BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Jumaat, Mei 15, 2009
Cerpen : Lembah Namleh
Nama Pena : adra adlina

Pekikan sahabat baiknya langsung tak dihiraukan. Tangannya masih kejap mengenggam batang cangkul. Wajahnya nampak muram. Namun tiada setitis pun air mata yang mengalir. Hanya tubuhnya kaku di kawasan berpasir itu. Pemandangan bergunung di sekelilingnya dipandang tanpa perasaan.

"Flarus, kenapa kau masih belum pulang? Hari sudah senja. Tentu ibu kau bimbang. Aku tahu, kau sedang bersedih. Namun, kau akan mengecewakan Loa jika terus berkelakuan begini. Kau masih ada anaknya untuk dijaga. Aku mengerti, Loa itu kambing kesayangan kau," sekilas wajah cemas Alore ditatap. Dia mengerti akan kebimbangan sahabat karibnya itu. Sebelas tahun mengenali antara satu sama lain, Alore satu-satunya sahabat sejati yang dia ada. Flarus melepaskan keluhan berat. Alore menepuk bahu remaja bertubuh tegap di depannya.

"Berikan aku sikit masa lagi. Kau jangan bimbang. Aku cuma mahu menemani Loa buat sementara. Tentang anak kambing aku, kau tolonglah awasinya malam ini. Sampaikan pada ibuku, anaknya akan pulang lewat malam untuk pergi berburu. Sudah lama kita tidak merasa daging pelanduk," ucap jejaka itu lagi. Cukup tenang. Alore hanya mengangguk sambil mengukir senyuman. Dua anak muda berusia tujuh belas tahun ini kemudiannya berjabat tangan.

"Jaga dirimu sahabatku," pesan Alore sebelum berlalu. Tautan tangan mereka dileraikan.

Mentari di ufuk barat kian tenggelam. Anak muda ini tersenyum puas bila usahanya mendaki lembangan berjaya membuahkan hasil. Seekor pelanduk tewas. Tepat bidikan panahnya melumpuhkan haiwan tersebut. Dengan baju yang comot dan lusuh, dia mengatur langkah untuk kembali ke rumah.

Pintu rumah yang diperbuat daripada jerami dan ranting kayu ditolak perlahan. Tidak mahu menganggu ibu yang tentu sahaja sedang lena. Namun telahan Flarus meleset sama sekali. Api lilin masih bernyala sewaktu dia melangkah ke dalam rumah. Senyuman manis ibu yang sedang menjahit kulit untuk dijadikan pakaian menyambut kepulangannya.

"Dapat hasil yang memuaskan anakku? Meleret senyuman kamu," sengaja Frenza mengusik anak terunanya.

"Ya ibu. Tentu sekali. Daging ini cukup untuk mengisi perut kita buat tempoh sebulan," jawab Flarus sambil menepuk-nepuk pelanduk itu sebelum meletakkan hasil buruannya ke atas lantai. Setelah menyimpan peralatan berburu di tempat khas, jejaka itu menghampiri ibunya.

"Ibu, rehatlah dulu. Esok masih ada masa untuk menyiapkannya," wanita ini masih tekun menyudahkan jahitan.

Frenza hanya tersenyum mendengar bicara anak tunggalnya. Perangai Flarus tak ubah seperti mendiang bapanya, Korr. Seketika kemudian keluhan berat dilepaskan dari mulut Frenza. Kalaulah anaknya ini tahu, kalaulah anaknya ini mampu mengerti. Namun dia akur, belum tiba masa untuk anak remajanya mengetahui segala yang disimpan rapi selama ini. Hakikat sebenar tentang kisah suaminya yang terkorban sewaktu Flarus berusia dua tahun.

"Ibu belum mengantuk. Kamu tidurlah dulu. Esok kamu masih perlu bangun pagi dan menjaga kambing-kambing kita," ujar Frenza. Dia mengusap pipi Flarus. Nampak sangat anaknya ini keletihan. Kematian kambing kesayangannya setelah melahirkan seekor anak membuatkan anak remaja ini menyembunyikan diri dan bersendirian sehari suntuk. Tahu-tahu sahaja Flarus pulang membawa hasil buruan.

