Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Sabrina tersandar ke katil. Cuba mententeramkan perasaan sendiri. Teruk rasanya. Memang teruk sungguh. Kakinya yang luka dan bengkak itu pun, tidak seteruk ini rasanya. Bagaimana dia hendak lupakan apa yang berlaku petang tadi? Terasa begitu terseksa, apabila tiap kali dia teringatkan apa yang terjadi, wajahnya tiba-tiba membahang. Degup jantungnya tiba-tiba menjadi tidak normal. "Sabrina. Wake up! Jangan ikut perasaan,"dia berbisik perlahan sambil menepuk dahi. Ketukan di pintu bilik, membuat dia hampir terlompat. Dia mengerutkan muka. Menahan rasa sakit apabila kakinya bergerak secara tiba-tiba. Siapa tu? Badrul ke? Dia tidak mahu berjumpa dengan Badrul lagi. Tidak mahu. Ketukan yang bertalu membuat resahnya semakin menjadi-jadi. "Ina…," Suara Jamilah. Dia menarik nafas lega. "Masuk," Pintu terbuka. Kepala Jamilah terjengul di pintu. "Dah tidur ke?," Sabrina menggeleng sambil tersenyum lebar. "Tak adalah. Saja baring-baring. Belum mengantuk," "Belum mengantuk ke, teringatkan Encik Badrul?,"usik Jamilah sambil bergerak masuk ke bilik Sabrina. Kini, terasa tiada penghalang antara dia dan Sabrina. Hubungannya dengan Sabrina tidak seperti hubungannya dengan Dayana. Tidak terasa Sabrina itu isteri majikannya. Dia boleh lebih mesra dengan gadis itu kini. Dia tersenyum lebar melihat wajah Sabrina yang berubah tiba-tiba. "Kak Milah ni. Tak baik cakap macam tu. Kalau ada yang dengar nanti, kan jadi salah faham pula," "Salah faham apa pula? Ina teringatkan suami sendiri. Bukan teringatkan orang lain," "Pandailah Kak Milah ni. Main cakap saja ya? Mulut tak ada insurans," Jamilah tergelak. Melabuhkan punggung ke katil sambil menelek kaki Sabrina yang berbalut rapi. Tangannya yang membalut kaki itu, setelah dia melihat Badrul terkial-kial sendiri cuba membalut. Tidak pandai. "Sakit?," Sabrina mengangguk sambil tersenyum kecil. Dengan Jamilah dia tidak perlu berpura-pura. Memang kakinya sakit. "Betul ke Ina tak nak pergi klinik?," "Sikit je. Esok lusa eloklah kot," "Luka tu, yalah. Esok lusa boleh elok. Tapi, kaki tu, kan elok kalau pergi klinik. Check. Pasu tu berat. Mana tahu, kot-kot ada tulang yang retak. Kaki Ina bengkak tu," "Ish…tak adalah. Bukan jatuh terus atas kaki saya pun. Cuma terkena sikit je. Terhempap sikit. Tak ada apalah. Okay ni. Tak payah risau," "Suka hatilah. Orang cakap, degil. Tak nak dengar," Sabrina tersenyum. Cuba gerakkan kakinya perlahan. Jamilah memerhati. Menggeleng apabila Sabrina menyeringai sambil tersengih. "Sakit….,"bisik gadis itu separuh merengek. Manja. Jamilah tersenyum senang. "Datin ada Tanya tadi,"dia bersuara sambil menyentuh hujung jari kaki Sabrina yang bengkak. "Datin marah ya? Pasal pasu bunga dia pecah?," "Tak adalah. Datin Tanya kaki Ina macam mana? Datin pun suruh Ina pergi klinik," "Bukan saya tak nak pergi, Kak Milah. Tapi, biar reda sikit sakit ni. Bila dah boleh jalan sikit-sikit, saya pergilah,"akhirnya Sabrina berterus-terang. Pengakuan ikhlas yang membuat Jamilah tergelak besar. "La… gelak pula. Saya cakap betullah," "Memanglah betul. Betul, Ina takut kena dukung lagi,"selamba Jamilah menyakat. Membuat darah menyerbu naik ke muka Sabrina. "Akak!," Jamilah menyambung gelak. "Janganlah gelak kuat-kuat. Nanti orang dengarlah akak," "Yalah. Akak minta maaf,"Jamilah bersuara sambil cuba matikan tawanya yang masih bersisa. Sabrina tersenyum kecil. Sedikit lega. Dia risau