Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"hoi perempuan sial!! Aku bagi amaran pada kau, jangan ganggu papa aku lagi!!! Perempuan murahan!!" puas hati Kamal menengking perempuan yang selalu menjadi teman papanya tika malam berlabuh di kelab.
"pang….!!" Satu tamparan berbisa singgah di pipi Kamal. Rupanya papa yang menampar, merah menyala muka Kamal menahan sakit dan geram. "Oi!! Kamal!! Kau jangan kurangajar! Papa sayang Sally, kau jangan pandai-pandai nak pisahkan kami!! Faham??" "Papa... Kamal tak sangka papa sekutuk ini, mama siang malam setia pada papa, ini ke balasan papa padanya?" Kamal cuba menyedarkan orang tua miang keladi, bak kata rumah kata pergi, kubur kata mari...
"Ah!! Aku tak minta perempuan tu buat macam tu, aku dah bosan dengan dia!! Dah tua, buruk!!" Saat ini Kamal rasa seperti mahu saja menumbuk muka papa, dia seperti tidak lagi mengenali lelaki itu sebagai seorang ayah. Wajah mama terbayang, niat untuk menumbuk muka si tua keladi dibatalkan. "Papa ingat, papa muda ke? Sedarlah diri, uban merata, mata papa pun dah rabun teruk... papa ingat Sally sial ni nak sangat ke dengan si tua macam papa ni?? Come on la... she just want your MONEY!!!" Kamal menengking sambil menjegilkan matanya.Dia berlalu pantas, walaupun tidak dapat melepaskan hajat menumbuk, tapi hatinya puas, dapat mengeluarkan kata-kata KESEDARAN khas buat papanya.
"Kau tunggu perempuan, aku pastikan hidup kau takkan selamat" Getus hati Kamal, benci benar melihat muka Sally sebentar tadi. Berpura-pura menangis, menggedik,sangat menjijikkan.
"tit...tit.." satu SMS diterima. Sally segera menekan butang VIEW, satu mesej di buka
Kau jangan ingat kau akan selamat. Hidup kau takkan tenteram. Aku akan pastikan kau musnah. Perempuan jalanan!!!
_teman ngeri_
Tersentak Sally selepas membaca SMS itu. Dia merasakan dirinya terancam. Apakah hidupnya tidak lama lagi??? Apakah ini angkara Kamal? Ah!jahanamla kau, aku tak kisahla, ini Sally.. setakat ugutan macam ni, aku dah biasa... Bukan sekali dua aku menggoda suami orang...orang tua bapa kau tu dah kali keratusan!!! Bangga Sally meninggikan dirinya sendiri. Sms itu tidak dibalasnya, kerana dia yakin, itu kerja Kamal, anak Kasim..setakat budak mentah, apalah yang boleh dilakukannya. Bebel Sally sendiri.
******************************************************Malam ini,Kasim tidak seperti selalu, dia pulang ke rumah awal. Malamnya yang selalu dipenuhi dengan layanan gelek dari penari dangdut di kelab hiburan ditahan malam ini. Dadanya agak berdebar, segarang-garang dia dengan isterinya, masih ada satu perasaan yang dia kurang pasti kenapa tidak selesa kiranya Kamal anaknya akan membocorkan segala tembelangnya.
Ah!! Dia cuba menepiskan ego lelakinya. Mungkin kadangkala dia sedar segala harta kekayaan kini adalah milik isterinya juga, hasil kongsi sepencarian bersama. Dia masih ingat ketika Kamal masih kecil, kehidupan mereka sederhana, tetapi atas kebijaksanaan Puan Karina, isterinya yang pandai menjahit baju, akhirnya kehidupan mereka kian senang. Dengan duit yang ada itu juga Puan Karina memberi galakan kepada Kasim untuk memulakan perniagaan. Beberapa tahun, usahanya tidak sia-sia, perniagaan semakin berkembang. Sejak itulah, dia kian tersasar jauh, berkenalan dengan ramai ahli korporat dan akhirnya terjerumus ke lembah maksiat yang dia sendiri tidak sedar sudah jauh terlanjur.
