BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Ahad, Mei 17, 2009
Cerpen : Sucinya cinta
Nama Pena : LC

Ilyani duduk di koridor merenung suasana malam itu. Cahaya yang dipantulkan oleh bulan menerangi di sekeliling kawasan perumahannya. Dia mengalihkan pandangan ke arah bulan merenung sambil mengingati wajah seorang jejaka yang sekian lama bertahta di hatinya. Sekian lama terpisah..sekian lama juga hatinya merindu.
Afiq… nama itu bergema di dalam hatinya. Dia pergi kerana kerana silapku. Dia pergi dengan hati terguris. Bukan aku tak cinta, tapi.. aku punya tanggung jawab lain. Dan pilihan yang aku buat, menambah deritaku. Kerana pilihan itu, aku dihinggap perasaan bersalah dan hati wanitaku dilukai dengan teruk sekali. Ilyani mengeluh mengenang semula kisah cinta pertamanya.
" Afiq… maafkan Ilya. Maafkan Ilya kerana tidak mempertahankan cinta kita." Rintih Ilyani. Dia tersentak mendengar suara anak kecil merengek, cepat-cepat dia masuk ke bilik.
" Mama.." rengek anak comel itu. Ilyani segera mendaki katil dan memeluk anak kecilnya. Sejak bermimpi di kejar hantu dua hari yang lalu, Ajmal tidak mahu lagi tidur berseorangan. Malam-malam dia akan ke bilik ibunya untuk tidur di situ.
" Mama ke mana?" Soal Ajmal dalam esak kecil. Ilyani simpati melihat tubuh kecil anaknya menggigil. Mungkin Ajmal takut ditinggal sendirian dan mengingatkannya kepada mimpinya dulu.
" Mama tak ke mana sayang..Mama kat luar kejab tadi. Janganlah menangis lagi sayang.. Amal anak mama seorang yang berani." Pujuk Ilyani sambil menghadiahkan kucupan ke dahi puteranya itu. Tangisan Ajmal mula reda, Ilyani menepuk-nepuk bahu anak lelakinya yang berusia 6 tahun itu supaya kembali menyambung lena.
" Amal nak tidur dengan mama…dekat mama.." esak anak itu lagi. Ilyani tersenyum dan mengangguk. Dia merenung dalam-dalam wajah anaknya yang sudah memejamkan mata itu. Melihat iras wajah Ajmal,dia kembali terheret ke peristiwa lalu. Wajah Ajmal iras benar dengan wajah Arwah suaminya, Zaki. Zaki bukan lelaki yang baik, luka yang dihadiahkan lelaki itu amat menyentap hatinya. Namun, sayang yang dipupuk semenjak menjadi isteri lelaki itu masih menebal, setianya tetap ada untuk arwah suami yang telah lama tiada.


