BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Jumaat, Mei 15, 2009
Cerpen : Maaf Yang Indah
Nama Pena : Riesna Zasly

Hadilla di selubungi bingung. Pagi yang muda pada hari itu ditempohnya dengan wajah nan suram. Nalurinya berselubung kelam yang dalam. Sekitar ruang pejabat yang terkaku dalam empat tembok konkrit padu itu seakan melemaskan dirinya dalam diam. Ruang yang menjadi kebanggaan pada dirinya selama ini. Lambang gemilang dalam kerjaya.

"Ada apa-apa yang puan nak saya sediakan pagi ini?". Wajah tua setiausahanya menyembul dari balik pintu gagah ruang kamar pejabatnya. Seakan berkerut keraguan melihatkan dia hadir di pejabat dengan sikap tidak acuh dan berhias wajah yang tidak beres. Tidak memberi salam kepada mereka seperti selalu.

"Tak ada apa-apa lah kak maznah. Cuma saya nak bersendirian rasanya hari ini. Tunda semua appointment saya ya!". Hambar suara hadilla menjenguk rasa. Dan setiausaha yang setia berbelas tahun itu pun berlalu setelah meletakkan fail-fail urusan, secawan kopi serta sebotol air mineral di atas meja kerja di hadapannya.

Kamar itu kembali sunyi. Hadilla menyibak tirai langsir berwarna biru laut yang menutupi jendela kaca di sepanjang sudut kanan kamar. Cahaya matahari yang muda menjingga menumpah masuk ke seluruh sudut dalam ruang. Seakan memberi nafas pada kelam suasana. Hadilla merebahkan tubuh dalam paduan kerusi empok bersadur baldu kelabu di hadapan meja kerja. Matanya mengawang ke sekitar ruang bilik yang luas itu seraya melayan fikiran yang tak menentu.

Bilik itu tersusun indah dengan perabut yang mewah memenuhi citarasa korporat.
Terletak meja ruang kerja beserta kerusi bergaya senada di sudut timur kamar. Seluruh ruang timur diselubungi dengan kabinet rak buku kayu jati mewah yang menutupi hampir separuh dinding kamar. Ia mengisi penuh segala dokumen, fail-fail kerja dan buku-buku ilmiah miliknya. Ruang jendela kaca bernada suram yang meneroboskan serakan cahaya tersusun luas menghadap seluruh ruang dinding barat. Terletak set sofa bercitarasa inggeris yang lengkap diantara dua dinding itu bersama pintu masuk kayu kukuh yang dibina di dinding perantaranya. Dan hampir semua sudut dilimpah dengan keutuhan coklat kayu jati yang memenuhi seluruh ruang. Warna kelabu lantai berkarpet tebal itu ikut memewahkannya

Meja kerja yang melengkung huruf L itu ditempah khas dengan kayu nyatuh yang utuh dari luar negeri. Permukaannya bersadur kaca padu yang tebal dengan deretan ukiran-ukiran klasik gothic bersulam penuh di setiap bucu meja. Kaki empat sudutnya juga melengkung dengan gaya klasik serta bersulam dengan ukiran yang senada. Tampak mewah. Dipermukaannya tersusun kemas sederet rak tiga tingkat dengan dokumen-dokumen pejabat yang tersusun kemas di sebelah kiri. Peralatan alatulisnya tercegat kaku di sudut kanan bersama minuman yang disediakan oleh kak maznah tadi. Di ruang tengah hadapannya pula terletak dokumen tugasan bersama buku temujanji hariannya siap untuk dirujuk.

Hadilla mendengus lemah. Kemewahan ruang yang terhidang dihadapannya tak mampu menenangkan jiwa yang bergelora.

