Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"waktu umur kita 27 tahun, kita jumpa balik kat sini. Kalau kau and aku single lagi waktu tu, aku terus masuk meminang kau," serius Azril menuturkan kata-kata itu walaupun Bahirah sudah terbahak-bahak di sebelahnya. "kau ni, aku tak main-main tau. Janji, kalau kau single lagi masa tu, kau kena datang sini. Boleh aku terus meminang kau." Ucapnya lagi apabila gadis itu masih terus ketawa. Apa yang lucu, dia juga tak tahu. "kalau aku janda waktu tu, macam mana?" kata-kata Bahirah tersekat-sekat dek tawanya yang masih bersisa. "takpe. Aku tak kisah, kalau kau janda pun aku still boleh kahwin dengan kau," nadanya masih serius seperti tadi. "kau ni serius semacam. Takut aku. Oklah, aku janji. Tapi jangan la berharap pulak. Aku kan ramai peminat. Hehe," Bahirah masih ketawa-ketawa seperti tadi. Seriusnya kawan aku ni, biar betul bisiknya dalam hati. Tapi dia tetap akan datang lagi waktu usia mereka sudah mencapai 27 tahun. Dia mahu melihat perubahan pada temannya itu. Petang itu mereka berjumpa buat kali terakhir sebelum masing-masing membawa haluan sendiri. Bahirah akan bertolak ke Kuala Lumpur untuk temuduga biasiswa JPA. Dia akan menetap di rumah kakaknya sehari dua. Azril pula akan berpindah ke Melaka. Ayahnya bakal membuka cawangan baru di sana. * * * Semuanya berjalan lancar hari ini. Bahirah duduk di koridor melepaskan lelah. Ramai juga pesakit pagi tadi. Itulah pekerjaan yang dipilihnya sejak dulu, jadi dia harus kuat untuk meneruskan perjuangannya itu. Hilang lenguh dan sengal yang melanda, dia berjalan laju ke wad kanak-kanak. Hari itu dia harus bertugas di situ. Elok sampai saja di wad, bibirnya menguntum senyum. Senyuman kan penawar. Dia mendekati katil demi katil dan bertanya khabar. Memeriksa apa yang patut dan mencatat. Sampai di satu katil kecil, hati Bahirah bagai dicuit-cuit. Sebak melihat makhluk kecil itu. Hanif. Ditinggalkan ibu seusia 2 hari. Melihat beningnya wajah Hanif, fikiran Bahirah melayang. "Irah, kau la satu-satunya kawan aku. Kau tolong jaga anak aku kalau apa-apa jadi kat aku. Maafkan aku menambah beban kau. Tak ada orang lain yang nak terima dia. Tolong aku, Irah.." lirih suara Atika waktu itu. Dan Bahirah tidak tahu kalau itu pertemuan terakhir Atika. Dia terduduk saat seorang doktor senior mengisytiharkan waktu kematian Atikah binti Sulaiman jam 3.45 petang itu. Ah, Atika. Wajahnya seindah namanya. Memang dia menjadi rebutan sewaktu mereka di zaman sekolah menengah dulu. Namun Atika seakan kebal. Dia tak pernah menerima mana-mana kawan lelaki mereka sebagai teman istimewa. Bahirah selalu kagum dengan dia waktu itu. Sudahlah cantik, pandai pula. Mereka mulai menjadi rapat bila Atika selalu membantu Bahirah dalam pelajaran. Atika terus cemerlang sehingga menjadi pelajar terbaik SPM. Dan akhirnya, Atika mendapat peluang melanjutkan A level di UK. Setelah itu mereka lost contact. Tiga minggu lepas, Bahirah tidak percaya dia ternampak temannya itu di hospital. Di dalam wad bersalin. Mulanya Bahirah fikir dia berangan, tapi dia yakin tidak apabila nama di katil yang menempatkan wanita itu tertulis Atika binti Sulaiman. Laju Bahirah mendekati temannya itu, memeluk