Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Dataran Iltizam penuh dengan para pelajar dan guru-guru yang berhimpun sempena perhimpunan pagi. Tazkirah yang sedang disampaikan oleh Ustaz Ilias didengar dengan penuh khusyuk. ' Qada' dan Qadar Allah ', itulah tajuk yang dipilihnya pada hari itu.
" Setiap pertemuan, perpisahan, jodoh, dan kematian sememangnya telah ditetapkan oleh Allah sejak azali lagi ," Airell sempat menangkap beberapa patah kata-kata yang disampaikan oleh ustaz itu dari jauh. Setahu dia, sudah lebih 30 minit dia berdiri di tepi pagar sekolah itu. Dia sendiri tidak sangka dia akan terlewat untuk ke sekolah pada pagi itu. Sekarang tak pasal-pasal kena denda. Inilah padahnya kalau layan TV sampai lewat malam. Dia tercari-cari bangku untuk duduk, tetapi setelah dia melihat kelibat Cikgu Zainal, guru disiplin yang berada tidak jauh dari situ, dia membatalkan niatnya itu. Bimbang kalau akan dijerkah lagi oleh guru tergarang di sekolah itu nanti.
Beberapa ketika kemudian, dia terdengar bunyi seperti enjin motor dari luar pagar sekolah. Lalu dia cuba mengintai-intai ke luar pagar itu. Kelihatan seorang pelajar perempuan berpakaian uniform sekolah dengan sebuah beg disandang di atas bahunya.
" Biar betul! Pukul 8.30 pagi baru datang?? Aku ingat aku ni paling lewat, tapi rupanya ada lagi yang lebih lewat dari aku rupanya ," bisik hati Airell.
" Hoi!!! ," kedengaran suara yang lantang menjerkah pelajar perempuan itu. Suara siapa lagi kalau bukan suara Cikgu Zainal. Oleh kerana terperanjat, pelajar yang sedang menuntun motornya untuk dibawa masuk ke kawasan sekolah tiba-tiba terlepas motor yang dipegangnya itu. Serentak dengan itu, motor itu terbalik dengan satu bunyi yang agak kuat. Melihat kejadian itu, Airell mula ketawa terbahak-bahak. Cikgu Zainal yang mendengar tawanya itu mula melontarkan pandangan yang tajam kepadanya. Menyedari itu, dia segera menghentikan tawanya itu.
Cinta kelihatan muram sekali. Apa tidaknya, motornya habis jahanam gara-gara kena jerkah oleh Cikgu Zainal itu tadi. Tambahan pula dia terpaksa berdiri di sebelah lelaki yang sejak dari tadi asyik tersengih-sengih seperti kerang busuk. Dah la muka, gaya, penampilan sebiji macam pesakit Tanjung Rambutan. Dia menjeling tajam kepada Airell. Walaubagaimanapun, Airell terus tersengih teringatkan tentang kejadian beberapa minit tadi.
" Woi, apa yang lucu sangat tu? Sampai kau tersengih sampai ke telinga tu? ," Cinta yang sudah tidak tahan dengan tingkah laku Airell itu mula bersuara.
" Suka hati aku la, mulut aku. Bukannya aku pinjam mulut kau ," balas Airell pula. " Motor kau macam mana? Tak ada sendi-sendi mana yang patah ke? ," sambung Airell lagi cuba menyindir Cinta diiringi dengan tawanya.
" Motor aku, lantak la nak patah sendi ke, putus urat ke. Yang kau sibuk tu apasal?," balas Cinta pula. ' Aku tengah bad mood ni, boleh pula dia ketawa 'desus hatinya. Airell masih tersengih sendirian kerana dapat menyakat gadis di sebelahnya itu. Menyakat orang, memang itulah hobinya.
Hampir satu jam telah berlalu, akhirnya perhimpunan pagi yang diadakan itu tadi telah berakhir. Dan sepanjang tempoh itulah Cinta dan Airell terpaksa berdiri di tepi pagar sekolah itu.
" Ha, kamu berdua! Mari sini!!," panggil Cikgu Zainal setelah semua pelajar bersurai. Kelihatan dia sedang memegang sesuatu di tangannya.Rotan!! Airell dan Cinta mula kelihatan cemas.
" Kau pergi dulu la ," kata Cinta sambil menolak sedikit Airell ke depan.
" Eh, apa kau ni? Aku ni lelaki gentleman, tahu? Aku selalu pegang prinsip ladies first. So, kau jalan dulu, aku ikut belakang ," kata Airell.
" Hoi, cepatlah!!! ," jerkah Cikgu Zainal. Dengan serta-merta Airell berjalan pantas menuju ke arah Cikgu Zainal. " Hah, ladies first konon ," kata Cinta dalam hati sambil tersenyum sendirian.
" Kamu, kenapa lewat? ," tanya Cikgu Zainal sambil memandang ke arah Cinta.
" Bangun lewat?? Nak sekolah ke tak nak ni? Hulurkan tangan! ," lalu Cinta menghuluran tangannya perlahan-lahan. Dia dapat lihat Airell yang berdiri di sebelahnya sedang menahan tawanya.
Pap! Pap!
Dua kali rotan telah diberikan kepada Cinta. Tangannya berasa sangat perit. Kemudian dia berjalan pergi meninggalkan Airell bersama Cikgu Zainal. Dari jauh, dia berhenti seketika untuk melihat apa yang akan dilakukan oleh Cikgu Zainal kepada Airell.
" Mana tie kamu? Lencana tak pakai! Hulurkan tangan kamu!," tinggi suara Cikgu Zainal. Cinta dapat dengar 4 kali rotan telah diberikan kepada Airell. Lebih banyak daripadanya, mungkin kerana kesalahan disiplin yang dilakukannya itu. Cinta ketawa sendirian, dari jauh kelihatan Airell sedang memandangnya dengan pandangan yang tajam. Lalu dia segera berlari pergi dan menuju ke kelasnya.
Saya mewakili Malindo Publications Sdn Bhd ingin menjemput saudara / saudari untuk menjadi penulis bagi syarikat Malindo Publications Sdn Bhd. MPSB telah mula menerbitkan buku secara serius pada tahun 2005. Kini MPSB telah menerbitkan lebih kurang 53 judul yang berkaitan akademik. Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui :
Malindo Publications Sdn Bhd No 88, Batu 5 Jalan Gombak 53000 Kuala Lumpur Tel : 03-4024 7159 Faks : 03-4024 8159 Emel : malindopublications@yahoo.com malindopublications@hotmail.com www.malindopublications.com
putri ada blog tak?? wa.. bestnya.. putri dpat tawaran terbit novel! kita pun nak try to be like putri lah, hihi..
Ain
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
not bad ......
boleh tahan,
cepat la sambung nak tau jugak ape yg terjadi seterusnya.