"Pergilah ila menjenguk. Dah begitu lama orang tua tu terkedang kaku di hospital itu. Nampaknya seperti masanya sudah tak lama!" Terdengar sayup-sayup suara maklong membujuknya malam tadi mengegar di nubari

"Saya dah cukup baik melayan dia rasanya mak long. Dah tempahkan kamar yang khas untuknya di wad pertama. Siap membayar semua keperluan. Malah ada jururawat khas dibayar menjaga. Itu dah cukup baik jika membandingkan apa yang dilakukannya pada umi dan kami adik-beradik dulu."

"Ila masih menyimpan dendam? Dendam itu akan membakar diri, ila. Harus dijauhkan"

"Saya tak mampu menjengah wajahnya maklong... terlalu luka!"

Wajah mak long saanah memenuhi ruang nubari. Adik umi yang berbakti menjaga mereka dan gemulah umi selama ini. Membalut luka mereka yang tercedera setelah bubarnya tanggungjawab lelaki yang bernama ayah. Peneraju semangat hidup mereka sehingga berjaya ke hari ini. Bakti yang tak terluhur seumur hidup. Maklong saanah tahu apa yang mereka hadapi. Apa yang gemulah umi tempoh dengan jiwa yang lara. Bagaimana dia tiga beradik mengaut hidup muda dengan penuh trauma. Maklong saksi segala sengsara. Namun kini dia didesak agar menyibak luka itu kembali. Dia tak sanggup. Maklong tidak mengerti!

Hadilla mengeluh lemah. Jam mewah yang berpaut kaku di sudut atas pintu masuk dijerling tipis. Detak locengnya yang bergegar gagah melupus seketika fikiran yang kacau. Tepat waktu tengahari. Di luar sayup-sayup terdengar keriuhan dari suara para kakitangannya. Mungkin semuanya sibuk bergegas untuk keluar makan tengahari. Tampak sungguh lama perasaannya terjera di ruang biliknya itu. Sepanjang pagi dia tak dapat membereskan apa-apa kerja pun. Hanya melamun melayan hati kacau. Jiwa tambah pusang.

"Pergilah ila. Siapa pun dia, dia tetap seorang ayah yang tak dapat dicari ganti. Darahnya mengalir di setiap gerah tubuhmu. Tak dapat di kecuali!". Suara bujukan maklong saanah bergiang terus di halwa telinga. Seakan menekan-nekan dadanya yang tak kuncup debar. Hadilla meneguk rakus air mineral yang digapai dari sudut kanan meja. Cuba menyiram kepedihan dalam debaran hati. Mohon diberi ketenangan minda.

Wajah gemulah umi yang dipotret indah di sudut dinding kamar ditatap dengan batin yang kelam. Senyum umi yang menggoyah rasa seakan penyejuk semangat. Hanya itu kenangan wajah umi yang diabadikan. Potret yang ditempah khas dari pelukis tersohor itu seakan hidup dalam bingkai besar bersadur rona emas. Sepasang mata bundar umi beralis indah penuh tarikan. Sinar mata itu yang menyimpan lara sampai mati.

Umi sudah banyak berkorban. Sejak kecil mereka tidak pernah hidup dalam kesenangan. Penuh pahit dan getir. Terutamanya ketika ayah tidak henti-henti membuat onar. Ketika itu mereka hidup di sebuah pondok kecil milik nenek kepada umi. Di rumah pusaka itulah mereka membesar dan umi mendidik budi pekerti.

Umi amat cekal jiwanya. Pelbagai kerja dilakukannya untuk menyempurnakan mereka dan membakti pada nenek yang sudah melarat tua. Siang umi berkerja di dusun pusaka milik keluarga. Adakalanya dia mengambil upah membasuh kain dan masuk ke rimba mencari herba terpilih yang mendatangkan duit. Malam pula, dia tidak pernah putus menjahit baju pada yang tekun mengupahnya. Jahitannya begitu halus sekali dan tiada bandingan di kampung mereka.