" Kenapa mak? Kenapa mak setuju dengan permintaan mak long? mak kan tahu… Ilya bencikan Zaki, anak mak long tu. Kaki botol, kaki judi, angkuh, sombong." Rasa yang berbuku di hati di luahkan. Ilyani memang tidak suka kepada sepupunya itu. Mentang-mentang anak tunggal, perangai macam hantu. Aku pun anak tunggal jugak, tapi tak adalah perangai macam dia tu.
" Mak tak dapat nak kata apa-apa. Mak long kau terlalu mendesak. Ilya..kalau kita tolak, apa pulak kata mereka? Hubungan kekeluargaan kita akan terputus. Kita dah tak ada sesiapa selain Mak long dan abang Zaki kau." Emak memberi alasan yang memeningkan kepala aku. Hatiku kecewa dengan keputusan emak, tapi aku jugak faham kedudukan emak. Emak tersepit antara kasihnya kepadaku dan rasa hormat terhadap Mak long, satu-satunya keluarga terdekat kami di muka bumi ini. Ayah telah tiada, pergi bersama keluarga sebelah ayah dalam nahas jalan raya.
" Ah…mak bukan tak tau perangai Zaki tu. Lagipun…mak kan tau..Ilya masih cintakan Afiq. Ilya nak tunggu dia." Tegas Ilyani. Cintanya pada Afiq tak pernah luak dari dulu lagi. Pn. Rohani mengeluh melihat kemarahan anak daranya. Satu-satunya anak yang dia ada. Dia sendiri pun serba salah dengan permintaan kakaknya mahu menjodohkan anak bujang kakaknya dengan anak daranya itu. Alasannya mahu Zaki berubah dan harta pusaka tidak terlepas ke tangan orang lain.
" Ilya…Ilya pasti ke Afiq pun cintakan Ilya? Entah-entah kau hanya bertepuk sebelah tangan." Kiranya itu saja ayat untuk menutup mulut Ilyani. Pilihan ayat itu nyata tepat sekali. Ilyani terdiam. Dia buntu, cinta Afiq dalam kesamaran. Afiq tidak pernah mahu serius bila berbual dengannya. Luahan cinta dari mulut Afiq diselang seli dengan gurauan yang menjadikan Ilyani dalam dilemma.
" Suka hati mak lah. Ilya ikut aje…kalau itu yang mak fakir baik untuk Ilya." Putus Ilyani lantas bangun dari kerusi untuk masuk ke dalam biliknya.
" Cuti semester depan, perkahwinan kau berdua akan berlangsung." Teragak-agak Pn. Rohani bersuara. Ilyani tiba-tiba terhenti mendengar berita itu.
" Apa mak? Semester depan?" Ilyani terperanjat.
" Hmm..mak long kau nak cepat."
" Tapi… Ilya kan masih belajar lagi. Lagi setahun nak habis.." keluh Ilyani.
" Tak apa…Kampus kan dekat je dari rumah mak long kau. Kau boleh ulang alik dari sana." Ilyani menghembus nafas berat. Dia berlalu ke bilik, mengurung dirinya disitu.



