Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Elina, kenapa tak makan tu?" kata-kata Amni mengejutkan lamunan Elina. Dia segera mengangkat wajah sambil tersenyum hambar.
"Saya tak ada selera," kata Elina perlahan. Amni, Zila dan Mira memandang Elina simpati. Dia kantin pun, Elina masih lagi menjdi perhatian. Malah, suara-suara sumbang juga kedengaran. Semakin bersimpati mereka pada Elina.
"Kalau macam tu, minumlah sikit. Sakit perut awak nanti," pujuk Zila. Elina mengangguk perlahan. Dia meneguk sedikit milo ais di gelas dihadapannya sebelum mengangkat wajah.
"Jangan perdulikan mereka semua tu. Lepas ni, pasti mereka tak ingat lagi. Kan X-Music jarang ada gosip. Mungkin sebab itu mereka kecoh sangat," kata Zila tegas. Elina menopang dagunya dengan sebelah tangannya. Di mana-mana sahaja gambar itu ditampal. Puas dia menanggalkannya tapi ada orang yang melekatkannnya balik. Malah, di papan notis kantin pun, gambar-gambar itu dilekatkan. Elina sudah tidak larat untuk menanggalkannya.
"Saya tak risaukan pasal saya sangat. Kesian Wu. Tak pasal-pasal dia ada gosip dengan saya. Tentu jatuh imej dia. Saya ni manalah sesuai dengan dia," kata Elina perlahan. Tiba-tiba Amni menepuk kuat meja. Elina, Zila dam Mira terkejut.
"Kenapa awak nak kesiankan dia? Bukan dia yang menjadi mangsa tapi awak. Dia senang-senang je hilangkan diri. Awak, kena berhadapan dengan semua ni. Dahlah, dia tak bagi awak ceritakan perkara sebenar. Tak adil betul. Lagi satu, kenapa rendah diri sangat? Awak bukannnya hodoh, gemuk dan bodoh. Awak cantik, muka awak macam satu spesies dengan dia. Okaylah tu!" kata Amni tegas tetapi masih perlahan. Elina mengangkat wajah.
"Awak, saya dengan dia berbezalah," kata Elina. Amni mendengus kasar.
"Berbeza apa? Ayah awak orang jepun, kan?" tempelak Zila pula. Elina tersenyum kecil.
"Kami berbeza taraf dan banyak lagi. Hm, saya pun tak faham mereka semua itu. Misteri dan rumit sangat," ujar Elina. Kali ini giliran Zila pula mengelatkan wajahnya.
"Biar saya hantar pinggan dan gelas ni dulu ya," ujar Elina perlahan sambil berdiri. Kedua-dua tangannya memegang gelas dan pinggan yang masih penuh. Mira, Amni dan Zila hanya menggeleng perlahan. Tiba-tiba ada bunyi kaca pecah.
"Elina!" Amni, Zila dan Mira segera menuju ke arah Elina yang sudah terduduk di lantai sambil dikelilingi para pelajar.
"Awak tak apa-apa?" tanya Amni apabila melihat Elina sedang menahan sakit. Elina menggeleng perlahan. Amni dan Zila membantu Elina berdiri dan mendudukkan Elina ke sebuah kerusi yang berdekatan.
"Elina, baju awak," Mira menunjukan bahagian baju sekolah Elina yang sudah dikotori air milo dan makanan dari pinggan yang dibawa Elina.
"Alamak, macam mana ni?" Elina bertanya cemas. Apa yang perlu dia buat sekarang? Takkan dia harus belajar di sekoah ini dengan baju sekolahnya yang sudah kotor? Mata Elina mulai terasa panas. Dia mengetap bibir perlahan.
"Kenapa ni? Kenapa tolak Elina?" tanya Amni lantang. Elina segera mengangkat wajah. Amni dan Zila kelihatan sedang berhadapan dengan para pelajar perempuan tingkatan lima.