"Baiklah ibu. Jika ada apa-apa, jangan lupa kejutkan saya. Saya lena macam mana pun, ibu mesti kejut," pesan Flarus lalu mengucup dahi ibunya. Frenza mengusap rambut anaknya. Ekor matanya memerhatikan si anak merebahkan badan ke atas lantai yang dialas dengan jerami.

"Selamat malam, sayang,"ucap Frenza lembut.

"Selamat malam ibu," balas Flarus sebelum memejamkan mata.

Anak kambing berwarna putih keemasan itu dibelai dengan penuh kasih sayang. Dia membawa anak kambing itu ke dalam pelukan. Diciumnya bertalu-talu. Tetapi hairan, langsung tiada bau hamis mengacah deria baunya. Ternyata si putih keemasan ini berbeza dengan kambing-kambing peliharaan Flarus yang lain.

"Kenapa kau langsung tak sama seperti ibu mu?" Flarus membelek-belek kambingnya dengan rasa pelik.

Masakan Loa yang berbulu hitam boleh melahirkan anak berbulu putih seperti ini? Bulu putihnya pula aneh sekali, seakan bersilau keemasan. Lebih menghairankan, tiada seekor pun kambing jantan dewasa berbulu putih di penempatan ini. Sejak awal kelahirannya, penduduk lain berpusu menyaksikan anak kambing putih ini. Masing-masing menggaru kepala. Lantas satu sahaja soalan menerpa benak mereka. Dari mana Loa mendapat baka cantik begini? Namun senang sahaja bagi Flarus untuk menghuraikan persoalan itu.

"Tentu saja anak kambing saya mewarisi baka daripada nenek moyangnya," dan penduduk kampung semua terdiam. Mengakui kebenaran kata-kata Flarus. Pemuda yang penyabar dan merupakan gembala kambing termuda di Lembah Namleh. Walhal sepanjang mengembala kambing, belum pernah Flarus melihat mana-mana kambing memiliki bulu sebegitu.

"Oh ya! Aku masih belum memberikan nama kepadamu. Sudah hampir sebulan kamu lahir, maafkan aku. Selesa berbicara bagaikan kau juga manusia sepertiku," remaja ini terus bercakap-cakap sambil mengusap muka anak kambingnya.
"Nama apa ya sesuai denganmu?" seketika dia berfikir sambil bercangkung di sisi anak kambing itu.

"Nigu! Mulai sekarang, kau adalah Nigu!" Sebut Flarus dengan penuh teruja. Entah mengapa, hatinya terdetik untuk menamakan anak kambing ini dengan nama demikian. Nigu menggeselkan kepalanya di belakang badan Flarus.

"Manjanya kau!" lantas Nigu dirangkul mesra. Flarus tergelak bahagia. Memori bersama Loa sentiasa utuh dalam dirinya. Namun dia mampu menghadapi kenyataan bahawa kambingnya telah mati. Dan kini dia punya Nigu untuk dibesarkan dengan sepenuh perhatian.

"Cepatlah kau membesar," ucap Flarus lagi. Sudahnya dia meluangkan masa bersama Nigu hingga ke petang.

Kejaiban menjelma…

"Alore! Mari ikut aku! Aku mahu tunjukkan sesuatu kepadamu!" Teriak Flarus dengan wajah cemasnya. Alore turut berdebar. Bimbang ada perkara buruk menimpa sahabat karibnya itu.

"Apa yang telah berlaku? Mengapa kau tampak begitu cemas?" Soal Alore sambil kakinya laju berlari, mengikut rentak Flarus yang sedang tercungap-cungap. Flarus sekadar menggeleng kepala. Alore jadi buntu dengan perilaku sehabatnya.

"Cuba kau lihat? Ajaib bukan? Aku sendiri pun susah hendak mempercayainya," Ucap Flarus dengan teruja sambil tangannya menunjuk ke arah Nigu dan sebuah tong kayu. Dia terus menerpa ke arah kambing berwarna putih keemasan itu lalu membelainya.

Bekerut-kerut dahi Alore. Anak muda ini menggenyehkan matanya berulang kali. Benarkah apa yang dia saksikan ini? Ataupun sepasang matanya sedang menipu? Flarus menjengahkan mukanya ke dalam tong kayu itu. Tangan kirinya memegang butir-butir permata berwarna putih kehijauan itu. Setiap inci butiran halus itu diperhatikan dengan teliti.