Afiq tergamam melihat kad jemputan di tangannya. Dia amati betul-betul nama yang terpahat indah di atas kad yang berwarna perang itu.
"What is this Ilya? Are you joking? Cakap betul-betul kat Afiq?" Tanya Afiq mengawal rasa di hati. Bergetar tangannya, nafasnya turun naik tidak sempurna. Akalnya masih menolak kesahihan berita itu.
" Itu..kad jemputan perkahwinan Ilya dengan Zaki. Ilya harap Afiq dapat hadir." Balas Ilyani perlahan-lahan. Dia melarikan pandangan di sekitar taman untuk mengelak Afiq mengesan matanya yang berkaca. Air mata yang ingin mengalir ditahan. Dia tidak sanggup menentang pandangan Afiq. Dia langsung tidak menyedari wajah lelaki itu jugak berubah.
" Kenapa Ilya? Kenapa semua ni terlalu cepat?" persoalan demi persoalan yang keluar dari mulut Afiq. Hatinya remuk, terhiris kecewa.
" Semuanya keluarga yang aturkan. Perempuan macam kami ni di pihak menunggu. Kebetulan mak long masuk meminang, mak dah terima. Ilya ikut aje." Jawab Ilyani. Dia duduk membelakangi Afiq. Air matanya mengalir lesu di pipi dikesat sepintas lalu.
" Kenapa tak tunggu Afiq?" lirih sekali suara Afiq. Ilyani terkejut mendengar lelaki itu menangis kecil. Dia menghadap Afiq. Dia terperanjat melihat pipi lelaki itu sudah lencun dengan air mata.
" Kenapa tak cakap dari dulu lagi? Kalau tak…Ilya akan tunggu, walau berapa lama pun. Tapi…sekarang.." sedu Ilyani. Kata-katanya tersekat-sekat kerana diselang seli dengan esak tangisnya.
" Afiq tunggu masa yang sesuai. Kita kan masih belajar lagi. Tak boleh ke Ilya ubah keputusan ini? Pertahankan cinta kita." Afiq memaut bahu Ilyani. Ilyani menyebamkankan wajahnya ke dada jejaka itu, tersedu-sedu di situ.
" Perkahwinan kami dah ditetapkan dua minggu lagi Afiq. Tak boleh nak ubah apa-apa lagi Fiq… Ilya pinta..kita saling melupakan cinta bodoh kita." Pinta Ilyani sambil meleraikan tangan Afiq di tubuhnya. Dia rasa kekok begitu, tidak pernah dia membenarkan mana-mana lelaki bukan muhrimnya memeluknya sebelum ini. Tapi..dia seakan terikut dengan emosinya sebentar tadi.
" Cinta bodoh? Ilya tak tau betapa dalamnya cinta Afiq pada Ilya. Ilya tak tau.. sejauh mana sayang Afiq pada Ilya." Rintih Afiq, tidak segan silu menangis. Ilyani semakin kuat tersedu, sudah lama dia menanti kalimat itu. Tapi..sekarang sudah terlambat untuk semua itu menjadi saat bahagia.
" Kita kahwin lari, Ilya." Cadang Afiq.
" Tak! Tak boleh Afiq." Putus Ilyani. Dia tidak dapat gambarkan kekecewaan keluarganya kalau dia berbuat begitu.
Pertemuan petang itu berakhir di situ sahaja. Ilyani balik dengan cinta yang tidak kesampaian. Afiq pergi dengan sejuta kekecewaan. Selepas perkahwinannya, Afiq terus pergi. Semenjak dari hari itu Ilyani tidak mendengar berita tentang Afiq lagi.selepas Afiq pergi, dia baru tahu Afiq telah memohon bertukar tempat belajar di luarnegara. Ilyani tahu Afiq kecewa dengan keputusannya.
Namun perkahwinan yang dibinanya merupakan hari-hari sedihnya. Zaki tidak pernah mahu berubah. Dia sedar dari mula lagi Zaki tidak suka dipaksa berkahwin, Zaki masih mahu hidup membujang. Tetapi Zaki setuju jugak sebagai memenuhi permintaan emaknya, seperti dia jugak. Tapi bezanya, hanya dia yang memupuk rasa cinta kepada suaminya. Kesetiaan dan kepatuhannya dibalas dengan tuba. Saban hari hari Zaki balik dengan botol arak di tangan. Kebiasaan berjudi dan minum arak tidak pernah berubah walaupun sudah beristeri.
Sumpah seranah dan sepak terajang adalah hadiah perkahwinan yang di terima oleh Ilyani hampir setiap hari. Mujur anak dalam kandungan Ilyani tidak menjadi mangsa panas baran Zaki. Emak Zaki sendiri memang tidak mampu lagi mengawal Zaki, saban hari jugak orang tua itu berendam air mata bersama menantunya. Pn. Salina rasa sangat menyesal dengan tindakannya menjodohkan anaknya dengan anak adiknya itu.
Ketika kandungan Ilyani menjangkau usia tujuh bulan, Zaki ditimpa kemalangan dan terlantar di hospital. Ilyani patuh menjaga suaminya dengan perasaan cinta tidak berbelah bagi. Ilyani tahu, suaminya menyesal kerana melayannya dengan buruk semenjak menjadi suami isteri. Sinar keinsafan terpancar dari sinar mata dan usapan suaminya yang hanya mampu mengangkat tangan kanan ketika itu meyakinkan hati Ilyani yang Zaki sayangkannya.
Kecederaan dalaman di bahagian saraf tunjang Zaki tidak dapat dirawat. Saraf tunjangnya rosak teruk. Zaki kembali ke Rahmatullah selepas hampir sebulan terlantar. Ilyani menangis sambil dipeluk oleh emak dan mentuanya. Sanak saudara jauh dan kenalan-kenalan simpati isteri yang ditinggalkan ketika sarat mengandung. Berminggu-minggu Ilyani seperti hilang arah,walaupun menderita akibat perbuatan suaminya, namun rasa cinta yang dipupuk semenjak bergelar isteri masih terasa.
Dia tambah pilu di saat melahirkan anaknya, tiada suami menemankannya melahirkan. Zaki telah pergi meninggalkannya seorang putera yang comel, wajahnya saling tak tumpah seperti arwah Zaki sendiri. Ajmal adalah hadiah perkahwinan yang paling berharga yang pernah Arwah Zaki berikan kepadanya.


