Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Tingkap bilik aku buka seluasnya lalu udara pagi menerpa masuk. Selesai mandi dan memakai T-Shirt dengan seluar jeans yang sudah lama tidak kupakai, aku bergerak meninggalkan bilik lantas hala tuju yang pertama, dapur!!!
"Wah..harumnya bau bihun ni.. Macam sedap aje…" aku memuji lantas mencubit sedikit bihun dengan dua jariku. Ibu dengan panas memukul tanganku.
"Cube bersopan sikit! Shima tu, anak dara! Ada ke anak dara bangun pagi-pagi terus macam ni? Kot-kot la nak tolong ibu buat sarapan pagi, kan? Ni tak, asyik nak membuta aje.. Bile nak berubah perangai yang kuat tido tu, hah??" bising Puan Rafida. Aku hanya angkat bahu.
"Ibu, nanti Shima keluar dengan Ipul. Semalam Ipul janji nak bawak Shima keluar jalan-jalan kat bandar.."
"Ye la tu.. suke la kan, Ipul Shima dah balik tu…?"
"A’ah la, ibu! Shima tak sangka Ipul datang cari Shima balik setelah bertahun-tahun tinggalkan Shima dari kecik dulu.. Kalau bukan ibu yang mengecam Ipul tu, agaknye sampai bile-bile pun Shima tak tahu yang dia tu Ipul.. Yela, dulu masa Shima keje, Ipul selalu ganggu Shima tau, ibu! Selalu usik Shima.." aku membalas sambil tersenyum, teringat kembali kenangan lepas. Aku mula menyuapkan bihun goreng ke dalam mulut setelah mencedoknya dari mangkuk besar.
"Ibu tahu itu Ipul. Sebab tu ibu…, bagitahu kat Shima," ujar ibu lambat-lambat. Aku dapat mengesan perubahan riak di wajah ibu namun aku menyangkal dengan segala kemungkinan yang cuba hadir di hatiku. Ibu seperti menyembunyikan sesuatu.. Entah apa..
Tiba-tiba ada bunyi hon kereta di luar. Bingkas aku bangun lalu menghabiskan suapan yang terakhir. Sambil mengunyah bihun di dalam mulut, tanganku ligat membasuh pinggan dan cawan yang aku gunakan tadi.
"Shima pergi dulu, ibu!" aku meminta izin lalu menyalami tangan ibu.
"Jaga diri baik-baik ye, Shima..!" pesan ibu..
Beberapa langkah kaki ku dihayun meninggalkan ruang makan, aku bertembung dengan ayah lalu terlanggarnya.
"Shima, nak ke mana ni? Kelam kabut aje…?" tanya ayah.
"Keluar dengan Ipul sekejap! Nanti petang Shima balik ye, ayah.." beritahuku lalu turut menyalami tangan ayah. Berlari aku mendapatkan Ipul.
"Lama tunggu?"
"Tak lah, baru sampai ni.."
"Dah breakfast ker? Kalau belum kite breakfast kat rumah Tembam sekejap.." pelawa aku..
"Eh, takpela.. Kite makan kat luar…" jawab Syariful sedikit gugup. Entah kenapa dia rasa tak sedap hati lebih-lebih bila teringatkan hal semalam. Pandangan Encik Nazri yang sinis dan tajam itu..
Lalu kereta Syariful meluncur laju meninggalkan perkarangan rumah Shima.
*************
"Rafida, kenapa awak buat macam tu pada anak kita, Shima? Kalaulah dia tahu budak tu bukannya Ipul yang selama ini dia tunggu, macam mana perasaan dia nanti? Kenapa awak beria-ia mengatakan budak tu, Ipul??"
"Saya tak mahu Shima tu dikecewakan oleh Fendi tu lagi, bang! Awak tahu tak malu yang kita tanggung sejak hari tu..? Sampai sekarang saya masih mendengar cemuhan dari jiran tetangga kita ni. Naik berbirat telinga ni, bang! Sebelum ni, Shima banyak kali menolak pinangan yang sentiasa datang ke rumah ni. Bila kita setuju dengan pinangan si Fendi pulak, Fendi buat hal. Pertunangan yang patutnya dibuat, dibatalkan. Sedangkan segala persiapan dah kita buat. Bile tak jadi macam tu, jiran mula mengata. Abang memang tak rasa sebab abang kerja kat luar. Saya yang selalu datang bertandang ke rumah jiran-jiran yang dengar tempiasnya. Malu, bang..! Malu..!!" jelas Puan Rafida, murung wajahnya. Wajah Puan Rafida seakan meminta simpati dari suaminya. Encik Nazri menggelengkan kepala.
"Siapa suruh awak pergi rumah mereka? Ada abang suruh??" soal Encik Nazri pula. Puan Rafida terdiam. Mengerti akan kesalahan yang dibuatnya. Puan Rafida gemar berjalan ke rumah kawan-kawan dan jiran-jiran. Ketiadaan suami yang sering ke ladang dan anak tunggalnya pula yang berkerja di ibu kota menambahkan kesunyiannya.
"Awak, soal jodoh,ajal dan maut, itu kerja Tuhan! Kita tak dapat nak halang.. Mungkin tiada jodoh antara Shima dan Fendi. Awak pun tahu kenapa sebelum ni, Shima menolak pinangan yang selalu hadir tu kan? Shima masih menunggu Ipul nya.. Bersabarlah untuk sedikit waktu lagi. Ipul yang sebenar belum meluahkan isi hatinya kan?? Awak pun tahu tentang itu. Berikan mereka sedikit masa untuk kenal cinta yang patut hadir tu. Cinta tu sudah berputik. Cuma tuan empunya yang belum sedar. Awak faham kan??"
