Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
PINTU bilik pejabat Rosalina ditolak kuat. Wajah bengis Hasliza nyata memeranjatkan Rosalina yang sedang khusyuk meneliti fail di atas meja. "Liza! Kenapa ni?" "Kenapa? Kau tanya aku kenapa? Kau jangan nak berpura-pura lagi! Dasar hipokrit!" amuk Hasliza. "Ya Allah, bertenang Liza, bertenang. Bawa mengucap," "Kau jangan nak berlagak baik! Kau ingat aku tak tahu apa yang kau dah buat? Depan aku bukan main baik, bila kat belakang aku, kau buat kerja tak senonoh!" marah Hasliza. Rosalina mengusap dadanya perlahan-lahan apabila mendengar tohmahan dari Hasliza. Apakah yang telah merasuk kawan baiknya sehingga tergamak menghinanya begitu? "Liza, bawa bertenang. Cuba ceritakan pada aku perkara sebenar," ujar Rosalina, masih cuba berlembut. Hasliza menutup pintu bilik Rosalina kuat kemudian menghempaskan punggungnya ke sofa berhampiran meja gadis berkot kelabu itu. "Okey, sekarang kau cerita, apa yang sebabkan kau naik angin ni?" "Tentang Farhan," Roslina meneguk liur. Apakah Hasliza telah mengetahui rahsia yang selama ini dipendam rapi? Mustahil... "Kenapa dengan bakal tunang kau tu?" "Kau masih nak berpura-pura lagi Ros? Kenapa kau tak nak mengaku?" Sah! Hasliza sudah tahu tentang perihal hubungannya dengan Farhan Hasri tapi, dari mana gadis itu mengetahuinya? "Mengaku tentang apa?" Rosalina masih cuba berdalih. Hasliza mencebikan bibir. Satu jelingan dihadiahkan pada Rosalina yang duduk tidak jauh darinya. "Kenapa tak beritahu yang kau cintakan Farhan?" Rosalina cuba mengawal debaran di dada agar tidak terlalu ketara pada pandangan Hasliza. Rosalina tahu, lambat-laun perkara ini akan terbongkar juga cuma dia tidak menyangka secepat ini. Perlahan-lahan satu keluhan dilepaskan. "Dari mana kau tahu?" soal Rosalina. "Itu tak penting! Yang aku nak tahu, kenapa kau rahsiakan perkara ni?" "Sebab kau cintakan dia," "Tapi dia tak cintakan aku!" bidas Hasliza. "Kau boleh berusaha agar dia jatuh hati pada kau," "Tak mungkin! Dia cintakan kau. Aku hanya bertepuk sebelah tangan," suara Hasliza mulai kendur. "Tidak Liza. Kau pujuklah dia, aku yakin, dia boleh terima kau. Lagipun, antara kami dah tiada apa-apa lagi," jawab Rosalina. "Kau yakin?" Rosalina terdiam. Sungguh, dia tidak pernah memadamkan api cinta yang bernyala di hatinya untuk Farhan Hasri. Tapi, demi Hasliza, dia sanggup berkorban. Dia tidak mahu kehilangan sahabat baiknya itu. "Kau kejam Ros! Kejam!" "Maafkan aku Liza... aku..." "Kau memang pentingkan diri!" ujar Hasliza lalu bingkas bangun, keluar dari bilik pejabar Rosalina. Rosalina hanya mampu memandang lesu pemergian kawan baiknya itu. Tanpa sedar, ada air jernih yang mengalir di pipinya.