erat. Dan Atika lambat-lambat balas memeluk. Kedua-duanya menitiskan air mata. Tiba-tiba esakan Atika menjadi-jadi hingga Bahirah harus menenangkan. "aku tau kau rindu aku, tapi jangan la banjir wad ni," gurau Bahirah. Namun, temannya itu tetap teresak-esak. Bahirah jadi serba salah. Dipeluknya tubuh kecil itu erat. "Irah, aku berdosa…aku berdosa kat Allah, kat mama dan papa aku. Diorang dah buang aku sebab anak ni. Aku mengandung anak luar nikah Irah…." Tersentak Bahirah mendengar pengakuan temannya itu. Atika lalu menceritakan semuanya. Bahirah mendengar penuh perhatian. Dia langsung tidak menyangka kesudahan temannya menjadi begitu. Lagi-lagi dua sahabat itu menitiskan air mata. Kata Atika, bapa anak itu lelaki Inggeris. Teman sekuliah Atika sewaktu di UK. Namanya James. Mereka saling mencintai, namun James tidak mahu ada komitmen. Atika akhirnya pulang ke Malaysia membawa kandungannya yang berusia 5 bulan. Mujurlah waktu itu dia sudah graduate. Malangnya nasib Atikah bila papa dan mamanya tidak dapat menerima anak kesayangan mereka telah menconteng arang ke wajah mereka dan nekad menghalaunya. Atika dibawa ke hospital itu apabila ditemui pengsan di jalan. Kandungannya mengalami komplikasi. Ah, kasihan temanku ini, cinta membuat dia hilang segalanya desis Bahirah dalam hati. Atika pergi meninggalkan anak kecil itu. Dan Bahirah masih menguruskan prosedur untuk mengambil Hanif menjadi anak angkat. Sementara prosedur selesai, anak itu masih di bawah jagaan pihak hospital. Wasiat Atika masih dia ingat, dan moga dengan izin Allah dia dapat tunaikan hasrat teman nan seorang itu. Puas juga Bahirah memujuk emak dan ayahnya untuk menerima Hanif. Bukannya mereka tidak mahu, Cuma bimbang tidak ada yang sudi mengambil Bahirah sebagai isteri. Sudahlah anak gadis mereka sudah menolak satu pinangan minggu lepas. Mujurlah keduanya akhirnya bersetuju. Hati mereka kan lembut, mana bisa menahan hati mendengarkan bayi kecil itu akan dihantar ke rumah anak yatim jika tidak diambil sebagai angkat. Lamunan Bahirah terganggu dek bunyi handphone. Dia melihat ke skrin, mencari tahu siapa yang menelefon. Keluhan dilepaskan sebelum punat hijau ditekan. "Awak nak apa lagi? Saya letih la Ikram," "Tapi saya masih cintakan awak. awak tetap nak ambil budak tu sebagai anak angkat ke, Irah? Awak memang langsung tak sayangkan saya ke?" Ikram memujuk lirih. "Kalau awak betul sayangkan saya, awak akan terima Hanif sekali. Tolonglah, Ikram. Saya ada kerja. Assalamualaikum," perkataan Hanif sengaja ditekan. Bayi kecil itukan punya nama. Cepat-cepat dia menutup telefon. Hubungan Bahirah-Ikram aneh dan ganjil. Sudah lama mereka berteman, tapi masih belum terjali apa-apa. Kadang-kadang seperti teman biasa saja. Suatu hari, Ikram nekad meminta Bahirah menunggunya dua tahun. Ikram tiba-tiba nekad mau mengambil Bahirah sebagai suri hidupnya. Dia meminta gadis itu menunggunya 2 tahun. Mahu mengukuhkan ekonomi katanya. Bukannya mahu menyandarkan kestabilan ekonomi sebagai punca utuhnya rumah tangga Cuma dia yakin ekonomi yang baik sedikit sebanyak boleh membantu. Dan Bahirah masih setia menunggu meski sudah dua tahun setengah janji itu termateri. Cuma akhir-akhir ini hatinya