Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Malam itu seperti biasa aku menghabiskan masa di dalam bilik aku. Sedang aku sibuk membuat latihan Biologi, pintu bilikku di ketuk dari luar. Aku menoleh. Kemudian, Angah melangkah masuk ke dalam bilik. "Boleh Angah masuk?" Angah melangkah ke arahku. Aku tersenyum melihatnya. "Dah masuk baru nak tanya ke? Apa punya orang da?" sindirku. Angah melabuhkan punggung ke atas katilku. "Kau banyak kerja?" soalnya. Aku menggeleng. "Tak. Biasalah. Dah nak dekat SPM ni, aku banyak buat latihan je." Aku kembali menumpukan perhatian kepada gambar rajah sel-sel di atas kertas.
"Ika," perlahan Angah memanggilku. Aku menoleh. Di tangan Angah terdapat gambar-gambar arwah Along. Tiba-tiba aku terasa hatiku sayu. "Ada apa, Ngah?" tanyaku. "Kau ok?" soalnya kembali. Aku terdiam. Ada yang pelik ke pada aku? "Kenapa kau tanya macam tu?" "Tadi ibu cerita. Pagi tadi korang pergi melawat kubur Along. Lepas tu, dalam kereta kau diam je," ujar Angah. Aku mengukir senyuman nipis. "Aku ni mana tahu nak berbual macam mana dengan ibu dengan abah." "Kenapa kau tak cuba rapatkan diri kau?" soal Angah tak berpuas hati. Aku terdiam memikirkan jawapan yang sesuai. "Bukan tak cuba. Tapi aku tak reti. Kau pun tahu aku ni macam mana kan? Tak suka bercakap. Kawan aku dekat sekolah tu pun Nisa seorang je." Angah sengih mengusik. "Dengan abang upper six?" soalnya. Aku tergelak. "Weh, dia tu lainlah. Erm. Special sikit." Aku mengenyitkan mata ke arah Angah. "Banyaklah kau punya special. By the way, kau cakap ke kat budak upper six tu yang kau suka dia?" Soalan daripada Angah membuatkan aku malu sendiri. "Banyaklah kau. Nak kena pancung dengan awek dia?"
Tiba-tiba fikiranku melayang kepada Ina yang menjadi orang pertama menerima tamparanku. Tapi betul ke yang Ina tu awek dia? Entah-entah syok sendiri macam aku jugak! Aku tersenyum sendiri.
"Dia ada awek ke?" soal Angah ingin tahu. Aku tergelak. "Kau ni, macamlah aku ambil tahu semua tentang dia. Pleaselah," ujarku. Eleh, walhal kalau boleh, daripada A-Z aku nak tahu. Angah mengeluh. "Ika, baik kau belajar je dulu," nasihatnya. Aku mengangguk tanda faham. "Memang itu yang aku fikir. SPM berapa hari lagi je ni. Alahai..." aku sedikit mengeluh. Terasa persiapan selama 2 tahun ini tak mencukupi. Angah tersengih. "Kau ni. Dahlah tu. Pergi tidur. Karang esok sambung belajar," ujar Angah sambil menapak keluar daripada bilik. Namun sempat tangannya mengusap-usap kepalaku. Aku tersenyum senang.
***
Pagi Sabtu itu aku menghabiskan masa di dalam bilik sebaik sahaja bersarapan dengan ibu, abah dan juga Angah. Hanya suara Angah yang sibuk bercerita diselangi suara ibu dan abah yang sesekali menyampuk. Aku lebih suka mendiamkan diri dan menikmati kelazatan mee goreng ibu.
"Ika!" panggil ibu sebaik sahaja pintu bilikku dibukanya. Aku menoleh. "Ada apa, bu?" Ibu menggelengkan kepalanya. Eh? Datang bilik aku tak ada sebab? "Jomlah duduk luar sekali. Ibu tahu kamu lagi berapa hari je nak SPM. Tapi sekali-sekala tu kena rehat jugak. Tengok buku 24jam, sakit kepala tu karang. Dah, jom ke depan," ajak ibu. Aku mengemaskan helaian yang bersepah di atas meja. Tak lama kemudian aku mengekor langkah ibu ke ruang tamu. Aku mengambil tempat duduk di sebelah abah. Bantal di atas sofa ku peluk.
"Ika," panggil abah lembut. Aku menoleh ke kiri. Pandangan abah dihalakan ke televisyen yang terpasang. "Ada apa, bah?" "Macam mana study? Dah ready?" soalnya berserta senyuman. Senyuman abah kubalas. Mak dan Angah hanya menjadi pendengar. "Bolehlah," balasku pendek. Abah mengangguk mendengarkan jawapanku. Bibirnya terukir sebuah senyuman. "Insya Allah Ika boleh. Abah tengok, Ika belajar tekun je dekat bilik. Sampai ibu dengan abah nak berbual pun susah," tegur abah.
Aku menunduk mendengarkan teguran abah. Aku akui memang aku jarang sangat habiskan masa dengan ibu dan abah. Bukannya apa. Sejak dari kecil aku dah terbiasa bermanja dengan Along. Kalau ada apa-apa cerita di sekolah, Alonglah yang menjadi pendengar pertama.
Angah pula lebih rapat dengan ibu dan abah. Dengan Along, dia tak berapa sangat. Bukannya aku cemburu. Sedikit pun tak ada perasaan macam tu. Aku sayang sangat dekat Angah sebab dia sahajalah saudara yang aku ada. Cuma, aku saja yang tak reti nak bersembang rancak dengan ibu dan abah.
"Ika?" Teguran abah menyentakkan aku. Aku mengangkat muka. Tersenyum. Abah memandang wajahku dengan wajah tanpa riak. "Ika faham apa yang abah maksudkan?" soal abah. "Ika faham. Ika minta maaf kalau selama ni Ika jarang habiskan masa dengan ibu dan abah," akuiku. "Ika sebenarnya tak tahu nak berbual pasal apa." Aku tergelak. Alasan bodoh kurasakan. Tapi itulah hakikatnya. "Ika bukan macam Angah yang banyak cakap." Aku menjeling Angah yang tersenyum-senyum melihatku. "Kat sekolah pun Nisa seorang je kawan Ika," ujarku lagi. "Dengan abang upper six," tambah Angah. Aku membulatkan mata ke arah Angah. Kau nak aku kena marah dengan ibu dan abah? "Ika?" tegur ibu. Aku diam. "Ika ada abang angkat eh?" soal ibu tersenyum-senyum. Aku menjadi cuak untuk mendengar kata-kata yang bakal keluar dari mulut ibu. "Janganlah buat muka macam tu," tegur abah di sebelah. "Dulu pun, abah abang angkat ibu," tambah abah lagi. Aku memandang wajah ibu dengan riak tak percaya. Ibu dah malu-malu alah apabila kisahnya dengan abah diungkit. "Betul ke, ibu?" tanya Angah tak percaya. "Tanyalah abah kamu," balas ibu pendek. Abah hanya mengiyakan.
Aku hanya mampu tersenyum. Patutlah masa aku ada ‘date’ dengan Hafiz dulu ibu macam tak kisah sangat! Rupa-rupanya ibu dengan abah pun main angkat-angkat jugak! Aku dah tergelak di dalam hati. Erm, nampaknya aku mengulangi sejarah ibu dengan abah. Tapi, ada kemungkinan ke sampai ke jinjang pelamin? Huh! Jauh betul aku fikirkan!
ade BLOGG..??? nk sambung bace la.. nie bler nk sambung.?? cpt2...
but nice story..
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
best...ade blog tak???