BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Isnin, Mei 18, 2009
Cerpen : Misi yang gagal
Nama Pena : LeaQistina

Di tempat kejadian...

"Mike, ada saksi?" tanya Mazlan sambil matanya meliar melihat tempat kejadian.


"Ada tuan. Gadis berumur 12 tahun. Dia berada di hujung sana," ucap Mike sambil menunjuk ke satu arah. Mazlan memandang ke arah budak tersebut. Dia sedang ditemani oleh Aliza. Kelihatan agak gugup dan wajahnya sedikit pucat.


"Arahkan Aliza untuk tenangkan dahulu budak tersebut sebelum jalankan soal siasat ke atasnya," arah Mazlan lagi.


"Baik tuan," ucap Mike sambil mengangguk faham sebelum berlalu.


Mazlan menyarung sarung tangan getah. Kemudian, kit siasatannya di buka. Dia mengambil sisa-sisa makanan yang bersepah menggunakan penyepit lalu dimasukkan ke dalam plastik bukti. Beberapa kesan lain yang terdapat pada pinggan kaca disapu menggunakan putik kapas dan dimasukkan ke dalam sampul bukti yang berbeza. Bahan-bahan bukti tersebut disimpan di dalam kit siasatannya. Mazlan meneliti lagi keadaan ruang tempat kejadian.


"Tuan, cuba lihat ni," panggil Syamir. Kamera yang dari tadi tidak henti-henti berkelip kini dibiarkan tergantung di lehernya. Kesan yang terdapat pada tombol pintu itu diamatinya.


Mazlan mendekati Syamir. Dia turut sama mengamati kesan yang ditunjukkan oleh Syamir.


"Mungkin itu kesan cap jari," ucap Mazlan seraya dia mengambil serbuk hitam bersama sebatang berus daripada kit siasatannya. Berus tersebut dicelup ke dalam bekas serbuk hitam tadi. Kemudian, berus tersebut diketuk perlahan demi menanggalkan serbuk tebal yang bersalut pada hujung berus berkenaan sebelum dia menyapu perlahan ke atas kesan tadi.


"Syamir, tolong ambilkan saya slide pelekat," pinta Mazlan.


"Ini dia tuan," Syamir menghulurkan slide pelekat tersebut ke pada Mazlan. Dengan cermat Mazlan membuka slide pelekat tersebut lalu dilekapkan ke atas kesan yang telah disapu dengan serbuk hitam tadi. Lekatan tersebut diratakan dan kemudiannya ditanggalkan secara perlahan-lahan. Slide pelekat tadi dilekatkan kembali pada pelekat asalnya supaya kesan yang terdapat pada slide pelekat tadi tidak terganggu. Mazlan menyimpan slide pelekat tersebut ke dalam kit siasatannya.


Syamir meneruskan kembali tugasnya. Mengambil seberapa banyak gambar di tempat kejadian. Mungkin ada beberapa bukti yang bakal mereka dapati daripada gambar-gambar itu nanti.


Mazlan membuang pandangnya ke arah tingkap yang berada tidak jauh daripada tempatnya berdiri. Cermin tingkap nako itu nampak agak senget. Perlahan dia mendekati tingkap tersebut. Dia memerhatikan keadaan bucu cermin nako tersebut. Agak haus. Ada kesan dimasuk dan ditarik keluar secara kerap. Mungkin jenayah ini telah dilakukan beberapa kali sebelum ini.


"Syamir," panggil Mazlan sambil menunjukkan ke arah cermin nako tersebut. Syamir faham akan arahan bisu tersebut. Pantas dia mengambil gambar cermin tingkap nako tersebut dari beberapa sudut yang berbeza.


Setelah selesai, Mazlan cuba menarik keluar beberapa keping cermin nako yang berturutan. Longgar. Satu per satu cermin nako yang longgar tersebut dikeluarkannya. Lima daripada enam keping cermin nako dapat dikeluarkannya dengan mudah. Kecuali satu cermin nako yang terletak paling atas. Mungkin di sinilah tempat penjenayah tersebut masuk, telah Mazlan sendiri.


Tiba-tiba matanya tertancap pada satu kesan berwarna coklat keperangan yang terlekat pada satu bucu salah satu cermin nako yang dikeluarkannya tadi. Mazlan mengesyaki sesuatu. Pantas dia mengambil putik kapas lalu dicalit pada kesan keperangan tadi. Satu botol yang mengandungi satu bahan kimia ajaib diambilnya. Dia menitiskan cecair tersebut pada hujung putik kapas yang terkesan bahan keperangan tadi. Warna putik kapas berubah biru.


