BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Jumaat, Mei 08, 2009
Cerpen : Terima Kasih Cikgu
Nama Pena : Eriy Khaira

Sudah hampir empat tahun aku meninggalkan alam persekolahan yang terlalu banyak memberikan kenangan yang tak mungkin aku lupakan. Bermakna sudah hampir empat tahun jualah kisah ini berlalu namun ia masih segar dalam ingatanku. Hari ini merupakan hari keempat sesi persekolahan bermula bagi tahun ini.. Sementara menunggu keputusan peperiksaan SPM keluar aku mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke tingkatan enam bawah sebagai persediaan awal sekiranya aku gagal menyambung pelajaran ke mana-mana pusat pengajain tinggi aku masih berpeluang untuk mengambil peperiksaan STAM pada tahun tersebut. Itulah yang ada pada fikiranku sekarang.

Seperti biasa aku dan kawan –kawan merupakan rombongan yang paling lewat sampai ke sekolah. Hal ini kerana bas yang kami naiki mengambil para pelajar yang mempunyai jarak rumah yang jauh dari sekolah termasuklah aku sendiri menyebabkan kami terpaksa sampai lewat daripada waktu yang sebenar. Guru-guru tidak dapat berbuat apa-apa hanya sekadar menjadi pemerhati. Namun langkah tetap kami percepatkan agar masa yang ada dapat disingkatkan. Keadaan yang biasa dilihat dan dilalui di mana minggu pertama boleh dikatakan minggu enjoy kerana minggu tersebut jarang guru-guru yang memulakan pelajaran mereka hanya sekadar memberi pengenalan berkaitan dengan topik-topik yang akan dipelajari. Masa yang terluang kami isi dengan borak kosong. Riuh-rendah kelas dengan pelbagai suara kawan-kawanku termasuklah aku sendiri. Nama sahaja sekolah agama perempuan namun kebisingan yang wujud tidak dapat dielakkan. Sudah adat manusia yang bernama pelajar tidak bising tidak sah.

"Sue, kalau nak tahu semalam ada cikgu baru tau, dia pun mengajar kita gak," ujar sahabat baikku Shida memecah kebisingan kami.
"Lelaki tau... dengar kata belum kahwin lagi," tambah Shida lagi.
"Ye ke, hemsem tak," balasku bersahaja.
"Hmm... ok la. Tapikan gaya dia sekali tengok cam budak sekaolah la," jawab Shida mula bercerita pasal cikgu baru tersebut.
"Betul ke.... dia ajar pelajaran apa kat kelas kita," soalku pula. Sekadar memberi reaksi dengan apa yang dibicarakan oleh sahabatku itu.
"Tamadun Islam," jawab Shida ringkas.
Kami bukanlah tergolong dalam golongan pelajar nakal apatah lagi gatal yang tak menuntu. Cuma biasa la manusia suka memperkatakan sesuatu yang baru mungkin. Akhirnya persoalan tentang cikgu baru itu lenyap begitu sahaja tambahan pula waktu rehat sudah tiba kelihatan pelajar berpusu-pusu ke kantin untuk mengisi kantung yang mula berketak itu. Aku dan Shida juga tidak ketinggalan untuk mengisi tong kami yang mulai menyengat tangkai perut ini.

Kebiasaannya aku lebih suka membeli kuih sahaja untuk menampung keperluan perutku ini. Bukan apa aku malas untuk berebut dan berasak-asak untuk membeli nasi yang sememangnya menjadi menu utama para pelajar. Namun entah kenapa hari ini perutku seolah-olah meminta untuk diisikan dengan benda yang lebih berat. Apa lagi kalau bukan nasi. Aku tanpa menoleh kiri dan kanan terus meredah masuk dalam kesesakan para pelajar sama-sama berebut hanya untuk satu matlamat. Kebetulan tempat untuk membeli nasi itu bersebelahan dengan tempat guru-guru lelaki bersantap. Aku tanpa mempedulikan keadaan sekeliling terus berasak-asak untuk ke depan bersama-sama dengan pelajar-pelajar yang lain. Shida sahabatku hanya berdiri tidak jauh dari di situ. Dia tidak perlu bersusah payah untuk membeli nasi kerana aku telah mengambil order bagi dirinya. Itulah kawan apa salahnya berkorban antara satu sama lain.

Dalam keadaan yang bersesak-sesak itu, entah bagaimana aku terkeluar dan tertolak sedikit ke belakang ketika pelajar yang di depanku ingin keluar setelah mendapat apa yang diingininya. Dalam terpaksa dan muka tidak puas hati aku terpaksa merelakannya berlalu. Sewaktu aku ingin membuat percubaan sekali lagi untuk maju ke depan, entah bagaimana mataku tiba-tiba tertangkap pada seraut wajah yang tidak pernah aku lihat sebelum ini. Perasaan malu menyelinap ke dasar hati apabila teringat tingkah lakuku yang berasak-asak sebantar tadi. Lebih memalukan apabila wajah itu leka memandang diriku sewaktu mata kami bertembung. Aku yang sememangnya seorang perempuan punya rasa malu terus menundukkan wajah memandang ke lantai sambil menggigit lidah menahan malu yang mula bertamu akibat diperhatikan tanpa aku sedari. Perlahan-lahan aku mula menyusup ke belakang dan menuju ke sebelah kiri sehingga terlindung wajah yang ketika itu kembali menjamu selera. Namun tuntutan perut tidak menghalang niatku untuk mencapai apa yang aku ingini.

