Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Masa pantas beredar, mahu atau tidak, mereka terpaksa akur dengan wasiat itu. detik yang berlalu terasa begitu menyeksakan pada Eka mahupun Danish. Hanya air mata yang mengalir bila kenangan lama sesekali menyapa. Kenangan yang amat pedih untuk dikenang kala bibir berbicara… memutuskan segala ikatan yang terjalin sejak sekian lama. Air mata duka mengalir melihat orang kesayangan berduka. Namun apa pilihan yang mereka ada… demi sikecil kata pemutus harus di buat, dan kini mereka disatukan dalam mahligai yang tak pernah diimpikan… mahligai yang dibina tanpa cinta dan kasih saying, yang ada hanya rasa tanggungjawab terhadap sikecil. Mereka akur kehidupan harus di teruskan walau apapun terjadi… hanya gelak tawa Sofea dan Haziq pengubat luka di hati mereka berdua…
"mama ucu tengah buat ape tu?" Tanya Sofea kala melihat Eka sedang menggubah bunga, si kecil Haziq, yang berusia lapan bulan itu dibiarkan bermain dengan permainannya. Eka ketawa mendengar panggilan Sofea padanya, sejak dia disatukan dengan Danish, mama meminta Sofea memanggilnya mama tapi sikecil itu enggan lalu lahirlah gelaran ‘mama ucu’ padanya.
"mama ucu tengah gubah bunga, kenapa? Fia nak tolong mama ucuke?" Tanya Eka, sesekali matanya singgah pada Haziq, memerhati anak kecil yang semakin membesar itu. Haziq ketawa riang bila diagah oleh kakaknya…
"tak naklah, Fia bosanla mama ucu, tak ada kawan. Jom la kita balik umah nenek mama ucu, Fia rindu nenek ngan atuk," ajak Sofea. Eka sekadar ketawa. Sedar sudah agak lama mereka tidak pulang ke rumah orang tuanya.
"esok barulah kita pergi ya Fia, mama ucu ada banyak kerja nak buat, lagipun papa tak ada. Esok mama ucu janji kita pergi rumah nenek dengan papa dan baby Haziq,"
"kita pergi ari ni la mama ucu, Fia dah rindu nenek ngan atuk. Bolehlaa… mama ucu, please," Sofea masih lagi merengek, memujuk Eka.
"kalau kita pergi sekarang sape yang nak bawa kereta? Sapa nak pegang baby Haziq? Kalau papa ada, papa boleh bawa kereta, mama ucu pegang baby Haziq. Kita pergi esok ya Fia? Mama ucu janji, esok pagi-pagi lagi kita pergi rumah nenek ok?" pujuk Eka. Akhirnya Sofea mengangguk, akur dengan pujukan mama ucunya.
Eka tersenyum, satu masalah sudah selesai dan kini bagaimana pula nak beritahu pada Danish. Lelaki itu, awal-awal pagi sudah keluar, entah kemana. Dia sendiri tidak pernah ambil tahu. Hanya Sofea dan Haziq yang ada antara mereka, hubungan mereka sangat dingin, masing-masing buat hal sendiri. Hanya di hadapan si kecil sahaja mereka berlagak mesra, tak ingin mengundang pertanyaan Sofea yang semakin keletah itu akan kedinginan mereka berdua. Malah dia juga sedar bukan sahaja Danish yang dingin padanya malah seluruh anggota keluarga lelaki itu kecuali papa mentuanya bersikap begitu padanya.
Malam sudah agak lewat ketika Danish pulang. Dia terus melangkah ke bilik tidurnya, matanya terpaku pada sekeping kertas yang di tampal pada pintu biliknya. Membaca apa yang tercoret di situ. Dia mengeluh, malasnya. Esok, dia terpaksa mengikut Eka pulang ke rumah keluarga Eka… perkara yang tidak disukainya. Terpaksa membatalkan temujanji dengan Kamal untuk berlibur bersama rakan-rakan yang lain. Sejak berkahwin dengan Eka, dia sering keluar bersama-sama Kamal, mengubat kesunyian dihati apabila Erin membawa diri… meninggalkannya tanpa kesan. Puas dia mencari Erin, namun tiada jejak yang ditinggalkan… dia kehilangan… kehilangan insan yang paling disayanginya… maafkanku sayang…
Pagi-pagi lagi sudah kedengaran jeritan Sofea. Anak kecil itu begitu riang. Usai mandi, dia pantas mengejutkan Danish yang masih lagi nyenyak tidur. Danish mengeluh apabila tidurnya diganggu. Terpaksa bangun, bersiap-siap. Sofea terus ke dapur dan bermain dengan baby Haziq sementara Eka menyediakan sarapan pagi untuk mereka. Sofea berceloteh riang, sesekali kedengaran suara Danish menjawab pertanyaan Sofea. Eka sekadar memerhati sambil melayani baby Haziq.
