Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Kau ke mana selama ni, Ariel?" tanya Dania ketika mereka berdua berehat di atas buaian. Puan Mahani sibuk berborak dengan Mak Nah, jiran mereka manakala adik-adiknya yang lain bermain basikal di luar rumah.
"Aku tak kemana-mana, la! Aku ada, je!" jawab Ariel ringkas.
"Kenapa kau berhenti belajar?"
"Saja.." kalau ikutkan hati malas betul dia untuk menceritakan perkara itu. Biarlah dia sahaja yang tahu.
"Saja? Hello... aku kan kawan kau! Kalau kau ada masalah kenapa tak berbincang je dengan aku?? Ni senang-senang je kau berhenti macam tu!" bentak Dania tidak puas hati. Kalau betul lelaki itu ada masalah kewangan, kenapa tidak beritahu dia? Maybe dia boleh tolong..
"Takpelah, Dania. Maybe aku hanya layak untuk bekerja. Lagipun siapa nak tanggung aku? Ibu kau tu dah cukup terseksa dah" jelas Ariel. Dania hanya terdiam seketika. Betul juga apa yang dikata oleh Ariel. Mereka bukan orang senang.
"Kau kerja kat mana sekarang, ni?"
"Aku kerja dengan kawan aku. Tolong dia handle bisnes. Boleh la untuk tampung hidup sendiri"
"Rumah kau? Kau dah tak duduk kat rumah sewa lama kau lagi, ke?" tanya Dania lagi.
"Tak. Aku duduk dengan member aku"
"Dekat mana?"
Ariel diam. Perlukah dia beritahu Dania semua itu..
"Kenapa? Kau nak datang rumah aku, ke?"
"Mana la tahu.. kalau kau hilang lagi sekurang-kurangnya aku tahu kat mana kau tinggal"
"Aku tinggal jauh dari sini.."
"Dekat mana?" Dania masih lagi tidak puas hati. Ariel hanya tersenyum..
"Kau akan tahu juga nanti. Tapi buat masa sekarang aku tak boleh beritahu. Member aku yang sorang ni tak suka perempuan datang rumah. Tak elok katanya. Maklum la rumah anak teruna.. hehehe" seloroh Ariel. Dania mencebik.
"Takpelah! Tapi satu je aku harap…" kata-kata Dania mati di situ. Ariel mengerling ke arah Dania.
"Apa dia?"
"Aku harap kau jangan lupakan kitorang bila kau dah berjaya nanti!" Entah kenapa Dania boleh berkata sedemikian? Ariel ternganga. Tak faham maksud Dania..
"Kau ingat aku ni tolong orang handle bisnes sampai boleh jadi kaya, ke?"
"Mana tahu? Aku kenal kau la, Ariel. Dari kecik kita besar sama-sama. Aku faham kau macam mana..." jelas Dania.
"Kalau macam tu.. tentu kau tahu siapa orang yang aku suka, kan?" uji Ariel. Dania memandang Ariel. Dia mengerut dahi..
"Rahsia!" jawab Ariel pendek. Dania mendengus. Dia bangun.. "Kau nak ke mana?"
"Tidur! Malas aku nak layan kau! Untuk pengetahuan kau, pintu pagar aku tu terbuka luas untuk suruh kau pulang. Dah lah! Pergi la balik! Menyampah pulak aku bila kau lama-lama dekat sini!" kata Dania lantas kakinya segera bergerak ke pintu rumah. Dia masuk tanpa memandang kembali ke arah Ariel. Ariel tercengang.
‘Takkan marah sampai halau aku, kot? Hmm.. Dania.. Dania.. gadis ini betul-betul tak boleh dijangka. Kalau mood baik, baik la layanan dia. Kalau sebaliknya.. hmm.. takpelah.. walau macam mana kau sekalipun, aku tetap sayangkan kau.. Dania. Sampai bila-bila..’ kata Ariel dalam hati.
"Makcik, saya balik dulu, ye!" jerit Ariel mengejutkan Puan Mahani yang sedang asyik berborak.
"Awalnya nak balik? Tak nak tidur rumah makcik, ke?" tanya Puan Mahani.
"Takpelah, makcik. Saya kejar masa, nanti saya datang lagi. Assalamualaikum.."