Waktu rehat yang diperuntukkan telah tamat. Begitu juga dengan perutku yang sudah kekenyangan disumbat oleh nasi ayam merah itu hanya tersenyum senang hati sambil kaki melangkah menuju ke kelas. Kebetulan mata pelajaran Tamadun Islam akan menyusul selepas waktu rehat itu. Aku sedikit tdak sabar untuk melihat guru baru yang diperkatakan oleh Shida pagi tadi. Sementara menunggu guru itu masuk seperti biasa kelas sememangnya bising dengan pelbagai ragam kawan-kawan sekelasku. Aku juga tidak terkecuali untuk menyumbang suara bagi menambahkan keriuhan di kelas itu. Keriuhan yang sebentar tadi bagaikan pasar tani kini kembali perlahan dan akhirnya menyepi menandakan guru yang dinantikan sudah tiba.

Setelah salam diucapkan semua pelajar dibenarkan duduk. Kedudukan aku dan Shida yang sememangnya berada dua baris ke depan dan berada di tengah-tengah kelas itu membuatkan aku hanya menundukkan wajah ke meja. Tak sanggup untuk aku mengangkat wajah apabila guru baru yang dikatakan itu adalah orang yang sama yang telah melihat gelagatku yang sememangnya memalukan aku rasakan sewaktu di kantin sebentar tadi. Perkara itu tidak aku khabarkan pada Shida atau sesiapun kerana sisa malu itu masih berbekas di hati. Tebal muka ini tidak perlu untuk aku khabarkan.

Namun setelah reda rasa malu itu aku gagahkan jua tengkuk ini memandang guru tersebut. Tak ingin aku dituduh syok pada guru baru tu oleh kawan-kawanku yang lain hanya dengan tingkah lakuku yang abnormal itu. Namun sekali lagi pandangan kami bertembung. Huh... tak tahan aku kalau selalu begini... rintih hatiku...

"Ok la kelas sebelum saya mulakan pelajaran hari ini, saya rasa masih ada yang belum memperkenalkan diri lagikan. Tiba-tiba cikgu itu bersuara memecah keheningan kelas kami.
"Saya rasa ramai lagi yang belum perkenalkan diri. Jadi saya minta sesiapa yang belum perkenalkan diri tu sila perkenalkan diri masing-masing," tambah cikgu baru itu lagi.
Aku yang sememangnya belum memperkenalkan diri kerana pada hari pertama guru tersebut masuk ke kelas kami aku tidak datang ke sekolah atas sebab biasa tertinggal bas. Namun permintaan guru tersebut disambut sepi oleh para pelajar yang tergolong dalam golongan yang disebutkan sebentar tadi termasuk aku sendiri.

Namun cikgu Arif itulah namanya belum berputus asa.
"Hmm… ada orang tak nak mengaku ye… saya rasa awak belum perkenalkan diri awak lagikan," soal cikgu Arif sambil tepat memandang diriku.
Aku dengan muka yang tak bersalah hanya menganggukkan kepala tanda mengiakan tekaannya.
"Baiklah cuba angkat tangan siapa lagi yang belum perkenalkan diri."
"Alamak macam budak darjah satu la pulak cikgu ni siap suruh angkat tangan lagi," desis hatiku.
Sebagai pelajar yang patuh la katakan aku pun angkat la tangan sambil berpaling ke belakang untuk melihat berapa ramai yang senasib denganku.
"Ok... awak mula dulu," ujar cikgu Arif sambil tangannya menuding ke arahku. Mungkin disebabkan aku yang paling depan maka aku yang terkena dulu.
Dengan muka seposen aku bangun untuk memperkenalkan diri. Sebelum sempat aku memperkenalkan diri, cikgu Arif terlebih dahulu bersuara.
"Disebabkan awak lambat memperkenalkan diri, awak perlu memberitahu apa saja pasal diri awak dalam masa 10 minit. Kalau tak cukup 10 minit tak boleh duduk," selamba badak dia menutur kata dan seterusnya menjatuhkan hukuman pada aku.
Tanpa melengahkan masa aku terus memperkenalkan nama aku tanpa mempedulikan kata-katanya yang kuanggap gurauan semata-mata.
"Nama saya Suhailah binti Abdullah, saya tinggal di Kampung Pandan.
Sebaik sahaja aku ingin duduk dia menegah untuk aku terus duduk. Katanya belum cukup 10 minit sepertimana yang dikehendakinya. Aku seakan-akan tidak percaya dengan apa yang dikatakan olehnya. Pada fikiranku ia hanya sekadar gurauan yang tidak perlu untuk dikotakan.
"Habis tu apa lagi yang saya nak bagitau cikgu. Tu jela cikgu," kataku tidak puas hati.
"Bagitau je apa-apa sahaja pasal diri awak asal cukup 10 minit," ujarnya selamba sambil tersenyum.
Aku yang sememangnya tak tahu untuk bercerita apa-apa tentang diriku hanya memandang Shida yang berada di sebelahku dan bertanya padanya menggunakan isyarat mata apa lagi yang mereka perkenalkan tempoh hari. Shida yang melihat hanya menggelengkan kepala kesian mungkin bila aku didera begini. Tanpa kata aku terus berdiam diri sambil tangan mengetuk-ngetuk meja yang berada di dalam laci tanda tidak puas hati dan malu dengan kawan-kawanku yang lain. Nampaknya cikgu Arif belum puas untuk memperkenakan diriku apabila dia bertanyakan soalan yang cepumas aku rasakan.
"Takpa la kalau awak tak nak bagitau biar saya yang tanya," ujarnya sambil bergerak menghampiri meja yang sedang ku duduki.
"Awak dah kahwin," soalnya bersahaja.
Aku yang mendengar hanya menundukkan wajah. Malu menyerbu ke muka dan pada pandanganku soalan itu tidak perlu untuk ku jawab. Beberapa ketika hanya sepi yang mengisi ruang kelas ku rasakan. Nampaknya cikgu Arif masih belum puas hati selagi aku tidak menjawab soalan tersebut sehingga memaksa dia untuk mengulangi soalan itu untuk kali keduanya. Dalam terpaksa dan malu akhirnya aku menjawab jua soalan yang ku kira tidak logik untuk ditanya. Akhirnya aku dibenarkan duduk dengan kepuasan yang tergambar di wajah cikgu Arif.
"Ah... cikgu ni sengaja nak kenakan aku. Dah la malu aku pasal kat kantin belum habis ditambah lagi dengan kejadiaan ini menambahkan rasa malu aku padanya. Akhirnya pelajaran hari itu berakhir jua apabila loceng berbunyi menandakan waktu cikgu Aif telah tamat. Lega menguasai diri kerana aku tidak perlu lagi untuk merenung meja yang tersedia comot itu.