Ayah pula jarang menampakkan muka. Sejak kecil mereka tidak pernah dilayan seadanya. Tidak bertanya khabar dan bertegur jauh sekali. Dia pulang hanya tika ingin berkehendakkan sesuatu dari umi. Justeru hanya untuk melunas hati perut. Umi selalu parah diperlakukannya. Raungan umi membuatkan mereka adik beradik saling menangis berpelukan mengincar lara malam. Tamparan, herdikan dan pukulan ayah pada ummi membesarkan mereka dalam naungan trauma.

Hadilla masih ingat segala kemuncaknya hidup mereka di rumah pusaka nenek itu. Ketika itu dia hanya 4 tahun. Malam itu ayah pulang lagi membuat onar kepada mereka. Umi di pukul teruk dan kepalanya dihantuk keras ke lantai papan. Nenek yang cuba melerai di tolak ke luar tangga kayu yang curam hingga sampai ajalnya. Kak long yang cuba membantu umi, dihentak kayu api di kaki kanan sampai capek hingga kini. Ayah bagai dirasuk syaitan. Dia dan adik hanya saling berpelukan memandang tampa mampu berbuat apa-apa. Dan ayah menghilang lagi bersama barang yang dirampasnya.

Esoknya suasana suram mengelilingi mereka. Gemulah nenek di kebumikan dengan sepenuh pilu di hati umi. Ibunya tewas ditangan suaminya sendiri. Namun umi tidak pernah kalah pada takdir yang menimpa. Umi terus bangkit. Bekerja tak behenti-henti seakan tidak menghiraukan lelah diri. Terus menbimbing mereka tampa gundah. Senyum tetap mengukir biar luka terus mencarik. Hanya tuhan yang tahu hati umi penuh duka sengsara. Ayah pula terus menghilang tidak pulang-pulang lagi. Mungkin sudah dapat apa yang dicitanya. Mereka aman buat seketika.

Damai itu tidak lama. Hidup mereka bergolak lagi dikala rumah pusaka umi didatangi sekumpulan orang yang mencari ayah. Rusuh di wajah umi tampak tambah getarnya.

"Kita harus pergi, nak. Kita harus tinggalkan tempat ini. Bersiaplah!". Nada tenang yang berkisah diwajah umi mengkagetkan mereka. Mata umi yang berkaca menyulam derita pasti diingat mereka seumur hidup.

Mereka bergegas membungkus segala pakaian dalam selonggok kain yang besar. Segala keperluan sekolah juga tak lupa dicapai. Umi mengaul segala lauk yang dimasak ke dalam periuk nasi yang besar dan turut melonggok dalam sehelai kain batik untuk di gendong. Mereka meninggalkan rumah itu. Kak long dengan longgokan kain baju. Dia yang menjinjing adik yang terkapai-kapai mengikutinya. Umi dengan gendungan periuk di pangkuan. Mereka berjalan tampa menoleh.

Umi bertangis esak di sepanjang jalan. Tika itu hujan turun agak lebat berpusar menyiram tubuh mereka. Airmata umi jatuh bergulir bersama rintis hujan diseluruh wajah. Mereka basah kuyup lalu berlindung di parkin bas dipinggir kampung. Dari jauh dia nampak rumah pusaka nenek di runtuhkan orang. Dusun umi ditarah semuanya. Musnah begitu sahaja.

"Mengapa mereka runtuhkan rumah kita umi? Kenapa kita kena keluar?" suara kecilnya penuh kaget meminta penjelasan umi. Umi terus termenung. Kak long pula tak henti-henti berisak tangis menyapu air mata dengan tangan baju. Suasana begitu suram. Pertanyaan kecilnya tidak berjawab. Adik memeluknya dari belakang menahan gigil kesejukan. Umi meraih adik dalam pelukan lalu meraungkan tangis lagi. Dia terpaku tidak mengerti. Ternyata dia terlalu kecil benar waktu itu untuk memahami arti lara.