Sungguh Flarus merasa aneh apabila pagi tadi, Nigu yang masih belum bunting mahupun beranak telah mampu mengeluarkan susu. Sepanjang sepuluh tahun pengalamannya mengembala kambing, inilah pertama kali kejadian seumpama ini berlaku. Dan jika diikutkan faktor usia juga, Nigu belum cukup matang untuk menghasilkan susu dalam usianya yang baru mencecah sebulan. Cecair putih itu terus bertitisan daripada puting anak kambing dan membeku lalu membentuk butiran kecil berkilat jernih yang berwarna kehijauan seolah kilauan zamrud. Namun tidak Flarus ketahui apakah nama permata itu sebenarnya?

"Kambing ini benar-benar pelik. Mana mungkin dalam usia sebegini, Nigu berupaya mengeluarkan susu?" Alore mengunci bibir setelah menghabiskan bicara. Meninggalkan persoalan bermain di benak Flarus. Jantungnya merasa debaran yang bukan kepalang. Namun wajahnya tetap dimaniskan. Menyelindungi kecelaruan fikirnya daripada pengetahuan sahabat karibnya itu. Sedang Flarus termenung sendiri. Sel mindanya sedang bercabang memikirkan di manakah munasabahnya perkara sebegitu berlaku terhadap kambingnya? Apakah segalanya bukan dongengan? Raut wajah Flarus terus berubah kelat.

"Alore, orang lain tidak boleh tahu mengenai perkara ini. Aku bimbang Nigu akan diapa-apakan," luah Flarus gusar. Alore yang seakan mengerti gelodak rasa sahabatnya menepuk-nepuk bahu Flarus.

"Jangan bimbang. Aku akan rahsiakan perkara ini," ucap Alore yakin. Dipandangnya anak mata hijau milik Flarus. Pandangan mereka bersatu.

"Terima kasih, sahabat. Engkaulah satu-satunya teman yang memahami diriku," ucap Flarus lantas memeluk sahabat karibnya.

Erat dan kejap! Alore menundukkan wajah. Dia semakin serba salah. Namun bayangan hitam yang menjelma dalam pandangannya terus melenyapkan semua rasa itu. Senyuman sinis terukir di bibir Alore. Cuaca cerah mula beransur mendung. Langit mulai kelam. Angin kencang serta kilat sabung menyabung memaksa Flarus menambat Nigu ke dalam kandangnya. Lalu dia dan Alore beriringan menuju ke rumah masing-masing.

Hati Frenza berdebar-debar. Nalurinya kuat mengatakan sesuatu yang tak elok bakal berlaku. Sewaktu menyiapkan pakaian untuk anak kesayangannya pagi tadi, jari Frenza tercucuk jarum. Mujurlah sedikit sahaja lukanya. Bunyi pintu ditolak menyakinkan ibu ini bahawa anaknya telah pulang. Terjengul susuk tubuh Flarus yang kebasahan. Membulat mata Frenza, namun segera dia menarik nafas lega. Bersyukur kerana anaknya tidak ditimpa sebarang kecelakaan sepanjang perjalanan.

"Ke mana kamu pergi? Sepatutnya jika awal-awal sudah nampak langit mendung, terus pulang ke rumah. Mujurlah tiada apa yang berlaku. Bimbang ibu bukan kepalang tadi," akhirnya terlepas juga bebelan ibunya. Flarus akur. Dia rela menadah telinga.

Anak muda yang masih termengah-mengah ini terus menghela nafas untuk melepaskan lelah. Pertanyaan ibunya tidak segera dijawab. Tong kayu dalam pegangannya diletakkan di hadapan si ibu yang sedang menguli doh. Tangan Frenza yang dari tadi ligat mengulit adunan tepung itu langsung terhenti. Adakah petanda yang lenyap sejak beberapa tahun lalu muncul kembali?

"Ibu! Cuba lihat, apakah sebenarnya objek ini?" Suara Flarus mengembalikan dirinya ke alam nyata. Hairan jejaka ini melihat perlakuan ibunya. Sekejap wajah si ibu nampak marah, sekejap bagaikan sedang bersedih.

