Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Ketukan bertalu-talu diselang selikan dengan suara nyaring ibu menyebabkan lenaku terganggu. " Fyka...bangun la solat subuh. Dah lewat ni nak..” Berkali-kali ku dengar suara ibu memanggilku. 'Ah..malasnya aku nak bangun. Ibu bukannya tahu aku mengantuk sangat, masa nie la jugak dia nak kejutkan aku.’begitulah desis hatiku. Seperti biasa setelah agak lama ibu kejutkan, barulah aku menyahut panggilan ibu. Dan..aku lena kembali berselimutkan debu-debu dosa kerana meninggalkan solat subuh. Bukannya solat yang satu itu sering aku tinggalkan, yang empat lagi tidak berkecuali. Ada kalanya bilaku terasa lapang, barulah aku tunaikan kewajipan yang lima itu. Namun bila rasa malas menguasai dan di tambah pula degan hasutan syaitan laknatullah, aku sewenang- wenangnya meninggalkan ibadah fardu itu.
Aku...anak bongsu dari 3 beradik, masih menuntut di tingkatan enam atas. Perwatakanku, ah..agak ganas dan di geruni. Perwatakanku yang seakan lelaki atau lebih dikenali dengan nama 'tomboy’ menyebabkan aku dikenali ramai. Aku lebih gemar berkawan dengan pelajar-pelajar lelaki, kerana bagiku lelaki lebih memahami dan tidak mudah berkecil hati dalam segala hal. Aku bangga dengan panggilan 'tomboy’, berambut pendek, berkelakuan kasar seperti lelaki dan bebas bergerak ke mana sahaja. Semua ini berlaku kerana peristiwa silam dahulu. Bukan kehendakku, namun keadaan yang memaksa segalanya. Dahulu...ibu sering dipukul ayah kerana ayahku kaki judi. Setiap kali kalah dalam pertaruhan, ayah akan mengamuk dan memukul ibuku. Dan ada kalanya kami adik- beradik turut terkena tempiasnya. Kerana peristiwa silam itulah aku nekad bertukar perwatakan. Aku tidak rela di tindas dan di hina oleh ayah seperti ibuku. Tidak..aku tidak rela menerima nasib seperti itu...Bagiku lelaki berkuasa atas segalanya, lantas dari fitrah asalku seorang gadis yang kaya dengan sopan santun menjadi sebaliknya.
Lima bulan lagi aku bakal menduduki peperiksaan STPM. Namun, aku tidak pernah kisahkan perkara itu, kerana bagiku berseronok dan lepak-lepak bersama kawan- kawan lelaki lebih menyeronokkan. Setiap hari selepas waktu persekolahan tamat, kami akan merayau-rayau di kompleks membeli- belah. Sehinggalah matahari hampir terbenam, barulah aku beransur-ansur pulang ke rumah. Begitulaah rutin harianku saban hari sehinggalah seseorang berjaya mengubahku.
Di pagi yang damai itu, kami sekelas dikejutkan dengan kemasukan seorang pelajar lelaki yang baru bertukar ke sekolah kami. Hatiku berbunga riang kerana bagiku, aku bakal mendapat seorang lagi rakan lelaki yang boleh berseronok bersama kami. Hampir 2 tahun di tingkatan enam itu cukup merimaskan aku. Ini kerana dalam kelasku itu terdapat lebih ramai pelajar perempuan berbanding pelajar lelaki dalam kadar nisbah 5:1. Sewaktu loceng rahat berbunyi, aku lantas menyapa pelajar lelaki itu. Bagiku apa salahnya berkenalan dengan pelajar baru itu. Namun.. hatiku hampa, huluran tanganku untuk berkenalan dengannya tidak bersambut. Katanya : "maaf, bukan muhrim”. Ketika itu keegoan ku benar-benar tercabar. Barulah ku sedar, dia bukanlah seperti rakan lelaki lain yang boleh bertepuk tampar denganku tanpa mengira batasan. Namun dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir, dia menolak huluran tanganku dengan baik, seraya memberi salam dan memperkenalkan dirinya. Hmm..Adi Akmal namanya..hatiku terusik, namun aku gembira kerana dia jua sudi berkawan denganku.