" Hmmm… Mak cik ni..kena diet. Masa makan jangan ambik makanan yang berkolestrol sangat. Nanti darah mak cik naik lagi." Nasihat Dr. Afiq kepada Pn. Salina.
" Dah tua doktor..banyak macam aje penyakit. Tak payah berpantang pun kalau penyakit dah nak datang." Dr. Afiq tersenyum mendengar omelan pesakitnya itu. Sedikit lucu dengan tutur kata dan mimik muka orang tua di hadapannya.
" Mak cik ada anak dengan cucu? Berapa orang?" Tanya Dr. Afiq.
Berkerut dahi Pn. Salina mendengar pertanyaan doctor muda itu, tapi tetap menjwab soalan.
" Anak dua…cucu…sorang." Balas Pn. Salina.
" Ha…kalau macam tu, tentu anak-anak dan cucu mak cik nak ibu dan nenek dia sihat." Tambah doktor muda itu sambil melemparkan senyuman mesra. Pn. Salina tertawa. Dia senang dengan keramahan doktor di depannya.
" Mak cik ke sini dengan siapa?" Tanya Dr. Afiq lagi, sambil berbual mesra dia ligat mencatat laporan kesihatan pesakit di depannya.
" Dengan anak dan cucu. Mereka di bilik sebelah, cucu mak cik tu demam sikit. Tidur malam menangis, dia cakap ada hantu kejar dia." Cerita Pn. Salina. Dr. afiq tertawa. Selepas selesai menulis sesuatu di atas kad, doktor itu menyerahkan kembali kad itu kepada Pn. Salina. Pn. Salina meminta diri beredar dari situ.