sebenarnya. Risau kalau-kalau Dayana terdengar bicara nakal Jamilah. Kalau sampai itu terjadi, pasti akan mengundang masalah. "Kenapa tak makan nasi tu?,"Jamilah bersuara apabila matanya terpandang nasi yang dibawa untuk hidangan makan malam Sabrina tidak terusik. Sabrina memandang ke arah yang sama. Kemudian tersengih. Lupa ada nasi untuknya. Bukan tidak mahu jamah, tetapi, amukan perasaan benar-benar buat dia lupa untuk makan. "Selalu macam tu. Susah sangat nak makan. Tak adanya gemuk setakat jamah nasi tu sikit. Nanti kurus kering, tinggal tulang… bukan cantik pun…," Sabrina tergelak. Lucu mendengar bebelan Jamilah. "Saya lupa. Bukan tak nak makan. Nanti saya makan. Betul," "Yalah tu lupa. Elok nasi panas yang akak bawa, dah sejuk jadinya tu," "Tak kisah. Sejuk ke… panas ke… kalau Kak Milah yang masak, saya mesti makan," "Eloknya, biar Encik Badrul saja yang datang ni. Mesti habis nasi tu kot," Sabrina tersenyum kecil. Suka pula Jamilah menyakatnya malam ini. "Dayana dah balik ke Kak Milah?,"tiba-tiba soalan itu yang meniti di bibir. Jamilah menggeleng. "Belum. Tak tahu pula dia ke mana. Puan Dayana tu, selalu pulang lewat. Sibuk sungguh orangnya," "Dia bekerja, mestilah sibuk, Kak Milah," "Tahulah kerja. Tapi, Encik Badrul pun boleh balik awal. Sesekali saja balik lewat sikit. Puan Dayana ni, selalu sangat," Sabrina menjeling sekilas. Tidak berminat mendengar Jamilah terus berceloteh tentang Dayana. "Tak baiklah cakap pasal orang," Jamilah tersengih. Malu mendengar teguran Sabrina. Terlepas cakap. Membuka cerita di hadapan Sabrina. "Okaylah. Tak payah cakap pasal orang. Cakap pasal kita dahlah," "Macam tu, bagus…," "Hmm… kalau akak Tanya, Ina jangan marah ya?," "Pernah ke saya marah Kak Milah sebelum ni?," Jamilah tersenyum. Memanglah tidak pernah. Tetapi, ada rasa kurang senang di hati apabila pokok persoalan yang bermain di hatinya ini, berbaur peribadi. Sabrina diam. Menanti Jamilah membuka mulut. "Apa dia, Kak Milah?," Jamilah tersenyum. Serba-salah. "Kak Milah….," "Err… rasanya Encik Badrul tu dah mula sukakan Ina," Sabrina tergelak kecil. Namun, dia tidak pasti, dia ketawa kerana lucu atau disebabkan dek rasa debar yang tiba-tiba menyelit di hati sebaik Jamilah menuturkan kata-kata itu. Tidak mungkin. Tidak mungkin dalam sekelip mata, perasaan Badrul padanya boleh berkalih suka. "Gelak pula," Sabrina tersenyum kecil. Wajah Jamilah yang sedikit serius ditatap lembut. "Tak baik ajar saya berangan, Kak…," "Maksud Ina?," "Lupakanlah. Tak nak cakap pasal ni lagi," Jamilah menjeling sekilas. Senang sungguh Sabrina menutup topik. "Kalau tak nak cakap pasal ni, ceritalah pada akak. Apa sebenarnya yang terjadi kat Cherating tu?," Sabrina diam. Sebolehnya dia tidak mahu ingat lagi pada peristiwa itu. tidak mahu ingat pada kebodohannya sendiri. Kebodohan yang memusnahkan seluruh hidupnya. Membuat dia terdampar di sini. Menjadi melukut di tepi gantang di dalam banglo besar ini. "Kan semua dah tahu…," "Itu dulu. Tapi, sekarang, akak yakin ceritanya berbeza. Akak nak tahu. Itu pun, kalau Ina nak cerita," Sabrina tersenyum kecil. Dia melihat keikhlasan di wajah Jamilah. Perlahan dia mengeluh. "Semuanya sebab saya bodoh, kak," Jamilah membetulkan duduk. Ingin member focus sepenuhnya pada cerita yang akal keluar dari bibir Sabrina. Sudah lama dia cuba merisik. Tetapi, Sabrina lebih suka berdiam diri. Dia ingin tahu kebenarannya. Kini, dia percaya pada Sabrina. Dia yakin Sabrina