Hari-hari yang berlalu membuatkan aku dan kawan-kawan makin leka dengan kesibukan sebagai pelajar. Tanpa disedari sudah sebulan sesi persekolahan bermula. Bermakna sudah sebulan jugalah cikgu Arif menjadi guru di sekolah kami. Dalam waktu yang sesingkat itu telah menjadikan cikgu Arif terkenal dalam kalangan para pelajar. Dengan statusnya yang bujang itu tidak hairanlah jika ada pelajar yang meminatinya sama ada secara sembunyi atau nyata. Namun apa yang nyata aku tidak termasuk dalam golongan itu. Padaku perjalanan masih jauh, pelbagai onak dan duri perlu aku tempuhi untuk mencipta kejayaan yang diimpikan. Namun apa yang aku sedikit kesali adalah di mana ada para pelajar yang sanggup memalukan diri mereka sendiri aku rasakan semata-mata untuk meraih perhatian cikgu Arif terutamanya dua orang pelajar tingkatan lima yang boleh dikatakan peminat fanatik cikgu Arif. Namun semua itu aku tidak kisah kerana bukan menyusahkan diriku yang tersedia bahagia ini.

Masa yang berlari bagaikan terlalu cepat dirasakan. Tanpa aku sedari hari ini aku akan mewakili rumah sukan bertanding syarahan bahasa Melayu bagi peringkat sekolah sempena sukan tahunan. Namun tahun ini aku rasakan bagaikan tiada perasaan untuk menang hanya sekadar menyertainya sebagai mewakili rumah sukan sahaja aku rasakan. Masuk tahun ini sudah empat tahun aku mewakili rumah sukan bagi kategori ilmiah ini. Dua kali aku mendapat tempat kedua dan tahun lepas aku dinobatkan johan seterusnya layak mewakili sekolah ke peringkat zon. Namun langkah aku terhenti di situ apabila aku hanya menyandang tempat ketiga sewaktu pertandingan tersebut. Disebabkan pengalaman sewaktu bertanding di peringkat zon itulah yang telah menyebabkan semangat aku luntur untuk terus aktif dalam pertandingan ini. Bukan kerana mendapat tempat ketiga yang melunturkannya tapi perasaan serik aku rasakan untuk terus memalukan diriku sendiri di hadapan orang ramai. Bayangkan bagaimana untuk aku mengingati teks syarahan tersebut dengan lancar jika sehari sebelum pertandingan boleh dikatakan seluruh teks syarahan aku diubah oleh guru penyelia. Hanya Tuhan yang tahu bagaimana aku perasaanku saat berada di pentas apabila sampai suatu ketika beberapa saat aku terpaksa berdiam diri kerana tidak mampu untuk mengingati teks tersebut. Namun mungkin sudah rezekiku sekalipun masih ramai peserta yang telah membuat persembahan yang lebih baik aku rasakan aku tetap mendapat tempat.

Walau bagaimanapun perasaan serik itu sememangnya telah melunturkan semangat aku untuk terus berjuang mencapai matlamat pertama aku sewaktu mula menceburkan diri dengan syarahan ini iaitu menjejakkan kaki ke peringkat negeri yang merupakan peringkat akhir. Namun apa yang pasti perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan. Sekali lagi aku berjaya meraih johan dalam pertandingan itu seterusnya melayakkan diriku ke peringkat zon. Sungguh aku sedikitpun tidak mengharap kemenangan berpihak padaku. Antara rela dan tidak aku menerima tanggungjawab membawa nama sekolah ke peringkat zon.