Sepanjang malam, mereka sekeluarga bermalam di situ. Makan dari nasi bergaul lauk seperti rojak dari periuk nasi gendungan umi. Mulut kecil mereka disuap umi satu persatu dengan penuh sayu. Umi masih bertekad tenang. Lalu dalam gerimis malam yang membasah, mereka tidur berpelukan dalam pangkuan umi menahan gigil sejuk. Sehinggalah maklong saanah datang menjemput mereka di parkin itu. Ajak ikut hidup bersamanya di kota besar ini. Melayar hidup baru yang lebih sempurna.

Setelah dia meningkat remaja, barulah pertanyaan masa kecilnya terjawab. Kaki kak long yang jadi capek dipukul ayah. Geran pusaka nenek yang dirampas ayah lalu di gadaikan pada pemiutang. Tanah dan rumah nenek dirampas juga atas ulahnya. Ayah membuatkan umi hilang segalanya. Ayah juga membunuh nenek yang tidak berdosa. Ayah terlalu kejam!

Hadilla menyapu air mata yang bergulir ke kedua belah pipi. Sedan kecilnya meluruh segala kesedihan hati. Kenangan itu terlalu pahit untuk ditelan. Sungguh kelat untuk di kenang. Kisah pertemuan semula dengan ayahnya kini mengincar-incar hatinya tambah hancur. Luka lama berdarah kembali. Kenapa ayah harus muncul lagi, merobek hati mereka ke gaung yang dalam? Kenapa dia mencari mereka lagi? Mereka tak perlukan pertemuan ini! Tidak idamkan sama sekali!

"Puan, kami nak keluar ni untuk makan tengahari. Puan nak kirim apa-apa? Puan ok ke?" Teguran kak maznah, setiausahanya di balik pintu bilik, membuatkan lamunannya mati andar. Hadilla cepat-cepat menyeka air mata yang membasah di pipi.

"Takpe lah, kak maznah. Saya pun nak keluar ni. Tak balik lagi petang nanti"

"Baiklah puan. Saya pergi dulu ya!" kak maznah tergegas berlalu seraya menutup pintu kayu kukuh itu penuh teliti. Seakan gugup melihatnya dalam emosi yang seperti itu. Tampak aksi yang salah tingkah.

Hadilla merapikan solekan di mata. Kunci kereta di genggam dari atas meja lantas mencapai beg tangan di laci kanan. Dia mahu keluar dari ruang yang melemaskan itu. Lari menenangkan diri.

***

Kereta dipandu meluncur laju di jalanan. Hadilla masih termangu-mangu mengemudi tampa arah tujuan. Dia mati kutu. Fikirannya menerawang entah ke mana. Tingkap sisi keretanya dibuka bersama deru aircon yang masih terus melancar di ruang dalam. Angin yang deras menyibak-nyibak wajah dan rambutnya yang terurai. Angin juga mengibar-ngibar baju kurung hijau daun pisang yang dikenakan. Turut menyelak-nyelak lengan baju bersulam rajut di tangan kiri yang memegang kemudi. Sehingga parut itu jelas ternampak

"Apa yang kau nak tenguk sangat ha! Suka sangat nak tenguk! Kau kemari sini. Aku tunjukkan kau yang nak tengok sangat tu! Kemari kau!". Ayah mengheretnya ke dalam kamar umi. Dia ditangkap mengintai ayah yang sedang sibuk mengulung sesuatu di balik pintu kamar. Ayah membanting tubuhnya yang kecil itu tampa belas kasihan. Tangan kecilnya sakit terpulas dalam genggaman tangan kekar ayah

"Sakit ayah! Sakit! Jangan ayah! Sakit!" Raungannya memecah keheningan rumah pusaka. Umi tiada di waktu itu, kerana sibuk membasuh baju di rumah mak gayah. Nenek turut mengikut sambil menjenguk anak mak gayah yang bersalin zuriat pertama. Ayah menenyeh-nenyeh rokok daun yang berbara ke lengannya sambil bergilir-gilir menyedutnya mengepul bara. Dia meronta-ronta menahan kesakitan. Ayah tidak perduli, malah tertawa seperti tidak siuman lagaknya. Mata ayah merah seperti dirasuk iblis dan berkhayal entah apa. Seakan terhibur melihat dirinya yang masih kecil itu teronta-ronta menahan sakit. Peristiwa itu berulang-ulang sehingga hampir seluruh tangan kecilnya berbirat kesan cucuhan. Lebam-lebam di belakang tubuh kecilnya tak terkira penangan sepakan kaki ayah. Terlalu kejam!

