Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Anisah memberhentikan keretanya di hadapan pintu pagar. Sudah begitu lama dia meninggalkan rumah itu. Anak matanya memerhatikan segenap pelusuk sudut rumah tersebut. Tidak ada perubahan.. tetap seperti dahulu.
'Sudah kahwinkah Am dengan Melisa?' tekanya dalam hati. Dia melangkah keluar dari kereta dan mendekati tembok batu. Tangannya menekan punat loceng di situ.
Lima minit kemudian, seorang perempuan yang agak moden pemakaiannya menjenguk keluar. Reaksinya agak terkejut apabila melihat Anisah yang berdiri kaku di pintu pagar.
"Anis!?" tegur dia dengan suara yang agak lantang.
"Mama.." balas Anisah senyum.
Seketika kemudian, kelihatan Amsyar pula menjenguk keluar. Dia betul-betul terkejut. Langkah Amsyar laju mengatasi mamanya mendekati pintu pagar. Bibirnya bergetar menahan tangis. Sungguh, gadis di hadapannya adalah gadis yang dirindui selama ini..
"Nisaa.." satu nama yang ingin disebut sejak dulu. Satu nama yang indah yang pernah membahagiakannya. Anisah hanya tersenyum memandang Amsyar. Pandangan mereka dihalang oleh jaringan besi pintu pagar.
"Sya.. kenapa tak buka pintu pagar, ni?" tegur mama membuatkan pandangan mereka terganggu seketika. Amsyar hanya tersengih sambil menggaru kepala. Mamanya segera membuka pintu pagar lalu membawa Anisah masuk ke dalam.
*****************
"Apaaa!!?? Cerai!?" ahli keluarga semua terkejut apabila Anisah memberitahu tujuannya ke rumah itu dan yang paling terkejut adalah Amsyar. Tak sangka, pertemuan kali ini betul-betul melukakan hatinya.
"Jangan buat keputusan terburu-buru, Anis.." pujuk Datin Faridah.
"Anis.. Anis tak sayangkan mama dan papa, ke? Kalau Amsyar tidak sayang akan Anis, tapi kami masih sayangkan Anis.." balas Datuk Azhari pula disamping memerli anak lelakinya. Sungguh! Itu bukan yang dia mahukan. Anak lelakinya mewarisi semua perangainya namun dari segi ini, dia memang failed!
"Sebab itu Anis bagi Amsyar peluang untuk mencipta kebahagiaannya. Anis takkan paksa abang untuk terima Anis.."
Masing-masing terkedu. Amsyar hanya mendiamkan diri sejak tadi. Dia langsung tidak memberi apa-apa reaksi. Anisah seraya bangun dari duduknya.
"Anis nak kemana?" Datin Faridah tidak senang duduk.
"Anis nak pulang mama.." Anisah mendekati ibu mertuanya lantas dicapai tangan wanita itu. Dia mencium tangan wanita itu dengan penuh keikhlasan. "Terima kasih atas kasih sayang yang mama curahkan pada Anis selama ini. Anis takkan lupa seumur hidup Anis. Anis minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki sekiranya Anis ada buat salah dengan mama.." ucap Anisah. Air matanya mengalir ke pipi. Datin Faridah mengetap bibir. Air matanya juga jatuh ke pipi. Dia tidak dapat menahan sebak. Harapannya untuk melihat kedua pasangan suami isteri ini bahagia musnah. Matanya sempat mengalih ke arah Amsyar, lelaki itu diam kaku.
"Anis.." tidak mampu untuknya berkata apa-apa. Gadis itu tekad.
************************
Anisah melangkah ke luar.
"Mama dan papa jaga diri baik-baik, ye?" ujar dia. Masing-masing mengangguk lemah. Senyuman di wajah tidak semanis tadi. Mata Anisah tertancap ke arah Amsyar pula. Sejak tadi lelaki itu langsung tidak memberi apa-apa reaksi.
"Abang... " dia menghulurkan tangan ke arah Amsyar. Selagi dia masih bergelar isteri, biarlah sentuhan ini adalah kali yang terakhir... Anisah mencium tangan suami yang disayanginya. Lelaki itu tetap kaku. Mengekor sahaja reaksinya.
"Halalkan makan minum Nisa selama ni, bang.." pinta Anisah. Amsyar diam tidak terkata. Kaki Anisah melangkah menghampiri pintu pagar. Kalau ikutkan hati, dia tidak mahu benda ini terjadi tapi..
