BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Isnin, Mei 04, 2009
Novel : Pergilah Air Mata 31
Nama Pena : Hanni Ramsul

Datin Hamidah mengerling. Sedikit rimas. Sabrina masih tercegat di hujung tangga pintu utama. Tekun memerhatinya. Membuat kerjanya sedikit terganggu.
"Datin memang suka tanam bunga ya?,"
Soalan itu membuat tangannya yang sedang menggembur tanah hitam, terhenti perlahan-lahan. Malas hendak menjawab. Langsung dia menyambung semula kerjanya. Sabrina bergerak lebih hampir. Berdiri di sisi ibu mertuanya. Seketika begitu, perlahan dia duduk di bangku kecil, bersebelahan dengan Datin Hamidah.
"Bunga apa Datin paling suka ya?,"
Datin Hamidah menjeling.
"Kau ni, memang dah tak ada kerja ya?,"
Sabrina menggeleng.
"Tak ada. Boleh saya tolong Datin?,"
Jawapan Sabrina membuat Datin Hamidah merengus marah. Tidak faham bahasa rupanya gadis ini. Soalan berbaur sindiran yang diajukan, dijawab Sabrina dengan begitu lurus. Siap dengan senyum manis yang terukir di bibir.
"Tak payah. Terima kasih banyak-banyak. Kalau nak tolong juga, boleh. Kau tolong pergi dari sini. Rimaslah aku tengok muka kau tu. Hilang mood aku.Tak berbunga nanti bunga-bunga aku ni…,"
Sabrina diam. Usaha untuk berbaik-baik dengan Datin Hamidah, nampaknya menemui jalan buntu lagi. Sukarnya hendak mendekati wanita ini.
"Betul ni?,"soalnya mendapatkan kepastian. Manalah tahu, tiba-tiba Datin Hamidah berubah hati.
Datin Hamidah mencerlung tajam. Sabrina tersenyum kecut. Gagal lagi.
"Kalau macam tu, saya pergi dululah,"perlahan dia mengangkat punggung. Tidak mahu lebih lama berada di situ. Bimbang emosi Datin Hamidah terus terganggu.
"Errr… sekejap,"
Sabrina menoleh. Tersenyum lebar apabila namanya dipanggil.
"Betul kau nak tolong?,"
Sabrina mengangguk. Datin Hamidah tersenyum kecil. Tajam matanya melihat deretan pasu yang baru ditukar bunganya itu. Tiba-tiba timbul rancangan kejam pula di hati. Sedikit kejam, rasanya. Bukan terlalu kejam.
"Kau Nampak tu?,"
Sabrina mengangguk lagi.
"Kau siram semua bunga dahlia yang aku dah tanam tu,"
"Boleh,"balas Sabrina sedikit lega. Sekurang-kurang sudah ada komunikasi antara dia dengan Datin Hamidah. Laju dia menuju ke pili.
"Kau nak ke mana tu?,"
Langkah Sabrina terhenti. Menoleh semula kea rah Datin Hamidah.
"Buka pili ni. Nak siram bunga,"
"Habislah bunga aku ni, kalau kau siram pakai pili. Bunga ni, aku baru tanam. Siram pakai bekas ni saja. Tak nak air banyak sangat. Nanti habis tercabut balik bunga-bunga ni,"
"Oh… maaf. Saya tak tahu. Saya tak pernah tanam bunga,"
"Hah? Tak pernah tanam bunga? Kamu ni… buat malu saja. Tanam bunga pun tak tahu. Perempuan… benda yang dia perlu tahu ada tiga. Tahu tak? Pertama, layan suami. Kedua, masak untuk suami. Ketiga, berkebun macam ni. Cantikkan rumah suami,"
Sabrina tersenyum.
"Semuanya untuk suami ya, Datin?,"
Datin Hamidah menjeling. Sabrina bergerak semula mendekati Datin Hamidah. Mencapai bekas menyiram bunga.
"Saya Cuma beli bunga dah siap dalam pasu je. Lepas tu, siram je la,"dia bersuara sambil menyiram bunga-bunga di dalam pasu. Perlahan-lahan agar aliran air tidak terlalu laju.
"Jangan banyak sangat airnya tu. Senangnya kerja kau ya? Dah tu, tak payah jaga? Tak payah nak letak baja? Nak payah nak tukar tanah sekali-sekala?,"
"Tak sempat. Sibuk memanjang. Yang sempat, Cuma siram ajelah. Kalau dah besar sangat, bagi kat jiran. Lepas tu, saya beli yang lain pula,"
"Sibuk? Sibuk apa? Sibuk pasang perangkap nak cari lelaki kaya? Macam kau buat pada Badrul?,"
Siraman Sabrina terhenti seketika. Hatinya sedikit tercalar dek kata-kata itu. Dia tersenyum seketika. Kemudian menyambung semula kerjanya yang terhenti. Kata-kata itu dibiarkan pergi bersama angin petang. Dia perlu terus tebalkan telinga. Butakan mata hati. Jangan sampai kata-kata itu membekas luka lagi di hatinya. dia mahu menjadi gadis kuat. Tidak mahu lagi lemah seperti dulu.
"Bunga apa yang Datin paling suka ya?,"dia bersuara lagi. Mencari tajuk perbualan yang lain.
"Yang kau Nampak, bunga apa yang paling banyak?,"
"Mawar,"
"Dah, itulah bunga kesukaan aku,"
Sabrina tersenyum. Memang halaman rumah Datuk Hamidi penuh dengan pelbagai jenis bunga mawar. Pelbagai warna dengan susun atur yang cantik.
"Mak saudara saya pun suka tanam bunga mawar. Kat halaman rumah penuh dengan bunga mawar. Macam-macam jenis. Tapi, kata Maksu saya, susah nak jaga bunga mawar ni,"
"Betullah tu. Memanglah susah nak jaga bunga mawar ni. Senang dapat penyakit. Kena jaga betul-betul.,"
Sabrina tersenyum. Selintas, dia teringatkan Mak Su. Rindu pada wanita itu.
"Kat dalam rumah, penuh dengan bunga mawar. Dia suka jambangan segar bunga mawar tu. Sama macam Datin. Tapi, tak adalah banyak macam dalam rumah ni. Kalau kebetulan banyak mawar yang berbunga, banyaklah jambangannya. Kalau tak, sikit sajalah,"
Datin Hamidah tersenyum kecil. Pandai pula gadis ini mencari topik untuk menarik minatnya. Dia Cuma mendengar. Tidak mahu membalas bicara gadis itu. Rasa marah pada Sabrina masih membataskan keramahannya. Dia perlu waspada pada setiap tingkah Sabrina. Mungkin saja ada agenda tersembunyi yang sedang berlegar di kepala gadis itu. sebab itulah, Sabrina cuba berbaik-baik dengannya.
"Tapi, sekarang dah tak ada dah…,"
"Kenapa? Dia dah tak suka tanam mawar ke?,"
Sabrina tersenyum nipis. Memandang wajah Datin Hamidah. Buat seketika, dia dapat melihat, wajah wanita itu berubah. Sudah menajdi sedikit lembut. Tidak segarang sebelum ini.
"Dia dah tak ada…,"
"Oh….,"kata-kata Datin Hamidah terhenti di situ. Ada rasa terharu. Tetapi, semuanya disimpan di hati. Tidak mahu diluahkan.
"Dah siram semua ni. Lepas tu, Datin nak saya buat apa?,"
Datin Hamidah tersentak kecil. Suara Sabrina yang kembali ceria, membuat dia tersedar dari lamunan.
"Aku nak susun bunga ni, kat tepi tangga tu. Boleh ke kau angkat semua pasu ni?,"
"Boleh,"
"Jangan cakap aku dera kau pula,"
Sabrina tersengih.
"Tak adalah. Mana ada dera. Sesekali angkat pasu, boleh excersice,"Sabrina bersuara ceria. Memandang pasu bunga yang agak besar, yang tersusun di hadapannya. Dia tunduk. Cuba mengangkat pasu di hadapannya. Tidak bergerak. Berat.
"Tak larat ke?,"soal Datin Hamidah sambil meratakan tanah di dalam pasu bunga yang terakhir.
"Beratlah,"balas Sabrina tersengih.
"Kau angkat saja yang kecil sikit tu. Yang ni, tinggalkan. Nanti Rahman balik suruh dia yang alihkan,"
Sabrina mengangguk. Bergerak pula ke arah pasu berisi bunga dahlia. Perlahan dia mengangkat pasu tersebut. Masih juga berat. Tetapi, mampu untuk dia angkat. Perlahan-lahan dia membawa ke sudut tangga yang agak kosong. Satu persatu diangkat dan disusun. Datin Hamidah pula Cuma mengerling sesekali. Tidak bermaksud untuk memberi arahan lagi. Dia berpuas hati dengan cara Sabrina menyusun bunga dahlia yang baru dia tanam itu. Cantik dan tersusun.