Sally? Perempuan itu cukup menghiburkannya, potongan badan yang langsing, raut wajah yang ayu, keletahnya yang manja, membuatkan Kasim hilang kawalan, walaupun sedar dirinya tidak sepadan, tapi dia cuba meyakinkan Sally sangat mencintainya. +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ "tong... tong" bunyi jam menunjukkan tepat pukul 12 malam. Mata Puan Kartina masih terkebil-kebil, tidak dapat melelapkan mata.Hatinya libang-libu... masih teringat muka Kamal, anak terunanya tadi, masam dan senyuman yang diukir juga berpura-pura.Puan Kartina faham hati remaja Kamal, sedar ini semua terjadi kerana sikap suaminya yang sentiasa mendatangkan masalah.Dia akur Kamal seringkali ingin pertahankannya ketika Kasim memukulnya, tapi dia tidak mahu Kamal menjadi anak derhaka. "Maafkan mama,Kamal.... Mama sayang Kamal, mama tak nak Kamal jadi anak yang lupa diri..." rintihnya sendirian di atas katil. Entah bila Puan Kartina sendiri tidak tahu, dia terlena sendirian tanpa suami di sisi. Begitulah kehidupannya semenjak Kasim berjaya dalam perniagaan, bergelar ahli KEPARAT!
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ Kamal menghela nafas panjang, dadanya bagaikan bom yang menunggu saat untuk meletup. Muka Kasim,papanya bermain-main difikiran,ingin sahaja dia hapuskan orang tua itu. Pantang baginya jika mama dipermainkan sebegitu. Mama wanita yang setia, patuh pada arahan suami, solat, mengaji, rajin, menjalankan segala tugas sebagai wanita, ibu dan isteri dengan baik. Papa pula membuli sakan mama, dia sebagai saksi, tidak dapat menanggung ini semua.Televisyen yang sedari tadi menghidangkan rancangan kegemarannya "JANGAN LUPA LIRIK" tidak lagi diendahkan. Segera kawalan jauh diambil, punat Off ditekan.Fikirannya tidak tenang, masih mencari di mana silap mamanya, sehinggakan papa buta memilih Sally kotor itu sebagai pujaan hati.
Kamal masih teringat waktu zaman kecilnya " Kamal... papa pergi kerja dulu... petang nanti papa balik. Esok cuti, kita jalan-jalan ye... sayang papa...." Kasim menghulur pipinya kepada Kamal. Meminta ciuman darinya. Seraya dengan pantas Kamal mencium. Tika zaman kanak-kanak, Kamal agak rapat juga dengan papa, tapi itu semua berakhir bila Kamal meningkat dewasa, alam remaja.Perangai Kasim juga tidak seperti dulu, melebihkan rakan-rakan niaganya dari keluarga.
"Kamal...!! Kamal.....!! " suara yang garau tiada kelembutan memanggil Kamal. Dia pasti itu suara orang tua tak sedar diri. Kamal bingkas bangun... apakah si tua itu mahu membuat perhitungan denganku?? Dengus Kamal. Waktu ini, jam 8 pagi mama pasti sahaja keluar ke pasar dengan basikal tuanya. Si tua miang ini pula bermaarajalela di rumah. Kamal menuruni tangga rumahnya dengan langkah tersusun. Penumbuk digenggam... Dia sudah bersedia jika ini yang papa inginkan darinya.
x sbrnye nak tau..ape jadi ngan kamal..harap jgn la papa die pukul anak die tu..sian kamal..kamal cume membela nasib mamanya saja.. cepat smbung yer....
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
not bad... jln crita yg dikira bgus, tersusun dan pnuh emosi.. truskan usaha..