Tanpa aku sangkakan kali ni cikgu Arif diberi tanggungjawab untuk menjadi penyelia bagi peserta yang akan menyertai pertandingan syarahan mewakili sekolah bagi kategori bahasa Melayu. Dan sudah tentunya akulah yang akan diselianya bersama dengan seorang lagi pelajar tingkatan dua yang mewakili sekolah bagi kategori B. Namun sungguh aku katakan, sekali terkena aku akan ingat sampai bila-bila. Namun kegigihan cikgu Arif membuatkan aku sedikit tersedar bahawa bukan semua orang bersifat sambil lewa terhadap tugas yang diamanahkan padanya. Tidak dapat dinafikan bahawa dari kegigihannya itu terselit harapan agar aku mampu melangkah ke peringkat negeri seterusnya mendapat tempat yang terbaik. Tapi aku menunjukkan sifat yang sebaliknya pula. Lebih memandang kekalahan daripada kemenangan. Jika aku kalah bermakna aku tidak perlu bersusah payah untuk terus berjuang di peringkat akhir itulah yang tersemat di fikiranku.

Jika ada waktu terluang pasti aku akan dipanggilnya untuk berlatih syarahan sebelum hari pertandingan itu dijalankan. Dan pastinya setiap pertemuan kami akan ditemai oleh Shida sahabatku yang setia ke mana sahaja ku melangkah. Apa yang pasti kegigihan itu tidak mampu untuk membangkitkan kembali semangatku yang kian sirna ku rasakan. Aku tahu cikgu Arif dapat melihat segalanya melalui tingkah lakuku namun tidak sekalipun dia mengalah dengan sikapku yang sedikit lewa itu.
"Lah... ingat tu esok dah bertanding peringkat zon. Jadi malam ni paktis betul-betul tau."
Cikgu Arif memperingatkan aku tentang pertandingan yang akan aku hadapi esok hari. Aku hanya tersenyum sambil menganggukkan kepala tanda memahami.
"Lah... takkan esok nak pakai macam ni je," soal cikgu Arif berpaling ke belakang memandangku yang sudah mengikuti langkahnya setelah latihan kami pada hari itu tamat.
"Ye la cikgu pakai macam ni je la nak pakai apa lagi," balas ku bersahaja.
"Takkan tak nak pakai bleser sekurang-kurangnya nampak lain sikit," ujarnya memberi cadangan.
"Nak cari bleser kat mana cikgu esok dah nak bertandingnya mana sempat," jawabku kurang berminat.
"Hmm... saya ada satu bleser tapi tak tau la sesuai tak dengan awak," katanya lagi.
Aku hanya memandangnya tanpa kata.
"Takpe la nanti esok saya bawa. Kalau sesuai boleh la pakai," usulnya sambil kembali meneruskan langkah.

Esoknya seperti yang dirancang aku dan seorang lagi pelajar bagi kategori B dibawa ke sebuah sekolah di mana pertandingan itu diadakan. Sebelum kami bertolak cikgu Arif mengingatkan aku supaya mengambil sarapan agar perut tidak kosong. Aku yang sememangnya tidak gemar mengambil sarapan pagi terpaksa menelan kuih yang ku beli di kantin sekolah sekadar mengambil hati atas pelawaan cikgu Arif. Bukan aku perasan namun aku sedikit hairan bila hanya aku yang disuruh mengambil sarapan sedangkan ketika itu peserta kategori B juga ada di samping ku. Namun aku tidak mahu terlalu memikirkannya. Fikirku mungkin dia sudah bersarapan sebelum aku datang. Sementara kami berempat di mana aku membawa Shida untuk menemaniku dan peserta tersebut membawa rakannya sebagai peneman berada di kantin cikgu Arif meninggalkan kami dan menuju ke pejabat. Apa yang dibuatnya itu bukan urusanku. Dalam keterpaksaan menelan makanan itu, sempat lagi aku berfikir siapa yang akan duduk di seat hadapan bersama cikgu Arif. Tak mungkin Shida dan rakan yang menemani Faezah peserta kategori B itu. Silap-silap hari bulan aku yang kena. Kalau boleh aku nak elakkan daripada duduk di depan bukan apa tak selesa aku rasakan.

Seketika cikgu Arif kembali semula dan mengajak kami kerana masa bertolak telah tiba. Dalam otakku ligat mencari jalan supaya aku boleh duduk di seat belakang memandangkan yang lain cepat saja melangkah menuju ke seat belakang. Nampaknya akulah yang akan menjadi mangsa keadaan..huhuhu.. Namun mungkin sudah nasib aku ini baik belum sempat tanganku mencecah ke arah tempat membuka pintu kereta itu, tiba-tiba kami semua disapa oleh satu suara yang sememangnya menjadi peminat fanatik cikgu Arif, Faezah juga namanya.
"Kak Sue nak gi mana ni," sapa Faezah padaku.
"Nak gi bertanding syarahan la," jawabku sambil tersenyum.
"Nak ikut cikgu boleh tak," soal Faezah spontan sambil memandang cikgu Arif.
Cikgu Arif yang sememangnya baik dengan para pelajar memberi kebenaran padanya untuk mengikuti kami.
"Kalau macam tu jom la," ajak cikgu Arif.
Faezah kelihatan girang sebelum meminta diri untuk kembali ke kelas bagi menghantar pas keluar. Aku tanpa berlengah lagi terus mengambil tempat di seat belakang dan seat hadapan aku biarkan kosong untuk diisi oleh Feazah apabila dia datang nanti. Cikgu Arif yang melihat tindakanku itu hanya memandang tanpa kata.

