Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Ini catatan kecil saya, sebuah kisah biasa daripada seorang gadis yang biasa. Mengapa saya menulisnya? Entah, mungkin mengenangkan Hari Ibu yang tiba saban tahun pada bulan Mei membuatkan saya teringat sebuah kejadian yang pernah berlaku. Ah, kejadian kecil sahaja. Sangat biasa. Tapi punya signifikan yang besar dalam hidup saya.
Sebelum ini saya tidak pernah menyangka, apabila dewasa, saya tidak hanya membesar dari segi fizikal dan mentaliti semata. Emosi saya turut mengalami perubahan, menjadi lebih kompleks, lebih terperinci.Sewaktu kecil, saya selalu menangis, tapi berhenti menangis juga mudah. Beranjak dewasa, saya tetap menangis.Walaupun tidak selalu, tetapi menangis ketika dewasa lebih sakit, lama dan terkesan.Kalau kecil saya malu, ketika besar malu itu berganda.Perkara ini hanya saya ketahui baru-baru ini.
"Tok wan dan tok datang!"
Kalimat itu buat saya tersentap, adik Mah juga. Sedang adik Cah terlonjak-lonjak gembira, saya bertanya 'Habis, rumah macam mana?,"
Adik Cah berhenti melonjak, menginjut bahu dan menggeleng.
Saya pandang adik Mah, kemudian lekas-lekas mengemas-ngemas ruang rehat yang berselerak dengan seribu satu jenis kekotoran.Belum sempat mengemas sepenuhnya, kaum kerabat kami yang ternyata jenis yang tidak segan, meluru naik.Saya tergamam, terus menolak adik Mah masuk ke bilik mak, seraya mengunci pintu.
"Ther, macam mana ni?" Adik Mah sudah tidak tentu arah.
Saya terduduk di katil, langsung bingung. Apa yang harus saya lakukan? Saya malu. Betul-betul malu.Reaktor otak saya seperti gagal berfungsi. Saya tidak tahu apa yang harus saya lakukan.Turun ke bawah dan menyambut Tok wan dan Tok dengan muka yang manis dan tebal? Tidak! Saya tidak mampu melakukannya!
Adik Mah asyik mengulang-ulang, "Imah nak cuci tadi, tapi… malas. Nak buat macam mana Ther?"Saya menggeleng-geleng, tangan menekup muka.
Saya tidak tahu. Betul-betul tidak tahu.
Kaum kerabat yang tadinya di ruang rehat, sudah turun ke bawah.Dengan berhati-hati, saya membuka pintu bilik mak, terus berlari ke bilik saya.Adik Mah mengekor di belakang.Malangnya tombol pintu bilik saya rosak, tidak dapat dikunci.Adik Mah duduk membelakangi pintu,badannya yang berat menutup pintu, membuatkannya seolah-olah terkunci.Saya tidak tentu arah. Apa yang harus saya lakukan?Saya masih tidak berani turun.Saya teringatkan mak di bawah. Bagaimana Mak menghadapi malu yang sebesar ini seorang diri?
"Nak turun, tapi takut,"Adik Mah memandang saya.
"Jadi, pergi turun,"saya mengarah dengan suara yang membentak.
Adik Mah terkejut, dia menggeleng.
"Turun!" saya membentak lagi, emosi saya sedikit tidak terkawal.
Saya cuba menahan suara.Tetapi menahan sesuatu yang seperti gunung berapi memang menyakitkan.Adik Mah memandang saya sekilas, wajah ketakut-takutan. Dia tahu sikap saya, jadi dia mengikut sahaja.
Saya?Saya masih mengurung diri di dalam bilik.Adik Mah malu, tapi malu saya berganda. Saya yang tertua dalam keluarga, sejak abang-abang dan kakak berhijrah ke kota.Kalau ada sebarang kekurangan dalam keluarga kami, saya yang akan merasa sebahagian besar hempedunya.Dan hari itu, pertama kali peranan saya sebagai yang tertua dalam keluarga diuji.Keputusannya- saya gagal!
Saya masih tidak berani menghadap kaum kerabat yang tentu sahaja terkejut dengan keadaan rumah yang tidak terurus, sedangkan dalam keluarga ini, ada seorang anak dara yang sudah ranum usianya.Ya, saya perempuan.Tapi sifat keperempuanan saya tidak menonjol, kerana saya pemalas.Saya juga seorang yang suka memberontak.Ketika diarah melakukan pekerjaan yang biasa dilakukan perempuan seusia saya, saya akan membalas dengan nada yang kebosanan, "Oh, ini kerja perempuan?Habis tu, lelaki tak perlu buat kerjalah?"
Saya selalu mempunyai pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah. Tetapi hari itu, otak saya betul-betul gagal berfungsi. Saya bingung dan tertekan.Saya hantarkan pesanan ringkas kepada abang, meminta bantuan.