"Waalaikumussalam.." balas Puan Mahani. Ariel berjalan meninggalkan rumah mereka. Puan Mahani mengeluh. Bergaduh lagi la tu. Dania.. Dania.. sampai bila kau nak keras kepala dengan Ariel?
****************
"Zi, tak sangka wartawan dan media semuanya memuji konsert kau minggu lepas" kata Marzuki sewaktu Arziril sedang sibuk mengangkat berat di Gym. Arziril berhenti lantas segera bangun memandang Marzuki. Dia melepaskan penatnya.
"Aku tahu. Tadi sewaktu aku nak ke akademi latihan, ramai juga la yang puji aku" balas Arziril.
"Keuntungan kali ini benar-benar memberansangkan. Rasanya konsert lepas ni kita kena naikkan harga tiket lagi" ujar Marzuki memberi idea. Arziril terkejut dengan idea tersebut.
"Kenapa pulak?" tanya Arziril tidak puas hati.
"Sebab aku tengok konsert kau ni lebih menyerlah dari penjualan album kau. Walaupun album kau jualannya laris macam pisang panas, tapi ambil masa. Ni konsert kau ni dalam masa dua bulan je, kau dah boleh dapat hampir 10 juta ringgit. Siapa tak nak untung, beb!" jawab Marzuki tersengih. Dalam kepalanya hanya memikirkan keuntungan sahaja.
"Kau rasa berbaloi ke buat macam tu? Tak rasa nanti peminat aku marah kalau naikkan lagi harga tiket? Kita kena tengok juga pendapat peminat aku!"
"Alaa.. orang sekarang ni dah biasa la dengan harga naik. Standard la"
"Aku tak setuju. Niat aku buat konsert ni sebab aku nak bertemu dengan peminat aku dan berterima kasih dengan diorang atas sokongan dorang pada aku. Bukan untuk mengambil keuntungan! Ingat Marzuki, masa sekarang kita dihargai.. satu hari nanti bila kita dah jatuh, kau bagi murah pun orang takkan pandang la! Kita bukan bintang Hollywood.. kita artis Malaysia! Berapa sangat la pendapatan orang Malaysia kalau nak dibandingkan pendapatan orang barat sana tu!" ujar Arziril memberi nasihat. Marzuki tercengang. Wah! Pandai betul budak ni berhujah..
"Yelah, aku faham. Aku setuju juga dengan kata-kata kau, tu! Orang Malaysia ni mana boleh dengar pasal barang harga naik.. Benda tu semua dah jadi lumrah hidup."
"Haaa.. tahu takpe.." perbualan mereka mati di situ. Marzuki membelek surat khabar lama di Gym tersebut, tiba-tiba dia terpandang muka hadapan surat khabar yang dibacanya.
"Zi, ini bukan awek yang salah masuk bilik hari tu, ke?" tanya Marzuki lantas segera menghulurkan surat khabar itu kepada Arziril. Arziril melihat. Cerita pasal ini ke? Benda dah lapuk..
"Yelah! Jadi dia la gadis yang diperkatakan oleh wartawan sebelum, ni?" tanya Arziril berpura-pura. Dia memang dah tahu. Dan gambar tu sendiri memang dia. Tapi nak hidup kena la pandai berlakon.
"Tak sangka jodoh kau dengan dia kuat, kan? Patut la aku rasa macam aku pernah tengok muka dia. Rupa-rupanya dia la gadis yang kena gossip dengan kau dulu.. tapi kenapa dia tak cakap apa-apa, kan hari tu?"
"Hmm.. maybe budak lelaki ni kawan baik dia. Muka seiras dengan aku.."
"A’ah, betul. Aku pun mati-mati ingat itu kau. Memang tak sangka ada juga manusia muka sejibik macam muka kau. Mesti budak lelaki tu popular kat sekolah dia, kan?"
‘Memang popular pun.. popular dengan ejekan, buli dan herdikan je.. itulah Ariel sebenarnya. Berbeza dengan popularity Arziril yang sering dipuji dan disanjung tinggi’ getus Arziril dalam hati. Memegang dua watak ni banyak mengajar dia erti kehidupan yang sebenar. Hidup yang sering dihina dan hidup yang sering diagungkan. Dua-dua dia pernah merasa. Dari situ dia dapat melihat siapa kawan dan siapa lawan..