Suasana sepanjang perjalanan pulang kerumah orang tua Eka sunyi sepi. Hanya seketika tadi di awal perjalanan kedengaran celoteh Sofea dan kini anak kecil itu sudah tertidur di seat belakang. Haziq Amsyar dalam pelukannya juga sudah tertidur. Eka resah, tidak tahu apa yang harus dibualkan. Dia sedar, mereka berdua jarang berkomunikasi antara satu sama lain walaupun sudah berbulan mereka disatukan.
Ketika melewati gerai mak Jah dihadapan sekolah, Eka tergamam seketika. Dia melihat dari jauh wajah yang dirinduinya selama ini. Hanya seketika, cukuplah… dia memerhatikan bayangan tubuh itu hilang bila kereta yang dipandu Danish semakin menjauh. Arghh…rindunya aku pada dia. Maafkan Eka Rie… ada sendu yang berlagu, ada lara yang tercipta, hanya mampu dipendam jauh disudut hati.
Sofea begitu girang, anak kecil itu leka bermain dengan datuk dan neneknya. Eka sekadar memerhati, Danish sejak tiba tadi sudah menghilang ke dalam bilik. Tidur. Sesekali kelihatan mama ketawa melihat telatah Sofea dan baby Haziq. Hatinya tersentuh melihat saat itu… alangkah bahagianya jika kak Lia dan abang Razif masih ada bersama-sama mereka sekeluarga saat ini. Berkongsi kegembiraan melihat Sofea dan Haziq membesar, menjadi semakin keletah dan pintar.
Petang itu dia bercadang untuk melawat pusara kak Lia dan abang Razif bersama-sama dengan Sofea. Anak kecil itu hanya mengangguk bila diberitahu tentang pusara-pusara itu. sesekali bila ingatannya kembali kepada umi dan walidnya, anak kecil itu sering bertanya "mamacu napa umi dan walid tidur dalam tanah? Napa tak tinggal dengan kita? Fia rindukan umi dan walid… umi dan walid tak rindukan Fiake? Dah tak sayang Fiake? Sebab tu umi dan walid tidur dalam tanah." Dan lidah ini begitu kelu untuk menjawab pertanyaan-peertanyaan sikecil. Biarlah masa yang mendewasakan Sofea dan suatu hari dia pasti memahami mengapa umi dan walidnya meninggalkannya keseorangan… memahami erti sebuah kematian…erti sebuah kehilangan yang abadi… yang tiada gantinya lagi. Betapa Eka rindukan kak Lia…
Eka merenung wajah dihadapannya, pertemuan yang tak terduga. Kelu lidahnya untuk berbicara.Wajah itu masih seperti dahulu, pandangan matanya masih penuh dengan kasih sayang namun tubuh itu sudah agak susut. Eka serba salah, Sofea disebelah masih lagi enak menikmati abc. Eka macam tak percaya, desakan Sofea untuk menikmati abc akan menemukan dia dengan wajah yang dirinduinya dalam diam.
"Eka apa khabar? Rie tengok Eka dah kurus sedikit. Jaga badanke?" Tanya Rie sambil ketawa. Namun kedengaran canggung bunyi tawa itu. ada rasa nyilu disudut hati. Ohh.. hati tabahlah.
Eka masih lagi mendiamkan diri. Sedar tawa Rie itu begitu hambar, menutup duka disudut hati. Pedih. Itulah yang dirasainya sekarang. Masa tak mungkin akan kembali seperti dulu. Ada rasa sebak yang bertandang apatah lagi pertemuan ini di sebuah tempat yang menyimpan banyak nostalgia pada mereka berdua. Kenangan yang sungguh indah, warna-warna ceria zaman remaja… tika cinta mula berputik dan kini semuanya sudah berlalu. Mereka bukan lagi pasangan uda dan dara, gelaran yang diberi kepada mereka oleh rakan-rakan… pasangan ideal kata teman-teman bak belangkas. Siapa sangka takdir yang tersirat. Mereka hanya ditakdirkan untuk bertemu, jatuh cinta tetapi bukan untuk bersama.
"mamacu, Fia dah habis makan. Jomla kita balik," mereka tersentak. Suara Sofea menyedarkan mereka ke alam realiti.
"Fia dah nak balik? Tak nak temankan uncle makan ke?"Tanya Rie. Tak sanggup rasanya melepaskan wanita pujaannya pergi jauh. Sedar Eka dihadapannya itu bukan miliknya lagi tapi mengapa hati ini masih begitu degil, walau berkali-kali diberitahu gadis itu sudah menjadi milik orang namun hanya itu dambaan hatinya… tiada lagi yang lain. Hatinya sudah diserah pada gadis itu dan tak mungkin diambilnya kembali… hanya gadis itu layak memiliki cintanya. Biarlah apa kata masyarakat sekeliling, yang pasti dia akan terus menanti… seandainya ada jodoh antara mereka, dan itulah doanya siang malam. Sedar itu semua adalah salah tapi dirinya tak mampu. Semakin ingin dilupakan, semakin wajah itu melekat dihati.
"tak apalah Rie, Eka balik dulu. Nanti risau pulak orang kat rumah tu?" ujar Eka meminta diri. Rie sekadar mengangguk. Matanya memandang sayu langkah Eka bersama Sofea sehingga bayangan mereka menghilang
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan