BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Selasa, Mei 19, 2009
Novel : Bukan Putera Biasa 1
Nama Pena : adra adlina

"Andai dirimu dalam kesulitan, aku sentiasa di sini..."

Hari ini telah menyaksikan segalanya berakhir. Sekelip mata, segala yang mereka miliki hilang begitu sahaja. Penat lelah dan perit jerih terkubur bersama satu pengkhianatan. Kegigihan mereka membina impian hanya tinggal menjadi debu harapan.

Gadis itu terpaku. Kakinya masih terpacak, bagai ada naluri yang menghalanginya dari terus melangkah. Redup pandangan mata bulatnya menatap banglo mewah berwarna ungu itu. Kediaman keluarga yang begitu selesa dan indah terpaksa ditinggalkan kini. Dia mengamati wajah muram satu persatu ahli keluarganya.

‘Ibu, jangan bersedih. Semua ini hanya permulaan buat kita sekeluarga. Abah, jangan merasa bersalah, ini bukan kehendak kita. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Tanpa dugaan, hidup bagaikan tiada erti. Tak bermakna hidup manusia itu sekiranya dia begitu mudah mendapat apa yang dihajati’ Ly Anne Nafisa, kau perlu tabah. Jangan tambahkan beban ibu dan abah kau!’ Kuat kata hatinya bergema memenuhi ruang fikir.

"Sudahlah, Leesa. Jom kita mulakan sesuatu yang baru. Fisa, jom sayang," lembut abah berkata sambil memimpin tangannya. Ibu mengangguk perlahan.

"Baiklah, abang. Fisa, sekarang hidup kita dah tak macam dulu lagi tau," ungkap ibu sambil memandang wajahnya.

Ibu tak pernah mengeluh. Wajah lembut wanita ini sering dihiasi dengan garisan senyum. Tangan wanita itu mengheret bagasi yang berisi pakaian. Ketiga-tiga beranak ini melangkah. Hanya lambaian terakhir disematkan buat kediaman mewah yang didiami mereka selama ini. Belum pun jauh mereka berjalan, Fisa mematikan langkah. Dia berpaling semula menghadap banglo mewah tersebut.

"Jumpa lagi nanti! Aku sayang kau!" Laung gadis comel ini sambil tertawa girang. Tangannya melambai-lambai banglo itu penuh perasaan. Tanpa sedar, air mata hampir menitis di pipi abah dan ibunya. Sekadar pamitan itu mampu mengiringi pemergian mereka. Hanya ucapan selamat tinggal mampu dilafazkan. Betapa dalamnya kasih sayang buat rumah itu. Memori mereka sekeluarga bersemadi bersama derapan langkah kaki tiga orang insan.

Setelah bersusah payah mencari rumah yang sesuai untuk disewa, akhirnya mereka berjaya mendapatkan tempat tinggal. Tidaklah begitu selesa, namun masih layak untuk dijadikan tempat berteduh. Cukup untuk menempatkan mereka bertiga. Untuk mengalas perut pula, tiga beranak ini hanya makan ala kadar sahaja. Makanan ringkas seperti roti merupakan pilihan terbaik. Hendak buat bagaimana, mereka hilang punca pendapatan. Berapa sangatlah wang yang tinggal dalam akaun mereka bertiga. Segalanya perlu digunakan secara berjimat cermat bagi memastikan wang yuran kolejnya boleh dilangsaikan.

"Ibu, Fisa nak keluar sekejap ya," gadis bertocang dua itu tersenyum lebar sambil meminta keizinan daripada ibunya. Dia ingin mengambil angin di tasik belakang rumah untuk melegakan hatinya yang gundah. Segala kesuraman yang ditanggung biarlah disimpan sendiri. Mustahil untuknya menambahkan lagi beban perasaan ibu dan abah. Dia tahu mereka tidak mempamerkan kesedihan di depannya.

"Ya sayang. Baik-baik tau, jangan balik lambat sangat," Ly Anne Nafisa mengangguk. Lantas dia menyarung selipar dan menuju ke tasik indah itu.
Jejaka berbadan tegap ini berhenti mengayuh. Dia melompat turun dari tempat duduk. Basikal birunya disandarkan pada sebatang pohon rendang. Sungguh indah ciptaan Tuhan. Betapa untungnya dia, berhijrah ke sini untuk keluar dari kepompong hidup yang amat membosankan lalu menemukan perkara indah begini. Dia membelek-belek kasut Converse yang baru dibeli semalam. Tampak sesuai dengan dirinya. Nuansa putih menonjolkan personalitinya yang sebenar. Tidak dapat dilupakan semalam, bagaikan orang asing, terjengah-jengah dia masuk ke dalam satu persatu butik yang terdapat di pusat membeli belah. Sempat juga diborongnya sebuah bag sandang, juga baju-T dan seluar khakis.
Gadis bermata bulat ini masih ligat membaling batu ke dalam tasik. Terhibur hatinya bila melihat percikan air naik ke permukaan. Burung-burung yang berkicauan menyerikan petang yang penuh damai. Suara mersik haiwan tersebut bagai mengajaknya berbicara. ‘dia orang ni faham isi hati aku agaknya,’ bisik Fisa pada dirinya sendiri.

Jejaka bermata bundar ini memegang dadanya. Terasa sungguh berdebar-debar. Bagai ada sesuatu yang tidak kena meracuni nalurinya. Telinganya bagai mendengar bisikan pilu, datang dari arah utara. Setapak demi setapak dia menapak. Jemarinya masih kuat memegang dada. Nafasnya dihela berulang kali bagi memastikan segalanya berada dalam keadaan normal. Kaku langkahnya melihat seorang gadis sedang duduk di bangku. Comelnya dia, berpakaian serba merah jambu dengan reben menghiasi kepalanya, pengganti cekak rambut. Terdesis kekaguman dalam hati lelakinya.

"Boleh saya duduk?" suara yang menyapanya membuatkan lamunan Fisa terhenti. Entah masa bila lelaki ini tiba pun dia tak sedar. Dari mana datangnya? Gadis ini sekadar mengangguk, mengiyakan permintaan jejaka itu.

Anehnya, setelah mengambil tempat di sebelah gadis comel ini serta merta jantung si jejaka berhenti berdegup kencang. Yang ada cumalah kelegaan.

"Awak sedang bersedih?" Fisa tercengang seketika. Bagaimana pula lelaki ini mengerti isi hatinya? Ahli nujum apa? Sedangkan raut wajah jejaka itu bersahaja. Tambahan pula, dia menayang lagak selamba. Fisa berpura-pura tidak mendengar pertanyaan jejaka itu. Fisa bangun. Kemudian diambilnya ranting halus lalu diukir pada pasir. Begitu mirip dengan wajah insan-insan yang dikasihi. Siapa lagi jika bukan ibu dan abah kesayangannya.

"Saya tahu siapa yang awak lukiskan," ayatnya mati di situ. Renungan sepasang mata bulat itu membuatkan dia terpesona. ‘Aku dah tersilap! Jangan terlalu menonjolkan kelebihan dirimu!’ Kata hatinya mendesah.

"Saya Ly Anne Nafisa, awak siapa ha?" tanya gadis itu ingin tahu. Dia menghulur salam tanda kagum dan hormat pada jejaka tinggi lampai ini.

"Emm..aa..emm..ehem, sakit tekak. Maaflah, saya Afzal Afifi," tanpa ragu jejaka itu memperkenalkan dirinya.

"Panggil apa?" Petah gadis itu bertanya lagi.

"Panggil saja Afzal. Dan awak?" Fisa tertunduk malu. Dalam senyuman dia membalas.

"Fisa," ujarnya malu-malu kemudian berlalu begitu sahaja meninggalkan Afzal.

Rambutnya disisir ke tepi. Hitam berkilat separas leher. Dari tadi dia menjengahkan kepala ke luar tingkap bagi melihat sama ada sahabat baiknya telah pulang atau belum. Sambil menunggu masuknya waktu solat Maghrib, dia membelek-belek beberapa bilah keris yang tersisip rapi dalam sarungnya.
"Assalamualaikum, Afthar!" Laungan itu cukup untuk membuatnya lega. Lantas dia menuju ke ruang tamu dan membuka pintu.

"Waalaikumussalam, Afzal. Panjang ya umurmu," sempat pula Afthar membebel. Afzal hanya tersengih. Kepulangan yang agak lewat tidaklah sebegitu janggal jika hendak dibandingkan dengan pengalaman yang baru dialaminya sebentar tadi.

* * * * *

"Jadi, maksudmu kamu berdua mempunyai telepati? Benarkah bahawa kamu dapat mendengar nalurinya?" Soal Afthar sambil memerhatikan sahabat baiknya dari atas ke bawah.

"Iyalah, masakan tidak. Suara yang berbisik di telinga aku sungguh mirip dengan suara perawan manis itu. Apabila aku duduk di sebelahnya, langsung hilang getar di dada. Cuma redup sahaja hati ini," beritahu Afzal bersungguh.

Afthar menopang dagu. Pandangan matanya melilau ke segenap ruang rumah kayu jati setingkat yang sungguh luas. Menjadi destinasi persinggahan mereka.

"Jikalau benar apa yang engkau perkatakan, maka dialah perawan yang menunggumu di sini. Seperti yang pernah bonda dan ayahandamu khabarkan. Aku terdengar perbualan mereka secara tidak sengaja. Sewaktu bermain sembunyi-sembunyi denganmu. Namun mereka ingin sorokkan perkara ini daripada pengetahuanmu, Arjuna," wajahnya penuh serius. Afzal mendengar penuh minat.

"Panca, bukankah kita sudah punya persetujuan? Jangan lagi digunakan nama benar kita dalam kelompok ini. Agak pelik kedengarannya," Afzal mengingatkan.

"Maafkan aku, tersasul sahaja. Baiklah, jikalau begitu perlukah diubah jua cara percakapan kita? Agar tidak mengundang wasangka kelak?" timbul pula buah fikiran yang bernas dari akal Afthar. Afzal menunjukkan ibu jarinya tanda bagus.

"Berbalik pada apa yang kau cakap, maknanya dia bakal teman hidup aku ke?" terus berubah gaya bahasa jejaka bermata bundar itu. Afthar senyum lebar mendengar pertanyaan sahabatnya. Tampak sungguh manis dan berseri wajah tampannya.

"Teman hidup ke tak, aku tak tahu. Yang pasti, dia ada tanda untuk jadi sahabat kau," ujar Afthar dengan senyuman manisnya. Afzal menggumam bibir sehingga kelihatan lesung pipit di kedua-dua belah pipi.
Kedatangannya ke tasik hari ini bukan lagi keseorangan sebaliknya ditemani oleh Afthar. Dia ingin sahabat baiknya ini menyaksikan sendiri kebenaran kata-katanya. Dari situ, boleh juga Afthar memberikan pandangan. Agak lama dia menunggu, belum kunjung tiba perawan comel itu. Ingin ditatap lagi gadis bermata bulat itu agar tidurnya malam ini bisa lena.

Fisa tergesa-gesa menyarung seliparnya. Dia merasakan bagai suatu kewajipan untuk mengambil angin di tasik pada setiap petang Khamis. Kegembiraan mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan akhir semester membuatkan moodnya ceria sepanjang masa. Apa lagi, kini hidup mereka semakin bahagia. Abah telah berjaya mendapatkan pekerjaan, manakala ibu mendapat upah sebagai tukang jahit dan pakar sulaman. Alhamdulillah, kesulitan yang dialami menonjolkan kemahiran yang ada dalam diri kedua-dua orang tuanya.
"Dia lagi?" kata-kata itu bagaikan mendesing di telinganya. Segera Afzal berpaling. Sah! Benar sangkaannya! Pasti gadis ini sedang bermonolog namun tetap dapat didengarinya. Memang wujud telepati antara mereka.

"Aku dengar apa yang dia cakap, Afthar," beritahu Afzal penuh teruja.
Afthar yang terlihat kelibat Fisa semakin menghampiri meletakkan jari telunjuk ke bibir. Isyarat menyuruh Afzal diam. Sebenarnya itulah kata hati Fisa bila saja dia melihat sebuah basikal biru tersandar pada sebatang pokok Sena. Basikal yang sama pada tempoh hari, jua dengan pokok Sena yang serupa.

"Apa khabar?" tanya Fisa lembut. Afzal menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Berhadapan dengan gadis ini membuatnya mati kutu.

"Baik, wahai kamu perawan manis?" Ops! Segera dia menutup mulut. Bagaiman pula boleh terkeluar bahasa ibunda? Ini tak boleh jadi! Afzal memarahi dirinya sendiri. Afthar memalingkan muka ke arah lain lalu tersenyum.

"Pandainya awak berbahasa klasik. Saya sihat. Kawan awak ke? Tak nak kenalkan?" usik gadis itu lagi. Afthar sengih kambing melihat wajah merah padam Afzal. Mujur gadis ini berfikir begitu, senang kerjanya.

"Saya Afthar, kawan baik Afzal. Kami bersahabat dari kecik lagi," ujar jejaka itu ramah sambil menghulurkan salam. Terpaksalah menyembunyikan identiti sebenar mereka sebagai sepupu buat masa ini.

"Oh! Seronoknya! Saya... semua kawan dah tinggalkan saya. Bila saya susah, mereka dah tak pedulikan saya lagi," lirih nada Fisa. Kolam matanya bergenang dengan air hangat. Tak perlu dijelaskan lebih lanjut, segala cerita yang terlintas dalam hatinya mampu dibaca oleh Afthar. Detik kehancuran perniagaan abahnya, kemuflisan keluarga mereka memaksa gadis ini meninggalkan banglo mewah yang sekian lama didiami.

"Kami boleh jadi kawan awak, Fisa," ucap Afzal penuh keyakinan. Afthar mengangguk pasti. Mereka enggan membiarkan air mata mambasahi pipi Fisa.
"Terima kasih," jawab Fisa dengan rasa terharu yang tak terhingga.

***Di persada singgahsana..

"Ke mana sahaja Arjuna telah menghilangkan diri kanda?" gundah gulana hatinya sebagai ibu. Manakan tidak, selama ini belum pernah anak teruna kesayangannya menghilangkan diri begitu sahaja. Hanum Cahaya mengeluh. Laksamana Suria Syahazan menggeleng melihat gelagat isteri yang dari tadi asyik menopang dagu. Lantas dia memperkemaskan selempang pada bahu isteri tercinta.

"Janganlah terlalu gusar adinda. Kanda mengerti kerenah Arjuna. Dia tak mungkin berani untuk bermain jauh dari kawasan kita. Apa dinda sudah lupa? Arjuna masih punya tanggungjawab untuk memimpin kumpulan Tualang," soalan suaminya dibiar sepi. Sekilas, dia memandang si suami yang segak memakai tanjak. Sememangnya sebagai keturunan pahlawan, mereka sekeluarga tidak terkecuali mengekalkan warisan turun temurun berpakaian tradisional sepanjang masa. Bukan itu sahaja, segala ilmu mempertahankan diri diperturunkan kepada ahli keluarga generasi demi generasi.

"Adinda ibunya, sudah tentulah adinda bimbang. Mana mungkin seorang bapa mampu mengerti akan kebimbangan seorang ibu? Arjuna satu-satunya anak kita, kanda. Dinda tak pernah biarkan dia terpisah jauh dari kita, inikan pula sudah hampir seminggu tidak pulang. Andai lesap dia dari pandangan, maka pincanglah deru nafas adinda," lemah suara Hanum Cahaya membalas nasihat si suami. Terangkat kening Suria Syahazan. Sementelah diteliti, amat benar jua kata-kata yang terucap dari bibir isterinya.

"Inilah masanya untuk kita mendidik Arjuna berdikari, dinda. Kanda rasa dia semakin bijak dan sudah matang. Mungkin kini dia mengerti dan belajar untuk melakukan segalanya sendiri. Jangan difikirkan sangat, Panca turut bersamanya. Hulubalang kita telah mengesan kehilangan mereka berdua, dinda. Kanda yakin, kerana mereka sepupu yang sentiasa berdiri pada kaki sesama sendiri," sambung Suria Syahazan sambil tersenyum sebelum berlalu meninggalkan Hanum Cahaya keseorangan dalam kamar pesona mahligai mereka yang tersergam indah.