"Dari mana kamu mendapatkannya? Pulangkan kembali kepada tuannya. Kita sama sekali tidak berhak untuk memiliki permata ini!" Meninggi nada Frenza secara tiba-tiba. Flarus terpempan. Mengapa ibu menengkingnya begitu sekali? Sedangkan selama ini, menjentiknya pun ibu belum pernah. Dia dibesarkan dengan sepenuh kasih sayang. Ditatang bagai minyak yang penuh.

"Ibu, kenapa ibu marah-marah begini? Kita tidak perlu memulangkan pemata ini kepada sesiapa pun. Semuanya hak kita. Nigu yang mengeluarkan susu sebelum tiba waktunya. Apabila titisan susunya membeku, terbentuklah objek yang berkilau ini," mencerlung mata Frenza. Dadanya berombak. Matanya serta merta terasa panas. Ditatap wajah polos Flarus yang tidak mengerti amarahnya kala ini.

"Maafkan ibu sayang. Ada sesuatu yang perlu kamu tahu," kedengaran sayu suara Frenza. Dia mendakap Flarus semahu-mahunya. Remaja berusia tujuh belas tahun ini semakin tidak mengerti bila esakan ibunya mula kedengaran. Seketika kemudian, Frenza mengelap tangannya. Dia menapak ke suatu sudut tersorok dalam rumah ini. Flarus hanya mengekori langkah ibunya. Memerhatikan tingkah laku si ibu dengan penuh kemusykilan.

Frenza berhenti di situ. Lantas dia menyelongkar objek-objek yang terdapat di sebalik tirai pendiangan. Matanya tertancap pada senaskah buku yang diperbuat daripada kulit kambing. Tanpa berlengah, tangannya menarik buku tersebut dengan penuh berhati-hati. Flarus tercengang. Adakah terlalu banyak perkara yang perlu dia ketahui?

-Riwayat yang tamat ada pun silih berganti. Tewas Lusier tak ertinya padam. Lalu kebangkitan Zagus bahawasanya satu petanda. Putih kehijauan, terbitlah dari anak putih silauan emas bulunya-

Berkerut-kerut dahi Flarus. Sungguh dia gagal memahami ayat-ayat tersebut. Sudah beberapa malam dia mengulang baca. Namun tetap buntu. Ibu hanya membiarkan dia mengkaji sendiri buku tebal itu. Dibeleknya pula muka depan.

"Korr Lusier Zagus?" Naik tepu otaknya berfikir.

Blara turquoise…

Ibu buat tak endah. Nampaknya Flarus tak punya pilihan lain. Terpaksalah mengkaji, menyelidik sampai otak bengapnya ini faham sendiri. Sampai naik keras matanya mentelaah. Pentingkah semua pengetahuan ini? Sedangkan dia merasa terbeban. Malam kian larut, bertemankan api lilin dia teruskan usaha. Namun peluh yang mula merembes menimbulkan ketidakselesaan. Pantas Flarus menuju ke sungai.

"Yuhuuu!" Teriaknya ceria lantas melakukan terjunan tanpa mengambil kira tahap kesejukan air sungai itu.

Kedinginan air sungai memberikan rasa nyaman yang bukan kepalang. Segala beban yang bersarang dalam mindanya bagaikan lebur sekelip mata. Sedang dia asyik bermandi mandi, dalam samar dia bagaikan terpandang kerlipan cahaya bersinar-sinar dari celah pepohon. Semakin lama semakin nyata. Matanya digosok berulang kali. Mimpikah dia?

"Flarus," kedengaran bagaikan namanya diseru.

Naik meremang bulu roma Flarus. Dia berenang ke daratan lalu mencapai pakaian yang dicampakkan ke tepi tebing. Kelam kabut anak remaja ini menyarungkan pakaian. Sejuk menggigil langsung tidak dipedulikan. Dia lebih takut dan geli melihat makluk di hadapannya. Hendak kata manusia, ada sayap seperti burung. Rupanya cantik, berambut panjang ikal. Juga berkaki dua persis manusia. Pakaiannya pula bagaikan terus melekap pada kulit seperti kain organza. Sepasang sayap makhluk ini berwarna biru turquoise, dan paling mengelirukan adalah figuranya menyerlahkan identiti wanita. Malah suaranya yang merdu hampir membuat Flarus pitam.

"Flarus, engkau tak perlu takut wahai sahabatku," Flarus gigit bibir. Dia terduduk di situ juga. Lembik lututnya mendengarkan perkataan sahabat.

"Maaf jika aku meninggi diri, namun harus aku tegaskan bahawa seumur hidupku ini, belum pernah aku bersahabat dengan makhluk pelik seperti kamu," cukup sopan suara Flarus. Tidak bermaksud untuk menyindir, tetapi melindungi diri sendiri. Makhluk pelik ini melemparkan senyuman.

"Kau ditakdirkan untuk menjadi sahabatku. Kita akan bersama-sama menentang kejahatan," kening Flarus bertaut. Dia terpana.

"Tentu saja kau sedang bergurau. Walaupun aku bengap, namun bukannya tidak tahu membezakan kenyataan dan pembohongan," makhluk ini terus tergelak.

" Nampaknya kau memang lebih bengap dari apa yang kau sangka. Sedikit kebodohan dan bengap, untuk membentuk jati diri seorang kesatria yang baru. Oh! Maafkan aku kerana terlupa memperkenalkan diri. Aku Blara, gadis turquoise yang telah terkurung dalam tawanan kuasa gelap Hores sejak berkurun lamanya. Aku tak dapat memberikan pertolongan saat bapamu terkorban untuk menentang Hores lima belas tahun lalu. Kekalahan ini telah menyebabkan kaum Lusier jatuh ke dalam tahanan Hores," mata Flarus terkebil-kebil.

Cerita dongeng apakah yang sedang didengarinya ini? Dia bergegas pulang. Mindanya bercelaru. Ingin mencari kepastian. Adakah dia sedang dipermainkan? Katakanlah yang seluruh alam sedang bergurau dengannya.

"Ibu, tolonglah bangun. Saya perlukan bantuan ibu," tangan ibunya yang sedang lena digoyang berulang kali.

Terpisat-pisat Frenza bangun. Melihat kesungguhan pada wajah anaknya, dia terpaksa bersetuju untuk menceritakan segalanya. Sudah tiba waktu untuk Flarus mengetahui siapa mendiang bapanya. Dan setiap perkara yang menjadi rahsia, dirungkaikan untuk pengetahuan Flarus. Frenza rela, andai anaknya juga bakal mengikuti jejaka Korr untuk membela nasib kaum mereka.

"Kau dah tahu kan bagaimana Korr terkorban?" Pertanyaan Blara menggigit sanubarinya. Flarus menunduk. Namun linangan air matanya tak mampu diselindungkan.

"Tak salah untuk kau menangis demi seorang bapa. Ayahmu seorang kesatria lagenda, menjadi sanjungan kaum Lusier. Aku sangkakan, beribu tahun akan datang bakal muncul seorang lagi kesatria. Namun takdir menentukan, bahawa dirimu yang menjadi gembala waris Zagus seterusnya. Terlalu cepat dari apa yang aku bayangkan. Nigu, mungkin merupakan anak kambing terakhir dari baka Zagus. Kerana hanya yang terakhir dapat mengeluarkan permata Krosto," Flarus mengangguk-angguk. Dia memandang Blara yang duduk berhadapan dengannya. Terlalu banyak yang gadis rama-rama ini tahu. Tentu dia merupakan salah seorang pejuang yang sangat hebat pada zamannya.

"Kau ajarkan aku bagaimana cara untuk melumpuhkan kezaliman Hores kepada kaum kita. Bimbinglah aku untuk menamatkan riwayat kejahatan yang dihidupkan olehnya sejak zaman berzaman? Aku mahu kuasa gelapnya tersungkur dalam kegelapan yang dia ciptakan itu," sungguh yakin nada Flarus.

Dia menentang pandangan Blara. Seketika fikirannya melayang kepada Alore. Sudah lama tidak bertemu dengan sahabat karibnya. Bergurau senda, berburu bersama seperti dulu? Flarus berkirak-kira untuk singgah sebentar ke rumah Alore setelah selesai menuntut ilmu dengan guru barunya ini.

