Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Macam mana awak buat kerja ni? Semalam kan keadaan mama saya dah ok! Kenapa hari ni dia tak sedarkan diri semula?!" herdik Syed Zafril Hamzi kepada seorang doktor perempuan yang masih muda. "Doktor ni tau buat kerja ke tak!" sambungnya lagi membuatkan doktor itu terdiam seketika. "Encik, sabar dulu…," belum sempat doktor itu menyambung kata-katanya Zafril sudah memotong. "Apa sabar,sabar?? Ni berkaitan dengan nyawa mama saya!" dengus Syed Zafril Hamzi. "Dengar dulu apa yang saya nak jelaskan ini. Memang semalam keadaan Pn Noraida sudah stabil, tapi apa yang berlaku hari ini di luar jangkaan saya. Mungkin ini semua akibat daripada kesan ubat yang diberikan kepadanya. Antibodinya tidak cukup kuat untuk menerima ubat tersebut tapi saya yakin, esok keadaan Pn Noraida akan kembali stabil. Encik tak perlu risau dengan keadaan mak encik ni," panjang lebar penerangan yang terluncur keluar dari mulut comel Dr Alia. Dia sudah biasa berhadapan dengan keadaan begini. "Baik, kalau esok keadaan mama saya masih macam ni, saya akan buat aduan kepada doktor pakar tentang apa yang awak dah buat dekat mama saya!" Syed Zafril Hamzi seperti mengugut Dr Alia. "Suka hati encik lah, tapi yang penting saya dah menjalankan tugas saya sebagai doktor. Saya cadangkan encik berdoa lah banyak-banyak agar keadaan ibu encik kembali seperti biasa. Serahkan segalanya kepada Allah kerana Dia-lah yang lebih berkuasa," ujar Dr Alia tenang. "Doktor tak payah nak mengajar saya! Saya tau lah apa yang nak dilakukan," balas Zafril jengkel kerana merasakan kata-kata doktor itu seperti menyindirnya. "Ok lah encik, saya minta diri dulu. Assalamualaikum." Dr Alia berjalan keluar dari bilik rawatan kelas satu Hospital Pantai Kuala Lumpur. "Waalaikumsalam," jawab Zafril dengan rasa geram. ‘Ceh,macam bagus sangat je!’ desis Zafril merujuk kepada Dr Alia.
Beberapa ketika kemudian, Zafril meninggalkan hospital tersebut untuk kembali semula ke Hotel Pearl, tempat dia bekerja. Sebelum keluar sempat dia mencium dahi mamanya dengan harapan mamanya akan pulih segera. Ketika sampai di tempat letak kereta, dia ternampak doktor yang merawat mamanya tadi. Segera akal jahatnya datang untuk mengenakan doktor itu. Dengan pantas dia berlari ke arah keretanya dan mula mengundurkan keretanya. Syed Zafril Hamzi menuggu Dr Alia memasuki kereta dan dengan sepantas kilat dia menekan pedal minyak dan memberhentikan keretanya betul-betul di belakang kereta Dr Alia menyebabkan Dr Alia tidak dapat mengundurkan keretanya. "Aik, kereta siapa pula dekat belakang ni? Tadi rasanya takde kereta ni," omel Alia. Tanpa berlengah, dia keluar dari keretanya dan mengetuk cermin tingkap Toyota Vios yang menghalang Suzuki Swiftnya itu. Tok..tok…tok… "Encik, boleh tolong alihkan kereta tak? Kereta saya nak keluar ni," ujar Alia dengan lembut. Dia tidak dapat melihat wajah pemandu kereta tersebut kerana cerminnya di tinted gelap. "Hah,ada apa?" tanya Syed Zafril Hamzi sebal selepas dia menurunkan cermin tingkap keretanya. Dia mengenakan sunglasses supaya Alia tidak dapat mengecamnya. "Kereta encik menghalang kereta saya. Boleh tak encik tolong alihkan sekejap kereta encik ni," ulang Alia sekali lagi. "Ala, macam takde jalan lain je!" balas Zafril selamba. "Sebab takde jalan lain lah, saya minta encik alihkan kereta encik ni. Kalau encik nak masuk parking pun, tunggu lah lepas saya keluarkan kereta saya. Lepas tu, encik nak masuk parking, masuklah," ujar Alia cuba berdiplomasi. "Kalau saya tak nak?" provok Zafril. "Encik, tolonglah… saya