'Amsyar bukan untuk aku. Tiada gunanya untuk aku terus menanti benda yang tidak pasti. Dia tak akan cintakan aku..' keluhnya dalam hati.
"Abang, minggu depan genap tiga tahun perkahwinan kita. Nisa akan tunggu kata putus dari abang.. Ini alamat rumah Nisa.. kalau abang perlukan Nisa sebelum tarikh cerai kita, Nisa sanggup bantu abang.." bisik Anisah ke telinga Amsyar. Tidak mahu ibu dan bapa mertuanya mendengar mengenai perjanjian mereka. Lelaki itu mengangguk lemah.
Langkah Anisah semakin jauh berlalu..
Ku cuba redakan relung hati Bayangmu yang berlalu pergi Terlukis di dalam kenangan Bebas bermain di hatiku
Cerita tentang masa lalu Cerita tentang kau dan aku Kini tinggal hanya kenangan Kau abadi di dalam hatiku
Harusnya takkan ku biarkan engkau pergi Membuat ku terpuruk rasa ingin mati Derita yang mendera kapan akan berakhir Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku
Cerita tentang masa lalu Cerita tentang kau dan aku Kini tinggal hanya kenangan Kau abadi di dalam hatiku
Harusnya takkan ku biarkan kau pergi Membuat ku terpuruk rasa ingin mati Derita yang mendera kapan akan berakhir Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku
Aku cinta ooohhhhhh Aku cinta oooooooo Aku cinta ooohhhhhh Aku cinta oooooooo
Harusnya takkan ku biarkan engkau pergi Membuat ku terpuruk rasa ingin mati Derita yang mendera kapan akan berakhir Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku
Aku cinta ooohhhhhh Aku cinta oooooooo Aku cinta ooohhhhhh Aku cinta oooooooo
Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku ooooo
Kereta berlalu pergi meninggalkan halaman rumah keluarga Amsyar.
"Mama tak tahu nak cakap apa lagi, Sya.. Terpulang pada kau!" mamanya segera masuk ke dalam rumah. Papanya hanya diam membisu lantas segera mengekori jejak mamanya. Sekilas, air mata jatuh ke pipinya. Dia sebak..
'Kenapa kau bodoh sangat, Amsyar!? Kenapa kau tidak mampu berbuat apa-apa!!?? Kenapa!!?' kutuknya dalam hati.
********************
Anisah menonton televisyen di hadapannya tanpa ada apa-apa perasaan.. Dari tadi jarinya menari-nari menekan punat remote control. Rancangan tv bertukar ganti. Sekilas dia mengeluh.
'Nisa masih sayangkan abang.. Tapi, segala keputusan bergantung pada abang..' bisiknya..
Tiba-tiba.. Pintu rumahnya diketuk..
Anisah mengerling ke arah jam. Sudah pukul 11.00 malam. Kecut perut tiba-tiba.
'Siapa yang datang malam-malam buta macam ni?'
Ketukan masih berbunyi. Anisah mengerut dahi. Kakinya kaku untuk bergerak. Punggungnya berat untuk bangun.
"Siapa?" jerit dia bertanya. Namun pintu masih berbunyi ketukan. Anisah memberanikan diri menghampiri pintu utama. Dia menarik nafas lantas disentuh tombol pintu. Pintu dibuka. Matanya memandang ke arah wajah lelaki yang dirindui. Dia tiba-tiba sebak..
**********************
"Apa hajat abang datang malam-malam buta macam ni?" tanya Anisah lalu menghidangkan secawan air teh kepada Amsyar. Lelaki itu hanya memandang sahaja ke arahnya. Anisah duduk betul-betul bertentangan dengan Amsyar. Tidak diketahui hajat lelaki itu datang ke kondonya.
"Aku nak buat perhitungan dengan kau.." jawab Asyar serius. Anisah terkejut.
"Perhitungan apa, bang?" Mata lelaki itu tetap serius memandangnya. Anisah kecut perut.
"Kau nak kita bercerai, kan?"
Anisah kaku. Mengangguk tidak, menggeleng pun tidak.
"Sebelum benda itu berlaku, aku nak tuntut segala hak aku selama ini.."
