Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Kau ni kenapa dari tadi aku tengok muka tu masam je?" Farid meletakkan mug milo panas di depan Shah. Sepupunya itu dari tadi asyik melayan perasaan.
"Adik kau mana?" soalan yang dijawab soalan. Farid tersenyum. dia tahu shah cuba mengubah topik mereka.
"Dia Dah lama tidur, penat agaknya..yang kau tu aku tanya bukan dia" Farid masih lagi tak berpuas hati.
Lama shah mendiamkan diri, dia sendiri tak tahu apa yang difikirkan. Soalan Farid itu seperti tiada jawapan. Shah bangun dari baringnya dia duduk menyandarkan kepalanya, satu keluhan lahir dari bibir itu.
"Haiiii... mengeluh nampak?"
"Bukan mengeluhlah aku hembus nafas tapi dengan cara yang kuat",
"Kalau dekat makhamah ayat kau tu boleh dikira memutar belitkan fakta" Farid mengangkat keningnya. Tak puas hati.
"Seorang peguam juga dilarang menunjukkan riak muka macam kau sekarang di makhamah sebab boleh mengancam diri orang yang disoal, kau boleh disaman"
"Jadi kau rasa diancam sekarang atau kau mengancam diri kau?", Farid tersenyum, Shah terperangkap.
"Shahrul Iskandar...aku kenal kau dari kecik lagi tau..kalau kau lebih banyak diam dari bercakap masa kau makan tu maknanya kau ada masalah", Farid mula serius. Shah tersenyum kambing, susah dia nak lari dari pandangan peguam muda itu. Dia kalah bukan pada seorang peguam tapi pada Insan yang selama ini disayang lebih dari darah dagingnya sendiri.
"Entahlah akupun tak tahu masalah aku", Shah tergelak perlahan. dia meraut wajahnya sekali lagi.
"lelaki macam kau ni kalau ada masalah mesti dua sebab je...duit dengan perempuan, kalau duit aku rasa mustahil harta pak long tu sampai kau 7 keturunan pun belum tentu habis..emmm atau sebab....."
"hahh..kau mula arr tu nak main terjah je" shah mula tak senang duduk. Soalan Farid semakin mengetuk rahsianya.
"ehhh mana pulak aku terjah aku bercakap berdasarkan bukti dan fakta kajian aku tau", shah mencebik, fakta dan kajian konon banyaklah fakta dia.. "aku terfikir Hafizlah..payahkan hidup yatim ni. aku rasa kau pun tahukan nasib baik kita ni dulu ada mak tupun hari-hari menangis...tapi Hafiz tu.." Farid terdiam dia. Faham perasaan Shah. Mungkin mereka masih lagi bertuah masa tu.
"setiap yang hidup akan mati..tu lumrah yang patut kita terima shah. Aku masih ingat pesan arwah abah kalau kita hilang orang yang kita sayang kita jangan meratapi kehilangannya tapi kita kena bersyukur sebab Allah lebih sayangkan mereka" Farid bersuara perlahan wajah kasih Arwah abahnya tebayang.
Shah memandang wajah sepupunya lama..Farid yang dia kenal memang seorang yang tabah. Di bahu sepupunya itulah dia selalu mengadu susah senangnya. Lama wajah itu ditenung.
"weiii kau apahal pandang aku macam tu"
"emmm abang Farid ni hensemlah...sekali pandang macam pelakon korea pun ada, hah..buat I tertarik you.." shah bersuara lembut, cuba menahan tawa melihat muka meluat Farid.
"kau jangan nak jadi spesis sotong ek kat rumah aku ni.. aku terajang kang sia-sia..nak?"
"alaaa abang Farid ni...ganaslah..tapi I suka" ketawa Shah pecah disitu. Dia menekan perutnya apabila melihat Farid sudah bangun meninggalkannya.
"kau ni kalau aku layan kang jadi lain..oklah aku nak tidur jangan fikirkan sangat perasaan kau tu, kalau dah suka luahkan jangan simpan dalam hati kang terlepaskan tangan orang lain kau juga yang putih mata" sempat Farid berpesan terdengar sisa tawa di akhir pesanannya itu.
Shah terdiam, lama dia berfikir air milo di hadapannya dihirup laju. Sejuk. Mungkn sduah lama dia atas meja tadi. Dia bangun dari sofa menuju ke biliknya. Kata-kata Farid tadi seakan berbekas di hatinya.
****
Seminggu Intan menjadi penunggu setia Wad 220 c. Seminit pun dia payah untuk meninggalkan Hafiz. Walaupun dia masih mampu melakonkan senyuman dikala anak kecil itu ketawa tapi dalam diam hatinya menangis. Sepanjang seminggu juga Shah, Lokman, Farid, aina dan Maya bergilir-gilir menemani Hafiz
"kak hanis kenapa datang lambat?"
"akak kan sekolah, hafiz janganlah nangis" Intan yang hanya menjadi pendengar melarikan matanya. Tak sanggup mendengar tangisan dua beradik itu. Dia yang meminta Lokman membawa Hanis sekali kerana beberapa kali Hafiz bertanyakan kakaknya itu. Hanis sedang sibuk dengan persediaan UPSR jadi Intan tidak mengalakkan dia ke hospital.
"Hafiz...kak hanis kan sekolah, lagipun akak nak Exam...hafiz sendiri yang cakap kan", Intan cuba memujuk Hafiz yang tersedu-sedu.
"hafiz takut tak dapat jumpa akak.." Intan terkedu kata-kata itu menyentap jantungnya. Seakan denyutan nadinya terhenti seketika.