"Kami tak tolak. Dia yang jatuh sendiri," kata salah seorang daripada sekumpulan wanita itu. Elina mengetap bibir sekali lagi. Pelajar perempuan itulah yang menjelingnya tajam pagi tadi.
"Kami nampak. Hampir kesemua orang di sini nampak. Awak semua memang sengaja tolak Elina," kata Zila pula. Keadaan di kantin menjadi senyap-sunyi memerhatikan pertengkaran itu.
"Hei, hormatlah sikit senior. Jangan nak tengking-tengking!" ujar pelajar perempuan lain di dalam kumpulan tu. Amni dan Zila mencebik.
"Jadi, sebab kamu semua senior, bolehlah buli junior sesuka hati? Kami tak takut pun dengan awak semua!" kata Zila lagi. Elina menarik tangan Zila dan Amni merapatinya.
"Jangan gaduh. Semua orang tengok ni. Malulah," bisik Elina perlahan. Amni dan Zila mendengus perlahan.
"Betul kata Elina. Lagipun, mereka tentu akan lebih teruk kenakan Elina nanti. Sudah-sudahlah tu," nasihat Mira pula. Tiba-tiba, Elina merasakan tangannya ditarik.
"Abang," kata Elina perlahan apabila melihat Adam yang menarik tangannya merapatinya.
"Perlahan sikit. Ramai orang ni," kata Adam. Adam kemudian meletakkan jaketnya di bahu Elina. Besarnya!
"Ni kan jaket A..Adam," Elina segera menukar panggilan untuk abangnya. Bahaya kalau orang lain tahu! Adam tersenyum. Zila, Mira, Amni dan semua orang di kantin itu terkejut dengan perlakuan Adam terhadapnya. Malah jelingan tajam kepadanya tampak lebih menakutkan. Elina menepuk bahi. Habislah! Sekarang ni dia pasti dimusuhi oleh peminat Adam pula!
"Takkan Lina nak pakai baju kotor tu sepanjang hari," kata Adam. Elina menggeleng.
"Nanti latihan…"
"Ada jaket lain. Lina pakai yang ini dulu, ya," kata Adam lembut. Elina akhirnya mengangguk lambat-lambat.
"Kenapa ni?" suara itu macam pernah didengar Elina. Segera dia berpaling. Suara itu suara….Wu!
"Wu-senpai," kata Elina perlahan dengan riak terkejut. Wu dan keempat-empat ahli kumpulan X-Music yang lain sedang berada di kantin? Biar betul! Setahunya, mereka tidak pernah muncul di sini. Bukan Elina sahaja yang terkejut. Malah hm… boleh dikatakan semua di kantin sekarang sedang terlopong melihat X-Music yang selamba je berdiri di tengah-tengah orang ramai ni.
"Gambar itu…" Wu memandang ke arah papan notis kantin sebelum memandang Elina kembali. Wajahnya menunjukkan yang dia sudah faham situasi apa yang berlaku sekarang. Elina segera menundukkan wajahnya. Entah apa reaksi Wu dan yang lain nanti.
"Gomen nasai" ucap Elina dalam bahasa jepun. Sengaja dia berbuat begitu agar mereka semua tidak faham apa yang diucapkannya. Namun dia tahu, Adam faham apa yang diperkatakannya.
"Anata no si janai(Itu bukan salah awak)" kata Wu. Elina berdiri sambil dibantu Adam. Elina memandang Adam perlahan. Kelihatan Adam sedang memandang tajam ke arah kumpulan X-Music. Elina dapat membaca apa yang di dalam fikiran Adam sekarang.
"Onegai(Please)…" pinta Elina perlahan. Adam memandangnya tajam.
"Nani?(Apa?)" tanya Adam kembali. Wajahnya masih kelihatan tegang. Dia tahu, Adam sangat tidak menggemari X-Music kerana kekecohan itu. Lagilah marah Adam kerana dia tahu, perkara sebenar tidak boleh dibongkar.
"Huh!" Elina berpaling ke arah lain. Sebolehnya, dia tidak mahu Adam memusuhi mereka kerananya.