Mungkin sudah rezekiku sekali lagi aku dinobatkan sebagai juara seterusnya layak ke peringkat akhir. Namun aku bagaikan tiada perasaan untuk itu. Apa yang ku jangkakan lain pula jadinya.
"Aik... Lah macam mana ni. Time syarahan tadi kesimpulan tak bagi. Tapi nasib baik peserta kurang boleh menang lagi," ujar cikgu Arif sewaktu menghampiri kami semua setelah majlis penyampaian hadiah selesai.
"Entah la cikgu terlupa tadi," jawabku sambil tersenyum malu ditegur begitu.
Bukan aku sahaja yang berjaya Faezah peserta kategori B juga meraih tempat yang sama sepertiku iaitu johan di peringkat zon.

Sewaktu pulang tiada banyak bicara yang keluar dari mulut masing-masing. Hanya ditemani oleh celoteh dejay radio dan lagu-lagu yang diputarkan ke udara. Tiba-tiba cikgu Arif bertanya sesuatu yang kurang jelas pada pendengaranku sambil berpaling sedikit ke belakang memandangku yang kebetulan berada di tepi tingkap bahagian kiri kereta. Aku yang tidak dapat menangkap butir bicaranya hanya menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil memandang Shida di sisi. Beberapa saat aku masih membisu membuat cikgu Arif mengulangi sekali lagi pertanyaannya. Namun masih kurang jelas pada pendengaranku walaupun begitu aku masih dapat menangkap beberapa patah perkataan dalam samar-samar. Untuk bertanya kembali malu menguasai diri. Akhirnya aku main hentam je jawab. Harap-harap betul la apa yang aku katakan itu.
"Apa cikgu... ooo saya da minum da air yang saya bawa tadi," itulah jawapan yang aku berikan dengan yakin sekali.
Tiba-tiba aku melihat cikgu Arif tersenyum sambil kembali berpaling ke belakang memandangku.
"Bukan.... saya tanya Lah nak minum ke. Kalau nak kita boleh berhenti minum dulu.
Masya Allah malu bukan kepalang aku dengan cikgu Arif ni. Selamba rock je bagi jawapan last-last kena batang hidung sendiri. Entah la apa yang ada dalam fikiran cikgu Arif entah-entah dia fikir aku ni trouble sound pun tak tahulah.
"Oooo cikgu tanya tu ke.. hehehe silap dengar rupanya," jawabku konon-konon nak kawal malu la tu.
Tanpa berfikir panjang aku menolak ajakan cikgu Arif itu tanpa meminta pendapat kawan-kawan yang lain. Cikgu Arif hanya menganggukkan kepala tanda tidak kisah. Nampaknya cikgu Arif ni guru yang mengambil berat pasal pelajarnya. Tanpa membiarkan kesepian menguasai ruang antara kami semua dia sekali lagi bertanya padaku. Tapi kali ini aku fokus tak ingin memalukan diri entah kali yang ke berapa di mata cikgu Arif.
"Pagi tadi Lah ambil kuih apa, saya tak bayar lagi kat kantin tu," soalnya lagi.
Aku yang mendengar sedikit tercengang kerana tak menyangka itu yang akan diucapkannya.
"Oooo kalau yang tu takpe cikgu saya dah bayar dah," balasku bersahaja.
"La... kenapa bayar pula, saya suruh ambil tu sebab saya ingat nak bayar," ucap cikgu Arif lagi.
"Ala takpe la cikgu bukannya mahal pun," balasku lagi.
Sememangnya aku telah didik agar tdak terlalu mudah untuk menerima apa-apa pemberian daripada sesiapun melainkan jika ianya benar-benar perlu. Hanya suara aku dan cikgu Arif sahaja yang kedengaran sepanjang perjalanan kami itu. Mungkin disebabkan dia lebih selesa dan sudah biasa denganku berbanding yang lain.

Hari ini seperti biasa cikgu Arif masuk ke kelas dan memulakan pengajarannya. Boleh dikatakan semua pelajar memberi tumpuan terhadap apa yang diajar oleh cikgu Arif itu. Aku juga tidak ketinggalan untuk menadah telingaku mendengar ilmu yang dilontarkan olehnya. Setelah menerangkan topik pelajaran kami pada hari itu cikgu Arif akhirnya duduk di meja guru sementara menunggu masanya yang hampir tamat kira-kira 10 minit lagi.

Sudah menjadi kebiasaanku untuk menundukkan wajah apabila kaum Adam berada di hadapanku apatah lagi cikgu Arif itu. Mungkin perasaan malu menjadikan aku lebih senang menundukkan pandangan daripada melihat atau memandang ke depan. Dengan tangan yang ligat mengetuk meja di dalam laci, tiba-tiba aku seperti mendengar satu suara memanggilku. Namun aku keraskan kepalaku daripada melihat ke arah suara tersebut. Pada pandanganku itu hanya perasaanku sahaja. Tak mungkin cikgu Arif memanggil diriku dengan panggilan Sue kerana selama ini dia lebih senang memanggilku dengan panggilan Lah. Dua kali namaku dipanggil namun aku buat badak tuli je.
"Lah.... tiba-tiba panggilan itu kedengaran sedikit kuat dari tadi.
Spontan aku melihat ke arah suara tersebut dan sempat ku melihat ada sedikit senyuman yang cuba disembunyikan di sebalik bibir cikgu Arif. Aku melarikan pandangan selepas seketika memandangnya. Tidak kuasa untuk aku terus memandangnya kerana malu sudah beraja di hati. Apa tidaknya dua kali panggil lagak macam badak tuli panggil kali ketiga baru terngadah. Entah la, mungkin budak ni memang trouble sound la kot. Mungkin itu yang ada dalam fikirannya.
"Ready la hari Selasa ni bertanding kat peringkat negeri," selamba cikgu Arif memberitahu tentang tarikh pertandingan tersebut.
"Haaa betul ke cikgu, dua hari je lagi. Bukan ke hari tu cikgu bagitau mungkin dalam seminggu dua lagi," ujar ku antara percaya dan tidak.
"Nak wat macam mana, dah tu tarikh baru yang saya terima," balasnya bersahaja.
"So... esok kita wak latihan sebelum ke sana," putus cikgu Arif.
Aku hanya menurut kata sahaja. Tapi yang pasti sememangnya semangat itu tidak mampu untuk mencuit kembali hatiku yang sedia sirna itu.