-Mati jasadnya tidaklah berguna. Harus pisahkan roh sekalian. Panahlah Gesar, hentikan degupnya. Lenyaplah adanya Hores selamanya-

"Jika kau sudah mahir memanah, kita beralih pada pengajaran seterusnya. Setiap kalimat ini mengandungi erti yang tersirat. Cuba fahami, kemudian beritahu padaku apa yang kau tahu. Jangan cepat berputus asa," pesan Blara seringkali menjengah telinganya.

Flarus tekun menghadap buku itu. Dia sungguh bernasib baik kerana tidak perlu melibatkan diri dengan menghafal mahupun mempraktikkan mana-mana mantera kuno. Jemarinya menyentuh butir-butir halus yang berkilauan. Rasanya dia mengerti makna yang tersirat di sebalik istilah Gesar. Dalam bahasa kuno, gesar maksudnya panah jernih. Mungkinkah Kostro sumbernya? Tercarik senyum di bibir Flarus.

"Alore! Alore! Aku datang!" laung Flarus dari luar rumah. Berkali-kali dia memanggil nama sahabatnya itu. Namun batang hidung Alore tidak kelihatan. Flarus hampa. Dia mengatur langkah untuk pulang. Alore bangun dari pembaringannya. Susah payah dia mencuba untuk bangun. Digagahkan jua kakinya untuk menapak ke depan.

"Flarus! Maafkan aku sahabat. Terlalu lama kita tidak bertemu. Aku menghadapi masalah kesihatan," kedengaran sungguh lemah suara Alores. Demi terpandangkan wajah pucat sahabatnya Flarus jadi hiba. Dia merasa bersalah lantaran mengabaikan kebajikan sahabat baik yang dikenali sejak berusia dua tahun itu.

"Usah meminta maaf sedangkan aku yang bersalah. Maafkan aku kerana mengabaikan engkau sahabat," ucap Flarus. Alore menggelengkan kepala seraya mengukir senyuman.

"Engkau terlalu baik padaku. Pulanglah, tentu masih banyak kerja yang hendak engkau dilakukan. Usah bimbang akan perihalku," bersama kata-katanya, Alore menghampiri Flarus.

Dia menatap wajah sahabatnya dalam-dalam. Bening pandangannya menyelami anak mata hijau Flarus. Dibelai setiap inci wajah sang sahabat, lalu Alore mendakap tubuh Flarus. Erat. Terlalu sarat dengan kasih sayang yang disemai selama ini. Tanpa sedar air mata lelakinya jatuh.

Kesatria Flarus dan mantera magis…

Sejak pulang dari menemui sahabat karibnya, minda Flarus tak henti berfikir mengenai perihal Alore. Bening mata anak muda itu menimbulkan rasa kurang enak di hatinya. Blara perasan akan perubahan sikap jejaka itu. Cuma dia malas hendak mencelah dalam permasalahan Flarus. Anak muridnya ini punya kebebasan sendiri. Flarus merengus. Sudah dia hafal kesemua mantera kuno itu. Namun hati dan fikirannya bagaikan melayang. Hanya jasad yang duduk menghadap Blara. Meski Flarus khuatir akan tahap penguasaannya terhadap mantera kuno, nyata ada sesuatu yang dia bimbangkan melebihi perkara tersebut.

"Ayah bunuhlah saya! Tolong bunuh saya, tamatkan sahaja riwayat saya, kerana saya tak sanggup melihat kawan baik sendiri dibunuh oleh ayah! Tolonglah! Telah saya relakan ayah meneguk darah daripada tubuh ini," Jasad Hores yang tadinya menyerupai asap hitam, bertukar wajah. Dia menjelma sebagai seorang lelaki tua berwajah mengerikan. Tajam matanya menikam anak muda yang pucat di hadapannya.

"Aku akan bunuh kau dan dia. Aku akan jadikan kau umpan untuk membunuhnya. Bersedialah kau untuk mati!" suara itu bergema. Hujan lebat mula membasahi Lembah Namleh. Serentak dengan laungan Hores, Alore menggelupur kesakitan bila tombak beracun Hores menikam perutnya. Pengorbanannya sebagai seorang sahabat berakhir sia-sia. Darahnya tidak menjamin bapa yang kejam daripada berhenti membunuh orang lain.