seakan-akan tawar. Dia jadi penat menunggu. Dan minggu lepas hatinya benar-benar diduga. Ikram masuk meminang dan permintaan Atika. Dua hal itu terjadi serentak. Puas dia istikharah, dan setiap kali, pasti wajah si kecil melintas di hati. Bahirah nekad memilih si kecil. Dia meletakkan syarat, kalau Ikram masih mau menikahinya, lelaki itu harus menerima Hanif juga. Ikram mengamuk saat dia mengutarakan hasratnya itu. "Irah, awak kan janji dengan saya," "ya, saya memang dah janji dengan awak. tapi saya pun berjanji dengan Atika. memang saya janji nak tunggu awak dua tahun. sekarang dah dua tahun setengah Ikram. Dan saya masih menepati janji, Cuma saya nak awak terima Hanif. Payah sangat ke, Ikram?" sengaja dia mengungkit janji dua tahun itu. Mahu mengingatkan Ikram hakikat itu. Tapi ternyata, Ikram masih berkeras tidak mahukan anak itu. Hari itu, Bahirah mengajak emaknya berkelah di taman itu. Taman yang selalu menjadi tempat dia menenangkan hati. Taman yang menyimpan banyak kenangan zaman sekolahnya. Dia ingin bawa Hanif jalan-jalan. Pertama kali bawa Hanif jalan-jalan sejak Hanif rasmi menjadi anak angkatnya. Ayah tidak ikut walaupun sudah diajak berkali-kali. Kata ayah, dia sudah berjanji dengan rakan-rakan lama mahu makan bersama. Biarlah ayah sekali-sekala makan dengan raka-rakan lama, lagipun kan ayah sudah berjanji dulu dengan rakan-rakannya sebelum Bahirah mengajak. Sesudah menghampar tikar di bawah pokok rendang kegemarannya, dia sibuk mengeluarkan makanan yang dibawa dari rumah. Emak sibuk menjaga Hanif. Akhir-akhir ini emak nampak ceria benar. Selesai semuanya, dia meminta izin emak membawa Hanif duduk di kerusi yang tersedia di taman kecil itu. Meski kecil, masih ramai pengunjung. Bahirah duduk memeluk Hanif. Melepaskan perasaan di dada kepada anak kecil itu walaupun dia tahu Hanif tak mungkin faham. Sekurang-kurangnya Hanif masih mau mendengar. "Bahirah!" Bahirah terkejut mendengar namanya disebut. Seorang pemuda berdiri di kanannya sambil tersenyum manis. Lama baru dia perasan itu teman lamanya, Azril. "Azril! Kau ke tu?" perlahan-lahan dia cuba bangun. Mahu mengamati temannya itu. "Akulah…cantik anak kau?" sapa Azril lagi. "Tengok mak dia la. Kau makin berisi la sekarang. Handsome," puji Bahirah selamba. Memang temannya banyak berubah. Dulu Azril terlalu kurus, sampai selalu jadi bahan gurauan. Bahirah ingat lagi waktu Ali, Firdaus dan Jihan yang kalut memegang teman mereka itu saat angin bertiup kencang. Takut terbang, kata mereka. Memang berubah, desis Bahirah sambil tersengih. Mujur tadi Bahirah sempat mengecam lesung pipit unik Azril. Yang di bawah bibir itu. "kok ye pun bahagia, jangan la sampai depan aku pun nak sengih. Kau pun makin cantik la, mak orang. Nasib baik kau dah kahwin. Kalau tak…" "Kalau tak apa? Kau jangan nak menggatal. Eh, aku lupa. Hanif, ni pak cik Azril. Salam dengan pak cik, sayang," Bahirah mengangkat tangan kecil itu dan disuakan ke Azril. Azril pantas menyambut huluran itu sambil tersenyum. "pak cik Azril," Azril menayangkan muka big boss mengenalkan diri. Bahirah ketawa geli hati dan ketawa Azril juga meledak selepas itu. "Irah, suami kau mat saleh ke?" "Apa punya soalan la tu," "Anak kau