Seperti sebelumnya juga usaha yang aku tunjukkan sememangnya mengecewakan. Namun cikgu Arif tidak pernah merungut malahan tidak berputus asa untuk terus mendorongku supaya membuat dengan lebih baik lagi terutamanya pada hari pertandingan itu nanti. Melihatkan kegigihan yang ditunjukkan oleh cikgu Arif membuat aku tidak samapi hati untuk mengecewakannya. Dalam diam aku menyimpan tekad untuk cuba melakukan yang terbaik sebagai menghargai usaha dan kegigihan yang ditunjukkan oleh cikgu Arif.
"Ok... la cukup la latihan kita untuk hari ni. tapi praktis lagi kat rumah. Saya yakin Lah mampu buat yang lebih baik lagi," ucap cikgu Arif terus-terusan memberi dorongan padaku agar tidak berputus asa.
"Insya-Allah cikgu saya akan cuba."
Hanya itu yang mampu aku katakan. Kali ini latihan kami ditemani oleh peminat setia cikgu arif iaitu Faezah dan seorang lagi peminat cikgu Arif iaitu Amelina beserta dua orang sahabat mereka ditambah pula dengan kehadiran dua orang sahabatku iaitu Shida dan Fatihah. Apa yang paling melucukan aku rasakan apabila Amelina awal-awal lagi berjumpa dengan cikgu Arif meminta kebenaran untuk menemaniku sewaktu ke peringkat negeri nanti. Seperti biasa cikgu Arif dengan senang hati membenarkan mereka ikut sama.
"Lah... kira dah ok la kan semua. Hmm.. bleser pun dah ada kan yang saya hari tu," ucap cikgu Arif setelah kami selesai berbincang untuk kali terakhir.
"Oooo ya cikgu pasal bleser tu, saya rasa yang cikgu punya tak sesuai la dengan saya besar sangat. Saya rasa cam doremon je time pakai hari tu," luahku yang sememangnya sedang mencari alasan untuk menolak daripada memakai bleser miliknya.

Sebenarnya tanpa pengetahuannya aku telah meminta seorang sahabatku untuk mecarikan bleser yang lebih kecil dan sesuai dengan tubuhku yang kurus kering ini. Namun alasan aku tidak diterima mudah olehnya yang seakan-akan memaksa untuk aku memakainya. Aku pula tidak mempunyai kekuatan untuk memberitahu perkara sebenar dan hanya mengangguk tanda setuju. Hanya itu yang mampu aku lakukan. Biarlah esok yang menjadi penentunya.

Esoknya bas yang selalu aku naiki telah rosak dan menyebabkan kami terkandas untuk ke sekolah dan sampai sebagaimana biasa. Jam sudah menunjukkan pukul 7.45 pagi namun aku dan Shida yang sememangnya sekampung beserta dengan beberapa pelajar yang lain masih setia menanti kedatangan pak cik bas yang kami naiki itu. Tidak lama kemudian, kelihatan pak cik bas itu sampai dan memohon kemaafan di atas kelewatan yang tidak disengajakan.