"Positif darah," ucap Mazlan.


"Mungkin Sarah akan dapat mencari penjenayah tersebut melalui pangkalan data kita tuan," ucap Syamir pula. Mazlan hanya mengangguk kepala tanda setuju.


"Ya. Tapi ada sesuatu yang membuatkan saya musykil. Sekiranya benar penjenayah tersebut masuk dan melarikan diri melalui tingkap ini, bagaimana pula kesemua cermin tingkap ini boleh berada pada tempatnya? Sekiranya penjenayah tersebut lari menggunakan laluan ini, sudah pasti dia tidak akan sempat untuk meletakkan kembali cermin-cermin nako ini semula," Mazlan cuba mendapatkan logik di sebalik keadaan itu.




"Mungkin penjenayah ini bukan seorang. Dia ada teman yang membantu," tokok Syamir pula. Masing-masing cuba mengeluarkan sebarang kemungkinan yang mungkin berlaku demi mencari logik kes tersebut.


"Tapi, jika benar penjenayah ini bukan berseorangan, macam mana pula penjenayah yang kedua itu hendak keluar? Ini tidak logik," sangkal Mazlan pula. Pada hematnya, kemungkinan tersebut agak kurang releven. Mereka menarik nafas dalam. Cuba memikirkan lagi kemungkinan lain yang boleh berlaku. Sambil itu, mata mereka meliar memerhatikan setiap kesan yang terdapat di kawasan kejadian. Mungkin mereka akan mendapat kesan lain yang boleh dijadikan klu untuk meneruskan siasatan mereka.


"Tuan, ada seorang budak dijumpai di dalam bilik di hujung rumah ini. Dia mungkin suspek yang kita cari kerana di badannya terdapat kesan kotoran seperti yang terdapat di sini," ucap Sarah yang datang secara tiba-tiba.


"Di mana dia?" tanya Mazlan pula.


"Telah ditahan untuk siasatan tuan," balas Sarah pula.


"Baiklah, mari kita pergi," ucap Mazlan sebelum berlalu bersama Sarah.

***

Di dalam bilik siasatan 1...



"Boleh Cika ceritakan apa yang Cika nampak tadi pada kakak?" soal Aliza setelah melihat keadaan Cika yang semakin pulih dari keadaan gugup. Bibirnya agak menggeletar. Mungkin dia berasa takut setelah segala yang berlaku.


"Apa yang berlaku tadi, Cika?" soal Aliza lagi. Menyedari hakikat bahawa keadaan Cika masih lagi belum betul-betul stabil, Aliza bangun keluar sebentar daripada bilik siasatan itu. Tidak lama kemudian dia kembali bersama segelas air dan beberapa biji gula-gula. Dia meletakkannya di hadapan Cika. Cika meneguk air tersebut. Dan keadaannya berubah tenang.


"Ok, sekarang Cika cerita pada kakak apa yang Cika tahu," pujuk Aliza lembut. Tangannya memegang erat tangan Cika sebagai tanda sokongan. Dia melihat Cika menarik nafas dalam sebelum menghembuskan nafas secara perlahan-lahan.


"Cika... Cik... Cika nampak orang tu lari keluar ikut tingkap. Masa tu Cika ada di depan. Cika tengok tv. Lepas tu Cika dengar bunyi kaca terhempas ke lantai. Sebab tu Cika pergi ke dapur," terang Cika dalam nada yang perlahan. Sebutannya juga sangkut-sangkut. Mungkin kegugupannya masih belum menghilang sepenuhnya.


Mazlan mengerutkan dahi. Mustahil. Seingatnya tadi, dia tidak menjumpai sebarang kesan pinggan atau kaca pecah. Tambahan pula keadaan cermin tingkap nako yang masih berada pada kedudukan asalnya. Aneh.


"Cika pasti ada bunyi pinggan pecah?" soal Mazlan pula.


Cika hanya menganggukkan perlahan sebelum dia terus menunjukkan wajah.


"Ada berapa orang yang Cika lihat lari melalui tingkap tersebut?" tanya Mazlan lagi.


"Seorang," jawab Cika.


"Cika pasti?"



Cika hanya menganggukkan kepalanya.