"Tkwan dtg, all of a sudden.Rmah mcm tongkng pecah. Pttlah I have a strong feeling to clean th house, tapi berlengah. What should I do? Help me!"
Abang membalas dengan;
Haha!
Saya membaca balasan pesanan ringkas abang. Darah tersirap.Mata sudah berkaca.Kerongkong rasa seperti tersekat.Saya membalas lagi,
Rite!Laugh out loud.Ur not the one fcing the humiliation .Jst stay whre u are and be safe!Dnt have to cre bout how I feel!
Air mata sudah gugur.Saya cuba menyeka, tetapi itu hanya membuatkan saya lebih sebak.Saya terus menelefon abang.Abang seperti terkejut mendengar esakan saya.Mendengar saya menangis sesuatu yang jarang-jarang berlaku, kerana saya sudah terbiasa menangis seorang diri. Di hadapan orang lain, saya seperti perempuan berhati batu. Keras dan cekal.
"Nak buat macam mana ni? Ther taktau!Tak berani turun!Malu!," saya teresak dalam talian.
Abang memujuk, meminta saya menenangkan diri, cuci muka dan keluar dari bilik.Tetapi saya tidak mampu.Tidak! Saya pengecut!
"It’s ok.Pergi cuci muka, duduk dalam bilik dan tunggu ayah balik.Nanti turun.Tenang dulu,"
Saya meletakkan talian, masih dalam esakan.
Saya rasa bersalah.Mak di bawah menghadapinya seorang diri.Saya langsung tidak membantu.Saya benar-benar tidak mampu! S aya keluar ke bilik air.Mujur di atas ada sebuah bilik air kecil yang tidak digunakan.Saya mencuci muka, memandang sepi sinki yang kotor dan terbiar.Saya masih tidak berani bersemuka dengan kaum kerabat di bawah.Saya kembali ke bilik, menunggu sisa-sisa tangisan di muka saya hilang.
Oh, habislah! Muka saya masih berbekas dengan sisa tangisan.Mata masih sebu, hidung masih memerah.Saya membuka pintu, menundukkan sedikit muka dan menyalami makcik.
"Oh, chek ada kat sini.Buat apa?"Saya cuba memaniskan muka."Telefon abang,"jawab saya, ringkas.Saya tidak tahu sama mak cik dapat mengesan yang saya baru sahaja menangis.
Saya meluru ke bawah.Mak di bilik belakang, mencari telekung untuk makcik."Mak,"suara saya kedengaran lirih.Mak berkalih kebelakang dan saya terus memeluknya. "Maaf Mak, saya tidak membantu,"Buat kesekian kalinya saya menangis lagi.
Mak membalas pelukan saya kemudian meleraikannya. "It’s ok, we are who we are,"
Saya sebak.Mak wanita cekal.
Tentu Mak terkejut ketika saya memeluknya.Sejujurnya, meminta maaf adalah perkara yang sangat susah dilakukan.Dengan Mak, saya segan.Bukan, ego sebenarnya. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, hubungan saya dan Mak menjadi renggang.Saya masih bercakap dengan Mak, tetapi kami tidak berkongsi.Saya lebih senang berbicara dengan Ayah.Mungkin kerana sifat Ayah yang penyabar dan lembut. Ayah lebih bertoleransi.
Saya sering mengatakan, saya tidak senang dengan sifat Mak yang garang. Saya tidak sedar, sedikit sebanyak saya mewarisi sifat Mak. Garang, ego dan suka membentak.Pada masa yang sama, tabah, cekal dan bersemangat.
Membesarkan sepuluh orang anak yang degil dan pintar.Bagaimana keadaannya?Saya kagum dengan Mak.Dulu, saya gemar berkata, saya anak ayah.Sekarang saya tigak segan mengaku, saya juga anak mak.
assalamu'alaikum.. sye ske! it's different! sebuah catatan kecil yg mengangkat hal 'remeh' untuk dibicarakan meskipun dianggap boring bg segelintir yg tidak memahami. upss!! sorry~ hi2
maaf la tapi penulis mmg seorg yg xkenang dek untung mmg keje perempuan kdg2 nmpk mcm lbeh byk dari lelaki tapi tanggungjawab seorg lelaki besar saya faham kedudukan awak, sy juga seorg perempuan tp walau mcm mne susah &teruk suatu kerja tue sy tetap akn buat cuma 1 niat, demi Allah & mak jasa dia mmg xkn dpt kiter bls so, kita kne wat shabis boleh bkn nyer cuma menangis, mengadu & salahkan org lain satu pesan saya 'berubah la slagi smpt'
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
tak ada apa yang menarik sangat.
ayat yang digunakan kkdg mengelirukan.
jalan cerita simple dan membosankan sikit.
sorry to says.Keep It up.