Akhirnya tepat jam 8.30 pagi kami sampai ke sekolah. berkebetulan pada hari tersebut juga sekolah kami menjadi tuan rumah untuk pertandingan tilawah peringkat negeri bermakna pada hari tersebut kami semua tidak belajar. Kelihatan pelajar di merata-rata ceruk kawasan sekolah sementara menantikan majlis bermula. Dari jauh ku lihat sahabatku Hamdani melambai-lambai tangan ke arahku sambil di lengannya tersisip bleser yang dipinjam daripada seorang ustazah kami. Tanpa berlengah aku terus menghampiri Hamdani dan terus sahaja tanganku ditarik menuju ke kantin. Sekali lagi aku dipaksa mengambil sarapan oleh Hamdani sahabatku itu.
"Sue nape lambat," soal Hamdani.
"Ala Ani cam biasalah kalau bukan bas rosak apa lagi," jawabku sambil tersenyum.
"Haaa ni Sue bleser yang Sue minta. Ani rasa memang sesuai la dengan Sue. Cuba Sue try," usul Hamdani lagi.
Tanpa banyak soal aku terus menyarungkan bleser tersebut dan ternyata sesuai dengan tubuhku yang kecil ini.
"Nanti Ani tolong bagitau cikgu Arif ye, kita nak pakai bleser ni. Tak tau nak bagitau macam mana kat dia," ujarku sambil menyerahkan kembali bleser tersebut untuk dipegang oleh Hamdani.
"Ok... pasal tu Sue jangan risau nanti Ani bagitau," jawab sahabatku itu.
"Ooo ya Sue jom kita jumpa dia sekarang sebab tadi dia ada jumpa Ani suruh Sue jumpa dia terus kalau dah sampai.
Aku hanya mengikuti langkah Hamdani yang diatur menuju ke arah cikgu Arif yang ketika itu baru sahaja keluar dari pejabat.
"Cikgu....
"Haa... kenapa lambat sangat ni Lah," soal cikgu Arif sebaik sahaja aku tiba di hadapannya.
"Bas rosak la cikgu," balasku.
"Dah makan," soalnya lagi
Aku hanya sekadar menggelengkan kepala menjawab pertanyaannya.
"Kalau macam tu pergi sarapan dulu kejap lagi nak bertolak dah," ujarnya lagi.
Aku memandang Hamdani yang berada di sisi. Memberi isyarat padanya agar memberitahu cikgu Arif pasal bleser tersebut.
"Cikgu nanti Sue akan pakai bleser ni tau, yang ni lebih kecil daripada yang cikgu punya," lancar sahaja sahabatku menutur kata.
Aku di sisi hanya mampu menelan air liur dan dalam takut-takut sempat lagi aku melihat air mukanya berubah namun sempat dikawal olehnya daripada ketara dilihat.
"Ye ke, cuba pakai," ucap cikgu Arif sambil memandang wajahku.
Terlontar kata-kata itu secara spontan sebaik sahaja Hamdani menyudahkan kata di bibir cikgu Arif.
"Memang padan cikgu dia dah try tadi," sambung Hamdani lagi.
Cikgu Arif diam tanpa kata dan terus memandang wajahku yang serba salah di matanya. Beberapa ketika hanya sepi mengisi antara kami bertiga. Akhirnya dia bersuara dan menyuruhku untuk mengambil sarapan sebelum kami bertolak.
"Sue perasan tak air muka dia terus berubah time Ani bagitau Sue nak pakai bleser ni," soal Hamdani ketika kami melangkah ke kantin mendapatkan sahabat-sahabat yang lain.
"Apa tak perasannya Ani, kecut perut kita tau," luahku pula.

"Jom Lah kita bertolak sekarang dah lambat ni," cikgu Arif menggesaku sebaik sahaja tiba di tempatku dan kawan-kawan yang lain berada.
Aku hanya mengangguk tanda patuh dengan arahannya itu.

Sewaktu tiba di keretanya aku lihat bleser miliknya tersangkut elok di seat belakang. Kali ini hanya aku seorang yang menjadi peserta kerana pertandingan bagi peserta kategori B tidak diadakan serentak. Oleh itu, rombongan kali ini ditemani oleh empat orang pelajar dan seorang guru pengiring. Menjadikan enam orang semuanya termasuk diriku. Bila difikirkan balik rasa lucu pun ada kerana terlampau ramai yang menjadi pengiring bagi diriku. Apa tidaknya Amelina dan sahabatnya turut serta ditambah dengan dua orang sahabatku iaitu Shida dan Fatihah.

Oleh itu aku tanpa berlengah terus masuk ke dalam kereta mendahului yang lain melalui bahagian kanan kereta diikuti oleh rakan-rakan yang lain. Sementara itu pintu seat belakang bahagian kiri dibuka oleh Amelina namun cepat saja aku menegah dan menyuruhnya duduk di seat hadapan memandangkan semua rakan-rakan yang lain berada di bahagian kanan kereta. Amelina hanya menganggukkan kepalanya sambil tersenyum. Aku juga tersenyum penuh makna memandangnya. "Ah jahatnya aku... tak kisahlah asal ada oarang bahagia," desis hatiku.

Berkebetulan juga bleser milik cikgu Arif elok tergantung di bahagian kiri tempatku ingin duduk itu. Belum sempat untuk aku capai dan melipatnya Amelina terlebih dahulu mencapainya dan memegangnya bersama-sama dengan hanger yang digunakan. Aku hanya tersenyum melihatnya.
Apabila semua sudah berada dalam kereta, cikgu Arif menoleh ke belakang dan akhirnya memandang diriku yang memilih berada di bahagian tingkap sebelah kiri kereta. Aku hanya membalas pandangannya sambil bibir masih menguntum senyuman.
Belum pun sempat kereta bergerak pergi, tiba-tiba buku milik cikgu Arif yang berada di dashboard jatuh ke lantai kereta di sebelah Amelina. Dengan susah payahnya aku lihat dia cuba mengambil buku tersebut sementara tangan kanannya masih memegang bleser cikgu Arif beserta dengan hangernya sekali. Aku dan kawan-kawan yang lain sekadar memerhatikan sahaja. Tanpa diduga cikgu Arif mengambil bleser tersebut dan terus menggumpalkan bleser tersebut seterusnya menyerahkan bleser itu kepadaku.

"Lah.... ambik bleser ni letak kat belakang tu," unjuk cikgu Arif padaku.
Aku menyambut bleser tersebut dan terus melipat dengan sebaik mungkin sebagai mana bleser yang ada di ribaanku. Lantas aku menyuruh Fatihah memegang bleser yang masih di ribaanku sementara aku pula meriba bleser cikgu Arif itu. Aku sedar segala tindakan aku itu menjadi perhatian cikgu Arif . Setelah aku selesai melakukannya barulah cikgu Arif kembali memandang ke hadapan dan bersedia untuk bertolak.