"Arjuna Indera Wahyu, itulah nama aku sejak dilahirkan. Memang aku tak boleh mengubahnya, Afthar. Aku tak boleh nafikan bahawa aku keturunan pendekar zaman berzaman. Sejak lahir juga semua orang perlu belajar untuk menghormati aku sebagai waris Tun Terpilih. Bonda dan ayahanda memanggilku Arjuna. Setiap pelusuk Bentara juga mengenali aku dengan nama Arjuna. Pendekar remaja yang digeruni. Aku hilang kebebasan. Kemahuan aku dikekang, segala yang aku pelajari adalah berkaitan dengan ilmu kepahlawanan. Sedangkan aku masih lagi remaja. Seperti anak-anak sebaya kita yang lain. Aku jemu, Afthar. Aku bahagia hidup begini, bebas tanpa protokol," luahnya sambil meraup rambut.

"Aku faham perasaan kau. Aku juga melalui perkara yang sama denganmu. Tapi takkan kau tak tahu, dah lama sangat kita tinggalkan Bentara. Tentulah bonda dan ayahanda kita bimbang. Seluruh penduduk Bentara tentu tertanya-tanya. Kita tak boleh lupa pada tanggungjawab, Afzal. Lagipun, semakin hari telapak kuasa(tapak tangan kiri) aku semakin sakit. Aku yakin, mereka telah berjaya mengesan kita sekarang. Badan aku semakin lemah. Namaku Panca Indrawan Sakti tentu telah diseru," tenang dia menghabiskan hujah.

"Jika kau perlu pulang, pulanglah Panca. Tinggalkan aku di sini, untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Fisa. Segala yang berlaku pada kami berdua adalah dongengan. Hanya satu khayal yang tak mungkin menjadi nyata," kini mereka tidak betah untuk berpura-pura lagi. Kesakitan semakin kuat menyerang Panca. Lebih elok sekiranya jejaka itu pulang terlebih dahulu. Arjuna akan menyusul kemudian.

"Tidak Arjuna! Tidak! Siapa yang akan melindungimu sekiranya terjadi apa-apa? Apa yang akan aku jawab andai segunung persoalan bonda dan ayahanda kita tebarkan? Aku akan menunggumu di sini. Pergilah lekas, aku tidak selemah itu. Aku masih mampu bertahan!" lantang suara Panca menegah. Pantang baginya untuk meninggalkan sepupunya itu bersendirian. Meski pahlawab terulung sekalipun, jika diperdaya oleh muslihat boleh rebah sekelip mata.

Melihat kesungguhan sepupunya itu, Arjuna cepat-cepat membuka langkah. Dia harus cepat sebelum segalanya terlambat. Dia tak sanggup berpisah dengan Fisa tanpa berjumpa dengan gadis itu buat kali terakhir.
Arjuna Indera Wahyu dan juga Panca Indrawan Sakti merupakan nama sebenar jejaka bernama Afzal Afifi dan Afthar. Kedua-duanya telah melarikan diri dari dunia Bentara mereka. Singgahsana tempat tinggal pemerintah juga merupakan ibu bapa dua remaja ini sepi tanpa kehadiran kedua-duanya. Dalam pada itu, Laksamana Suria Syahazan dan Hanum Cahaya tidak berdiam diri. Bersama ahli keluarga yang lain, mereka berikhtiar agar Arjuna dan Panca kembali menemui jalan pulang.
Ly Anne Nafisa telah bersedia untuk membawa jejaka itu berjumpa dengan ibu dan abah. Kedua-dua orang tuanya menyetujui persahabatan mereka. Oleh sebab itulah, dia mahu memperkenalkan insan istimewa bernama Afzal Afifi kepada mereka. Dia mengenakan sehelai baju kebaya biru lembut, warna kesukaan Afzal. Supaya sejuk mata jejaka itu melihatnya sebentar lagi.

