Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Apa yang kau buat ni? Semuanya salah! Buat semula!" tengking Aiman Daniel kuat. Anis berdiri kecut di situ apabila Aiman Daniel menumpahkan kemarahannya. Dia tiba-tiba teringat sikap panas baran Aiman Daniel sewaktu dia berkerja sebagai orang gaji dulu. Pantang salah sikit dan lambat sikit, pasti dia terpaksa menadah telinganya mendengar amarah lalaki itu.
"Apa tunggu lagi? Cepatlah buat!" tengking Aiman Daniel lagi. Anis tersentak. Dia mencapai fail yang telah dicampakkan lelaki itu ke atas meja dengan kasar. Anis menunduk apabila melihat wajah Aiman Daniel yang bengis. Serta-merta dia terasa kecut. Cepat-cepat Anis keluar dari bilik itu.
"Kenapa En. Daniel marah?" tanya Maira sambil menghampiri mejanya. Anis mengangkat bahu. Dia dapat merasakan yang telapak tangannya menggigil dan sejuk.
"Tangan awak sejuk. Kenapa? Takut ke? Waktu sekolah dulu, tangan awak tak pernah sejuk walau kena marah lebih teruk dari tadi," kata Maira sambil menggenggam tangannya yang sejk. Anis menggeleng perlahan.
"Saya tak apa-apa. Hm, saya nak siapakan kerja ni. Nanti dia mengamuk lagi," kata Anis lalu membuka kembali failnya. Maira mengangguk lalu beredar. Dia mengeluh perlahan. Dia tahu dia yang salah kerana banyak melakukan kesalahan tapi itu kerana dia tidak suka bekerja dengan Aiman Daniel. Dia jadi teringat kisah lalunya yang perit. Dan sewaktu Aiman Daniel memarahinya tadi, ingatan ngeri tu datang lagi. Anis memegang kepalanya perlahan lalu memulakan kerja.
**************************************
"Anis, jom lunch," Fariq menghampiri mejanya. Anis tersentak. Dia memandang jam tangannya. Yalah, sudah waktu makan tengah hari. Macam mana dia boleh tak sedar? Mungkin dia terlalu leka dengan kerjanya.
"Err, saya dah janji dengan Maira," Anis beralasan. Dia tidak selesa makan berdua dengan Fariq. Lebih-lebih lagi Mak Timah kata Fariq menyukainya. Dia betul-betul berharap itu tidak benar.
"Ala, Anis. Saya dah bawa bekal la. Maaf ya. Mama saya yang bagi pagi tadi. Saya lupa nak beritahu awak. Sorry," kata Maira apabila muncul tiba-tiba di belakang Anis. Terkejut Anis dibuatnya.
"Apa?" Anis mengerutkan kening. Fariq tersenyum.
"Jom, Anis," Fariq mula beredar. Anis tiada pilihan dan menurut dalam paksaan.
*******************************************8
Fariq memandang Anis yang kelihatan gelisah di hadapannya. Tidak berkelip dia memandang gadis itu yang manis dengan blouse biru dan seluar slack hitam itu. Bertambah manis apabila Anis melepaskan rambut lurus panjangnya melepasi bahu. Wajahnya cantik tanpa diliputi mekap yang tebal. Hanya bedak yang nipis. Bibirnya juga merah semula jadi.
"Awak nak makan apa?" tanya Fariq. Anis kelihatan berfikir seketika.
"Awak yang pilihla. Saya makan aja," jawab Anis sambil menyelit rambutnya di cuping telinga. Semakin manis Fariq melihatnya.
"Kalau macam itu, kita makan tom yam sajalah," kata Fariq lalu memberitahu pelayan itu pesanannya.
"Anis, hari ini saya pergi rumah awak boleh? Saya janji dengan Danny nak main bola dengan dia," Fariq memulakan bicara. Anis tersentak. Dia kemudiannya tersenyum.
"La, patutlah dia asyik suruh saya ajak awak datang rumah hari ini. Rupanya nak main bola," Anis ketawa kecil apabila mengingati rengekan Daniel semalam. Bila dikata Uncle Fariqnya sibuk, muncung Daniel keluar sedepa. Fariq hanya tersenyum.
"Danny tu budak yang aktif. Dia tak penat pun main bola," kata Fariq. Anis mengangguk.
"Mujur ada awak tolong temankan dia. Saya tak reti," kata Anis. Serentak itu, pesanan meraka tiba.
"Saya gembira dengannya," kata Fariq perlahan. Dia memandang Anis yang sudah mulai makan.