Entah la, bila difikirkan kembali tindakan cikgu Arif tu boleh membuat aku terperasan sendirian namun akal yang waras mampu menyedarkan aku kembali ke dunia nyata. Tiada benda lain yang lebih penting melainkan pelajaran dan aku mampu membalas segala pengorbanan dan jasa kedua ibu bapaku. Selagi aku tidak mampu mecapainya selagi itulah aku akan terus mengejar dan mengejar sehingga apa yang aku ingini dapat aku genggami, itulah tekad aku dulu, kini dan selamanya.

Mungkin sudah takdir yang tertulis buat diriku. Akhirnya aku mampu tersenyum gembira apabila aku dinobatkan sebagai peserta yang menduduki naib johan dalam pertandingan syarahan di peringkat negeri yang menyaksikan 11 buah sekolah bertanding merebut tempat teratas. Sungguh aku berterima kasih pada cikgu Arif kerana daya usaha dan kegigihan yang ditunjukkan akhirnya mampu menaikkan semangatku yang berkobar-kobar untuk membuat persembahan yang terbaik dalam pertandingan itu. Tidak aku sangkakan di saat-saat akhir ketika aku melangkah ke pentas itu bagaikan ada satu tiupan semangat yang melenturkan segala kegersangan yang aku rasai sebelum ini dan memberi nafas baru untuk aku melakukannya dengan penuh penghayatan dan perasaan. Dengan kejayaan itu jualah secara tidak langsung aku mampu mencapai cita-cita yang pernah aku tanamkan pada pertama kali aku menceburkan diri dalam syarahan ini.

Kejayaan itu juga sebagai hadiah buat cikgu Arif yang tidak pernah jemu memberi sokongan dan dorongan sehingga aku mampu mengecapi kejayaan itu.

Masa yang berlalu tidak pernah menunggu kita walau sesaat cuma. Pejam celik, pejam celik hari ini merupakan hari keputusan peperiksaan SPM diumumkan. Aku pasrah andai kejayaan milikku aku bersyukur namun andai kegagalan menjadi takdir hidupku aku redha mungkin ada hikmah di sebalik yang berlaku. Alhamdulillah akhirnya kejayaan yang aku tuai atas usaha aku selama ini. Aku menjadi antara pelajar yang meraih keputusan yang baik secara keseluruhannya. Dengan keputusan itu, aku ditawarkan untuk melanjutkan pelajaranku ke peringkat matrikulasi dalam bidang perakaunan dan kini aku mampu tersenyum kerana kerja kerasku selama ini mula membuahkan hasil sekalipun masih berputik dan tidak mampu untuk dituai lagi. Bermula di situlah aku mula melangkah meninggalkan alam persekolahan yang menyimpan pelbagai suka dan duka dalam lipatan sejarah hidupku. Namun sungguhku tak menyangka kaki ini akan kembali semula ke alam persekolahan namun bukan sebagai pelajar tetapi sebagai insan yang bergelar guru.

Cikgu Arif pula, kedatangannya di sekolah itu hanya sementara. Mungkin aku boleh katakan untuk memberi peluang bagiku mencapai apa yang aku citakan. Hanya tiga bulan sahaja cikgu Arif sempat berada di sekolah itu kerana dia telah ditukarkan ke sekolah yang lebih hampir dengan kediamannya sebagaimana yang dipohon. Pengkhabaran terbaru yang aku dengar setelah aku melanjutkan pelajaran ke matrikulasi dia telah selamat mendirikan rumah tangga dengan seorang insan yang tercipta buat dirinya. Aku tumpang gembira dan mendoakan agar mahligai yang dibina kekal hingga ke akhir hayatnya.

Cikgu sekalipun hadirmu hanya seketika namun kesannya memberikan aku satu kesedaran yang berpanjangan. Melihat pada kegigihan dan usaha yang tidak pernah mengenal erti putus asa itu telah menyedarkan aku agar berjuang selagi nyawa dikandung badan. Terima kasih ku ucapkan padamu cikgu. Jasamu kan ku kenang buat selamanya.
posted by Penulisan2u @ 2:23 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
9 Comments:
  • At 11/5/09 12:05 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    boring r...pnjg sgt padahal ckp mende samer jer....huhuhu..jgn marah...

     

  • At 11/5/09 11:47 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    a'ah....borink tol laa...
    xbest lasung

     

  • At 12/5/09 10:12 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    bile masa lak boleh masuk lower six before result spm kuar? konfius jer rase

     

  • At 16/5/09 10:39 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    adey..camner ak
    leh trbce cite nie..
    good luck tuk laen kali..

     

  • At 7/4/10 4:20 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    berapa patah perkataan ni

     

  • At 10/4/10 12:23 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    123456789 patah perkataan.....

     

  • At 16/2/11 9:47 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    lmalas nak baca .. panjang sangat ..

     

  • At 18/3/12 11:30 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    LAU AKHIRNYA DIA JMPA N KAWEN NGAN CIKGU TU LG BAGUS...

     

  • At 30/4/14 5:07 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    cerpin ini sesuai bagi saya, cepin ini memang bagus

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group