"Honnnnnnnnnn!" Bunyi kenderaan dibelakang mematikan lamunannya. Dia menekan minyak meluncur laju keretanya melintasi lampu merah. Airmatanya masih merembes jatuh. Esakan halus masih menaungi isi dada. Hatinya sebak. Dia memutuskan untuk behenti di pinggir pantai danga yang panjang menjajar di tepi jalan itu. Menyambut sendu hati.

Langit yang membiru tampak suram di balik kepulan awan komulus yang putih samar. Hadilla meneladahkan wajahnya. Membiarkan angin laut yang bersemilir mencecah lembut wajahnya. Tak peduli bahang matahari yang ikut menyentuh hangat kulitnya di tengahari itu. Dia nampak wajah umi di situ. Wajah dengan senyum penyejuk yang abadi.

Wajah tenang umi melayar di matahati. Dia masih ingat di saat umi dilanda nazak hampir dipukul maut. Wajah umi tetap tenang. Umi jatuh ketika mengambil wudhuk di pagi hening itu. Jeritan maklong saanah mengejutkan mereka adik beradik di bilik masing-masing. Kak long memangku kepala umi yang berkerudung putih bersiap solat subuh. Wajah umi tetap segar menatap wajah mereka adik-beradik satu persatu.

"Umi akan pergi! Rasanya masa telah tiba. Kak long jagalah adik-adik ya! Jejak lah ayahmu. Maafkan lah dia. Ayahmu cinta umi yang tiada tara. Biarpun dibalas tuba, dia tetap suami umi. Ayahmu jua. Maafkanlah dia. Kerana umi sudah lama memaafkan.."

Umi berlalu tampa rengkuhan sakit. Begitu tenang. Wajah umi yang memutih mulus persis manusia yang tidurnya dalam aman nyenyak. Senyum tetap terukir tanda jiwa nan damai.

Hadilla berdesah pilu. Angin yang membelai wajahnya seakan tangan umi yang mengelus mesra. Airmatanya mengering dalam sejatan angin. Memaut damai.

"Memaafkan itu amat indah, ila. Contohilah umimu. Dia pergi dalam damai, kerana ada maaf dalam hati. Tiada dendam dibawa pergi dalam jiwa". Bujukan maklong saanah bergiang lagi. Seakan mempuput rasa

Hadilla meneruskan pemanduannya lagi. Kereta honda mewah itu meluncur laju di jalan aspal yang berwap bahang matahari lantas memasuki ruang bangunan berwarna putih berbumbung merah yang tersergam besar di hadapannya. Hadilla terus terpaku menatap bangunan itu. Telefon tangannya tiba tiba berdering.

"Kau kemana ila. Dia sudah nazak. Datanglah!" suara lengkingan maklong mengejutkan dirinya yang kaku. Dia tersentak seperti dilanda halilintar. Bagai mendapat semangat baru, dia keluar dari perut kereta lantas berlari anak memasuki ruang bangunan itu. Ke wad kelas pertama

Hadilla melihat maklong saanah di ruang menunggu. Di tangannya memaut surah kecil yasin sambil mulutnya berkumat kamit mengalunkan ayat suci itu. Hadilla melangkah perlahan ke arahnya. Maklong berdiri menatapnya dengan mata berkaca.

"Akhirnya, kau datang juga ila!", ucap maklong perlahan. Ada haru pada nada suara itu

Hadilla memeluk maklong erat. Seakan mahu melepaskan segala gemurat hati. Air matanya merembes lagi tampa lelah.

