Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Oi, Mr. Rubbish! Kau tak kerja ke hari ni?" sergah Fina tiba-tiba. Alfi yang sedang leka membaca surat khabar dihadapan rumah terkejut dibuatnya. Alfi memandang geram. "Kau ni ’kan, pagi-pagi lagi bikin aku panaslah," "Panas ke? Nak aku bawakkan kipas?" Fina ketawa kecil dengan loyer buruknya itu. "Kelakar le tu?" Alfi menjeling marah. Dia kemudiannya menyambung semula pembacaannya yang terbantut tadi. Fina seakan tidak tahu nak berbuat apa pada ketika itu. Dia memikirkan satu topik untuk dia bercakap dengan lelaki tersebut. Ops, nanti kejap! Perlu ke aku buat semua tu? Berbicara dengan lelaki yang telah menghancurkan hidup aku? Bukan ke aku benci dia? So, buat apa aku duduk di sini? "Kau ni.... tak habis-habis nak mengumpat nampak," tegur Alfi tiba-tiba. Namun, matanya tetap terpaku didada akhbar ditangannya itu. Fina serta merta tersedar. Dia ada cakap sesuatu ke tadi? Macam mana dia tahu aku sedang... "Oi, Alfi! Aku nak tanya sikit boleh?" "Sejak bila pulak kalau kau nak bersuara kena mintak izin aku? Bukan kau suka cakap ikut sedap mulut kau ke?" perli Alfi tanpa menoleh sedikit pun. Fina mengacukan penumbuk untuk memukul kepala Alfi. Namun, hanya mengacah sajalah. Itu pun dibelakang lelaki itu. Geram betul dibuatnya. "Ermmm... kenapa ek kau terfikirkan rancangan bodoh ni? Maksud aku... dengan mengadakan perkahwinan yang tak munasabah ni. Apa rancangan kau sebenarnya? Kenapa kau pilih aku pulak?" tanya Fina, berterus terang. Alfi terhenti daripada terus membaca. Dia melipat surat khabar itu dan diletak diatas meja bulat kecil dihadapannya. Fina setia menunggu. Sudah lama dia pendamkan soalan itu. Hari ini, dia mesti tahu jugak alasannya. "Kenapa kau baru nak tanya?" "Sebab...." "Aku bukan nak kahwin dengan kau sebab aku betul-betul terdesak. Bukan juga kerana alasan untuk denda kau yang tak nak bayar ganti rugi kereta aku tu. Aku kahwin sebab satu tujuan," "Tujuan? Tujuan apa?" "Tujuannya... untuk melihat mama aku gembira. Itu saja," "Maksud kau? Dengan mengahwini aku, mama kau akan gembira? Begitu?" Fina tidak berpuas hati. Alfi menggeleng. "Dengan mengahwini seorang perempuan pilihan aku yang akan membuatkan mama aku gembira." Fina masih kurang jelas. Memang betul terpancar diwajah lembut wanita itu. Alfi menerangkan lagi. "Mama aku menghidap penyakit barah otak pada peringkat terakhir. Memang tidak dapat diselamatkan lagi. Kata doktor, mama hanya menunggu masa saja untuk meneruskan perjuangan hidupnya. Mama berhajat sangat untuk lihat aku berkahwin dengan gadis pilihan aku sendiri. Tapi, aku tak terdaya untuk tunaikannya sebab aku tak punya sesiapa untuk dijadikan isteri. Abang aku tinggal jauh di kota London dan tidak pernah pulang sejak lapan tahun. Hanya aku saja harapannya. Kebetulan, semasa kemalangan hari tu, aku sedang bekejar ke hospital. Mama ditahan wad kerana pengsan secara tiba-tiba. Masa tulah, mama meminta seorang menantu dari aku. Aku tak boleh nak kata apalah. Terpaksa jugak bersetuju. Nasib baiklah aku berjumpa dengan kau dan nasib baik jugalah kau tak dapat nak bayar hutang tu. Jadi, aku guna cara ni untuk gembirakan hati mama. Hanya papa yang tahu situasi sebenar antara kita," jelas Alfi panjang lebar. Fina? Simpati pun ada, rasa nak parang orang pun ada. "Jadi, sekarang kau gunakan akulah, gitu?" "Suka hati kau nak anggap apa. Tapi... hutang tetap hutang," balas Alfi lantas terus beredar meninggalkan Fina yang masih terpinga-pinga. Fina berdiri dari duduknya sambil bercekak pinggang. "Tak guna! Sesuka hati kau aje nak peralatkan aku ek. Tak apa. Untuk mama kau, aku boleh terima lagi. Tapi... siaplah kau!"
