BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Jumaat, Mei 15, 2009
Cerpen : Cinta itu Buta, Pekak dan Bisu
Nama Pena : anarif

Hakim memerhatikan ladang kelapa sawit Syed Ariff yang saujana mata memandang. Berdiri di atas kawasan tanah yang agak tinggi, dia memutarkan pandangannya 360 darjah untuk melihat kawasan sekeliling. Masya Allah, Subhanallah, memang luas dan subur. Dia tahu, selama ini ladang Syed Ariff merupakan ladang yang termaju di daerah itu.

Tiada yang dapat menandinginya dan kekayaan Syed Ariff yang semakin hari semakin bertambah berkat ketulusan dan sikap pemurah Syed Ariff dengan semua insan tanpa mengenal pangkat dan kedudukan. Benarlah janji Tuhan dalam firmanNya yang bermaksud, 'Sekiranya engkau bersyukur, maka kami akan menambahkan lagi rezekimu, namun sekiranya kamu kufur ketahuilah sesungguhnya azab Kami amat pedih'.

5 tahun di luar Negara membuatkan dia rindu dengan ladang luas ini. Kepulangannya kali ini adalah untuk selama-lamanya. Di sebelah kanan ladang ini, Syed Ariff telah memperuntukkan kawasan seluas beberapa ekar untuk dibuat kebun bunga dan Hakim belum pernah menjejakkan kaki ke situ. Dia berhajat untuk melawat kawasan itu juga.

Hakim menapak ke arah kebun bunga yang diwar-warkan oleh kebanyakan pekerja sebagai kebun tercantik yang pernah mereka lihat. Hakim perlu menilai sendiri semua itu. Dan anehnya, kata mereka, mereka tidak tahu siapa yang menjaga kebun itu sebaik dan secantik itu kerana penjaga kebun itu tidak pernah keluar di khalayak. Dan Hakim merasa bertambah aneh apabila tiada sesiapa dibenarkan berada berdekatan dengan kawasan kebun itu di waktu malam.

Hakim teruja untuk menyelidik sendiri hal itu. Benarkah begitu? Kenapa mesti bersembunyi?
Hakim semakin menghampiri kawasan itu, dan dia terserempak dengan seorang lelaki separuh umur yang sedang membawa cangkul di bahunya.

'assalamualaikum syeikh.' Tegur lelaki tua itu dengan wajah yang berseri-seri. Hakim terpegun melihat keceriaan di wajah itu seolah-olah dia tidak pernah bersusah.

'waalaikumussalam. Pakcik siapa?' Tanya Hakim ramah.

Lelaki tua itu tersenyum, keikhlasan terpancar di segenap wajahnya.

'saya pekerja di sini. Syeikh siapa?'

'saya Syed Hakim, anak Syed Ariff.' Jawab Hakim, perlahan. Tidak mahu riak terselit dalam bicaranya.

'oh, yang baru pulang dari luar Negara tu?' ujar lelaki tua itu sendiri dan perlahan. Hakim Cuma tersenyum. Tiada apa yang patut dibanggakan baginya.

'Alhamdulillah pakcik. Ada rezeki saya.' Ujar Hakim.

'betul, rezeki manusia ada di mana-mana, terpulang bagaimana kita mencarinya.' Ulas pakcik itu.

'siapa nama pakcik?'

'saya Habibullah. Panggil Pak Habib saja.' Jawabnya beserta senyuman di wajahnya. Hakim mengangguk sendiri. Dia ini 'Kekasih Allah'. Dia menyimpulkan.

'Pak Habib baru di sini?'

'ya, saya bekerja di kawasan ini, di sekeliling kebun ini.

'oh begitu. Boleh saya Tanya? Siapa yang menjaga kebun ini? Dengarnya dia tidak keluar dikhalayak. Kebun ni juga ditutup di waktu malam. Pak Habib tau mengenai hal ini?' Tanya Hakim.

Pak Habib diam, seakan-akan memikirkan sesuatu dalam. Dia merenung dalam mata Hakim sehingga membuatkan Hakim tertanya-tanya salahkah bicaranya sebentar tadi? Adakah dia telah mengguris hati Pak Habib tanpa disedari?

'penjaga kebun ini tidak keluar bertemu orang kerana dia buta, pekak, dan bisu.' Jawab Pak Habib, lambat-lambat namun mendalam.

Hakim terdiam mendengarnya. Dia merenung wajah tua itu, mencari-cari sesuatu yang akan memberitahunya bahawa dia sedang dipermainkan namun wajah itu tetap serius, tenang dan ceria seperti tadi.

'betul pakcik? Mana pakcik tahu?' tanyanya lagi, meminta kepastian.

'Syed Hakim, Pak Habib ada kerja. Minta diri dulu. Assalamualaikum.' Belum sempat Hakim memberi keizinan, Pak Habib telah berlalu meninggalkan Hakim termangu-mangu.
Buta, pekak dan bisu?

Biar betul? Pak Habib ni tipu ke apa? Hakim terus menerus memikirkan kembali kata Pak Habib yang tadi. Masih tidak dapat menerima rasional perkara itu.

