Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Abang,Lia redha kalau Abang berkahwin lain,ini demi abang jugak."Alia memandang sayup wajah suaminya itu.Tidak mengapalah,demi kasih dia sanggup melakukan apa sahaja. "Lia,berapa kali Abang nak cakap?Jangan berbicara soal itu!Abang sayang Lia dan Abang tidak akan sesekali menduakan Lia".Hazriq meninggikan suara seakan tidak senang dengan penyataan isterinya itu. "Tapi Abang,Lia tidak sanggup melihat Abang tidak mempunyai zuriat sendiri,Abang jangan harapkan Lia,Harapan Lia untuk memberi Abang zuriat amatlah tipis."Alia mula menitiskan air mata.Dia sedar akan kelemahan dirinya. "Lia,dengar sini,Abang cintakan Lia,Abang sanggup berkorban demi cinta ini.Jangan berputus asa Lia.Insyaallah,masih ada rezeki untuk kita.ALLAH itu maha pemurah,Lia."Hazriq mengusap lembut rambut isterinya.Baginya Alialah cintanya yang pertama dan terakhir. "Abang,mulut orang akan berkata,apa kata mak Abang nanti?Dia pasti akan menyalahkan diri Lia ini,Lia tak nak hubungan Abang dengan Mak menjadi renggang semata-mata kerana Lia tidak boleh memberi cucu."Ujar Lia panjang lebar. "Lia,biarlah orang berkata,bukan mereka yang menentukan hidup kita,Lia."Hazriq memujuk. "Tapi.." "Shhh.." Belum sempat dia menghabiskan kata-katanya,Hazriq meletakkan jari telunjuknya di bibir mungil Alia.Alia tidak mampu berkata lagi.Hazriq tetap begitu.Hanya itu saja satu cara yang membolehkan suaminya mempunyai zuriat secepat mungkin,bersedia dimadukan!Tetapi,apakan daya,cinta itu tidak boleh dipaksa-paksa. "Hari minggu ni,kita pulang ke kampung,ya?"Hazriq memecah kesunyian malam seketika. "Hmmm..Lia ikut sahajalah,Bang.."Alia menjawab ringkas. Hazriq menarik selimut sehingga menutupi sebahagian tubuh sasanya itu.Lampu tidur dimatikan.Dalam kegelapan,Alia merenung suaminya itu,dia berkefikiran lagi."Apalah nasib suamiku ini..."Hatinya berkata sendirian. ********************************************* Alia menghempas tubuhnya di atas kerusi biru di bilik di dalam pejabat itu.Dia memejam rapat matanya,sambil mengeluh panjang.Dilihatnya timbunan fail-fail yang perlu dibereskan di atas meja.Kerjaya sebagai penasihat undang-undang agak memenatkan.Dia mencapai salah satu fail yang terdapat di atas meja itu untuk dibereskan.Pintu tiba-tiba dikuak.... "Hai,selamat pagi,wahh,rajin Cik Alia kita ni buat kerja pagi-pagi."Erneelya masuk mendapatkan Alia yang sedang rancak menulis. "Dato' nak laporan ni hari ni,jadi,kenalah siapkan." "Oooo..eh,apa khabar dengan Hazriq?Lama tak dengar cerita."Erneelya tiba-tiba menanyakan soal Hazriq.Alia berhenti menulis,seraya merenung tajam ke arah Alia. "Eh,jangan marah,aku tanya ajelah..kau ni sensitif sangat."Erneelya mengerutkan dahi melihat tingkahlaku rakan baiknya itu. "Haha,mana ada aku marah,relakslah,dia ok...tapi biasalah 'bussinessman',sibuklah dengan 'bussiness' dia tu."Alia tertawa melihat gelagat Erneelya yang cepat gabra itu.Dia menyambung semula kerjanya. "Hmm..weh,kau tak ada tanda-tanda 'pregnant' lagi ke lepas peristiwa anak kau meninggal dalam perut tu?Aku kesian tengok kau.." Alia tersentak.Berbekas hatinya ketika Erneelya mengutarakan soalan itu.Tetapi dia hanya tersenyum. "Eleh,kesian aku pulak,patut kau kesiankan diri kau dulu,kau lagi belum kahwin,ni nak jadi anak dara apa ni?" Alia cuba untuk lari dari topik perbualan sebelum ini. "Heh,sebiji aku dapat,main kasar ni!" Mereka ketawa memecah kesunyian pagi.