* * * * *
FARHAN HASRI kaget setelah mendapat panggilan dari Rosalina sebentar tadi. Jika benar apa yang dikatakan gadis itu, alamat habislah dirinya! Hasliza pasti sedang diamuk amarah sekarang ini. Agaknya, dari mana gadis itu mengetahui perihal hubungannya dengan Rosalina? Tiba-tiba Farhan Hasri tersentak! Telefon bimbit! Bukankah sewaktu makan tengah hari tadi, dia ada meninggalkan telefon bimbitnya di atas meja. Mungkinkah Hasliza membuka peti mesejnya? Ya, kemungkinan besar kerana Hasliza terburu-buru meninggalkannya sewaktu di restoran tadi. Farhan Hasri pantas mendail nombor telefon Hasliza tadi tiada jawapan. Dia menelefon pejabat gadis itu tapi kata pekerja di sana, Hasliza masih belum pulang sejak makan tengah hari tadi. Ah, ke manakah bakal tunangnya itu menghilang kala ini? Pintu bilik ditolak kuat membuatkan Farhan Hasri terkejut. Wajah Hasliza menyelubungi pandangan matanya. Dalam hati, ada cemas yang menggila!
* * * * *
BILIK PEJABAT itu senyap-sunyi. Masing-masing kelu untuk berbicara. Tidak tahu hendak bermula dari mana. Farhan Hasri memerhati wajah Hasliza yang mendung. Pasti gadis itu kecewa. Dia tidak bermaksud untuk menyakiti hati gadis itu. "Benarkan selama ni Han tak pernah cintakan Liza?" akhirnya Hasliza membuka mulut. "Han sayangkan Liza, sungguh! Tapi, hanya sayang sebagai abang kepada adiknya," terang Farhan Hasri, tidak mahu bermain tarik-tali lagi. "Tapi, kenapa beri Liza harapan?" "Entahlah, Han sendiri tak tahu. Mungkin sebab Han nak balas dendam pada Lina. Han terlalu ikutkan perasaan," ujar Farhan Hasri. "Han sedar tak Han sudah menyakiti hati Liza sedalamnya?" "Maafkan Han," hanya itu yang mampu Farhan Hasri ucapkan. "Mujur kita belum bertunang. Mungkin Allah nak tunjukkan yang Han bukanlah untuk Liza," Farhan Hasri mengerutkan kening. Apakah yang dimaksudkan dengan kata-kata Hasliza tadi? "Liza restu hubungan Han dengan Ros. Pergilah padanya," ujar Hasliza. Bagai ada satu semangat baru yang datang dalam diri Farhan Hasri sejurus mendengar kata-kata Haliza tadi. Namun, sepantas itu semanat itu berlalu pergi. "Rosalina takkan terima Han. Liza tahukan, dia seorang yang mementingkan persahabatan," ujar Farhan Hasri, meluahkan kerisauannya. "Itu Han jangan bimbang. Tahulah Ros uruskan," balas Hasliza sambil tersenyum tawar. Farhan Hasri bangun lalu meraih tangan Hasliza. Digenggamnya tangan gadis itu, kemas. "Terima kasih Liza. Han sangat hargainya! Maafkan segala kesalahan Han. Han doakan, Liza akan temui lelaki yang dapat memberi kebahagiaan pada Liza. Terima kasih Liza, terima kasih," ujar Farhan Hasri. "Sama-sama. Anggaplah ia pertolongan seorang adik pada abangnya," Farhan Hasri rasa tersindir tapi dia tahu Hasliza tidak bermaksud untuk memerlinya. Dalam hati dia berdoa, semoga tiada lagi mendung yang datang dalam hubungan cintanya dengan Rosalina.
* * * * *
"TIDAK! Aku tak akan terima dia!" Rosalina membantah. "Tapi kenapa? Bukankah kau cintakan dia? Kau orang saling mencintai. Jadi, apa masalahnya?" "Kau tak faham," "Aku faham Ros. Kau buat semua ni sebab aku. Aku amat hargainya tapi percayalah, sekarang aku sudah dapat terima hakikat. Kau orang memang sudah ditakdirkan bersama. Sejauh mana pun aku cuba, aku tetap akan gagal untuk memilik Farhan kerana dalam hatinya hanya ada kau," jelas Hasliza. "Sudikah dia terima aku setelah aku sakiti hatinya?" "Itu, kau kena tanya dia sendiri," Rosalina mengalihkan pandangannya ke belakang. Farhan Hasri sedang menuju ke arahnya dengan secarik senyuman. Rosalina diterpa gemuruh. Hanya ketika berada di sisi lelaki itu, dia akan rasakan debar di dada. "He\'s yours," ucap Hasliza lalu bangun meninggalkan Rosalina yang di dalam keresahan. Farhan Hasri mengambil tempat di hadapan Rosalina. Mata bertentang mata namun tiada ungkapan yang diluah. Masing-masing membiarkan hati yang berbicara. "Sudi beri peluang sekali lagi pada hubungan kita?" pinta Farhan Hasri. Rosalina menatap wajah lelaki yang begitu dirindui. Sinar cinta di dalam mata lelaki itu masih terang, masih seperti mereka menyemai cinta dahulu. Jadi, wajarkah Rosalina menolak hasrat hati lelaki di hadapannya ini?