lawa la Irah. Tak macam kau pun," "Eh, sedap je cakap macam tu. Hanif anak mak, kan sayang?" Bahirah menatap wajah anak kecil itu lirih. "Kau apa cerita sekarang?" "Aku macam ni la," tiba-tiba Azril mengeluh. "Ayah aku tak suka aku buat kerja ni," mata Bahirah terbeliak. "Kau buat kerja apa? Kau tak buat benda haram kan? Kau jangan buat aku sedih, Ril," "Op, op… kau ni dari dulu suka buruk sangka kat aku. Aku tau la dulu aku jahat. Tapi tak la jahat pun, Cuma tak nak solat je. Hehe." Sengih lelaki itu lebar. Teringat kejahilannya dulu. Solat lima waktu itu terasa sungguh berat. "Banyak lagi jahat kau. Bukan yang tu je. Nak aku senaraikan ke? Eh…kau buat apa sekarang?" sengaja dia menggertak padahal hatinya sudah sedikit lega mendengar seloroh temannya itu. Dia juga tahu, Azril bukanlah jahat sangat, Cuma kurang didikan agama. Dia Cuma takut Azril hilang pertimbangan dan terlibat dalam kerja yang bukan-bukan. "Aku jadi petani la. Mak aku selalu cakap, tak ada anak dara yang berkenan kat aku sebab aku jadi petani. Yela, aku kan bergelumang tanah seharian. Kalau pakai kot semedang, mesti diorang nak kan? Sebenarnya aku tahu, mak aku nak pujuk aku kerja dengan ayah aku la tu," ada rajuk dalam suaranya. Bahirah terdiam. Ah, andai saja dia punya peluang, pasti dia mahu menjadi petani. Siapa kata petani tu tak hebat? Kalau petani tak hebat, tak merasa nasilah rakyat Malaysia hari-hari. Itu perumpamaan mudah. Sebenarnya Bahirah terharu. Dulu, beria-ia dia menyuruh Azril berbakti pada tanah. Katanya banyak manfaat berbudi pada tanah. Azril selalu menolak, sebab katanya tak macho jadi petani. Puas Bahirah meyakinkan Azril lelaki paling macho sedunia adalah petani. Ah, Azril tu takut benar budak-budak perempuan Nampak dia sedang bercangkul, bergelumang dengan kotoran waktu kelas pertanian. Jatuh standard katanya. Bahirah menguntum senyum lagi. "Eh, berangan pulak dia," Azril menarik Hanif dari pangkuan Bahirah. Pantas gadis itu menyentap Hanif ke pangkuannya semula. Dia sedikit kaget. Disangkanya ada yang ingin merampas anak itu daripadanya. "Kau ni, kecut aku. Ingatkan penculik tadi," dilibasnya bahu Azril dengan tuala Hanif. Spontan. Azril ketawa mengejek. Tiba-tiba, ketawa Azril terhenti. Bahirah pantas mendongak, melihat kea rah Azril. Wajah itu meredup. Ada kesedihan di wajah itu. Bahiral menoleh. Dia tersentak melihatkan Ikram yang berdiri dengan wajah menyinga. Matanya tajam menatap mereka. "saya kawan lama Irah, Azril. Awak mesti suami Irah, kan? Maaf saya cakap-cakap dengan Irah sekejap tadi. Irah, aku pergi dulu," Azril menyapa sekaligus meminta diri. "tunggu aku kat bawah pokok tu. Mak aku ada kat sana. Kau borak dengan mak aku dulu. Tunggu, jangan pergi mana-mana," tegas Bahirah. Matanya masih tak lepas memandang Ikram. Bahirah jalan cepat-cepat kea rah emaknya. Dia sedikit kecewa melihat Cuma emaknya seorang di bawah pohon rendang itu. Kan aku cakap tunggu… Dia menghampiri emaknya. Diserahkan Hanif kepada emaknya. Hatinya panas, Ikram datang memujuk lagi. Tapi lelaki itu masih meminta Bahirah menyerahkan Hanif kepada orang lain. Argh… mau saja ditengking lelaki itu, tapi dia masih waras. Dia malu dengan orang yang lalu lalang. Bahirah