**************************************************** "Setelah saya membuat pemeriksaan,saya mendapati awak mengalami komplikasi di saluran peranakan awak."Ujar Doktor Emrizal serius."Ini yang menyebabkan awak sukar untuk hamil lagi kali ini.Harapan awak untuk mengandung lagi cuma lima peratus." Alia tersentak.Kata-kata yang keluar dari mulut doktor muda itu sungguh menyentap hatinya. "Apa saya tidak boleh hamil lagi kah,Doktor?" "Saya sudah beritahu tadi,harapan awak cuma lima peratus.Sebaiknya awak berdoa dan bertawakallah kepada ALLAH.DIAlah yang menentukan setiap rezeki manusia."Ujar Doktor Emrizal tenang. "Mungkin,sebelum awak hamil bayi yang pertama dulu doktor telah memberitahu bahawa peluang untuk awak hamil buat kali kedua sangat tipis,bukan?"Tanya Doktor Emrizal panjang lebar. "Memang ada, Doktor.Tapi saya tidak pula menyangka yang bayi saya akan menemui ajal ketika di dalam kandungan lagi."Alia tunduk.Kelopak matanya berair. Doktor Emrizal tersenyum."Bersabarlah dan berdoalah,sesungguhnya ALLAH itu maha mendengar." Alia melangkah keluar dengan hatinya yang remuk.Apa perasaan suaminya apabila mendengar perkhabaran ini?Dia tidak mahu mengecewakan suaminya buat kali kedua setelah kematian bayi mereka ketika di dalam kandungannya dulu. Alia tersentak!Mengapa tiba-tiba pula dia teringatkan masa itu?Ketika dia diberitahu bahawa peluang untuk dirinya hamil sangat tipis.Ahh!!Alia mengucap panjang.Kalau boleh dia tidak mahu mengingati perkara itu lagi.Tangannya semakin rancak menulis.Dia perlu menyiapkan laporan itu hari ini juga.Alia mula kelihatan sibuk.
******************************************************* Hazriq tenang ketika memandu di dalam kereta.Sesekali kesesakan lalulintas di kota raya itu memeningkan kepalanya."Biasalah,hidup di Kuala Lumpur."Hazriq menyenangkan hatinya sendirian.Sesekali fikirannya menerawang terhadap apa yang dikatakan oleh Alia,isterinya malam semalam.Tidak disangka isterinya sanggup dimadukan semata-mata untuk kebahagiaan dirinya.Hazriq tidak mahu Alia terluka.Walaupun isterinya itu mengizinkan dia berkahwin lain,tetapi,di hati kecilnya belum tentu isterinya itu rela paling tidak pun terguris.Ah!Isteriku,sungguh cetek pemikiranmu.Rezeki ALLAH sentiasa ada untuk hamba-hambanya.Sebagai hamba-NYA,kita hanya perlu berusaha dan bertawakal.Insyaallah,akan ada sesuatu yang menanti.Benarlah yang dikatakan,lelaki mempunyai sembilan akal satu nafsu,permpuan pula mempunyai satu akal sembilan nafsu.Dalam itu,Hazriq juga tidak menafikan,Alia berbuat semua ini kerana kebahagiaan dirinya.Hazriq mengeluh sendirian di dalam keretanya itu sambil meredah kesesakan kota raya bernama Kuala Lumpur itu....
******************************************** Sebuah Mercedes Benz berwarna hitam memasuki perkarangan rumah banglo dua tingkat yang tersergam indah di atas sebuah bukit betul-betul di tengah-tengah kota raya Kuala Lumpur itu.Hazriq keluar dari keretanya itu.Kereta Hyundai Elantra tidak ada di situ,bermakna Alia masih belum pulang dari tempat kerja.Sepatutnya isterinya itu tidak perlu bekerja kerana pendapatannnya sebagai seorang 'bussinessman' agak menguntungkan sehingga mampu membeli sebuah rumah banglo yang betul-betul terletak di tengah-tengah kota Kuala Lumpur itu.Tetapi Alia tetap berdegil untuk bekerja.Katanya sunyi.Hazriq tersenyum sendirian,lalu memasuki rumah banglo dua tingkat miliknya bersama Alia itu.Dia menghempas tubuhnya di atas sofa empuk di kediamannya itu.Dia berimaginasi seketika.Dia membayangkan suara kanak-kanak sedang menyambut ayahnya pulang dari kerja.Dia tersnyum sendirian lagi.Tetapi apakan daya,suasana itu entah akan datang entah tidak dalam hidupnya.Disebabkan masalah yang dihadapi oleh isterinya itu,dia tidak menaruhkan harapan yang tinggi terhadap zuriat.