Puan Rafida mengerti kata-kata suaminya. Sedikit senyuman tercalit di bibir.
"Abang, saya mintak maaf! Nampaknya saya dah timbulkan masalah baru. Bila Shima balik nanti, saya akan terangkan pada dia ye…?" pinta Puan Rafida. Bihun goreng yang tersedia di dalam mangkuk besar diletakkan dalam pinggan di hadapan suaminya. Encik Nazri mula menjamah bihun goreng itu..
"Mmm.. sedap! Sama macam bihun goreng yang awak buat masa kita mula-mula kawin dulu.. Sebab tu abang sayanggg… kat awak..!!" balas Encik Nazri mesra lantas cuba mencubit manja pipi isterinya. Puan Rafida sempat mengelak lalu dia ketawa kerana cubitan itu tidak sempat singgah di pipi tuanya.
*************
"Ipuk, kite nak pergi mane ni??" aku bertanya apabila melihat pemanduan Syariful yang mula jauh meninggalkan bandar Kuantan. Sekelilingku kini adalah hutan dan bukit. Kereta yang membanjiri lebuhraya aku pandang saling potong-memotong barisan di sebelah kanan kami. Barangkali naluri kelakian Syariful tercabar lalu lelaki di sebelahku ini mula menekan pedal minyak dan kereta mulai laju.
Kereta yang aku naiki mula memotong barisan dan melewati satu persatu kereta yang memotong kami tadi. Honda City yang berubah make-up dari design asal yang aku naiki bersama Syariful makin laju memecut. Aku akui kereta Syariful ini sudah diubah seperti kereta racing dan mampu memecut laju seandainya kereta ini ada di litar Sepang..
Hatiku mula berdebar kencang seraya perasaan panik mula menerjah masuk ke mindaku. Ralit pula aku memerhati jarum had meter laju di depan stereng. 160 km/j..!!!
"Ipul, tolong perlahankan kelajuan kereta ni.. Tembam takut laa…!" aku bersuara. Aku sedar wajahku sudah pucat ketika ini. Tanganku erat menggenggam kusyen yang aku duduk itu. Syariful memandang ke arahku. Dia tersenyum nipis.
Nafas aku tarik kelegaan apabila jarum had laju mulai menurun dari angka yang menakutkan aku tadi. Dan kereta Syariful mula membelok dan mengambil line di sebelah kiri.
"Kite nak ke mana ni??" aku mengulang pertanyaan mula-mula tadi.. Syariful mendiamkan diri. Aku mula tak sedap hati. Beberapa minit kemudian aku merasa kehangatan tangan Syariful yang mula meramas-ramas tanganku. Segera aku menolak tangan Syariful.
"Tembam tak suke la…" aku dengar ketawa yang tercetus dari mulut Syariful.
"What?? Tembam..??"
Kelakar sangat kah nama itu…? Bukan kah kami kawan semasa kecil..? Mustahil Syariful lupa.. Ahh.. Mungkin peredaran masa juga meninggalkan segala kenangan dulu…
"Ye la.. Itu kan nama panggilan mase kecik dulu.. Takkan Ipul sudah lupe..?? Ibu pun ade bagitau cerita kite mase kecik kannn..?"
Aku pasti semalam ibu ade cerita pada aku, yang dia ade juga bercerita sedikit tentang kenangan kami kepada Syariful.
"Ape hubungan Shima dengan Fendi..?" pertanyaan Syariful menimbulkan kehairanan. Mmm… tiba-tiba saja Syariful bertanyakan tentang Fendi. Ada rasa kurang senang di hatiku.
"Kenapa Ipul nak tahu..? Seperti yang Ipul nampak sebelum ni, hubungan Shima dan Fendi sekadar antara staff dan bos.. Lagipun, kenapa Ipul nak tanya tentang hubungan kami..?"
"Now..??"
Aku memandang ke kiri. Wajah Syariful kini terpampang di layar mataku. Serius aku melihat wajah lelaki di sebelahku ini. Ada sedikit riak cemburu di mukanya, agaknyalah… Hehe.. macam lah aku ni pandai meramal kan..??
"Tem…mmm…. Shima belum berpunya lagi kan…?" pertanyaan yang terluncur dari mulut Syariful mengejutkanku. Aku paling wajahku ke cermin kereta di sebelah kiri. Hutan-hutan yang menghijau menggamit pandangan.
"Mungkin ya…mungkin.. tidakk!" jawabku ragu-ragu. Entah! Aku sendiri tidak tahu dengan perasaanku. Semalam baru aku sedar tentang sesuatu. Sesuatu yang selama ini aku cuba tepis biarpun ia datang berkali-kali. Seringkali aku menidakkan perkara itu namun ia seakan menghantuiku. Dan bayang-bayang dia seringkali muncul dalam mimpiku sejak kami tidak bersua lagi.
"Kita nak pergi mane ni?" aku masih mengulang soalan yang sama. Hatiku mula diburu kebimbangan. Manakan tidak, aku kini mengikuti seorang lelaki yang tak berapa aku kenal biarpun kami dulu pernah berkawan rapat.. Lelaki yang aku belum kenal hati budinya. Aku tahu aku sepatutnya meletakkan kepercayaan kepada lelaki di sebelahku namun hati kecilku seakan tidak mengizinkannya. Kenapa??
"Ipul nak kidnap Shima!" jawab Syariful, keras.
"Apaaa..??"
Sekilas wajah itu aku pandang sekali lagi. Ada nada marah di wajah itu. Apakah kata-kata aku tadi menyinggung perasaannya..? Aku perasaan Syariful mula menekan laju pedal minyak….
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
kenape pandek sangat...
cepat sambung....