" Dah selesai ke mak?" Tanya Ilyani. Pn. Salina tersenyum manis kepada menantunya. Matanya meliar ke sekeliling.
" Mana Amal?" Tanya pn. Salina melihat cucu kesayangannya tiada di situ.
" Oh… Amal ke toilet. Dia tak nak Ilya temankan. Dia cakap dia dah besar." Cerita Ilyani. Meletus tawa Pn. Salina, dia mengusap-usap bahu menantunya itu. Kini pada Ilyani tempat dia bergantung harap. Ilyani menantu yang baik. Dia rasa berdosa di atas penderitaan menantu yang jugak anak saudaranya itu ketika menjadi isteri arwah anaknya. Sekarang Ilyani pun tinggal yatim piatu, kerana emak Ilyani meninggal hujung tahun lepas akibat sakit buah pinggang.
" Mak.." tegur Ilyani melihat mentuanya seakan termenung. Pn. Salina tersentak.
" Eh! Mak nak ambik ubat. Ilya tunggulah kat kat kantin. Amal tentu akan ke situ." Ucap Pn. Salina. Dia kenal benar dengan perangai cucunya itu, kalau menemaninya ke situ, pasti melencong ke kantin di situ.
" Biarlah Ilya yang ambilkan."
" Biar mak ambil sendiri. Ilya tunggu je kat kantin." Ucap Pn. Salina pantas berlalu. Dia tidak mahu menyusahkan Ilyani.
Ilyani mencari meja kosong dan duduk di situ, sambil menunggu anak dan mentuanya. Matanya meliar mencari kelibat anaknya, walaupun Ajmal sudah biasa di situ, tapi kerisauannya tidak dapat dihindar.
" Mama…" Ilyani tersenyum mendengar jeritan Ajmal memanggilnya, dia menoleh. Tapi senyumannya mati melihat lelaki yang sedang memimpin tangan anaknya. Lelaki itu tergamam tapi tetap meneruskan langkah menghampiri apabila Ajmal menarik tangannya mendekati mamanya.Dr. Afiq tergamam lagi melihat anak kecil yang dipimpinnya tadi meluru pantas memeluk gadis yang suatu masa dulu membuatkan dia kecewa separuh gila. Namun hatinya tetap berbisik, aku merinduinya.
" Uncle…nilah mama Amal. Mama… uncle ni..kawan Amal." Ajmal masih memeluk mamanya manja. Ilyani tidak mampu bersuara, dia melarikan pandangan ke arah anaknya sambil mengucup ubun-ubun anaknya.
" Ilya?" Hanya itu yang mampu keluar dari mulut Dr. Afiq. Ilyani masih tertunduk, tidak sanggup menatap wajah yang dirinduinya dalam diam itu.
" Boleh Afiq duduk?" Tanya Dr. afiq. Ilyani hanya mampu mengangguk.
" Anak berapa sekarang?" Tanya Dr. Afiq.
" Sorang ni aje.." jawab Ilyani sedaya upaya menahan perasaan. Dia memeluk Ajmal erat bagi meredakan perasaannya yang gementar apabila bertemu pandang dengan jejaka itu..
" Zaki mana? Dia apa khabar?" Tanya Afiq lagi.
" Ayah dan mening" Ilyani menutup mulut Ajmal pantas. Dia berbibisik ke telinga anaknya agar anaknya mendiamkan diri saja. Ajmal akur walaupun ada protes. Bibirnya sengaja dimuncungkan.
" Dia..dia okey…" Dalam getar Ilyani menjawab.
" Amal… jom kat uncle. Amal kan dah besar, berat mama nak dukung." Panggil Dr. Afiq. Ajmal pantas aje meluru ke arah doktor muda. Ilyani hairan sendiri melihat anaknya yang mudah mesra dengan lelaki itu sedangkan sebelum ini anaknya itu amat sukar untuk beramah mesra dengan orang lain.
" Eh! Dr. Afiq." Sapa satu suara. Afiq, Ilyani, dan Ajmal serentak menoleh ke arah suara itu. Sedikit sebanyak Pn. Salina senang melihat mereka bertiga di situ. Dia teringatkan arwah anaknya yang telah pergi, kalaulah arwah Zaki masih hidup, Ajmal tidak akan kehilangan ayah ketika masih di dalam kandungan lagi. Dia yakin selepas kemalangan itu dulu Zaki telah berubah. Ketika hampir ajalnya Zaki sempat berpesan dia izinkan Ilyani mencari kebahagian di samping orang lain nanti. Dia sendiri pun tidak menghalang Ilyani untuk mencari pengganti anaknya, tapi..Ilyani sendiri yang sukar menerima orang lain. Bukan tidak ada orang berkenan dan masuk meminang.
" Emak kenal ke dengan Afiq? Errr.. Dr. Afiq?" Pn. Salina tersentak. Dia tersenyum dan mengangguk perlahan. Ilyani menarik lembut tangan mentuanya duduk di kerusi di sebelahnya.
" Hmm.. Dr. Afiq ni yang merawat emak tadi. Jemputlah makan bersama kami doktor. Amal ni…kalau ke sini mesti ke kantin ni." Beritahu Pn. Salina. Afiq angguk setuju, Ilyani tidak terkata di depannya. Dia perasan mata Afiq bersinar terang ketika curi-curi melihatnya.
" Afiq berapa orang anak sekarang?" Tanya Ilyani. Dia sendiri pun terkejut dengan soalannya, dia perasan perubahan wajah Pn. Salina.
" Err…sebenarnya mak… Afiq ni kawan lama Ilya dulu."
" Oh.. patutlah kadang-kadang nampak biasa dan kadang-kadang kekok je tadi. Doktor dah kahwin? Anak berapa?" Tanya Pn. Salina sambil tergelak kecil. Tapi hati tuanya dapat membaca bahawa ada cerita tersendiri di antara dua insane itu.
" Belum mak cik. Belum sampai jodoh. Hmm.Biar Afiq pesan makanan, hari ni biar Afiq belanja. Amal nak ikut uncle?" ajak Afiq pada anak kecil yang duduk manja di dalam pangkuannya. Ajmal seronok aje diajak Afiq.
" Lawakan doktor tu Ilya. Kawan lama Ilya yang mana ni? Tak pernah mak dengar Ilya cerita tentang dia." Soal Pn. Salina, sengaja mahu mencungkil rahsia hati menantunya itu. Dia mahu Ilyani mencari kebahagiaannya sendiri untuk Ajmal jugak.
" Errr… kawan Ilya di U dulu. Tapi dia tak habiskan pelajaran kat sana, dia belajar di luar negara." Balas Ilyani, dia tidak selesa berbual tentang Afiq.
" Hmmm… Amal nampaknya sukakan Dr. Afiq tu." Komen Pn. Salina selamba. Ilyani terpempan mendengar kata-kata mentuanya itu. Dia hanya mendiamkan diri, ketika itu dia melihat Afiq dan Ajmal menghampiri meja itu. Dia meminta diri ke bilik air sebelum Afiq sampai ke situ.
" Nek…mama ke mana?" Tanya Ajmal pantas. Ajmal memang manja dengan mamanya.
" Mama Amal ke bilik air, dia takkan tinggalkan Amal.." balas Pn. Salina. Pipi comel cucunya diusap perlahan.
" Nek… bestlah uncle ni… Amal nak ada ayah macam uncle ni. Kawan-kawan Amal semua ada ayah." Ucap Ajmal. Afiq tersentak mendengar kata-kata dari mulut comel anak kecil itu. Pn. Salina menahan pilu, dia tahu Ajmal sangat rindukan belaian dan kasih sayang seorang ayah..
" Ayah.. amal…. Errr…" Afiq tidqk terkata.
" Hmmm ayah Amal anak mak cik. Anak mak cik meninggal ketika Amal dalam kandungan lagi. Mamanya aje yang membesarkannya. Ilya tu sebenarnya menantu mak cik." Terang Pn. Salina. Afiq tersandar ke belakang mendengar semua itu. Hatinya sedikit terusik. Kenapa Ilya tidak berterus terang kepadanya? Apa yang hendak di sembunyikan darinya? Namun hatinya kembali berputik, cinta dihatinya seakan mekar kembali.
" Amal… amal boleh panggil uncle, ayah…" ucap Afiq ikhlas. Dia menghadiahkan kucupan di dahi Ajmal.
" Betul ke uncle?" Tanya Ajmal riang.
" Betul…" ucap Afiq bersungguh. Pn. Salina terharu di situ. Afiq mengalihkan pandangan ke arah Pn. Salina. Dia yakin dengan hatinya.
" Mak cik… kalau saya ambik Ilya jadi isteri saya, Amal jadi anak saya.. dan mak cik jadi mentua saya…. Boleh ke mak cik?" Tanya Afiq panjang lebar. Pn. Salina tambah terharu dengan kemurnian hati doktor muda itu.
" Mak cik tak menghalang…mak cik memang nak sangat mereka ada orang jaga." Balas Pn. Salina.