ada hal penting ni," ujar Alia separuh merayu. "Saya peduli apa dengan hal awak tu. Lagipun takde tanda pun yang dekat sini tak boleh parking," bersahaja Zafril mengeluarkan kata-kata. Sebenarnya dia sekadar ingin melihat bagaimana rupa doktor muda itu dalam keadaan marah. "Please encik… I’m in hurry," rayu Alia bersungguh-sungguh sambil melihat jam tangannya beberapa kali. "Saya…," belum sempat Zafril menghabiskan kata-katanya, tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. "Hello baby… Taklah, I tak busy pun. Tonight? Ohh, sure baby…" Zafril bercakap dengan penuh manja, sebenarnya dia sekadar ingin melihat reaksi Alia. ‘Mesti minah ni angin gila dengan aku,’ desis Zafril nakal. Kemudian, dia menoleh ke kanannya untuk melihat Alia tetapi… "Aik, mana pulak doktor ni pergi?" Zafril menoleh-noleh lagi. Kemudian dia terlihat seorang perempuan baru sahaja menaiki teksi yang kebetulan lalu di hadapan pintu masuk hospital. "Boleh pulak dia blah terus.. Aku ingat dia nak marah tadi. Aiseh..," dengus Zafril kecewa. "You cakap dengan siapa?" tanya si pemanggil. "Err, ok lah baby… I ada urgent ni. I’ll call you back," segera Zafril memutuskan panggilan daripada teman wanitanya yang entah ke berapa.
Zafril memecut keretanya menghala ke Hotel Pearl kerana dia sebenarnya perlu menghadiri mesyuarat dengan wakil dari rumah anak-anak yatim Darul Syuhada. Setibanya di hadapan pintu masuk hotel, dia seperti terperasan kelibat doktor muda yang merawat emaknya dan juga yang di aniayanya sebentar tadi tetapi dia tidak dapat memastikannya kerana gadis tersebut telah memasuki lif. Tanpa menunggu lama, Zafril terus menaiki lif yang lain untuk menuju ke bilik mesyuarat di tingkat 9 hotel tersebut. Dia menolak pintu bilik tersebut, kelihatan 2 orang wanita yang tak dikenali dan bapanya, Syed Zainuddin sedang menunggunya. "I’m sorry coz all of you have to wait for me," ujar Zafril sambil tersenyum manis. "Oh, it’s okay," jawab salah seorang daripada wanita tersebut. "Where have you been? Flirting with which girl?" tanya bapanya berbisik sebaik sahaja dia melabuhkan punggung di sebelah bapanya. "No! I’m from hospital," jawab Zafril tegas. Bapanya hanya membalas dengan senyuman yang sukar di mengertikan. "So, can we start our discussion now?" tanya Zafril kepada semua. "Sabar dulu abang, kita tengah tunggu lagi seorang wakil dari Darul Syuhada. Dia pergi toilet sekejap," ujar bapanya. "Laa,abang ingat semua dah sampai tadi," balas Zafril. "Erm, sorry… Boleh kita mulakan perbincangan ini?" terdengar suara seorang gadis. Seperti terkena kejutan elektrik apabila Zafril melihat dengan jelas perempuan yang duduk berhadapan dengannya. Beberapa kali juga dia menelan air liur apabila melihat wajah tenang itu. 'Gulp! Apasal pulak dia ada dekat sini ni? Mati aku kalau dia cerita dekat ayah apa yang aku buat tadi,' detik Zafril cemas.
Saya mewakili Malindo Publications Sdn Bhd ingin menjemput saudara / saudari untuk menjadi penulis bagi syarikat Malindo Publications Sdn Bhd. MPSB telah mula menerbitkan buku secara serius pada tahun 2005. Kini MPSB telah menerbitkan lebih kurang 53 judul yang berkaitan akademik. Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui :
Malindo Publications Sdn Bhd No 88, Batu 5 Jalan Gombak 53000 Kuala Lumpur Tel : 03-4024 7159 Faks : 03-4024 8159 Emel : malindopublications@yahoo.com malindopublications@hotmail.com www.malindopublications.com
wey korg... ni member aku ni... support die erk... peace..(",)
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
uit...
best jugak cite nih....
ade blog??