"Hafiz jangan tinggalkan kak hanis nanti kak hanis nak main dengan siapa?.." hahhh..hanis masih kecil untuk mengerti tapi kata-katanya membuatkan mereka berpelukan. Intan turt bangun dari kerusinya dan memeluk dua beradik itu.
"hafiz kena cepat sembuh, hafiz kena jaga kak Hanis bila besar nanti" kata-kata itu hanya membuatkan Hafiz menggangguk perlahan.
"Assalamualaikum..", Lokman akhirnya masuk apabila lama menjadi pendengar. Dia cuba tersenyum walaupun hatinya juga tersentuh ketika itu. Intan mengelap sisa airmatanya dengan tangan.
"Hafiz tengok apa abang bawa.." Lokman menayangkan kereta permainan kawalan jauh yang agak besar.
"wahhhhhh....." itu saja yang lahir dari mulut Hafiz dia tersenyum lebar sambil menepuk tangannya. Lokman tahu permainan ini sudah lama diidamkan Hafiz dia juga sudah lama berjanji untuk membelinya.
Kedengaran ketawa kuat Hafiz dan Hanis apabila keretan itu hilang kawalan. Intan dan Lokman duduk di bangku rehat yang tidak jauh dari mereka. Doktor membenarkan Hafiz dibawa keluar ke taman kerana sepanjang di hospital dia tak pernah berganjak dari biliknya.
"untuk senyuman yang terlakar di wajah Hafiz..." Lokman kembali faham. Dia tersenyum. rupanya itu yang dimaksudkan Intan.
" Itu dah tanggungjawab saya, Yayasan tu amanah yang saya pegang jadi anak-anak Yayasan adalah Amanat yang perlu saya jaga sebaik mungkin, tapi Hafiz mungkin satu kesilapan saya sebab saya gagal bertindak awal"
"awak tak salah Man...saya yang selalu bersama diapun tak tahu dia sakit..kalau itu dah suratanNya yang tertulis kita kena terima.
"saya kagum dengan kasih sayang awak pada anak-anak yayasan..budak-budak yang lain pun sibuk tanyakan awak mereka nak ikut saya jumpa Hafiz tapi awak pun tahukan..." Intan tersenyum dia faham doktor sudah melarang supaya jangan terlalu ramai yang dibawa masuk ke bilik kerana antibodi Hafiz semakin lemah. Dia kan mudah dijangkiti penyakit lain.
"tak apalah awak minta saja mereka mendoakan Hafiz...." itu saja yang mampu dilahirkan. Dia sendiri lemah untuk berdepan dengan Hafiz. Tapi sengaja digagahkan diri yang lemah kerana dia perlu kuat demi Hafiz.
"Macamana keadaan dia doktor?" Dr. Mashitah hanya diam, wajah keruhnya menjawab segalanya.
"emmm...Intan saya dah cuba sedaya upaya..kita berdoa kepadaNya semoga Hafiz masih diberi sedikit masa untuk orang yang dia sayang.
Intan masih lagi memegang tangan Maya seerat mungkin seakan cuba menumpang sedikit kekuatan. Baru pagi tadi Hafiz tersenyum mesra dengannya. Kini dia sedang berdepan dengan kesakitan yang amat sangat. Tangisan yang kuat tadi membuatkan Intan merasa takut. Sekuat mungkin dia menjerit memanggil Doktor. Kebetulan Maya baru saja sampai.
"Maya aku dah tak kuatlah..", Intan bersuara perlahan. hanya mereka bertiga di bilik itu. Dr. Mashitah hanya mendiamkan diri. Maya menepuk perlahan tangan sahabatnya. Tangan itu masih kuat mengenggam tangannya.
"Intan segala yang terjadi telah Tertulis...kita kena terima, aku kenal kau dah lama.. aku tahu kau kuat..Ingat kita ada Allah, dia segala-galanya", kata-kata Maya membuatkan Intan memeluknya perlahan. Intan melepaskan segala rasa yang dipendam selama ini. Tangisannya berlagu sedih membuatkan airmata Maya mengalir bersama.
Mereka berjalan perlahan menuju ke bilik Hafiz. Maya masih memegang tangan sahabatnya. Dia tahu apa bermain di fikiran Intan sekaran. Langkah mereka terhenti apabila melihat Hanis yang duduk seorang diri di bangku koridor Hospital. Intan dan Maya saling berpandangan. Intan meminta Maya masuk dahulu ke bilik Hafiz dia perlu bersama Hanis ketika ini. Maya menepuk perlahan bahu Intan seakan memberi kekuatan, Intan menggangguk cuba melakarkan senyuman. Perlahan Intan ke arah Hanis.
"hanis kenapa duduk dekat sini? Tak temankan adik?"
"akak tipu...." Hanis berkata kuat.
"kenapa cakap macam tu sayang?" Intan terasa dipukul dengan kata-kata itu.
"akak tipu akak kata Hafiz akan sihat macam dulu akak tipu...akak tipu!! Hanis benci akak".Hanis berjalan laju meninggalkan Intan..puas Intan memanggilnya.
"Hanis!!..." panggil Intan. Semakin dipanggil semakin laju Hanis meninggalkannya.
Hanis lari apabila Intan semakin hampir, dia hampir terlanggar seseorang. Intan terjatuh. Dia gagal mengawal langkahnya. Aduhh!!..
"Ya Allah Intan..." Suara itu dari belakangnya. Intan berpaling.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
fuyoo.best nye.tapi kenapa sedih sangat...
cepat-cepat sambung ek