Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"SAYANG, how about dinner together tonight?" suara lunak seorang gadis kedengaran mengetuk gegendang telinganya. Dia memandang wajah gadis yang langsung tidak dikenali di hadapannya itu dengan perasaan meluat. Gadis itu kelihatan seksi dengan pakaian t-shirt sendat berlengan pendek warna merah dengan seluar jeans hitam. Tanpa segan silu gadis itu terus duduk disebelahnya. Dia hanya buat tidak tahu dengan keletah gadis itu yang dianggapnya sebagai mengada-ngada. Memang ramai gadis yang cuba menggoda dirinya, tetapi dia tidak pernah melayan. Faris mencebik bibir apabila gadis itu masih tidak berganjak dari sebelahnya. Hatinya jadi panas. Bukan gadis itu tidak cantik, tetapi hanya dia yang tidak berkenan. Malah, ramai lagi gadis yang cuba mendekatinya telah ditolak mentah-mentah. Silap-silap haribulan, sekiranya gadis-gadis itu tidak faham bahasa dia akan menghamburkan apa sahaja kata-kata makian terhadap mereka. Faris memang terkenal dikalangan gadis-gadis di UNITEN. Rupanya yang kacak, berkulit putih bersih serta tinggi lampai. Tambahan pula, Faris merupakan anak tunggal Dato' Syed Faizal iaitu seorang ahli perniagaan yang cukup terkenal di tanahair. Siapa yang tidak kenal dengan Faris dan bapanya. Oleh kerana itu juga, Faris menjadi seorang yang angkuh, mementingkan diri sendiri serta ego. "If you'll excuse me.." Faris sudah jelik dengan perangai gadis tadi yang terlalu mengada-ngada. Dia mahu bingkas bangun meninggalkan tempat duduknya di kerusi di tepi tasik UNITEN itu. Sebaik sahaja Faris ingin bangun, gadis itu sudah menarik lengan Faris supaya duduk semula. Darah Faris tersirap tatkala itu. ‘Berani betul minah ni!' gumam Faris dalam hatinya yang kian membara. "You janganlah macam ni..I belanja you dinner, ok?" kali ini tangan gadis itu sudah menjalar ke wajah Faris. Dia mengusap-usap lembut pipi lelaki itu. Niatnya sememangnya ingin menggoda! "Hoi! Kau ni tak reti bahasa ke? Kau tak faham ke yang aku meluat tengok perangai mengada-ngada kau ni?! Setakat nak makan dinner tu kau ingat aku ni tak ada duit nak bayar ke?" jerkah Faris dengan wajah yang sudah kemerah-merahan. Sememangnya perangai panas baran Faris sudah menjelma. Gadis itu kelihatan terkejut dengan reaksi spontan Faris itu. Disangkanya Faris akan cair dengan godaannya kerana telah ramai lelaki yang sudah berjaya digodanya sebelum ini. Ada juga yang lebih kacak dari Faris pun dia berjaya cairkan, tetapi hanya satu yang mereka tidak punyai iaitu harta kekayaan serta kemewahan seperti yang dimiliki Faris! Kenapa dengan Faris begini jadinya? Mata Syazrina bulat memandang ke wajah bengis Faris. "Kenapa you bercakap macam you tu baik sangat?" Syazrina membalas sinis. Dia sudah ketawa sinis sambil matanya terarah ke tengah-tengah tasik UNITEN itu. "Aku tak cakap pun yang aku ni baik? Sudahlah, malas aku nak melayan perempuan murah macam kau ni!" Faris ingin terus berlalu. Dia bangun lalu mengatur langkah mahu menuju ke keretanya di tepi jalan berhampiran kawasan tasik itu. Syazrina yang terkedu sebentar dengan ayat Faris terus bangun mengejar lelaki itu. Wajahnya merah menahan amarah. Kini tubuhnya sudah berhadapan dengan Faris. "Kau ingat kau tu baik sangat ke, Ris? Setakat jantan macam kau, aku boleh dapat 10 orang dengan sekali petik jari aje!" Syazrina membuat isyarat seperti memetik jari di hadapan Faris. Faris seperti tergelak kecil. Sinis. "Memanglah 10 orang..sebab kau tu perempuan murah! Perempuan murah memang senang-senang aje lelaki nak buat main!" kata-kata bisa Faris terus menusuk-nusuk ke jantung hati Syazrina. Nafas gadis itu sudah tertahan-tahan. Dia betul-betul sakit hati dengan setiap butir bicara Faris. Dia sudah kematian kata-kata di hadapan lelaki itu yang sedang tergelak-gelak kecil dihadapannya. Dia sungguh benci melihat wajah Faris ketika itu. Rupanya betullah seperti yang selalu didengarinya tentang keangkuhan Faris. Dia hanya mahu mencuba nasib, mana tahu begini jadinya. Sememangnya Faris lelaki yang sangat egois! "Sudahlah, aku malas nak melayan kau..apa nama kau pun aku taktau..tapi yang aku pelik, kau tau nama aku! Pelik..pelik.." ketawa Faris lagi lalu mengatur langkahnya semula ke keretanya. Syazrina hanya mampu melihat kelibat Faris yang sedang memasuki perut kereta dengan kemarahan yang terasa berpinar-pinar dihatinya ketika itu. ‘Aku akan balas dendam, Ris!' bentak hati Syazrina geram. Mulutnya berkumat-kamit menyumpah seranah Faris dengan suara perlahan. Penumbuknya dikepal-kepal kemas tanda dia sedang marah. Memangnya dia terlalu marah!