"Sibuk nampak,"
Datin Hamidah mengangkat muka. Badrul tersenyum.
"Hai…baru balik? Mana Dayana?,"
Badrul diam. Memandang Sabrina yang tekun menyusun pasu. Cuma sekilas Sabrina memandangnya. Kemudian gadis itu kembali menumpukan perhatian pada pasu-pasu yang sedang disusunnya.
"Sabrina,"
Sabrina berpaling.
"Kenapa Datin? Datin nak tukar susunannya ke?,"
"Tak Nampak ke suami kamu baru balik ni? Ajak dia masuk. Sediakan minuman,"
Sabrina diam. Memandang wajah Badrul yang jelas kelihatan sedikit penat. Lelaki itu Cuma pulang sendirian. Barangkali Dayana terpaksa kerja sehingga ke malam lagi. Memang terlalu jarang kereta Dayana dan Badrul sama-sama masuk ke halaman ini. Dayana kelihatan sering sibuk. Kalaulah dia boleh sesibuk Dayana, pasti kesunyian yang menemaninya akan beransur pergi.
"Sabrina. Kamu dengar tak?,"
Sabrina tersentak. Suara Datin Hamidah sudah sedikit tinggi. Dia sempat mengelamun rupanya.
"Awak nak minum ke?,"soalnya sambil menyapu peluh yang mula memercik di dahi. Badrul tidak menjawab. Cuma mata teralih pada ibunya semula. Sebelum kembali menyapu wajah Sabrina.
"Tak apa. Kau teruskan kerja. Aku boleh masuk sendiri. Lagipun aku nak duduk sini sekejap,"
"Mama nak minum?,"Badrul bertanya setelah agak lama menjadi pemerhati.
"Sekejap lagi. Kamu nak minum, pergilah masuk. Suruh Sabrina siapkan,"
"Tak payah. Dah datang pun minumannya,"ujar Badrul sebaik melihat Jamilah keluar bersama dulang minuman. Melangkah santai ke meja berhampiran porch.
"Datin, saya bawakan minum petang ni,"
"Yalah. Terima kasih, Milah,"
Jamilah tersenyum sambil berlalu. Sempat matanya terpandang ke arah Sabrina yang tekun dengan bunga-bunganya. Dan ke arah Badrul yang tekun mengamati wajah Sabrina di dalam diam. Membuat dia tersenyum sendiri. Kadang-kadang sedikit hairan dengan perangai Badrul.
"Bad…,"
Badrul tersentak. Panahan matanya segera dialih.
"Kenapa mama?,"
Datin Hamidah tersenyum kecil. Dalam geram melihat Badrul leka merenung Sabrina, hatinya turut digaru rasa lucu. Kenapa? Dia sendiri tidak tahu. Perlahan dia mengangkat punggung. Menanggalkan sarung tangan yang dia pakai. Badrul pula, bergerak malas ke arah meja. Berharap agar ibunya tidak sedar akan keterlanjurannya matanya sebentar tadi. Ibunya hilang dari pandangan. Mungkin ke dapur membasuh tangan. Syukur, ibunya tidak perasan.
"Kau tak nak minum ke?,"
Sabrina menoleh. Perlahan dia menggeleng. Ikutkan perasaan, dia mahu masuk ke bilik. Tinggalkan Badrul di situ. Tetapi, dia terikat dengan kerja yang dititipkan Datin Hamidah. Hendak tidak henadak, terpaksa dia berdepan dengan Badrul lagi.
Mendengar jawapan itu, Badrul menjungkit bahu sambil mencapai Nescafe di hadapannya. Sudah hampir tiga minggu rasanya dia tidak melihat wajah itu. Tiap kali dia pulang, Sabrina sudah sepi di biliknya. Kadang-kadang hairan, bagaimana sekali pun dia tidak bertembung dengan Sabrina? Padahal mereka berkongsi bumbung yang sama. Sabrina memang sengaja lari darinyakah? Kali terakhir dia berbual dengan Sabrina, pada malam dia meminta itu dan ini daripada Sabrina. Hampir pukul dua pagi, Sabrina menunggunya menghabiskan Maggie goreng yang Cuma sepinggan.