"Argh!!" Jeritan dan rintihan itu langsung tidak menimbulkan simpati. Meski perlu membunuh anak sendiri, dia takkan menyesal. Sebab dirinya adalah Hores bertuankan kegelapan. Nalurinya disimpan untuk mengabdi kejahatan. Dia membela Alore untuk meluaskan empayar kejahatan, bukannya menyuntik kebaikan dalam diri anak tersebut.

"Alore! Itu suara Alore!" Bentak Flarus.

Buku tebal itu dicampak entah ke mana. Tangan Flarus mencapai busur dan anak panah Gesar. Senjata itu penting untuk melindunginya. Blara tergamam. Untuk menyampuk dia kelu. Hanya terdaya mengikut jejak Flarus dari belakang tanpa mendedahkan pengenalan dirinya yang sebenar. Laju Flarus berlari meredah kepekatan malam untuk menemukan Alore. Kemungkinan diserang binatang buas tidak dihiraukan. Hanya dengan memastikan sahabat karibnya selamat, dia akan berpuas hati.

Dada Flarus bergetar hebat. Kakinya terpaku bila melihat darah membuak keluar dari mulut dan hidung serta membasahi sebahagian baju Alore. Tergigil dia menghampiri jasad sahabatnya yang sedang nazak. Menggeletar tangannya memangku kepala Alore. Desah nafas sahabatnya kedengaran amat perlahan.

"Siapa yang menyakitimu sehingga begini sahabatku? Siapa?" Flarus meraung di situ juga.

"Hores," ucapan itu terzahir dari mulut Alore namun tiada suara yang kedengaran. Flarus yang sedang terhinggut menahan tangis mendekatkan telinga ke bibir Alore namun gagal memahami butir bicara sahabatnya. Nafas Flarus seakan terhenti bila kepala sahabat karibnya terkulai. Tahulah dia, mereka berdua tak mungkin bersama lagi selepas ini. Dan dia akan berjuang sendirian untuk berburu.

"Alore!" raung Flarus. Bergempita jeritannya. Blara menepuk lembut belakang anak muridnya.

"Bertenang, Flarus. Aku mampu mendengar apa yang Alore perkatakan. Hores adalah bapanya. Dan Hores membunuhnya untuk mengumpan kau ke sini," Berombak dada Flarus menahan amarah. Matanya memerah. Menghimpun kesedihan yang tidak terkata. Kini dia perlu meneruskan pemburuan sendiri. Memburu Hores yang terlalu banyak berhutang dengan dirinya dan kaum Lusier!

"Muazues(Bangkitlah)!" Bergetar suaranya tatkala menuturkan mantera itu. Blara setia menanti di sisi Flarus. Ingin sekali melihat musuh ketatnya yang bermaharajalela setelah dirinya tertawan dalam kurungan.

"Berani kau menyeru aku budak hingusan!" kepulan asap hitam itu sekali lagi berubah bentuk. Hores menjelmakan dirinya seperti tadi. Keningnya terangkat bila melihat kelibat Blara. Tajam renungannya langsung tidak menggentarkan Blara.

"Aku dah tahu kau terlepas namun tidak ku sangka dirimu sungguh berani. Mengambil tempat dalam pertarungan maut ini dengan mempertaruhkan budak hingusan yang naif sebagai anak muridmu," sinis nada Hores. Blara menjeling.

"Teruskanlah usahamu untuk menakluk dunia ini dengan kejahatan," bicara musuh ketatnya disambut dengan ketawa jahat. Bagai bergegar Lembah Namleh dengan aura jahat Hores.

"Aku langsung tidak gentar dengan budak hingusan ini," kata Hores dengan bongkaknya. Flarus bersiap sedia dengan busur yang sentiasa disangkut pada bahunya. Dia cuma perlu membidik Gesar tepat ke kepala Hores tidak kira dari arah mana pun. Masa itu akan tiba nanti. Kilat semakin kuat sabung menyabung. Awan mula berkeladak hitam. Mata Hores menjadi merah, semerah api yang membara.