cepat-cepat mengemaskan barang-barang. Tiada mood berkelah lagi. Dua hari selepas kes berkelah yang terganggu itu emak memberitahu ada orang masuk meminang. Kawan lama Bahirah katanya. Emak bersungguh-sungguh memujuk Bahirah menerima. Budak baik katanya. Melambung-lambung pujian emak terhadap kawan lama itu. Dua hari lagi rombongan meminang akan tiba kalau Bahirah setuju. Seminggu selepas itu nikah. Wah, awalnya kawan lama itu membuat perancangan, desis Bahirah. Bahirah meminta untuk bertemu dulu dengan kawan lama itu sebelum bersetuju. Dan tak sampai setengah jam, emak telefon lagi. Kata emak, petang ini kawan lama itu datang. Emak, emak…tak punya namakah kawan lama itu? Sepulang dari hospital petang itu,waktu di selekoh masuk ke rumah, Bahirah nampak ada kereta proton waja diparkir di depan rumah. Dia jadi berdebar-debar. Pasti kawan lama itu. Dia beranikan diri memberi salam dan terus menapak masuk ke dalam rumah. Tersentak juga apabila melihat ternyata kawan lama itu Azril. Mulanya lututnya seakan turut berkomplot dengan emak mengenakan dia. Puas dipujuk, baru lutut itu mahu berfungsi dengan betul. "macam mana kau tahu rumah aku? Kan hari tu kau tak tunggu pun bila aku suruh tunggu," Bahirah masih bersikap selamba walaupun hatinya hanya tuhan yang tahu. "aku dah jumpa mak kau la. Aku dah selidik pasal kau. Sampai hati kau tak cakap kau single lagi sebenarnya. Kau tak ingat ke janji sebelum aku pindah dulu?" Janji? Bahirah tiba-tiba teringat janji itu. Dia tidak pernah mengambil pusing kata-kata Azril waktu itu. Dia yakin benar Azril bergurau waktu itu. Azril kan memang terkenal dengan humornya. Tak pernah terlintas Azril memang berniat mengambilnya sebagai isteri. Memang dalam tempoh mereka menjadi rapat sepuluh tahun lalu, Azril pernah menyatakan rasa hati. Tapi Bahirah tetap menganggap itu salah satu humor Azril. Mungkin dia terlalu lambat mencerna rasa hati temannya itu. "kau tak kisah ke pasal Hanif?" "aku tak kisah la. Kan aku sanggup terima kau walaupun kau janda." Ungkit Azril lagi. "aku dah lama tunggu kau. Kau tu je yang lambat terima signal. Aku dah lama suka kau, kau je yang tak faham-faham. Mujur la kau single lagi, kalau tak mati beragan la aku." Makin galak Azril menggiat melihat pipi Bahirah memerah. "kau betul ke minggu depan? Tak cepat sangat ke?" ucap Bahirah cuba menghentikan usikan Azril. Dia memandang tanah. Malunya, tuhan saja yang tahu. "betul la.. aku dah siap semua. Sepuluh tahun ni, aku sibuk buat persiapan nikah kita la. Jangan nak tangguh-tangguh," Bahirah terdiam seribu bahasa. "Irah, alhamdulillah Allah panjangkan jodoh kita. Aku selalu berdoa, kau la jodoh aku. Aku selalu sayang kau walaupun kau jauh dari aku. aku harap kau terima aku seadanya," ucap Azril lembut sebelum keretanya meluncur laju dari halaman rumah itu. Bahirah masih berdiri di situ. Hatinya terusik. Ya Allah, Kau yang Maha Mengetahui sesuatu yang terbaik untukku, semoga dia terbaik buatku. Doa pelan itu meluncur dari hati menjadi gumaman di bibirnya. "assalamualaikum..boleh abang masuk?" sapa satu suara dari luar. Debar di hati Bahirah makin menggila. Sepupu-sepupu dan teman-teman yang mengelilinginya tersenyum. Tangannya digenggam