"Apa maksud abang?" Anisah tidak memahami niat Amsyar. Lelaki itu segera bangun lalu bergerak menghampirinya. Anisah bergerak ke belakang sedikit. Dia semakin takut. Apa yang Amsyar ingin lakukan padanya?
"Abang..." nafasnya semakin kencang..
"Kau masih halal untuk aku!" kata-kata Amsyar membuatkan Anisah hampir pitam. Ya Allah, bukan ini yang dia mahu.. Bukan ini caranya..
Wajah Amsyar semakin mendekati wajahnya.. Bajunya dicengkam kemas oleh Amsyar. Anisah semakin takut.. Dia kaku. Tidak mampu berbuat apa-apa namun tiba-tiba..
PAAANNNGGGG!!!! Amsyar tersedar dari rasukan setannya. Dia memandang Anisah yang tercungap-cungap menahan sebak. Matanya berair..
"Astaghfirullahalazim.." ucap dia. Kenapa sampai begitu sekali perbuatannya pada Anisah. "Ya Allah.. apa yang aku buat, ni?"
"Memang Nisa isteri abang yang sah. Memang Nisa halal untuk abang.. Tapi Nisa bukan pelacur, bang.. How could you do this to me?" Anisah berlari ke arah biliknya namun sempat dihalang oleh Amsyar. Lelaki itu segera memeluknya erat. Sekali lagi dia kaku.
"Maafkan abang, sayang.." buat pertama kali kata-kata itu terucap jua dari mulut lelaki itu. Buat pertama kali lelaki itu memeluknya dengan penuh kerelaan. Anisah menangis teresak-esak.
Amsyar meleraikan pelukannya. Ditatap wajah isteri yang disayanginya selama ini. Wajah yang sering dirindui.
"Abang sayangkan Nisa.. Jangan tinggalkan abang lagi, sayang.." pinta Amsyar. Dikucupnya dahi isterinya dengan penuh kasih sayang. Kemudian beralih ke mata, pipi dan....
"Maafkan abang.." ucap dia lagi.. Dia memeluk gadis itu sekali lagi. Tidak mahu berpisah.. Cukuplah selama hampir tiga tahun dia memendam rasa.
"Abang..."
"Abang cintakan Nisa. Sungguh! Abang ego selama ni sayang tapi percayalah abang betul-betul sayangkan Nisa.."
"Bagaimana dengan Melisa?"
"Abang tak pernah cintakan dia, sayang.. Abang cintakan Nisa. Yang cintakan dia cuma Zarif.. bukan abang.." kata dia bersungguh-sungguh. "Abang takkan lepaskan Nisa kerana Nisa isteri abang" jawab dia lagi.
Pelukan semakin erat. Anisah tersenyum.. Dia bersyukur. Dan malam itu saksi segala-galanya.... Buat pertama kali, mereka merasai kasih sayang suami isteri yang sepatutnya berlaku di awal perkahwinan mereka..
cter yang membuatkan air mata ini menitis laju.. teringat kisah sendiri, bile diri ini sebagai seorng yg berbadan gempal disakiti seperti apa yang nisa lalui.. namun, berkat kesabaran, akhirnya aku jumpa akan kebahagiaan.. to the writer, you have done a very good job.. cter ni best sgt2.. and thanks sbb memberikan kami para pembaca, satu cerita yang akan bertakhta di hati.. lgu aizat tu, my favorite song..
thanks.saya suka cerita ni,by the way you writer this story in romantik,dalam kesedihan,dalam kepayahan seorang isteri yang sanggup tunggu husband sampai dia jumpa kembali memori silam dia.saya rasa macam diri saya kehilangan seseorang yg dah lama saya tunggu dia kembali tetapi sudah terlambat untuk saya.kerana dia pergi sambung belajar and then dia sudah lupakan saya macam dia hilang ingatan.saya dah tak nak ingat lagi masa silam saya itu.thanks sebab cerita ni telah saya menjumpai seorang jejaka yg menyayangi seorang isteri yg setia dgn ye.bye,asalamualaikum
citer ni best... sedih tau... cantik atau buruk bukan bererti tidak boleh kecapi kebahagian.... yg penting kejujuran dlm perhubungan... serta keikhlasan
nak ngis jgk aq bce citer ne .. sdih bebenor .. tp , best sgt ..
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
muahahaha.. aku yg first baca kew.. hik.. hik.. tapi nie cite last kew??