* * * * *
MALAM tiba jua. Sapaan angin menghadirkan kedinginan, membuatkan Hasliza mendakap tubuhnya erat. Dia mengalihkan pandangan pada lelaki yang duduk berhampiran dengannya. Hasliza tahu lelaki itu sedang ditelan kecewa. Cinta pertamanya tidak berjaya. Namun siapalah kita untuk menidakkan takdir yang telah tersurat? Kenyataan harus diterima dengan redha, bukannya dikesali. Tambahan pula, perasaan bukannya sesuatu yang boleh dipaksa. "Sudahlah Kimi. Yang lepas jangan dikenang. Bunga bukannya sekuntum. Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti," nasihat Hasliza. "Tapi dia cinta pertama aku. Aku tak sanggup kehilangannya," tegas Hafiz Hakimi. "Cinta pertama tak semestinya cinta terakhir. Hidup masih panjang. aku yakin, suatu hari nanti, pasangan hidup kita akan muncul juga. Tugas kita hanya sabar dan berusaha mencarinya," ujar Hasliza. "Berkata memang mudah. Walau apa pun, aku tetap yakin, Rosalina milik aku, jodoh aku!" "Terpulanglah Kimi... kau dah besar. Tahu bezakan yang mana betul, yang mana salah. Nasihat aku, jangan terlalu ikutkan perasaan. Kata orang, ikut hati mati, ikut rasa binasa," sempat Hasliza memberi peringatan. Hafiz Hakimi tersengih. Dia bukannya ikutkan perasaan. Dia yakin bahawa Rosalina yang telah tercipta untuknya. Sedangkan pantai boleh berubah, inikan pula hati manusia. Dia pasti, hati Rosalina akan jadi miliknya jua. Hanya masa yang menentukan segalanya.
* * * * *
"CANTIK, KAN langit malam ni?" ujar Rosalina. "Cuba lihat bintang yang tu," Farhan Hasri mengunjukan jari telunjuknya pada suatu arah. "Kenapa?" "Kalau Lina perhati betul-betul, itulah buruj biduk," ujar Farhan Hasri. "Iya? Lina bab-bab bintang ni memang tak pandai," "Tapi bab mengelak dan melarikan diri memang Lina pakar, kan?" Rosalina menghadiahkan satu cubitan kecil di bahu kiri Farhan Hasri, tahu lelaki itu sedang menyindirnya. "Lina," ucap Farhan Hasri. "Hmm..." "Jangan tinggalkan Hasri lagi ya," pinta Farhan Hasri. Rosalina merebahkan kepalanya di bahu Farhan Hasri. Terasa tenang dan dilindungi. Dia terasa bahunya dipegang erat. "Awak juga jangan jauh dari saya, mahupun selangkah," ujar Rosalina. "Janji?" "Janji!" jawab Rosalina. Sebuah kucupan dihadiahkan di ubun-ubun Rosalina. Malam itu, bersaksikan bintang-bintang yang bergelantungan di dada langit, mereka melafaz janji, segala kenangan, akan tersimpan abadi, jauh di lubuk hati dan moga ikatan cinta ini akan terus kukuh bersemi.
senangnya dia nk lpskn bakal tunang?? dlm satu hari jer??wooo....dasyat maaaa....
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
wah... ada season 2 pulak. tak sabar menunggu. update cepat ya!
anyway, cerita yg menarik dgan bahasa yg romantis. memang mengusik jiwa! kipidap!