"Lambat lagi ke? Saya nak tidur ni,"
"Tunggulah. Tunggu aku habiskan. Lepas tu, kau simpan semua ni,"
"Cepatlah sikit. Lamanya awak makan. Bukan ada tulang pun Maggie tu,"
"Sabarlah. Pedas ni. Kau tahu tak? Kan aku dah cakap. Jangan buat pedas sangat,"
"Mana ada? Saya tak letak cili pun. Letak sos saja. Mana ada pedas…,"
"Aku cakap pedas..pedaslah. Betul ke kau tak letak cili ni?,"
"Betullah. Kalau pedas tak payahlah makan. Buang sajalah,"
"Kau ingat aku tipu ke? Aku yang makan. Aku tahulah. Kalau tak percaya, kau rasa,"pantas dia bersuara sambil menyuakan sudu berisi Maggie goreng ke mulut Sabrina. Cepat-cepat Sabrina mengelak.
"Makanlah,"
"Tak naklah. Saya nak masuk tidurlah,"
"Makan…,"gesa Badrul sambil terus menyuakan sudu ke mulut Sabrina. Sudah tidak tahu ke mana hendak di alihkan mulutnya, akhirnya Sabrina membuka mulut. Menjamah Maggie yang disuap Badrul. Badrul tersenyum. Makin lebar senyumnya bila melihat wajah Sabrina memerah. Senyumnya menghilang melihat wajah itu semakin memerah.
"Kenapa?,"
"Pedas!,"Sabrina bersuara sambil mengibas mulut dengan tangan.
"Kan aku dah cakap, pedas…,"
"Nak air. Nak air….,"laju Sabrina bersuara. Air mata sudah merembes ke pipi. Kalut Badrul berdiri membawa air suam ke mulut Sabrina. Sekelip mata, air di dalam gelas kering. Badrul tergelak. Lucu melihat wajah Sabrina yang merah menyala. Bukan setakat muka. Tetapi, dengan hidung dan mata sekali bertukar ke warna merah. Pipi pula basah dengan air mata. Pasti tidak tahan minum air suam yang disuap sebentar tadi.
"Pedas sangat ke? Ke, kau yang tak tahan pedas?,"
Laju Sabrina mengangguk. Tidak pasti anggukan itu untuk soalan yang mana. Laju juga tangan Sabrina mencapai gelas milo shakenya yang baru sedikit terusik. Terkebil-kebil dia melihat gelas milo yang sudah kering.
"Aku nak lagi milo tu,"
"Pedaslah, awak,"
"Kau kata, tak letak cili,"
"Memanglah,"
"Dah tu, kenapa boleh pedas,"
Sabrina diam. Dia pula leka memandang wajah Sabrina yang kelihatan berfikir sambil tangannya terus mengibas mulut.
"Agaknya bawang dalam peti tu, Kak Milah campur dengan cili padi kot,"
Badrul tergelak. Perlahan dia memukul kepala Sabrina.
"Bodohlah kau ni. Memanglah. Mama memang suruh Kak Milah campur cili padi, kalau dia nak blender bawang. Sebab semua orang dalam rumah ni, suka pedas,"
"Tapi, awak cakap, awak tak nak pedas. Tak suka pedas,"Sabrina bersuara sambil mencapai tisu. Mengesat hidung yang berair. Juga wajahnya yang berpeluh-peluh.
"Aku tipu je,"
Dia perasan wajah marah Sabrina. Wajah geram gadis itu. wajah yang membuat senyumnya semakin lebar. Perlahan dia menyentuh bibir Sabrina. Mengelap kesan milo di sudut bibir gadis itu.
"Sorrylah. Aku tak tahu kau tak tahan pedas. Kalau tak, aku tak suap tadi,"
"Saya nak pergi minum air lagi,"
Pantas Sabrina berdiri.
"Kejap,"dia bersuara sambil turut berdiri. Melangkah rapat ke arah Sabrina, sambil menyentuh bibir gadis itu sekali lagi. Namun, Sabrina pantas mengelak.
"Ada lagi kesan milonya tu. Minum macam budak-budak…,"
"Saya buang sendiri,"
Sabrina terus berlalu. Tinggalkan dia termangu sendiri.
"Aduh!,"
Badrul tersentak. Peristiwa hampir tiga minggu lalu, hilang tiba-tiba. Dia kembali ke alam nyata. Di porch, bersama Sabrina. Dia memandang Sabrina yang terduduk.
"Ya ALLAH. Puan, kenapa ni?,"
Sebelum sempat dia bertanya, Jamilah yang sedang membersihkan kerja yang Datin Hamidah tinggalkan, laju bertanya. Laju juga perempuan itu mendapatkan Sabrina.