Wanita manis di hadapannnya ini, kelihatan sedang menyimpan seribu rahsia. Sewaktu kali pertama dia berjumpa dengan Anis, dia tahu dia sudah jatuh cinta. Bila mengetahui yang wanita pujaanya sudah mempunyai anak, kasihnya langsung tidak luntur. Malah, dia turut menyayangi Daniel. Dia mahu berkahwin dengan Anis dan menjadi ayah kepada Daniel. Namun dia ragu, adakah Anis juga berperasaaan kepadanya? Adakah Anis menyintai papa Daniel? Dia tidak tahu sebab Anis betul-betul jarang bercakap tentang lelaki itu. Yang dia tahu, Anis mangsa rogol. Selebihnya, dia tidak tahu. Misteri sungguh.
*****************************************
"Sayang, mama di sini," Anis sedikit menjerit apabila melihat anaknya di taska. Daniel ketawa kecil lalu berlari menghampirinya.
"Mama," Daniel mencium pipi ibunya. Anis tersenyum. Tiba-tiba Fariq datang menghampiri.
"Hai, uncle," ucap Daniel sambil ketawa.
"Hai, Danny. Nak main bola, tak?" tanya Fariq. Daniel mengangguk pantas.
"Kan uncle dah janji. Mama ikut sekali, ya," pinta Daniel dengan wajah mengharap. Anis mengangguk. Dia paling lemah dengan wajah itu.
"Uncle, nak dukung," pinta Daniel. Fariq ketawa kecil lalu mendukung Daniel.
"Daniel kan dah besar. Nak dukung lagi?" usik Anis. Daniel tidak memperdulikan ibunya lalu membaringkan kepalanya ke bahu lelaki itu. Fariq menepuk-nepuk belakang Daniel sambil berjalan ke keretanya. Tersentuh Anis melihat betapa manjanya Daniel dengan Fariq. Kata-kata Mak Timah tentang betapa perlunya papa kepada Daniel terngiang kembali.
****************************************
"Mak Timah tak perlulah kerja lagi. Gaji saya pun dah cukup nak tampung kita bertiga. Walaupun tak banyak, tapi bolehla," kata Anis pada suatu hari. Mak Timah berhenti melipat baju apabila Anis berkata begitu.
"Tak payahla. Mak Timah boleh kerja lagi. Anis simpanlah gaji Anis. Manalah tahu kalau ada kecemasan, boleh Anis guna duit itu," kata Mak Timah. Anis yang sedang melipat baju juga berhenti melakukan kerjanya.
"Selama ini Mak Timah dah banyak tolong Anis. Biar sekarang Anis balas balik. Lagipun, Anis dah anggap Mak Timah macam emak Anis sendiri. Anis dah tiada siapa-siapa lagi di dunia ini. hanya Mak Timah dan Daniel sahaja saudara Anis," kata Anis sedikit sayu.
Dia teringat betapa susahnya Mak Timah sewaktu dia masih mengandung. Waktu itu, Mak Timah bekerja untuk menampung pembelajaan mereka berdua. Dia pula tidak dibenarkan Mak Timah untuk bekerja demi keselamatannya. Waktu itu, alahannya begitu teruk. Kadang-kadang dia langsung tidak berdaya untuk berdiri. Jadi dia hanya membuat sedikit kraf untuk dijual di kedai berhampiran. Kehidupan mereka waktu itu sangat susah. Masih melekat lagi dalam ingatannya betapa terseksanya dia untuk melahirkan Daniel. Hampir sahaja dia kehilangan nyawanya. Tapi syukurlah, dia dan Daniel terselamat. Selepas melahirkan, Anis belajar sambil bekerja. Begitu juga sewaktu di universiti. Mujurlah waktu itu sudah berlalu dan dia mahu membalas balik jasa Mak Timah padanya.
"Mak Timah pun anggap Anis macam anak Mak Timah sendiri. Mak Timah pun tak ada anak. Pasal kerja itu, nantilah. Mak Timah bosan di rumah. Danny ke taska. Mak Timah nak kerja. Nantilah Mak Timah berhenti," kata Mak Timah. Anis mengeluh. Apa yang boleh dia dikatakan lagi?
"Baiklah tapi kalau Mak Timah dah mula tak sihat, Mak Timah kena berhenti juga," ujar Anis. Mak Timah tersenyum.
"Anis, kalau Mak Timah tak ada nanti, jaga Danny baik-baik ya. Carilah orang yang baik untuk dijadikan papa Danny. Kalau boleh, biarlah suami Anis nanti ayah kandung Danny. Mak Timah sentiasa mengharapkan kebagian Anis anak beranak," nasihat Mak Timah. Anis tersentak.
"Apa Mak Timah cakap ni? Mak Timah akan selalu dengan kami," kata Anis. Dia tidak senang apabila Mak Tmah berbicara tentang kematian.
"Ajal maut di tangan Allah S.W.T. Kita tak tahu bila ajal menjemput kita. Mak Timah cuma mengingatkan," kata Mak Timah perlahan. Anis memeluk Mak Timah.
"Anis tak nak hilang Mak Timah. Anis sayang Mak Timah," Mak Timah tersenyum mendengar kata-kata itu.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
ada pun... lama tunggu...