"Maaf, ini semua salah faham," ujar Ryosuke. Pandangan semua orang ke situ beralih ke arahnya
"Elina, dia pembantu kami!" sambung Wu. Elina terlopong. Para pelajar kelihatan terkejut. Kenapa bongkarkan?
"Maaf, pada mulanya kami ingin rahsiakan tapi perkara ini sudah tidak terkawal," kata Wu lagi. Elina segera merapati mereka berlima. Mereka berempat memandangnya tepat dan sudah semestinya, Lee masih dingin sambil bersandar ke dinding tanpa memandangnya.
"Iie!(Tidak)" kata Elina sambil memandang Wu tepat. Wu tersenyum kecil.
"Naze ikai no?(Kenapa tidak)" tanya Wu kembali.
"Demo..(Tapi).." Elina mengeluh perlahan. Keadaan mungkin menjadi lebih teruk setelah rahsia didedahkan.
"Shinpai shinaide(Jangan risau)" kata Wu perlahan. Elina terdiam. Keadaan senyap-sunyi. Kawan-kawan Elina dan para pelajar tercegang-cegang kerana tidak faham apa yang diperkatakan mereka. Wu memandang Adam yang memandangnya tajam.
"Gomen nasai(Maaf). Daijoubu dayo(Semuanya akan baik aja)" kata Wu pada Adam. Semakin tajam pandangan Adam. Elina memandang risau.
"Sou nara ii desu ne(Saya harap begitulah)" kata Adam dengan nada dingin. Pandangan tajam itu masih lagi tidak dialihkan. Para pelajar semakin kehairanan melihat perlawanan mata itu. Ada juga yang kelihatan berang kerana tidak dapat memahani percakapan mereka. Elina perasan yang Daniel sedang memandang tepat kotoran di bajunya.
"Jaro-jero mina deyo!(Jangan pandang saya)" kata Elina sambil menutup kotoran itu dengan jaket Adam. Daniel tersenyum kecil.
"Kawaioso(Kesian kau)" kata Daniel perlahan sambil tersenyum. Elina mengetap bibir geram.
"Wakatteru(Saya tahu)" jawab Elina sambil menahan geram. Daniel ketawa kecil.
"Dewa nata otode(Jumpa kau nanti)" kata Daniel perlahan sebelum beredar bersama-sama ahli kumpulan X-Music yang lain. Mata semua pelajar di kantin mengekori langkah mereka semua. Sejerus itu, keadaan menjadi riuh. Elina menjadi tumpuan semula selepas kepergian kelima-lima ahli X-Music. Namun kelihatan para pelajar lebih teruja dengan kehadiaran mereka berlima tadi. Masing-masing tersenyum lebar. Amni dan Zila merapatinya.
"Bahasa apa awak cakap? Saya tak faham langsung!" kata Amni sambil tersenyum lebar. Elina pelik.
"Cool betul mereka tu! Awak tengok tak tadi? Lee letak sebelah tangannya ke dalam poket seluar! Oh, saya hampir pengsan!" kata Zila pula sambil membuat gaya pengsan. Elina menggeleng perlahan. Terlupa pulak, dua orang kawannya ini ahli kipas susah mati X-Music! Elina merapati Adam di hujung meja.
"Nande sonna-koto iu-noyo?(Kenapa cakap begitu?)" tanya Elina sambil memandang tepat wajah Adam. Adam berpaling ke arah lain.
"Shiranai(Entah)" jawab Adam acuh tidak acuh.
"Onii-chan!(Abang)," ujar Elina lembut. Adam mengeluh perlahan.
"Sayonara(Selamat tinggal)" ujar Adam lalu beredar. Adam masih lagi marah dengan apa yang telah terjadi tetapi Elina tahu, Adam hanya mengambil berat tentangnya. Elina tersenyum kecil.
maaaaaaaffff! sy pun x tau knape jd camni. salah sy agaknya. : (
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
sm dgn episod sblm nye.