tidak bersalah. "Saya ke sana dengan kawan. Nak bercuti. Raikan berita gembira saya. Saya dinaikkan pangkat. Dan, saya nak habiskan masa dengan kawan baik saya. Cuma dengan dia, sebelum saya bertunang," "Bertunang?," Sabrina tersenyum pahit. Mengungkit kembali kisah itu, mudah sahaja wajah Ikmal kembali bermain di mindanya. Perlahan dia mengangguk. "Lepas tu, apa jadi?," "Kawan saya sampai dulu, sebab sayan singgah ke kubur mak saudara saya dulu. Dia beri saya nombor bilik. Silap saya. Saya salah dengar. Saya sampai pun dah malam. Pintu pula tak berkunci. Saya terus masuk. Mana tahu itu bilik Badrul. Belum sempat saya terangkan apa-apa, tiba-tiba bilik tu diserbu," "Macam tu ke?," Sabrina tersenyum kecil. Jamilah pula tergangguk-angguk mendengar cerita. "Lepas tu, mana kawan Ina?," "Saya cuba call dia. Tak dapat. Esoknya baru dapat. Dia cakap, dia ada hal penting, Terpaksa pulang ke kampung. Hal kecemasan. Dia ada tinggalkan nota di bilik. Tapi, mana saya nak jumpa. Saya tersalah masuk bilik Badrul," "Ina tak cakap dengan Badrul semua cerita ni?," "Masa tu, saya takut sangat Kak Milah. Langsung tak boleh cakap apa-apa. Saya takut. Saya malu. Bila Datuk datang dan paksa kami nikah, saya betul-betul buntu. Saya takut tengok Datuk. Silap saya. Sepatutnya saya tak perlu takut. Sebab saya tak salah…," "Lepas nikah, Ina tak ceritakan hal sebenar?," "Siapa yang dengar, Kak Milah? Semua orang dah letak kesalahan pada saya. Cakap pun, tak guna. Saya buka mulut saja, semua cakap saya bohong. Rasa-rasanya, kalau saya cerita semua ni, ada ke yang mahu percaya?," Jamilah mengangguk perlahan. betul juga apa yang Sabrina katakana, dia sendiri, pada mulanya memang tidak percaya pada kata-kata gadis itu. "Kerja Ina macam mana? Bakal tunang Ina macam mana?," Sabrina tersenyum tawar. "Bos saya telefon. Minta saya serah surat perletakan secara sukarela, sebelum saya diberhentikan. Dia memang tak pernah berdiplomasi pada staff yang ada attitude problem. Lebih-lebih lagi ada kes yang memalukan macam ni," "Macam mana dia tahu?," Sabrina menggeleng. "Kawan Ina ke yang beritahu?," "Entahlah. Mungkin khabar angin yang memaksa kawan saya berterus-terang," "Dia kerja di tempat yang sama ke dengan Ina?," Sabrina mengangguk. "Oooo…,"panjang Jamilah bersuara. "Sekarang dia yang ambil –alih jawatan saya tu..," "Ya ke? Bakal tunang Ina macam mana?," "Bila saya nikah dengan Badrul, mak dia minta dia bertunang dengan Maria. Kawan saya tu..," "Maria yang dapat jawatan Ina tu?," Sabrina mengangguk sambil membetulkan sandarnya. "Kejap…kejap…," "Kenapa, Kak Milah?," "Maria yang dapat jawatan Ina tu?," Sabrina mengangguk. "Maria yang bertunang dengan lelaki yang sepatutnya jadi tunang Ina?," Sabrina mengangguk lagi. "Masa Ina kena tangkap basah tu, dia tak ada?," "Ha ah. Kenapa?," "Ina tak rasa ke, mungkin semua ni, kerja kawan Ina tu?," Sabrina tergelak. "Takkanlah. Maria tu kawan baik saya, Kak Milah. Tak mungkinlah dia sanggup buat saya macam tu," "Tapi, tak ada yang mustahil kan? Dia nak jawatan Ina. Dia nak kekasih Ina?," "Tak mungkinlah. Jawatan tu, mungkin kebetulan. Sebab dia layak untuk ganti saya. Pasal kekasih saya tu, kenapa dia nak kekasih saya? Saya tahu, dia Cuma anggap kekasih saya tu, sebagai kawan saja. Kami bertiga memang rapat sejak daripada zaman belajar lagi," "Mana Ina tahu dia Cuma anggap kawan saja? Kalau betul dia anggap kawan, takkan senang-senang saja dia nak bertunang dengan