bergilir-gilir sebelum masing-masing meninggalkan kamar yang dihias indah untuk member peluang kepada pengantin lelaki. Bahirah memandang lantai. Malu dan gugup. Terasa lambat masa berlalu. Dia sedikit tersentak saat dagunya dipaut dan satu ciuman singgah di dahi. Kerlipan kamera terasa menyilaukan pandangan. Dia merasa tangannya diraih. "sejuknya tangan isteri abang. Mana Bahirah yang berani yang abang kenal dulu?" lama tangan itu menggenggam jari-jemari sejuk Bahirah. Bila ditegur emak, baru Bahirah tunduk mencium tangan suaminya. Azril memegang kepala Bahirah dan satu ciuman lagi singgah di dahi gadis itu. Kerlipan kamera sekali lagi berebut-rebut menyilaukan mata. Azril merenung belakang isteri yang baru dinikahinya itu. Matanya penuh kasih sayang. Dia memeluk isterinya dari belakang seusai Bahirah meraup muka selesai doa panjangnya. "Isteri abang doa apa tadi?" "mana boleh bagitau. Doa tu rahsia dengan Allah," "dengan abang pun sayang nak berahsia?" sengaja dia menggiat. "biarlah jadi rahsia," sulit benar lidahnya mau menukar panggilan terhadap suaminya. "Irah tak sayang abang?" giat Azril lagi. Diam dan kaku. "dah makan? Nak saya sediakan?" Bahirah mengalih topic. "dah tadi. Mak yang sediakan. Abang tunggu Irah, tapi lama sangat isteri abang ni. Abang makan dulu, lapar tadi. Irah sayang, payah ke nak panggil abang, abang?" letih berkias, Azril berterus terang. Merah muka Bahirah saat itu. "tak biasa lagi. Bagi saya masa?" pinta Bahirah menayang muka kesian. "kalau Irah tak sudi, maksudnya Irah belum sedia terima abang," ada rajuk dalam suara itu. "Irah dah terima abang sejak hari itu. Sejak abang cakap abang tunggu Irah selama ini. Kalau abang Tanya Irah sayang abang ke? Jawapannya, ya. Irah memang sayang abang dari dulu. Bezanya, dulu sebagai teman baik, sekarang sebagai teman hidup," ucap Bahirah pelan. Pipinya merona. Bibir Azril menguntum senyum. Lebar. Dipusing tubuh isterinya supaya mereka saling berhadapan. Dikucup lembut pipi dan dahi itu sebelum tubuh itu diraih ke dalam pelukan. Erat. Alhamdulillah… hatinya membisikkan syukur dan hati Bahirah pula berbunga indah.
ok..not bad la..tp jap..confiuse gak sy..biasiswa jpa de temuduga ker..sy isi brg online je..xde temuduga2..dpt je..nthla kot special kes kan..anyway..keep it up..chaiyyok!!
sye pun masih menanti si dia kembali...katanya berpisah untuk memperbaiki diri..sye yang tersiksa...apakah dia akan kotakan janjinya?moga dia jodoh saya...
best arr citer ni..takde mustahilnye kalau dah mmg ada jodoh...tunggu tak tunggu same je..kalo mmg dah jodoh kite..org yg kite tak berkenan pun bole jd teman hidup...apa yg penting ada keikhlasan.kalo bebenor nak tunggu, meraih cinte seberape lame...kota kan la janji ye..harigai org yg kite sayang..jangan wat org yg kite sayang merana kerana kite kerane hidup ni ibarat pentas lakonan yg mempunyai hukum karma...kalo kite wat hal tak mustahil juga suatu hari benda yg same akan menimpa kite..renung2kan..
saya pn sedang menanti dia kembali semula..entahkan penantian ini berakhir dgn 1 kegembiraan atau 1 yang menyedihkan...hanya masa yang akan menentukan segalanya.. :(
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
hadoiii sweet nya :)