2 bulan telah pun berlalu dengan penuh pengertian. Kini tinggal lebih kurang 3 bulan lagi aku bakal menduduki STPM. Tanpa ku sedari kehadiran Amal sedikit sebanyak telah mengubah tingkah laku aku. Aku tidak lagi merayau-rayau di pusat membeli belah bersama rakan lelaki lain. Sebaliknya setelah tamat sesi persekolahan, aku, Amal dan beberapa lagi rakan pelajar lain mengulangkaji kaji pelajaran di perpustakaan sekolah. Perhubunganku dengan Amal juga semakin akrab. Aku amat senang berkawan dengannya, ini kerana dia tidak pernah mengejek atau menghina perwatakanku, tetapi menerima diriku dengan seadanya. Tanpa ku sedari, aku telah mula menaruh hati padanya. Namunku pendam rasa hatiku jauh-jauh di lubuk hatiku, kerana bagiku tidak mungkin Amal akan menerima 'tomboy’ sepertiku. Songkok dikepalanya membuatkan aku betul-betul meminatinya. Apatah lagi dengan budi bahasanya yang mencerminkan seorang lelaki yang berakhlak tinggi.
Suatu hari Amal menyuarakan hasrat hatinya padaku. Dia menyarankan agar aku bertudung ketika ke sekolah atau ke mana-mana saja selepas melangkah keluar dari rumah. Kata-katanya sedikit sebanyak menyentuh hatiku. Katanya "hadirnya wanita ke dunia ini adalah sebagai perhiasan. Dan seindah-indah perhiasan itu adalah wanita yang solehah.” Dia juga menceritakan kepadaku tentang betapa azabnya wanita-wanita yang mengubah ciptaan Allah S.W.T serta yang mendedahkan auratnya kepada tontonan bukan muhrim seperti yang di saksikan oleh Nabi Muhammad S.A.W ketika peristiwa Israq dan Mikraj. Air mata keinsafan berguguran jua di kelopak mataku. Bukannya aku tidak tahu akan hal itu, namun sengaja ku benamkan jauh-jauh dari ingatanku. Pendapatnya aku tolak kerana bagiku aku lebih senang dengan perwatakanku kini. Aku bebas dengan berbaju T-Shirt, berseluar jeans dan topi lusuh di kepala. Sejak peristiwa itu, perhubunganku dengan Amal begitu jauh. Kami tidak lagi seakrab dulu kerana aku kembali kepada perangai lamaku, berpeleseran tanpa destinasi, tanpa mengira waktu dan masa. Ibu yang melihat perubahanku juga nyata amat terkejut dan tanpa jemu menasihatiku agar berubah. Dan seperti nasihat Amal juga, nasihat ibu ku biarkan berterbangan di tiup angin lalu.
Suatu hari, di petang yang redup itu aku dikejutkan dengan berita kematian ibu. Ketika itu hatiku benar-benar hancur. Aku tiada lagi tempat untuk bergantung dan mencurahkan kasih-sayang. Tiada lagi doa kudus dari seorang ibu untuk mengiringi perjalanan hidup anak- anaknya. Ibu menyahut panggilan ilahi ketika aku benar-benar memerlukannya. Aku tahu derita yang di tanggung ibu selama ini, namun aku tidak pernah mengendahkannya. Saat ini, nasihat Amal dan kata-kata azimat ibu kembali menerjah ruang fikiranku. Air mataku berguguran lagi mengigati betapa jahilnya aku selama ini...barulah ku sedari kasih ibu selama ini begitu tulus, dan aku selama ini begitu angkuh. Aku begitu angkuh dengan lagakku seperti lelaki itu, namun hakikatnya aku adalah perempuan. Pemergian ibu benar-banar menginsafkan aku. Barulah ku sedari hidup ini hanyalah satu persinggahan dan bila- bila masa kita akan dijemput mengadapNya. Barulah ku sedar fitrahku sebagai wanita adalah begitu istimewa.
Lantas... di saban malam yang hening, aku duduk mengadap ditikar sejadah. Aku pasrah atas apa yang berlaku terhadapku. Yang aku sedari kini,..Kau benar-benar Maha berkuasa ke atas alam semesta ini. Dan aku.. aku hanyalah insan kerdil yang tidak pernah bersyukur dengan nikmat pemberianMu . Namun, ku sedar kini ya Allah, walau luas lautan pun bukanlah perbandingan untuk segala nikmat dan pemberianMu. Apa yang termampu aku luahkan hanyalah...syukur Alhamdulillah..Akhir kalam, Al- Fatihah buat bondaku yang tercinta...
salam.. nice story.. cita yg simple,,but interesting... seseorang akan berubah bila sampai waktunya... bersyukurlah dengan nikmat dari ALLAH SWT... gud job...
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
salam..
nice story..
cita yg simple,,but interesting...
seseorang akan berubah bila sampai waktunya...
bersyukurlah dengan nikmat dari ALLAH SWT...
gud job...