Kalut langkahnya menuju ke tasik. Anehnya, sudah hampir satu jam meneruskan perjalanan, pelbagai peristiwa pelik berlaku kepadanya. Sudahlah tayar basikal pancit dan terpaksa ditinggalkan begitu sahaja. Sekarang, matanya masih belum dapat melihat kelibat tasik. Terasa bagaikan telah jauh dia berjalan, namun masih belum sampai. Sudah lenguh kakinya. Hari pula semakin larut. Dalam samar-samar, pandangannya tertancap pada cahaya putih yang datangnya daripada seketul batu. Hatinya bagai terpanggil untuk menghampiri cahaya tersebut lalu dia memegang batu kecil itu. Sebaik jemarinya menyentuh batu tersebut, segalanya menjadi sangat terang. Sakit badannya terhentak pada simen. Sedar-sedar sahaja dia berada di hadapan bonda dan ayahanda! Bagaimana secepat ini boleh aku tiba ke Singgahsana? Marah benar nampaknya bonda dan ayahanda. Langsung tidak diberi kesempatan untuknya jatuh ke atas kerusi empuk. Arjuna cuba bangun. Dia memegang kepala yang terasa bengang.

"Seronokkah pengembaraan anakanda tempoh hari?" Sinis Suria Syahazan bertanya. Hanum Cahaya mengetap bibir. Geram pula melihat suaminya bertindak sebegini. Menjatuhkan anak sendiri ke atas lantai simen. Membulat mata Arjuna. Bagaimana hendak memberi jawapan kepada pertanyaan ayahanda? Adakah mereka telah mengetahui segalanya?

"Se..se..seronok! Seronok ayahanda. Banyak yang telah anakanda pelajari. Ilmu persilatan, ketatasusilaan," dia berusaha menjawab sebaik mungkin. Ada unsur-unsur penipuan pula.

"Seronok memikat perawan? Atau seronok membeli belah? Apa jenis pakaian yang anakanda kenakan ini? Langsung tidak menarik hati," cubaan menipunya nyata tidak berjaya. Tajam lagi pemerhatian ayahanda yang memeliharanya sejak kecil.

"Apalah kanda ini. Tidak nampakkah bahawa sungguh segak anakanda kita? Arjuna, mari ke sini. Biar bonda lihat," sempat Hanum Cahaya menjeling suaminya. Suria Syahazan menjuihkan bibir. Isterinya memang begini, jika membela anak memang nombor satu.
Arjuna melangkah ke dalam dakapan ibunya. Betapa dia rindukan wanita ini, namun dia mahu pulang sendiri. Bukan dengan cara ini, dipaksa! Kasihan Fisa! Tentu sahaja gadis itu menanti kedatangannya. Maafkan Afzal, Afzal tak berniat meninggalkan Fisa.

"Bonda, di manakah Panca? Anakanda telah berjanji untuk pulang bersamanya," soal Arjuna bimbang. Kelibat sepupu kesayangannya yang belum kelihatan dari tadi menimbulkan tanda tanya.

"Ya Allah! Kanda terlupa untuk mengambil Panca jua ya? Cepat seru telapak kuasanya!" Separuh menjerit wanita itu. Arjuna memperbetulkan tiara yang menghiasi kepala bonda yang dikasihinya sepenuh hati.
Panca memandang persalinan pahlawan Arjuna. Tanjak dan keris jejaka itu ditatap lama. Ke mana hilangnya sepupu akrabnya? Adakah merajuk hati lalu membawa diri? Sedangkan dia menanti untuk pulang bersama-sama lengkap dengan memakai persalinan pahlawan. Tanjak bermahkota di kepala, keris tersisip rapi pada pinggang. Lama-kelamaan tapak tangan kirinya semakin sakit. Menggigil tangannya dan peluh merecik membasahi wajah. Lantaran kesakitan yang tidak terlawan, Panca pitam. Laksamana Suria Syahazan tersenyum. Usahanya menyeru nama melalui Telapak Kuasa Panca berjaya. Kini anak dan anak saudaranya telah pulang ke Bentara.
* * * *

Berulang kali Arjuna berusaha memujuk bonda dan ayahandanya agar dapat menemui Ly Anne Nafisa yang dirindui. Bonda telah bersetuju namun, ayahanda masih enggan mendengar rayuannya. Malahan, ayahanda mempertikaikan darah pahlawan yang mengalir dalam tubuhnya lantaran kesanggupan untuk merayu demi wanita yang dicintai. Tetapi hari ini, dia nekad. Apa hendak jadi pun jadilah! Setiap manusia dikurniakan rasa cinta, ayahanda mesti sedar tentang hakikat itu!