" Tak boleh mak….. Ilya isteri abang Zaki." Tekan Ilyani apabila mertuanya mengungkit hal itu. Dia benar-benar terkejut apabila Afiq melamarnya tengah hari tadi. Malah mertua dan anaknya nampak beria-ia mahu dia menerima lamaran itu.
" Ilya…. Ilya kena cari suami tempat Ilya bergantung harap. Amal pun perlukan seorang ayah." Pujuk pn. Salina lagi.
" Ilya tak perlukan semua itu. Abang Zaki ayah Amal, dia tak perlukan ayah yang lain." Tegas Ilyani lagi. Setianya kepada arwah suami sukar untuk dirungkai, walaupun memori pahit menghantui sepanjang perkahwinan, namun kenangan manis itu tetap ada.
" Ilya tak sanggup mak… tak sanggup menduakan abang Zaki." Sambung Ilyani lagi.
" Ilya..mak tahu.. Ilya sayangkan Zaki. Kalau Ilya sayangkan dia, Ilya harus buat yang terbaik untuk waris dia. Amal! Amal rindukan kasih seorang ayah yang tidak pernah dia rasa, walaupun dia masih kecil tak pandai nak cakap, tapi mak tau..dia betul-betul dahagakan kasih seorang ayah untuk memimpin dia menjadi lelaki yang berguna. Lagipun…. Mak rasa Ilya patut tahu… sebelum arwah Zaki meninggal dia sempat berpesan agar mak carikan jodoh baru untuk Ilya. Dia nak Ilya cari kebahagiaan Ilya dan Amal sendiri." Panjang lebar Pn. Salina berbicara. Ilyani terpempan mendengar kenyataan yang tidak pernah terfikirnya sebelum itu. Air matanya mengalir perlahan di pipi di kesat.
" Mak…Ilya nak tahu… pernah ke abang Zaki cintakan Ilya dan sayangkan Amal mak?" Tanya Ilyani penuh berharap.
" Dia cintakan Ilya sejak Ilya kecil lagi. Tapi… apabila mendapat tahu ayah dia terbunuh kerana menyelamatkan ayah Ilya yang lemas di hulu sungai, dia menyimpan dendam. Tapi… mak tau…dia sayangkan Ilya dan anak dia." Beritahu pn. Salina. Ilyani tersedu di situ.
" Ilya…demi amanat terakhir arwah, terimalah Afiq. Mak tau, dia bekas kekasih ILya kan? Mak rasa..Ilya masih sayangkan dia." Ilyani terdiam. Wajah sayu Pn. Salina di renung dengan hati yang berbelah bagi, kemudian muncul wajah arwah suami di ingatan, tidak semena-mena wajah kerinduan Ajmal menyelitkan diri.