***

Sementara itu, di bilik siasatan 2 Saufi sedang disoal siasat oleh Sarah dan Mike.


"Saufi, kamu mengaku melakukan jenayah ini?" soal Mike.


"Tak. Aku tak tahu apa yang korang berdua ni maksudkan," balas Saufi pula. Wajahnya sedikit takut-takut tetapi suaranya tatap cuba dikeraskan supaya kedengaran yakin.


"Habis, bagaimana kesan ini boleh berada pada badan dan pakaian kamu?" soal Sarah pula.


"Aku tak tahu. Mungkin terkena dari mana-mana," jawab Saufi lagi.


Sarah tidak berpuas hati. Nampaknya suspek mereka kali ini enggan memberikan kerjasama. Matanya terus meliar memerhatikan riaksi dan tingkah laku Saufi. Cuba mencari sebarang keraguan yang mungkin boleh dipersoalkan. Tiba-tiba matanya tertancap lengan baju Saufi yang ditarik hingga ke paras siku. Kelihatan ada garisan luka di situ. Mungkin Saufi terluka semasa ingin melarikan diri, telah Sarah pula.


"Saufi, cuba kamu tarik lengan baju tersebut hingga ke bahu," arah Sarah.


Saufi kelihatan teragak-agak untuk menarik lengan bajunya. Pada mulanya dia kelihatan seperti ingin akur pada arahan Sarah tetapi secara tiba-tiba dia merubah fikirannya.


"Tak nak. Aku takkan buat apa-apa selagi aku belum dapat peguam," bantah Saufi tegas.


Sarah menjegilkan matanya.


"Aku ada hak untuk mendiamkan diri, kan? Lagi pun korang tak ada waran nak minta untuk aku buat macam ni," bidas Saufi lagi. Keberaniannya semakin pulih nampaknya kini.


Sarah melepaskan keluhan berat. Kemudian, dia memandang Mike yang berada di sebelahnya. Mike hanya mengangkat bahu. Saufi benar. Dia berhak untuk berdiam diri dan tidak memberikan mereka sebarang sampel selagi mereka belum ada waran.


"Ok," ucap Sarah walaupun jauh di sudut hatinya dia masih tidak berpuas hati dengan sesi soal siasat ini. Namun apakan dayanya. Prosedur yang betul harus dipatuhinya. Sejurus kemudian mereka keluar meninggalkan Saufi di dalam bilik siasatan tersebut.



***



"Bagaimana dengan soal siasat suspek tadi?" soal Mazlan pada Sarah dan Mike.


"Dia enggan memberikan kerjasama tuan. Dia minta supaya kita memanggil peguam bagi pihaknya," jawab Sarah.


"Tapi saya yakin dia adalah suspek yang kita cari," balas Mike pula.


"Eh, mana boleh cakap macam tu. Belum ada bukti la," sanggah Syamir pula.


"Tapi kan tangan dia ada luka tu. Betul la...," balas Mike pula.


"Lah korang ni, mana boleh balas-balas cakap macam ni. Jom la kita buat siasatan dulu. Kalau tak nanti tak real la," tegur Aliza pula.


"Sudah... Sudah!! Jangan bertekak macam ni. Kata pro tapi bertekak macam ni mana ada pro. Pernah ke korang tengok orang bertelagah macam ni waktu jalankan siasatan? His, apa la korang ni," marah Mazlan pula. Hatinya kecewa dengan tindak-tanduk orang bawahannya ini. Langsung tidak menggambarkan sikap profesionalisma.



***

"Mazlan, apa yang kamu buat ni? Mak cuma tanya siapa yang makan burger mak tadi. Yang habis berkecah dapur mak ni kenapa?" tanya Puan Saodah sambil bercekak pinggang.


"Err.. Lan dengan adik-adik tengah siasat la ni mak. Tengah cari siapa yang makan mak punya burger tadi," jawab Mazlan dengan selambanya.


"Banyaklah kau punya siasat. Mak nak korang semua pergi bersihkan balik dapur mak. Habis cermin tingkap dicabutnya. Tombol pintu dapur penuh berbedak. Hah, tu kamu buat apa pulak dengan kamera ayah kamu tu Amir," marah Puan Saodah. Syamir tersengih.


"Ambil gambar mak. Kumpul bahan bukti," jawab Syamir pula.