"Zi, kau tak nak ke cari budak perempuan ni? Mana tahu kau boleh berjumpa dengan kembar kau?" tanya Marzuki. Nak mampus!? Budak lelaki tu aku lah!!
"Err... penting ke berjumpa dengan budak lelaki, tu?" tanya Arziril..
"Mesti la penting.. lagi terkenal la kau sekiranya korang berdua dapat berjumpa bersama.. Aku boleh bayangkan saat, tu!"
"Jangan nak merepek la!" marah Arziril lantas segera meninggalkan Marzuki yang asyik berangan.
‘Mustahil aku dapat berjumpa dengan Ariel sebab dua watak itu adalah aku sendiri..’ Arziril mengeluh..
**************
Dania menatap gambar Arziril Ryan. Tiba-tiba dia rindukan lelaki itu. Walaupun pertemuan mereka sebelum ini adalah kebetulan, namun dia berharap sangat dia dapat berjumpa sekali lagi dengannya.
"Mungkin ini jodoh, kot?" ngomel Dania sendirian. Dia kemudian tersenyum... Arziril Ryan pernah memberitahu wartawan yang dia masih single dan tidak berpunya.. adakah aku masih ada peluang? Ah! Berangan betul aku, ni!
Tiba-tiba... Tuk! Tuk! Tuk! "Kakak!!!!" jerit Daniel dari luar. Dania segera meletakkan kembali frame gambar tersebut di meja sisi lantas bangun menghampiri pintu. Pintu dikuak..
"Apa dia jerit-jerit, ni!!?" tanya Dania marah.
"Ada abang bagi bunga!" jawab Daniel.
"Bunga? Mana?" Dania terkejut. Siapa pula yang bagi bunga dekat dia, ni? Buang tebiat apa?
"Ada dekat bawah. Abang tu tunggu akak.."
Dania mengangguk lantas mengekori adik lelakinya ke pintu utama.
"Cik ni Dania Amisya, ke?" tanya penghantar bunga tersebut.
"Ye, saya.. Ada apa?"
"Ini ada sejambak bunga rose untuk cik dari seseorang." Kata lelaki itu lalu menghulurkan jambak tersebut ke arahnya. Warna pink.. lawanyeee… jarang ada rose warna pink..
"Erm.. siapa yang hantar?" tanya Dania. Bunga rose yang berada di tangan dicium. Wangi sungguh baunya.
"Maaf, cik. Saya ditugaskan untuk menghantar sahaja. Mengenai tuan empunya badan, tidak pula saya ketahui. Lagipun di dalam kad ini tiada nama. Mungkin lelaki itu ingin merahsiakan identitinya, kot?" jawab lelaki itu meneka.
Dania hanya mengangguk. "Takpela.. terima kasih, ye?"
"Err.. sila tandatangan di sini, cik!" ujar lelaki itu lantas dihulurkan pulan pen dan kertas. Dania menandatangani kertas itu. Setelah itu, lelaki tersebut pergi meninggalkan mereka. Dania membelek kad yang tersisip bersama bunga itu. Dia membaca
‘Semoga awak sentiasa cantik sama seperti indahnya bunga rose di taman’
‘Cantik? Hehehehe.. Pandai betul mamat ni buat lawak dengan aku!’ ngomel Dania dalam hati.
"Akak, siapa yang hantar bunga ni, kak?" tanya Daniel. Danny pula hanya mengangguk dari tadi.
"Entah? Secret admirer akak, kot?" jawab Dania perasan. Dia hairan. Siapa pula yang minat dekat dia? Dulu dia dapat tiket Konsert Arziril dan sekarang bunga rose warna pink. Mesti mahal sebab jarang nak dapat warna ini di Malaysia.
Yang pastinya Aziril... citer nih mengingatkan aku dengan drama siri Hannah Montana... mainkan dua watak berbeza... satu popular satu sebagai gadis biasa yg gila-gila...
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Yang pastinya Aziril... citer nih mengingatkan aku dengan drama siri Hannah Montana... mainkan dua watak berbeza... satu popular satu sebagai gadis biasa yg gila-gila...