kekasih Ina tu. Dia tak ada kekasih ke?," Sabrina menggeleng perlahan. Mulai terfikir andaian demi andaian yang menjadi hujah Jamilah. "Mungkin dia tak ada kekasih sebab dia memang ada hati pada kekasih Ina tu…," "Tak mungkinlah, kak,"perlahan sahaja suara Sabrina menafikan. Penafian yang tidak sepenuh hati. Tiba-tiba dia teringat pada layanan Maria yang sedikit dingin setelah peristiwa hitam itu. Dan, memang Maria tidak pernah suka bercakap tentang lelaki selama mereka berkawan. Mungkinkah betul tekaan yang dibuat Jamilah. Tetapi, tidak mungkin Maria sekejam itu. Dia kenal Maria. Maria sering berada di belakangnya setiap kali dia berdepan dengan masalah. Maria selalu ada untuk memberi dia kata-kata semangat. Untuk memberi sokongan. "Tak mungkin,"suaranya bertukar sedikit tegas. "Apa pun mungkin dalan dunia ni, Ina," "Tapi, Maria tu kawan baik saya. Dialah yang selalu ada bersama saya setiap kali saya ada masalah. Saya Cuma ada dia dan Ikmal saja. Tak mungkinlah dia sanggup buat macam tu pada kawan dia sendiri," "Tapi, dia tak ada bersama Ina, bila Ina kena tangkap basah dengan Badrul kan?," Sabrina terdiam lagi. "Semuanya Cuma kebetulanlah. Lagipun, mana dia kenal Badrul kan? Badrul pun tak tahu apa-apa. Takkan semua ni satu rancangan," "Hati akak kata, semua ni, memang satu rancangan…," "Hati saya kata, tak mungkin kawan saya sanggup buat macam tu pada saya. Mustahil Maria sanggup merendahkan maruah saya sampai macam tu sekali," Jamilah diam. Memandang wajah Sabrina yang berkerut seribu. "Akak tak berani nak cakap lebih. Tapi, naluri akak berkata, memang kawan Ina yang buat Ina jadi macam ni," "Tapi, kenapa?," "Mungkin Ina lebih tahu sebabnya," Sabrina termangu. Tidak habis fikir. Apa sebabnya, kalau benar Maria yang melakukan semua ini? "Kawan saya tak akan buat macam tu. Saya kenal Maria,"Sabrina bersuara perlahan. lebih kepada ingin meyakinkan dirinya sendiri. Ingin menolak tekaan demi tekaan yang keluar dari bibir Jamilah. "Harap- harap Kak Milah salah. Tapi, kan baik juga kalau Ina selidik," Sabrina mengeluh perlahan. Tiba-tiba ada rasa gusar pula yang menemaninya. Perlukah dia meletakkan rasa syak pada Maria? Kalau memang bukan salah Maria, bagaimana? Pasti, seumur hidup dia diburu rasa bersalah kerana menuduh Maria pada kesalahan yang tidak pernah temannya itu lakukan. "Dah berkerut keningnya,"tegur Jamilah melihat wajah Sabrina sudah berubah serius. Sabrina tersenyum kecil. "Tak apalah. Kalau betul apa yang jadi ni, khianat orang pada saya, pasti lambat-laun, akan terbongkar juga. Kalau betul apa yang jadi ni, silap saya, sebab saya cuai. Saya terima ini sebagai ketentuan yang telah ALLAH tetapkan untuk saya. Saya tak nak tuduh sesiapa tanpa bukti," "Terserah pada Inalah. Jangan fikir sangat. Berkerut-kerut kening tu," Sabrina tergelak kecil. Hilang seketika kemelut yang bertingkah di kepalanya, mendengar usikan Jamilah. "Dah lama akak di sini. Akak keluar dululah. Nasi tu, jangan lupa makan. Atau, nak akak ganti yang lain? Akak boleh panaskan lauk lain," Sabrina menggeleng. "Tak payah. Saya makan yang ni saja. Terima kasih ya, kak Milah," Jamilah tersenyum sambil mengusap perlahan tangan Sabrina. Perlahan dia mengangkat punggung dari katil. Mahu beredar keluar dari bilik itu.
http://www.manisnyakenangan.blogspot.com/ nie blog kak hanni dah sampai 48 n special entry...
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
org pertama...
best cepat sambung....