"Astaga. Apa nak jadi dengan anak-anak aku ni. Dah-dah... Mulai hari ni mak takkan bagi korang semua tengok CSI dah. Buat pening kepala mak je..." kata Puan Saodah kepada anak-anaknya. Inilah akibatnya kalau terlalu fanatik dengan cerita tv.


"Alah, boleh la mak," ucap Mazlan, Aliza, Syamir dan Sarah serentak.


"Tak boleh!!!" akhirnya mereka berempat tunduk lalu pergi ke dapur untuk mengemas dapur yang telah bersepah tadi. Nampaknya, misi mereka untuk mengetahui siapakah penjenayah tersebut gagal lagi.
posted by Penulisan2u @ 1:23 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
22 Comments:
  • At 18/5/09 2:06 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    hahahahha...
    klakao gler

     

  • At 18/5/09 10:05 PG, Blogger a.s.m.a said…

    buat suspen je

     

  • At 18/5/09 4:22 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    hahaha..blh plak..
    keep it up sis!

     

  • At 18/5/09 5:09 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    laa~~
    dah feeling nk tau sape pnjenayahnye...
    skali...
    hmm...
    bleh thn r...
    hehehe

     

  • At 18/5/09 5:18 PTG, Anonymous rahmah said…

    klaka, ingtkn btol.. dasat btol fikiran bdk2 nih..

     

  • At 18/5/09 5:38 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    ceyh..sengal btol..
    x psal2 kna tpu idop2..
    ngeee...
    wt saspen je..
    bru nk feeling..
    muahaha...

     

  • At 18/5/09 6:31 PTG, Anonymous sunyisepi said…

    best cte nih!~
    hehe

    aku ttpu jua!~

     

  • At 18/5/09 8:26 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    haha.. bgus2 keep it up..

     

  • At 19/5/09 10:38 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    hahaha memg sengal....

     

  • At 19/5/09 9:01 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    hah! buang mase je bace sengal tul tapi bez la klaka gile
    HAHAHAHAHAHHAHAHAAAH

    (:~D)
    ske komen

     

  • At 19/5/09 9:25 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    x tahan aku nk gelak ni!!..lawak tul..punyela mcm real..haha..igt kotla de org mati ke ape ke..upenye kes nk cari sape mkn burger mak..haha..time kasih bg aku gelak mlm ni..time2 aku bersedih.hu..keep it up.chaiyyok!!!

     

  • At 21/5/09 7:36 PG, Anonymous Acinetobaxter said…

    Bagus cite ni...cuma dialog awalan tu mcm dialog siri gerak khas...kaku sgt..bagi loose dan real sikit..lagi seronok...sy bg markah 7/10

     

  • At 21/5/09 8:52 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    ad0iyaiii...
    tipah tertipuuu laaa plak...
    hampeh t0wl...
    penuh tekun aku membacew tapi laz2 budak2 mkn burger mak diew...
    kwang kwang kwang....

    ~EiLyNa BatRisya~

     

  • At 21/5/09 3:20 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    haha..fanatik csi rupenye bebudak tu..
    tertipu aku dipetang hari ni..
    aku pun minat sgt ngan csi..seb baek tak wat camtu..
    huhuhu...

     

  • At 21/5/09 5:50 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    Oh....tidak!!!!!tipah tertipu bang......

    Oh....tidak!!!!!tipah tertipu bang.....





    Affa madani:)

     

  • At 21/5/09 10:16 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    ingatkan polis betul tp tipu..hahaha..lawak tul..kerja yg bagus..

     

  • At 23/5/09 2:15 PTG, Blogger Camellia MK (Maria Kajiwa) said…

    Good work Lea, supporting u everywhere..

     

  • At 24/5/09 11:01 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    ceh..tertipu..hehe..tp cite y best...

     

  • At 25/5/09 2:40 PTG, Anonymous katak said…

    adoyai..ingtkn btol2 la td..
    hampeh betol wat saspen jerk..
    tp mmg da best la...aku y demam ni dh x jd demam dh....huwaaaaa....:Phehe

     

  • At 26/5/09 8:39 PTG, Anonymous amin said…

    ahahhah...sabar je la...dah kusyuk nk tau penjenayah...sekali permainan budak2 la...

     

  • At 16/6/09 8:17 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    huhuhu bengong punya cite, lawak giler

     

  • At 17/6/09 4:56 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    hahaha... lawak giler
    memang unik
    fanatik giler bebudak ni ngan csi.
    aku pun minat csi gak...hehe

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group