Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Aku nak minta tolong kau boleh tak?" Ajay bersuara perlahan. "Minta tolong? Apa dia? Kalau aku dapat tolong, aku tolong, kalau tak, aku minta pertolongan mereka yang lain tu," Alia menjawab tenang sambil tangannya ligat mencatat sesuatu di buku lukisannya. Ketika itu matapelajaran Pendidikan Seni, mereka di suruh melukis persekitaran sekolah. Ajay dan Alia berada agak jauh dari rakan-rakan sekelas yang lain. Mereka sedang melukis permandangan kolam ikan yang terdapat jambatan ditengahnya menghubungkan pinggir kolam dengan pulau kecil buatan manusia. "Sebenarnya, aku sukakan seseorang." Ajay memulakan bicara. Tangan Alia berhenti melakar pokok kelapa dan padangannya difokuskan ke arah Ajay yang sedang tekun melakar lukisannya. "Apa dia? Aku salah dengar ye?" Alia menepuk bahu Ajay. "Aduh!!!! Apa ni? Sakit tau," Ajay menggosok bahunya. "Kau kata apa tadi? Kau sukakan seseorang? Siapa perempuan tu?" Alia menghadap wajah Ajay yang semakin memerah menahan malu. "Amna. Budak form 2. Ingat tak, ada sorang budak perempuan yang kena buli oleh pelajar perempuan masa kat kantin minggu lepas," Alia cuba mengingati kejadian minggu lepas. "Owh….. Budak yang kena siram dengan air milo tu? Kau suka kat dia? Biar betul?" Alia bertanya lagi. Khuatir tekakannya salah. Ajay angguk kepala. "Ermmm. Aku suka tengok dia. Dia tak menangis sekalipun baju putihnya itu bertukar warna." Ajay tersenyum bila teringatkan wajah Amna yang merona merah bila dia menghulurkan sapu tangan. Dengan rambut ikal mayang dan pipi gebu serta alis mata yang lentik menambahkan kecantikan miliknya. "Wah…. Dah kes berat ni. Ingat Ajay, kita tahun ni nak periksa. Jangan leka oleh jiwa remaja je," Alia menasihatkan temannya tiu. "Kalau aku bercinta dengannya, aku dapat rasakan, pasti pembelajaran aku semakin baik." Ajay berkata yakin. "Hoiiii… mamat. Sedar sikit ok. dari cara kau ni, aku dapat rasakan, kalau kau bercinta dengan budak tu, belum tentu kau dapat belajar dengan baik," Alia cuba menyedarkan rakannya itu. "Bagi aku, bercinta masa sekolah ni boleh membawa kemusnahan pada masa depan kita. Aku harap kau fikir baik-baik dulu. Kemudian, kalau kau masih juga nak teruskan niat kau tu, aku akan cuba usahakan sesuatu untuk kau," Alia menepuk bahu Ajay. "Tolong aku ye. Aku benar-benar cintakan dia." Ajay merayu. Alia garu kepala yang tidak gatal. "Tapi…… dengan syarat. Keputusan ujian percubaan nanti, kau mesti dapat lebih baik dari aku. Kalau tak, tahulah aku nak buat apa," Alia menunjal dahi Ajay. "Betul?" Soalnya tidak percaya. Alia tersenyum senang. "Aku sayang kau," Ucapnya sesungguh hati dan tangannya sedia hendak memeluk Alia. "Kau dah gila. Kita ni masih kat sekolah. Jangan nak buat hal," Alia menepis tangan Ajay. Ajay tersengih. "Sorry. Lupa pulak," Ajay meneruskan lakarannya. "Mari. Aku tolong kau buat lukisan ni ye," Ajay merampas kertas lukisan dari tangan Alia. Alia tergamam dengan aksi spontan Ajay. "Ajay, kalau kau bercinta kelak, jangan lupakan aku ye?" Alia berkata sayu. "Maksud engkau?" Ajay memandang wajah sugul itu. "Nanti bila kau bercinta dengan budak tu, jangan lupakan aku terus. Aku tak ramai kawan yang sudi layan kerenah nakal aku ni," Alia bersuara sedih. "InsyAllah. Aku takkan lupakan sahabat baik aku walaupun aku sedang bahagia," Ajay tersenyum manis. Alia angguk kepala. "Harap begitu sampai bila-bila," Alia tersenyum kelat. Walau tidak yakin, Alia tetap berdoa Ajay tidak melupakannya.
