Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
AKU menumpukan sepenuh perhatian terhadap bahan rujukan di depanku. Malas rasanya mengingati peristiwa tadi. Memalukan sahaja. Tapi, satu perkara pun tidak masuk dalam kepalaku yang berselirat dengan masalah yang baru sahaja wujud itu. Aku menekup muka. Rasa mahu menangis sahaja. Nasib baik aku mengambil ruang karel, dapatlah aku melindungi galau hati yang sedang menggigit-gigit naluri. Aku menarik nafas sedalam-dalamnya namun, perasaan benci dan bosan kembali merajai perasaan. Astaghfirullah… aku beristighfar sebanyak mungkin. Ini semua hasutan syaitan yang sememangnya suka melihat anak Adam bermusuh-musuhan dan saling membenci. Tetapi peristiwa tadi betul-betul melukakan hatiku. Aku jadi teringat tentang kisahku dengan dia dahulu. Bencinya hatiku! Akhirnya air mataku menitis juga. Akulah yang bernama perempuan dan seorang gadis. Hati yang mudah rapuh. Jiwa yang mudah goyah. Aku biarkan seketika air mataku berebut-rebut untuk mengalir di pipi sebelum aku mengambil keputusan untuk bingkas bangun menuju ke tandas. Tanpa aku sedari, rupa-rupanya seseorang menghalangi ruang keluarku. Aku berpaling ke belakang dan lihat dia sedang memandang tepat ke arahku. Hati aku kembali terusik. Bukan dengan perasaan syahdu atau terharu tetapi amarah tiba-tiba menerjah dinding hati. “Kau buat apa kat sini? Tak habis lagi nak memalukan aku?,” sambil mengacip gigi, aku bertanya geram. Dia memandangku tanpa menjawab sepatah pun. Aku menolak badannya sebelum berlalu pergi. Aku tidak seharusnya membenarkan dia melihat aku menangis begini. Rasa kerdil dan kalah sahaja. Selama ini, aku haramkan air mataku daripada dilihat olehnya meskipun sudah terlalu kerap aku menangis kerana perbuatannya. Hampir sepuluh minit, aku kembali ke tempat belajar. Dia sudah tiada disitu. Aku terus duduk dan kembali menyelak buku rujukan. Ada sesuatu di celah helaian. Aku menarik keluar sekeping kertas yang bertulisan tangan itu.
Aku tunggu di bawah. Please… jumpa aku. Aku minta maaf pasal tadi. ASM
Aku mencebik lalu menggumpal kertas kecil itu. Aku harap, dia masih ada disini dan melihat tindakanku ini. Lalu, tanpa melayan segala macam perkara yang berpusing-pusing dalam kepala, aku meneruskan ulangkaji.
* * * * * *
Empat tahun lalu…
Aku melirik jam di tangan. Lagi setengah jam kelas akan bermula. Sudah hampir setengah jam juga aku berdiri disini menanti bas untuk ke kompleks akademik. Sudah tiga buah bas sekadar melintas sahaja tanpa berhenti. Aku pun naik hairan. Hari ini ramai sungguh yang ada kelas. Dari jauh, aku lihat sebuah bas yang menjadi harapan. Harap-harap yang ini tidak begitu penuh. Tetapi kalau penuh sekalipun, aku harus berebut untuk naik. Waktu sudah semakin singkat. Maaf ya, hari ini aku tidak dapat menjadi pengguna yang berhemah. Sebaik bas berhenti, aku terus melompat masuk ke dalam. Entahlah apa tanggapan pelajar-pelajar yang melihat tingkahku. Nampak manis sahaja berbaju kurung tetapi, mak oii… aku menarik nafas lega bila bas mula bergerak. Walaupun keadaan di dalam bas macam sardin tapi aku tidak peduli. Tiba-tiba, bas berhenti dengan mengejut. Spontan aku memejamkan mata menahan belakangku daripada dihimpit kerana kalau tidak salah, di belakangku tadi ialah seorang pelajar lelaki. Kalau terlanggar, nasib akulah ternoda pagi ini. Tapi, meskipun hampir semua pelajar yang berdiri di dalam bas ini hampir tersungkur, belakangku sedikit pun tidak dihimpit. Aku kehairanan lantas dalam keadaan semua orang sedang kalut, aku berpaling. Aku menggetap geraham kemas tatkala terpandang seraut wajah yang cukup aku bosan. Aku tidak mahu menimbulkan sebarang cerita hangat di dalam bas ini lantas menjawab pandangan matanya yang nakal mengerdip-ngerdip kepadaku dengan jelingan tajam. Aku harap, dia mengerti. Dan sepanjang perjalananku, belakangku sentiasa dilindunginya setiap kali bas terhenjut-henjut apabila melalui bonggol. Biarlah, aku tidak meminta pun dia menjadi pelindungku. Dan aku harap dia tidak mengharapkan juga kelembutan hatiku untuk memaafkannya. Lagi dua perhentian untuk sampai ke fakultiku tetapi aku mengambil keputusan untuk turun di perhentian ini sahaja. Tidak tahan rasanya berlama-lama di dalam bas ini dan menjadi mangsa perlindungan dia. Lagipun, aku boleh mengambil jalan pintas untuk ke sana. Yang pasti, dia tidak mungkin akan turun disini kerana fakultinya masih empat perhentian di depan. Sambil mempercepatkan langkah, aku menyusuri jalan kecil yang dilitupi pohon-pohon yang merendang. Aku memandang jam di tangan. Lagi lima belas minit waktu kuliah. Aduh, lambat juga aku hari ni! Aku tidak suka sampai ke kelas dalam keadaan mengah dan menjadi tumpuan semua orang. Sampai sahaja di kelas, aku terus melabuhkan punggung di kerusi di barisan paling depan. Nasib baik Dr. Marina belum masuk, kalau tidak jenuhlah aku mendengar bebelannya. Aku menarik keluar buku setebal dua ratus lima puluh muka surat yang menjadi buku teks bagi subjek ini dan mula membelek muka surat yang sudah aku tandakan semalam. Hari ini, Dr. Marina akan membincangkan tajuk daripada bab empat. Aku membaca sekilas, sekadar menghangatkan kembali ingatan yang telah aku masukkan semalam. Tidak sampai sepuluh minit, kelibatnya kelihatan dan kelas pun bermula.
kenapa tak suke dia jadi pelindung yer?? confuse2x..
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
kenapa tak suke dia jadi pelindung yer?? confuse2x..