"Berhenti panggil aku dengan nama itu. Aku bukan budak hingusan. Aku kesatria yang ditakdirkan untuk menamatkan riwayat kuasa gelapmu!" laung Flarus. Saat itu Hores kembali pada jisim ringannya, kepulan asap hitam. Flarus tergamam, namun ilmu kepahlawanan mengajarnya agar bertenang dan menggunakan kebijaksanaan dalam apa jua situasi.

"Ayuh! Percayakan aku," Flarus ternganga buat seketika. Matanya berkerdip tak percaya bila Blara menjadi seekor burung merpati putih gergasi yang bersayap biru. Ekornya bersinar bagai disinari cahaya putih. Kekok untuk Flarus menaikkan badannya di atas Blara. Perlahan-lahan dia cuba menyimbangkan badan untuk bertarung pada posisi yang betul. Sedang dia berusaha membetulkan duduknya, jalinan lut cahaya biru jernih seakan melingkari kaki dan bahagian pinggangnya.

"Galur hikmat ini akan seimbangkan kedudukanmu," Flarus mengangguk. Kata-kata Blara memberi kelegaan.

"Ayuh kita bertarung! Blara!" Laung Flarus dengan penuh keazaman.

Banyak anak panah biasa dilepaskan untuk mengaburi mata Hores. Walaupun kuasa gelap itu bergerak pantas namun kelemahannya adalah mudah keliru dan cepat berpuas hati dengan pencapaian dirinya. Seperti sekarang! Inilah masa untuk mengelirukan Hores dengan magisnya.

"Horo(angin pasir)!" Sekelip mata, angin yang membawa pasir bagaikan puting beliung memerangkap pergerakan Hores. Kuasa gelap itu terkaku di dalam lingkaran angin tanpa dapat berbuat apa-apa.

"Dia makin lemah," bisik Flarus. Blara ketawa.

"Cepat Flarus. Gunakan kesempatan ini. Kita tak boleh berlengah," pesan Blara dengan penuh semangat.

"Baiklah!" Sahut Flarus dengan semangat yang berkobar-kobar.

"Somboho bie(Hampiri dia)!" Flarus senyum yakin. Kepalanya diangguk berulang kali. Kini mereka berada di sisi atas kepulan asap Hores.

"Inilah waktunya," bisik Blara. Flarus mengeluarkan anak panahnya. Busur itu ditarik dan kemudiannya menunggu masa untuk dilepaskan.

"Nakuerapui masela(halakan padanya)!" dan anak panah Gesar itu tertusuk tepat pada kepala Hores.

Gesar merujuk kepada anak panah berwarna jernih yang dihasilkan daripada proses pencairan semula permata Krosto dan dibentuk sendiri oleh Flarus dengan bimbingan Blara dan Frenza. Inilah hikmatnya Nigu mengeluarkan susu permata tersebut. Untuk menjadi azimat dan senjata perjuangan Flarus membela kaum Lusier. Raungan kehancuran kuasa gelap melebur bersama lesapnya kepulan asap hitam Hores. Flarus menghela nafas lega. Lalu Blara mengibaskan sayapnya, mempersembahkan terbang yang penuh dengan kemegahan. Khas untuk penghormatan kesatria muda berusia tujuh belas tahun ini.

"Bagus, Flarus. Tahniah! Kau telah membebaskan seluruh kaum Lusier dari belenggu hitam Hores! Sekarang mari kita himpunkan semula kaum mu," sepasang sayap Blara berkibar dengan bangganya. Menerbangkan kesatria muda ke destinasi yang telah kembali pada zaman kegemilangan. Menyatu padukan seluruh kaum Lusier ke penempatan asal mereka, Lembah Namleh.
posted by Penulisan2u @ 12:14 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
3 Comments:
  • At 18/5/09 7:26 PTG, Blogger Daniera said…

    congrat's adra adlina. nice story. Wish to read more from u, especially some stories like this one. Rarely can find one.

     

  • At 25/5/09 2:55 PTG, Anonymous Cerita Melayu said…

    Menarik cerpen nie....

    Really rare punya la...

     

  • At 13/6/09 9:56 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    Daniera>terima kasih banyak2.

    Cerita Melayu>sy akn cube hasilkan yg lain lg.
    silelah jenguk blog sy...
    http://www.adraadlina.blogspot.com

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group