"Cepat sikit. Jalan macam kura-kura," Ariy menolak badan Ros. Mereka yang lain mengekori dari belakang. "Kita nak ke mana ni? Dah sampai ke belum?" Ros bertanya tetapi tetap meneruskan langkah. Dengan mata yang ditutup menggunakan kain hitam Ros berjalan seperti orang buta. "Ok. Dah sampai." Sunyi sepi keadaan sekeliling. Perlahan ikatan kain yang menutupi mata Ros ditanggalkan. "Happy birthday," Ros terkejut saat terpandang kek kecil dan dirinya dikelilingi oleh rakan-rakannya. Ketika itu mereka berada di sebuah taman bunga yang cantik. "Hahhhhhh…." Ros terkejut dengan mulut terngaga. "Hoi…. Kalau ye pun, tutup mulut tu. Nanti di masuk lalat," Alia menepuk bahu Ros. "Nah. Ini hadiah dari aku. Semoga sentiasa sihat tubuh badan, murah rezeki dan berjaya dalam hidup." Alia mengucup pipi Ros yang agak tembam itu. "Terima kasih." Ros menyambut dengan rasa terharu. "Ni untuk kau. Selamat hari lahir dan semoga kehidupan kau semakin bertambah baik," Maziah pula memeluk Ros. Diikuti oleh mereka yang lain. "Sweet seventeen." Ucap mereka serentak ketika Ros memotong kek hari jadinya. "Terima kasih semua. Aku seronok sangat ada kawan macam kamu semua. Dan… aku tak tahu nak cakap apa lagi. Aku sayang korang semua," Ros mengesat airmatanya. Terharu dengan layanan dari rakan-rakan yang sangat menyayanginya. "Kita menjamu selera dulu," Ajay mencapai piring lalu mengambil sepotong kek kemudian diikuti oleh mereka yang lain. Suasana taman bunga gamat bila mereka bergurau senda sambil berlari bekejaran. "Imah, sini kejap," Hafiz memanggil Imah supaya menghampirinya. "Ikram tak datang hari ni?" Soal Hafiz terus sebaik sahaja Imah melabuhkan punggungnya di sebelah Hafiz. "Tak. Dia ada aktiviti kat sekolah. Kenapa?" Soal Imah pelik. Hafiz tidak pernah bertanya tentang Ikram sepanjang mereka berkawan. "Owhh ada aktiviti kat sekolah?" Hafiz angguk kepala. "Habis, tu siapa?" Jari Hafiz menunding kearah sepasang kekasih sedang berpelukan tanpa menghiraukan orang sekeliling. Imah berdiri tegak. "Ikram!!!" Imah menjerit. Semua rakan-rakannya memandang ke arah Imah yang sudah berlari menghampiri Ikram yang sedang terpinga-pinga. "Kau…. Huhhh. Kita putus," Imah berkata tegas. "Putus? Kenapa pulak? Apa yang putus?" Soal Ikram tenang. "Lelaki tak guna." Tumbukan Imah hampir mengena muka Ikram tetapi sempat di halang oleh Hafiz. "Jangan kotorkan tangan kau Imah. Biarkan dia. Mari." Hafiz menarik tangan Imah. "Terima kasih sangat-sangat. Semoga hubungan kalian berkekalan," Imah mengesat setitik airmata yang mengalir dipipinya.
Imah melepar tisu yang digunakannya untuk mengesat hingus ke dalam tong sampah. Mereka yang lain hanya menjadi pemerhati. "Huargggggg. Bodoh!!!!!!" Imah menjerit. "Kalau kau rasa nak pukul orang, kau pukullah aku," Hafiz duduk di hadapan sahabatnya itu. "Jangan pukul kuat sangat. Nanti sakit bahu aku ni." Imah tergelak mendengar kata-kata dari Hafiz. "Dah tau sakit, kenapa offer?" Imah menampar bahu Hafiz. "Sudahlah. Kita masih belajar lagi. Aku janji, bila kau dapat keputusan cemerlang masa SPM kelak, aku akan cari lelaki yang baik untuk kau. Jangan dikenang perkara yang lepas tu. Ok?" Hafiz tersenyum. Imah merenung wajah ikhlas Hafiz. Imah menarik nafas kemudian menghembuskannya perlahan. "Ye. Aku terlupa yang aku ada tugas sebagai pelajar," Imah mengeluh. Mereka yang lain hanya menjadi pemerhati setiap perlakuan Imah dan hanya Hafiz yang sentiasa memujuk temannya itu. "Ok. Korang jangan risau. Aku akan berazam untuk belajar bersungguh-sungguh dan berjanji akan dapat keputusan yang cemerlang supaya, Hafiz cari lelaki yang baik untuk aku," Imah tersengih. "Hahhhhh," Mereka serentak menjerit sebaik sahaja mendengar azam dari sahabat mereka itu. "Sah. Memang dah rosak otak budak ni," Ajay sentuh dahi Imah. "Sebenarnya, aku tak apa-apa. Bagus jugak aku dan Ikram tu berpisah. Semenjak bersama dia, aku tak bebas nak bergaul dengan pelajar lain. Dengan korang pun dia nak cemburu." Imah bersuara perlahan. "Imah, aku ada cadangan." Alia duduk di hadapan Imah sambil bersila di atas rumput. "Cadangan apa?" Soal Maziah pelik. "Apa kata, kalau kau pikat Cikgu Syah?" Alia tersengih. Serta merta mereka yang lain menolak kepala Alia. "Budak ni. Dah takde orang lain? Kenapa mesti cikgu tu yang kau nak suruh pikat. Memang cari nahas betullah Alia ni." Imah geleng kepala. "Ok apa," Alia masih cuba mempertahankan cadangannya. "Tak payah. Kan Imah dah cakap tadi yang dia nak belajar bersungguh-sungguh." Hafiz turut membantah. "Ok. Kenapa kau tak offer diri kau jadi pak we Imah?" Hafiz dan Imah serentak terbatuk. "Alia!!!!!!!" Imah menjerit kuat. Alia berlari menyelamatkan diri. "Aku gurau je, lah. Itu pun nak marah. muka korang serius sangat. Sakit mata aku tengok. Aku nak makan kek pun tak dapat," Setelah penat berlari, Alia sempat juga membebel. "Ok. Kita sambung lagi majlis yang tergendala sebentar tadi," Mereka kembali bergelak ketawa.
best... keep it up... ayat okay jer senang nak paham... congrats!!~~
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
best...
keep it up...
ayat okay jer
senang nak paham...
congrats!!~~