********************************************
"Oi, saper pancitkan tayar aku ni?!!!" jerit Alfi sekuat hatinya kerana terlalu geram. Petang ni sudahlah dia ada mesyuarat dengan ahli lembaga pengarah. Mati aku kalau aku lambat. Apa aku nak jawab dengan papa nanti? Lahabau mana yang buat kerja terkutuk ni, ha? Hati Alfi melepaskan perasaan geram dan gelisahnya. Mesyuarat pukul 2.30 petang. Sekarang dah pukul 01.00 tengah hari. Alahai... kalaulah dia tahu perkara macam ni akan berlaku, dari pagi lagi dia dah ke pejabat. Ini boleh pulak dia terfikir nak masuk lewat. Kalau dia ada kereta lagi satu tu... bolehlah dia pakai. Ini satu tu pun tak habis repair lagi, yang ni pulak buat hal. Hai... jahanam, jahanam. "Hai, buat apa tu?" tanya Fina sambil tersenyum kambing. Dia menghampiri Alfi dan berpura-pura tak tahu masalah apa yang sedang dihadapi oleh lelaki itu. Alfi memandang kearah lain sambil melonggarkan sedikit tali leher yang dipakainya. "Ai, pempuan ni... kura-kura dalam perahu, buat-buat tak tahu pulak...." Alfi bercakap sendiri dengan nada yang separuh berbisik melepaskan geramnya itu. Fina mendengarnya dengan jelas. Dia tersenyum lagi. "Tayar pancit ek? Kesian... Papa telefon tadi. Dia dah marah-marah dah. Habislah kena leter lepas ni... Tahniahlah ye?" ujar Fina sambil menepuk bahu Alfi beberapa kali dengan lembut. Senyuman dibibirnya semakin melebar. Dalam hati, dia tertawa besar. Hahahahaha.... "Aku tahu, ini semua mesti kerja kau, kan?" tuduh Alfi, berang. "Eh, tak baik tuduh-tuduh orang tau! Tapi... memang kerja aku pun. Just joking!" Fina menolak lembut bahu Alfi sambil ketawa gembira. Sabar sajalah Alfi melihatnya. Kalau diikutkan hati... nak saja dia mencekik perempuan dihadapannya itu. Heee... geram betul! Ping! Ping! "Haa... tu pun teksi dah sampai. Pergi naik teksi ye," Alfi memandang ke arah teksi yang berhenti dihadapan pagar rumahnya itu dengan pandangan pelik. Siapa pulak yang pandai-pandai panggilkan teksi ni? Ah, naik ajelah! Aku dah lambat dah ni. Alfi mengambil briefcasenya yang diletakkan atas boot kereta dan berkira-kira untuk mendapatkan teksi tersebut. Tapi... "Eh, nanti-nanti..." Tiba-tiba, Fina menarik tali lehernya dan menyebabkan mereka berhadapan semula. "Bila pergi mesyuarat... kenalah kemas sikit, kan?" Fina ligat membetulkan tali leher suaminya itu. Alfi tidak membantah. Namun, dia tak nak lihat sikit pun wajah isterinya itu kerana terlalu marah. "Dahlah! Aku dah lambat dah ni!" Alfi menarik tali lehernya dari tangan Fina lalu dia terus berlari mendapatkan teksi tersebut. Fina melihat gelagat lelaki itu sambil tersenyum puas. Hehehehehe....
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
haha..
romantic gak dorang nieh even gado2..
npe la si alfi xmo pandang muke fina..
mane taw kot terjatoh chenta ke..
hehe..
smbung2....
blog??