" Aku terima nikahnya Ilyani binti Ilyas dengan mas kahwin 80 ringgit tunai.." Afiq tenang melafazkan akad nikah. Hatinya senang sekali apabila dua saksi dan tok kadi di depannya mengangguk berpuas hati dengan lafaznya.
Afiq ceria sebaik menjadi suami Ilyani. Dia mengucup Ajmal di sebelah isterinya, selepas itu dia menghadiahkan kucupan ke dahi isteri tercinta. Wajah jelita itu direnung lembut. Masing-masing tersenyum bahagia.

" Terima kasih Ilya. Terima kasih kerana jadi isteri abang." Ucap Afiq ketika mereka ditinggal berdua malam itu.
" Errr… err… sepatutnya Ilya yang ucapkan terimah kasih kerana sanggup terima kami. Ilya janji akan beri sepenuh kesetiaan dan cinta ILya pada abang." Balas Ilyani tersipu-sipu.
" Cinta abang pada Ilya tak pernah luak dari dulu lagi." Kata-kata itu amat bermakna bagi ILyani. Air mata menitis, terharu dengan keluhuran hati suaminya. Afiq mengesat air mata isterinya, dia mengucup dahi isterinya penuh syahdu.
" Ehem…" Afiq dan Ilyani serentak menoleh ke pintu bilik. Ajmal tersengih nakal.
" Ayah…mama… Amal nak tidur dengan ayah dengan mama malam ni…" rengek Ajmal. Ilyani tergelak melihat wajah kalut Afiq.
" Hei.. Amal. Amal tidur kat bilik sendiri. Jangan ganggu mama dengan ayah. Nanti… kalau Amal dah ada adik, tak malu ke kalau adik cakap abang dia penakut?" Pn. Salina penyelamat keadaan. Dia menarik tangan Ajmal lembut. Ilyani tersenyum mendengar derap langkah anaknya yang jelas merajuk.
" Adik-adik Amal? Kalau boleh… abang nak Amal dapat adik banyak-banyak…" bisik Afiq ke telinga Ilyani. Wajah Iyani merona kemerahan.
" Apalah abang ni..merepek aje…" Ilyani tersipu malu.
" Ilya tau tak…Ilya sangat cantik dengan wajah yang merona merah macam ni.."
" Ye ke?"Ilyani tertawa.
" Ye…." Afiq turut terjerat dalam tawa isterinya. Dia benar-benar bersyukur kerana cinta itu masih milik mereka. Dia tahu, semua itu adalah berkat kesabarannya kerana menunggu dan setia dengan cinta itu.

Note: Assalammualaikum…jumpe lagi. Lama dah LC simpan cerpen ni. Ni cerpen 1st LC tulis. Tapi yg ke 4 di hantar kat sini. Dulu LC ckp mgkn cerpen gadis yg menunggu kematian yg last LC htr, tp da masa lg sblm blk kpg ni, jd LC htr la cerpen ni. Jln crite die biase2 je. Skdr bkgsi crite dgn pmbca2 setia blog ni. Ops…mana2 yg tsilap LC minta maaf…horey…cuti…
posted by Penulisan2u @ 11:09 PTG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
6 Comments:
  • At 18/5/09 12:28 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    Tapikan kalo buat dialog pa yang Zaki cakap kat Ilyani mesti best,...then,buat la yang Zaki tu dah tobat b4 mampos,...anyway,memandai ja saya comment kan??padahal sy sndri x reti,...wawawakakaka

     

  • At 18/5/09 1:27 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    Bolehlaaa..tapi boleh perbaiki lagi gaya penulisan dan plot cerita. sbb cite ni mcm cepat sangat..sy tau cite ni cerpen tapi klau diolah dgn baik dan dikembangkan pasti menarik jadinya..

    ~saudari 87~

     

  • At 18/5/09 2:45 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    boleh tahan,Oii LC tak sabo nak baik kpg ye.jalan cite cam ada yang kurang la.gud luck, do more better k...

     

  • At 18/5/09 4:11 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    Yup,mcm ade yg kurang.
    pastu part die ngan zaki lgsg xde.
    cite cam ni dah byk buatlah something different.
    nway,best.
    :D
    ~myza2l~

     

  • At 12/7/09 1:41 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    ceta best, tapi sorry to say
    gaya penulisan x ckp bagus
    but good try
    sy tunggu cerpen u yang akan datang

     

  • At 19/10/10 4:28 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    to LC,
    keep it up..

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group