"Ila!".

Terdengar panggilan untuknya dari arah belakang. Hadilla menoleh. Dilihat kak long terjengkot-jengkot dengan kaki yang capek itu melangkah ke arahnya penuh sayu. Kaki capek ulahan ayah. Bibirnya menguntum senyum haru. Tangan kanan menjinjing adik yang turut ikut serta. Adiknya yang belajar di amerika itu seakan muncul mengejutkannya. Bilakah dia pulang. Hadilla terpana. Maklong saanah mengucap alhamdulillah dalam hati. Mereka adik beradik seakan berjanji untuk berkumpul di sini.

"Kita akan sama-sama menempuhnya, ila! Kita akan sama-sama tunaikan hasrat umi!" Kak long berucap tegas. Seakan memberi semangat kepada mereka adik beradik. Tangan mereka berpaut erat dalam genggaman padu.

"Kaklong sudah memaafkan?"

"Kita cuba memaafkan. Demi umi!" Airmata bergulir di pipi kak long. Adik sudah tersedu tangis. Maklong juga masih menangis haru.

Mereka menyelak daun pintu putih wad kelas satu itu dengan jiwa yang sengaja didamaikan. Debaran masih penuh mengisi dada. Terlihat seorang tua terbaring lesu di atas katil serba putih. Wajahnya terlihat amat tua menanggung derita jiwa. Mata tua itu menatap mereka dengan kebil-kebil tidak percaya. Ada gurasan kesal penuh diwajahnya. Mata tua itu berkaca-kaca

"Anakku! Maafkanlah ayah! Maafkan ayah!"

Suara tua itu beringis bercampur sendu. Penuh derita. Mereka adik beradik mengamit haru. Airmata pecah di setiap wajah

"Ayahhh!"

***
posted by Penulisan2u @ 12:24 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
9 Comments:
  • At 15/5/09 12:49 PG, Blogger nadiah_abdllah said…

    sedih..
    :(

     

  • At 15/5/09 12:59 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    kalau ini kisah nyata, sedih sangatlah. tapi bagiku tiada maaf ntuk seorang ayah yang berbuat seperti itu.

     

  • At 15/5/09 9:53 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    hhuh..itu reality....saya mcm 2 gak....tanpa kata yg boleh d ucapkan....sungguh perit

     

  • At 16/5/09 2:51 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sedizzz..uwwaa..
    terseksa sgt kehidupan dieorg...

    ~aku insan biasa~

     

  • At 16/5/09 4:40 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sedihnya...merananya hidup dia orang...

     

  • At 17/5/09 2:25 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    susah nk cakap, kalo aku jd hadilla, mungkin aku xkan maafkan kot...

     

  • At 17/5/09 5:37 PG, Blogger a.s.m.a said…

    ada ja cta sbnar yg berlaku pd mak sedara aku..laki tu memang tak bertanggungjawab..

     

  • At 20/5/09 10:25 PTG, Anonymous aisyah said…

    salam..sy rasa writer ada bakat yg besar..ayat ke ayat ada flow yg appropriate...tema cerpen pulak universal..(bukan love story sj..hehe)...yes, mmg susah nak maafkan bapa yg like that, tp still masih bapa kita..
    ni pendapat sy je...tahniah pd penulis!!!

     

  • At 21/5/09 10:08 PG, Anonymous riesna zasly said…

    Thanks kepada teman-teman yang memberi komen-komen yang membangkitkan semangat... Cita-cita saya ingin menjadi penulis yang lain dari yang lain... kalau boleh, taknak hanya berkisar pada cerita cinta sahaja... lebih pada kisah kehidupan nyata masyarakat kita yang sebahagiannya tersorok dari mata kasar kita

    Ada sebuah lagi cerpen saya "SERIBU MAKNA SENYUMAN IBU".. moga teman-teman boleh beri komen...
    salam hormat buat teman-teman semua

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group