"Sakitlah, kak,"
"Kenapa? Kenapa tu, Kak Milah?,"
"Entahlah Encik Badrul,"
Badrul mengangkat punggung. Mendekati Sabrina yang sudah terduduk. Matanya memandang pada pasu yang pecah.
"Kenapa Sabrina?,"soalnya sambil melutut di hadapan Sabrina.
"Tak ada apa-apa. Pasu terjatuh,"laju Sabrina menjawab sambil menutup kakinya. Mengundang curiga di hati Badrul.
"Kenapa kaki tu?,"
Sabrina menggeleng.
"Tak ada apa-apa. Sikit je. Awak tak payah risau. Kak Milah ada,"
Badrul merenung tajam. Melihat wajah itu, jelas Sabrina menahan sakit.
"Cuba bangun. Aku nak tengok,"
"Hah?,"
"Bangun,"
Sabrina kelu. Bagaimana dia hendak bangun? Pasti semakin laju darah keluar nanti. Sengal pun sudah mula terasa. Betul-betul sakit apabila pasu bunga yang terlepas dari tangannya jatuh betul-betul di atas kakinya. Dan, dia yakin tapak kakinya tekena serpuhan pasu semasa dia melompat menahan sakit sebentar tadi.
"Bangun,"arahan Badrul sudah mula meninggi. Sabrina menelan liur. Memandang wajah Jamilah. Perlahan dia berpaut pada bahu Jamilah.
"Tolong saya ya, Kak Milah,"
Jamilah mengangguk.
"Kak Milah ke tepi. Tak payah tolong dia. Dia kata dia tak apa-apa kan?,"
Jamilah terpinga-pinga. Sabrina mengerutkan kening. Melihat renungan tajam Badrul, Jamilah bergerak ke tepi. Membiarkan Sabrina cuba berdiri. Namun, gagal. Akhirnya, gadis itu terduduk semula.
"Darah tu, Encik Badrul,"
Badrul menarik tangan Sabrina yang menutup kaki. Tergamam seketika melihat kaki putih itu sudah bertukar biru. Dibeleknya. Darah mengalir laju dari tapak kaki Sabrina. Patutlah terduduk semula. Memang tidak boleh bangun rupanya.
"Kak Milah. Bagi saya kain tu,"
Segera Jamilah menghulurkan tuala yang memang hendak digunakan untuk mengelap peluhnya pada Badrul. Dengan hati-hati Badrul membalut kaki Sabrina. Sabrina pejam mata. Menahan pedih dan sakit.
"Kenapa ni? Apa yang bising tadi?,"Datin Hamidah muncul di muka pintu. Bulat matanya. Terkejut melihat pasu bunganya yang pecah. Dan bunga dahlianya yang bertaburan.
"Maaf, Datin. Pasu tu terlepas dari tangan,"cepat Sabrina bersuara. Gusar akan dimarahi. Datin Hamidah meninjau lebih dekat.
"Si Sabrina ni tak apa-apa ke, Bad?,"soalnya pada Badrul.
"Kaki dia luka. Lebam sikit. Terhempap pasu agaknya,"
"Dah, cepat bawa masuk ke dalam,"arah Datin Hamidah sambil memberi ruang untuk Badrul melangkah. Sabrina diam. Tangannya memegang bahu badrul yang masih melutut di hadapannya. Cuba untuk berdiri. Memang dia perlukan bantuan untuk berlajan. Namun, hatinya sedikit tersentap apabila Badrul menolak perlahan tangannya. Perlahan dia mengangkat muka. Memandang wajah Badrul. Aneh. Kalau tidak sudi membantu, buat apa Badrul duduk di sini? Dia memandang pula ke arah Jamilah. Mahu meminta bantuan. Baru sahaja ingin membuka mulut, dia tergamam. Serentak dengan degupan jantung yang seakan tidak mahu berhenti. Laju. Tersangat laju. Betul-betul dia terkejut apabila Badrul menarik tangannya. Melihat wajah terkejut itu, Badrul tersenyum kecil. Kedua-dua tangan Sabrina dilingkarkan ke bahunya Kemudian, tangannya erat memeluk belakang Sabrina sambil sebelah lagi diletakkan di bawah lipatan lutut Sabrina. Dia mendukung Sabrina. Membawa masuk ke dalam bersama bibir Sabrina yang betul-betul kelu.
****
posted by Penulisan2u @ 6:57 PTG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
8 Comments:

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group