab apa pula?" Zackri berfikir sejenak. Erm... oh! Zackri tersenyum. Barulah dia paham. "You malu sebab I dengar ringtone you yang unik tu ke?" Arisya menundukkan kepala. Kulitnya yang cerah menyebabkan pipinya yang memerah senang dilihat oleh Zackri. Sah! Ingatkan apalah tadi.
"I tak kisahlah, sayang. Asalkan you puas. Letaklah apa jua ringtone, hati I tetap tak berubah. I'll always love you, dear." Ujar Zackri romantis. Berbulu tengkuk Arisya mendengarnya. Entah kenapa dia berasa tidak senang apabila Zackri acapkali mengucapkan perasaan sayangnya dengan mudah. Dia melayan Zackri dengan baik hari ini bukanlah bertujuan untuk memberi Zackri harapan. Dia sebenarnya ingin memberi peluang kepada dirinya sendiri bagi melupakan kisah silamnya. Dia perlu mengatasi segala perasaan takut untuk mencintai. Tidak mungkin dia akan terus bersendirian hingga ke tua. Dia pasti kedua orang tuanya pasti akan mengahwinkan dia dengan seseorang juga nanti. Maklumlah, dia kan anak bongsu, kesayangan ayahnya pula.
"Look, Zackri. I've something to tell you." Zackri yang mendengar terus memberikan sepenuh perhatian terhadap Arisya. "I layan you dengan baik hari neh tak bermakna I boleh terima you as my boyfriend. I just feel that we can be friend. That's all. Not more than that. But if you keep bugging me, I won't hesitate to put our friendship to an end. Paham?" Jelas Arisya. Dia berharap sangat Zackri paham akan kehendaknya.
"Ok. Kalau itu yang you mahu. But I won't give up easily. You've to know that." Jawab Zackri dengan tenang.
Setelah selesai makan, mereka berjalan menuju ke Carrefour. Arisya memandang senarai yang berada di tangan. Banyak juga barang yang perlu dibeli. Nasib baik ada Zackri menemani. Tidaklah dia tersenget-senget mengangkat barang-barang yang dibeli nanti.
Pelbagai jenis barang yang dibeli. Dari buah-buahan, sayur-sayuran, ayam, rempah, hinggalah ke bahan-bahan pencuci. Semua dia ambil. Badan kecil, beli makanan bukan main banyak. Kalah orang yang sudah berkeluarga. Dia nak ajak aku makan sekali kot. Hehehe... Zackri tersengeh sendirian. Arisya yang kebetulan memandang ke arahnya kebingungan. Aik? Dah tak betul agaknya sebab kena angkat berat. Arisya mengangkat satu beg plastik manakala Zackri mengangkat 3 beg plastik berisi penuh dengan barang-barang. Troli sudah lama ditinggalkan di hadapan Carrefour. Sengaja Arisya mempercepatkan langkah meninggalkan Zackri terkedek-kedek sendirian di belakang.
Kurang asam jawa punya budak. Minta tolong aku, aku pula ditinggalkan. Bebel Zackri apabila Arisya sudah hilang dari pandangan. Sakit tangannya memegang beg-beg plastik yang berat itu. Halus sangat pemegangnya.
Arisya sudah berdiri betul-betul di sebelah kereta Zackri. Mana pak cik neh? Lembab betul. Macam siput! Arisya meletakkan beg plastik yang dibelinya di atas lantai.
"Risya, how are you, dear?" Satu suara menegurnya dari belakang. Arisya menoleh. Shafiq! Apa dia buat di sini? Dah tak ada kerja lain agaknya. Ke mana saja yang dia pergi, pasti bertemu dengan Shafiq. Arisya mendengus marah. Geram dengan sikap Shafiq yang bagaikan tidak mahu melepaskan dirinya walaupun kisah cinta mereka berdua sudah lama berkubur.
"I'm sorry. I ikut you. Actually, I ada something nak beritahu you pasal boyfriend you tu." Shafiq mengaku tujuan sebenar tindakannya.
"Hmm... apa?" Jawab Arisya endah tak endah. Mana Zackri neh? Lambat betul.
"You kena tinggalkan dia! Dia main kayu tiga di belakang you! Dia tak ikhlas mencintai you!" Ujar Shafiq. Arisya hanya mengangkat kening. Itu saja? Apa aku peduli Zackri main kayu tiga. Dia nak main kayu sepuluh ke seratus ke, itu dia punya pasal.
"Is that all? Ada I kisah? Lantak dialah nak main kayu berapa pun." Balas Arisya slumber.
"You tak kisah bila boyfriend you sendiri curang di belakang you?" Soal Shafiq, benar-benar tidak paham dengan sikap Arisya.
"Yeah. Selagi kitorang belum berkahwin, itu hak dia. But, once we're married, cubalah kalau berani. Sudahlah, Shafiq. You're wasting your time talking to me about this."
"Risya, are you serious? About your relationship with him? You seperti tak kisah sekiranya sesuatu terjadi pada hubungan you dengan dia. I really don't understand."
"You don't have to. And you don't need to understand. It's between us. Tak ada kena-mengena dengan you pun."
"But Risya..."
"Sorry, sayang. I terserempak dengan kawan I tadi." Kata-kata Shafiq dipotong oleh Zackri yang baru saja tiba bersama barang-barang milik Arisya. Dia terkejut apabila terlihat Shafiq berada di samping Arisya. Perasaan cemburu tiba-tiba datang mengundang. Terus dia membuka pintu kereta memasukkan segala barang dan menarik Arisya memasuki kereta. Kereta dihidupkan dia terus meluncur pergi meningglkan Shafiq yang terpinga-pinga. Macam tu saja? Shafiq dibiarkan di situ seperti patung tak bernyawa. Tidak dipedulikan kewujudannya.
best jugak crita ni... huhuhu cpat sambung yer... :)
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
best jugak crita ni...
huhuhu cpat sambung yer...
:)