"Jika kerana cinta ayahanda berpeluang mengahwini bonda, cinta kalian kesampaian dan mendapat restu nenda, mengapa tidak Arjuna diberikan peluang yang serupa? Apakah salah untuk Arjuna merasakan semua itu? Pernahkah ayahanda rasa sakit, sakit apabila merindui insan yang kita cintai. Pernahkah ayahanda merasakan bimbang, bimbang andainya sesuatu yang buruk berlaku sedangkan dia setia menunggu? Arjuna mohon pengertian ayahanda, Arjuna mohon. Izinkan kami bertemu sekali lagi," terduduk jejaka itu merayu. Kerana belas ikhsan yang masih tebal dalam hatinya, hampir saja Suria Syahazan bersetuju. Namun dengan satu syarat tertentu.

"Bawa menantu kami ke sini. Tetapi, Arjuna perlu menerangkan bahawasanya siapa kita yang sebenar. Tunjukkan kepadanya kebenaran, jangan sekali-kali heret dirinya dalam pembohongan anakanda. Andai dia menolak dirimu, maka pastikan sahajalah bahawa perawan itu tidak sesuai menjadi sebahagian daripada kita. Apa lagi untuk menjadi isterimu," ucapannya habis di situ. Laksamana Suria Syahazan lantas masuk ke kamar beradu. Hanum Cahaya menerpa ke arah anak terunanya.

"Berusahalah anakanda. Bonda yakin kamu mampu," ciuman azimat seorang ibu singgah di dahi Arjuna. Dia merasakan ada kukuatan dari situ. Panca menghulurkan tangan lalu mereka bergenggaman seketika.

"Doaku sentiasa mengiringimu, Arjuna," bisik jejaka itu sekilas sambil menepuk bahu sepupunya.
Terkebil-kebil Fisa mendengar penjelasan jejaka di hadapannya ini. Hampir pengsan dia mendengar setiap perkataan yang keluar dari mulut Afzal Afifi. Sudahlah datang begitu sahaja, lengkap berpakaian seperti pahlawan zaman silam.

"Awak? Arjuna Indera Wahyu? Apa yang awak merepek ni?" terpinga-pinga gadis ini. Kasihan dia melihat Afzal. Sudahlah pergi begitu sahaja tanpa sebarang pamitan, kini mengaku sebagai pahlawan pula. Kat manalah hendak dapatkan baju-baju begini? Jahit sendiri agaknya. Ngomel Fisa dalam hati.

"Memang jahit sendiri. Tukang jahit Bentara yang siapkan untuk kami. Setiap orang mesti ada persalinan yang sesuai untuk dirinya. Terutama untuk pahlawan macam kami," jawapan yang meluncur keluar dari bibir Afzal membuat Fisa hampir tersedak. Mengapa setiap kali dia mengata dalam hati, jejaka ini dapat meneka dengan tepat? Sudah banyak kali, adakah benar dirinya Arjuna? Seperti yang didakwa, lagipun tiada tanda jejaka ini sedang bersandiwara.

"Buktikan," bicara Fisa selamba. Dengan penuh kegirangan, Arjuna membisikkan sesuatu ke telinga Fisa.

"Pejamkan mata," Lembut tangan sasanya memegang jemari runcing milik Fisa. Hatinya melonjak girang. Bonda, ayahanda.. tunggu! Anakanda bawakan menantu!
posted by Penulisan2u @ 12:31 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
4 Comments:
  • At 20/5/09 1:10 PTG, Blogger Unknown said…

    lain dari yang lain..
    tp, mcm cerita dongeng je..
    sorry..

     

  • At 21/5/09 11:46 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    bestnye..suke sgt cite ni
    bagus la pemilihan ayat dan latar tempat dalam jlan citer.
    teruskan usaha.ada blog sendiri x?

     

  • At 26/5/09 8:16 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    bestnye...sambungan..

     

  • At 13/6/09 9:45 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    ziela>salam buat saudari, cerita ini adalah bergenre fantasi. adalah normal jika kelihatan seperti cerita dongeng. :)

    tanpa nama>terima kasih.
    ada...
    http://www.adraadlina.blogspot.com

    terima kasih kerana membaca cerita ini.

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group