************************************************** Sepanjang perjalanan ke Muar,Hazriq dan Alia lebih memilih untuk melayani fikiran masing-masing.Tidak banyak yang hendak dibicarakan.Sesekali Alia memecah kesunyian dengan mecari topik perbualan sepanang perjalanan ke rumah ibu mertuanya itu,iaitu ibu Hazriq.Hazriq melayan setiap percakapan isterinya itu bagi mengelakkan rasa bosan dan kesunyian sepanjang perjalanan. Seorang lelaki lingkungan lima puluh-an membuka pintu pagar rumah banglo dua tingkat itu.Dia ialah Pak Ali.Dia telah lama berkhidmat di situ semenjak Hazriq masih bayi lagi.Pak Ali memberi isyarat kepada Hazriq supaya masuk ke perkarangan rumah banglo itu.Hazriq masuk lalu meletakkan keretanya di perkarangan rumah itu.Kelihatan ibu Hazriq,Datin Hasnah sudah tercegat di depan pintu.Hazriq diikuti Alia keluar mendapatkan ibu mereka itu. "Assalamualaikum,mak."Hazriq mengambil tangan Datin Hasnah lalu mencium tangan orang tua itu.Datin Hasnah tidak menjawab.Dari riak wajahnya,kelihatan dia tidak begitu gembira.Ini membuatkan Alia berasa serba salah.Dia menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan ibu mertuanya itu tetapi Datin Hasnah segera menepis lalu masuk ke dalam rumah.Alia dan Hazriq berpandangan sesama sendiri.
************************************************* "Mak dah ada calon isteri untuk kau."Kata-kata Datin Hasnah itu menyebabkan Hazriq dan Alia tersentak. "Mak,apa mak cakap ni?Saya kan dah ada isteri."Hazriq menunjukkan reaksi tidak senang dengan kata-kata ibunya itu."Kau tak dengar ke?Mak nak kau kahwin dengan anak Tan Sri Yusof tu,Melia.Mak nak cucu."datin Hasnah menjeling ke arah Alia.Alia hanya tunduk.Dia sudah menjangkakan perkara ini pasti berlaku. "Tapi mak,Alia bukan tak boleh mengandung,cuma ambil masa sikit saja,bagilah kami peluang mak." Hazriq cuba memujuk ibunya yang keras kepala itu. "Sampai bila?Sampai mak mati?"Datin Hasnah bersuara penuh emosi. "Abang,betul kata mak Abang tu,Lia tak mampu memberi Abang zuriat, Bang.Abang ikutlah kata-kata ibu Abang itu."Alia bersuara tiba-tiba.Suaranya tersekat-sekat menahan kesedihan. "Tapi,Lia,Abang cintakan Lia."Hazriq mendapatkan Lia lalu memeluk tubuh isteri kesayangannya itu. "Hazriq,kau jangan jadi bodoh!!"Datin Hasnah menghempaskan telapak tangannya ke meja.Keadaan menjadi riuh seketika.Tiba-tiba Alia merasakan kepalanya berpusing,serentak itu tekaknya terasa loya.Alia berlari ke dapur lalu memuntahkan segala isi perutnya.Hazriq dan Datin Hasnah berpandangan sesama sendiri.Dalam keadaan lemah,Alia dipapah Hazriq untuk dibawa ke klinik.
****************************************************** Sepanjang perjalanan pulang dari klinik,senyuman tidak lekang dari bibir Alia dan Hazriq.Mereka tersenyum sendirian setelah diberitahu bahawa Alia hamil dua minggu.Tidak apa yang dapat diucapkan oleh Datin Hasnah ketika mendengar perkhabaran itu.Mereka mengangkat tangan seraya berdoa tanda bersyukur.Impian mereka telah dimakbulkan,jelas terpancar air mata gembira mengalir di pipi Datin Hasnah dan Alia.Hazriq tersenyum sendirian mengenang saat indah ini.... Tanggal 21 Mei 2008,dengan bersaksikan Hazriq serta Datin Hasnah,Alia selamat melahirkan puteri sulungnya hasil kesabaran berumah tangga bersama Hazriq.Bayi itu dinamakan Aisya Qistina bersempena dengan nama isteri rasulullah,Aisyah.Tidak ada apa yang dapat diucapkan oleh Hazriq ketika Aisya Qistina lahir ke dunia.Mengalir air mata gembira di pipi Alia.Hazriq mencium dahi isterinya itu sambil Alia berkata"Semua ini UNTUKMU SAYANG."
apelah ko nie... xbest la..baik ko dok umah buat kueh cekodok..lg bagus.. best ar cmtu,mak mertua ckp je nk kawen kn laki die ngn org laen,terus je die hamil... ade ke cmtu???? x logik ar.....
Simple gler..aq da imagine mse bce..dye kawen then mle cnte kt istri bwu,xkesah kt bini lme..slalu mrah2 bini lme..xsngaje jtoh kn tlak..len2 ar..tp aq xley tlis..aq bg idea je..ending dye jao bbnor dri pkiran aq..adohai
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
rasanya cite ni dah penah kuar..