FARIS menghenyakkan punggungnya ke sofa di ruang tamu rumahnya. Dia mendengus kuat. Sungguh dia bosan dengan kerenah gadis-gadis yang cuba menggodanya. Dia benci melihat perempuan-perempuan murahan seperti itu. ‘Tidak tahu menjaga diri! Tidak mempunyai harga diri! Mata duitan!' bentak hati Faris sendirian. Namun sebenarnya jauh disudut hati Faris, dia berbangga kerana dia menjadi kegilaan ramai gadis. Dia bangga kerana ramai gadis yang sanggup menjadi hambanya walaupun dia tidak pernah meminta untuk menjadikan mereka hamba. Ada yang sanggup menghantar makanan setiap kali dia tamat kelas tengah hari. Ada juga yang sanggup menggilap kasutnya setiap hari apabila dia masuk ke dalam lab. Kasutnya ditanggalkan diluar lab kerana pelajar tidak dibenarkan memakai kasut apabila masuk ke dalam lab. Bila saja dia keluar dari lab, dia perasan kedudukan kasutnya berubah malah berkilat benar berbanding sebelumnya. Fahamlah dia bahawa ada seseorang yang telah menggilapkan kasutnya. Dalam hatinya, semakin hari keangkuhan semakin bermaharajalela. ‘Aku memang handsome pun..bukan salah aku dia orang tergilakan aku sampai macam tu!' desis hati Faris penuh kebanggaan. Dia tersenyum seorang diri di ruang tamu itu. Puas hatinya mengenangkan gadis yang baru sahaja dimaki hamun sebentar tadi di tasik UNITEN. "Hai..kenapa dengan anak mummy sorang ni? Tersenyum sorang-sorang pulak dia!" suara Datin Sharifah Rosmah, ibu Faris memecah kesunyian di ruang tamu itu, lantas mengembalikan Faris ke dunia nyata. Tumpuan Faris tertumpah pada sekujur tubuh ibunya yang sudahpun melabuhkan punggung disebelahnya. Dia sekadar tersenyum membalas senyuman ibunya yang meleret. Faris pelik kenapa ibunya tersenyum meleret begitu. "Ingatkan bakal menantu mummy, ya?" usik Datin Sharifah Rosmah. Bibirnya mengukir senyuman yang tidak sudah. ‘Ah, sudah! Nak cakap pasal kahwin lagi la tu!' gerutu Faris di dalam hati. "Mana ada, mummy! Saja aje nak menyakat Ris, ya?" Faris bersuara agak keras, namun senyuman ibunya tetap dibalas penuh kasih. "Iyalah tu..habis, bilalah kau ni nak kahwin? Mummy nak jugak merasa jadi nenek sebelum mummy ni pejam mata, Ris!" Datin Sharifah Rosmah menepuk bahu anak lelaki tunggalnya itu dengan lembut. Dia mengharapkan Faris memahami perasaan dirinya ketika itu. Dilihatnya Faris seperti tiada reaksi. "Iye, mummy. Ris tau mummy terlalu nakkan Ris kahwin..tapi Ris masih belajar la mummy..tak habis-habis, benda ni jugak mummy nak borak dengan Ris.." Faris cuba memujuk hati ibunya. Pada hakikatnya, dia sendiri tidak bersedia kerana tidak pernah terfikir mahu mengadakan hubungan dengan perempuan-perempuan murahan yang selalu sahaja menggodanya setiap hari. Ada juga yang tidak pernah berputus asa walaupun sudah berkali-kali dimaki hamun oleh Faris. "Hisy! Kau dah tahun akhir, nak! Apa lagi yang kau tunggu? Mummy ni dah tak lama hidup di dunia ni…" sayu suara ibunya dapat didengari dengan jelas oleh Faris. Faris sudah tidak senang duduk mendengar kata-kata ibunya seperti itu. "Ala, mummy ni cepat betul sensitif..nanti Faris kahwin la..mummy kena sabar aje! Dalam masa 10 tahun lagi kot!" Faris cuba bergurau dengan ibunya dengan harapan wajah tua itu akan berubah ceria. "Hisy, budak ni! Orang betul-betul dia boleh main-main pulak!" gerutu Datin Sharifah Rosmah sambil mencubit lembut lengan anaknya. Faris terjerit kecil lalu tertawa. Datin Sharifah Rosmah juga sudah ketawa sama kerana tidak tahan menahan geli hatinya melihat mimik muka kesakitan yang sengaja dibuat-buat oleh Faris. "Mummy, Ris sayangkan mummy sangat-sangat tau!" Faris memeluk bahu ibunya erat. Memang dia sangat kasih pada ibunya yang seorang itu melebihi kasihnya terhadap bapanya. Sejak kecil, ibunya sahaja yang terlalu mengambil berat akan dirinya manakala bapanya pula hanya sekali-sekala berada dirumah. Selebihnya masa Dato' Syed Faizal banyak dihabiskan di pejabat. Faris sudah tidak kisah dengan kesibukan bapanya kerana dia sudah biasa. Pernah juga ketika dia masih kecil, dia merengek kepada ibunya bertanyakan bapanya yang selalu tiada dirumah. Ibunya hanya mampu memujuknya dengan pelbagai cara sehinggalah dia meningkat dewasa. Sekarang, dia sudah tidak kisah lagi. Biarlah bapanya terusan begitu walaupun jauh disudut hatinya, dia amat mendambakan kasih sayang seorang bapa.
lagi2 watak Dato'.erm ni pendapat sy je ex.next time gunalah watak biasa jer coz tiap2 citer de watak Dato' jer.cam dh bley agak jlan citernyer.maaf ye pendapat jer.tapi citer best.semoga berjaya..
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
best cerita ni.memang bagus faris tu tak pilih perempuan murah.walaupun dia kaya tapi dia bukan seorang yang berfoya-foya.
good job