Lama dia di situ, sebelum dia meneruskan langkahnya ke arah tujuannya sebentar tadi. Dia perlu tahu setakat manakah kebenaran kata-kata Pak Habib.

Semakin dia menghampiri, Hakim sudah dapat menghidu bau haruman bunga yang menyegarkan dan menusuk ke hidung. Wanginya tidak terkata.

Kebun itu dibina di dalam sebuah ruang yang berbumbungkan dan berdindingkan jaring hitam. Ada pintu yang berupa celahan tanpa jaring yang dikhaskan supaya pengunjung dapat keluar dan masuk dari satu jalan sahaja.

Hakim sudah berdiri di hadapan pintu kebun itu dan dia melangkah masuk. Hakim terpegun seketika.

Subhanallah, dia memuji-muji di dalam hati. Kebun itu begitu indah, benar apa yang dikatakan pekerja di situ.

Bunga pelbagai jenis ditanam di situ. Pelbagai rupa dan warna juga bau. Ada yang tergantung, yang di tanam di atas tanah dan juga disusun di para.

Pengunjung perlu mengikuti laluan yang dibuat khas yang dibuat disekeliling kebun itu. Hakim berjalan mengikut langkah kaki, tiada apa yang melekat di fikirannya kerana yang dia tahu tempat itu ibarat syurga sekiranya ia boleh dianggap begitu. Fikirannya lapang selapang-lapangnya. Air terjun buatan yang kecil dan unik juga dibuat di beberapa sudut. Ada juga tanaman hiasan lain yang menghiasi sudut-sudut seperti bonsai dan kaktus.
Serangga bertebaran riang. Rama-rama berterbangan riang tiada gundah.

Apa yang dia tahu, kebun itu ibarat taman bunga yang sungguh indah yang wujud Cuma dalam khayalan. Keindahannya tidak tergambar, dan ada ketenangan yang mengiringi setiap inci indah taman itu. Siapakah yang menjaga kebun ini? Mustahil dia buta, pekak dan bisu. Kebun ini tidak mungkin terjaga indah sekiranya benar penjaganya begitu.

Hakim melepaskan lelah di bangku kecil yang disediakan sambil menghayati deruan air yang menjadi muzik menghiburkan pengunjung taman. Hakim memejamkan matanya, cuba menghayati keindahan taman itu dengan segenap inci akalnya.

Tenang dan damai. Itulah rasa yang meresap jauh ke sehingga ke lubuk hatinya.

Selama ini, bukan dia tidak pernah mengunjungi taman-taman bunga terutamanya semasa dia di luar Negara. Hampir semua taman bunga yang ada dia telah kunjungi namun taman ini sungguh berbeza. Ada sesuatu yang mengiringi keindahan taman ini, sesuatu yang dia sendiri tidak pasti apakah itu.

Dia mesti mencari penjaga kebun ini. Mesti. Hakim memasang tekad di hati, sambil memerhati seekor labah-labah kecil meniti atas sekuntum bunga mawar. Mawar indah.

********

'abi, Hakim nak Tanya sikit.' Hakim memulakan sebaik mereka selesai solat isyak berjemaah malam itu.

Syed Ariff mengangkat muka, memandang ke wajah anak lelaki sulungnya. Anak yang menjadi penguat semangatnya sejak kematian isteri 10 tahun yang lalu. Anak yang menjadi kebanggaannya.

'apa dia?' lembut dan tenang suara itu berbicara.

Hakim menunduk. Berat mahu memulakan. Akankah dia mendapat jawapan kepada persoalannya?

'abi, Hakim dah melawat kebun bunga abi.' Hakim memulakan. Dia menelan liur.

'ya? Apa pendapat Hakim?'

'taman itu taman yang paling cantik dan tenang yang Hakim pernah kunjungi. Hakim tertanya-tanya apakah yang membuatkan kebun itu istimewa walhal luarannya sama seperti kebun yang lain.' Ujar Hakim, memberi pendapat.

Syed Ariff mengukir senyum nipis. Reaksi itu sudah dijangkakan.

'jadi? Apa yang Hakim nak tau?'

'err, Hakim ada bersembang dengan Pak Habib dan Hakim tanyakan pada dia, siapa penjaga kebun tu.'

'apa jawab Pak Habib?'

'katanya, orangnya buta, pekak, dan bisu. Betul abi? Dan sebab tu dia tak pernah keluar di khalayak.'

Syed Ariff tersenyum lagi.

'betul, dia buta, pekak dan bisu.' Syed Ariff mengiyakan. Hakim tergamam.

'tapi macam mana dia boleh jaga kebun tu seindah dan sebaik itu kalau betul dia buta, pekak dan bisu?' ujarnya lagi, meluahkan rasa hairan yang berbuku di dada.

Syed Ariff mengukir senyum nipis lalu meletakkan tangan kanannya di bahu Hakim. Hakim tersentak sedikit kerana seakan ada sesuatu yang mengalir dari tangan ayahanda tersayang. Rasa kasih seorang ayah.

'Hakim, dalam dunia ni, ada sesetengah benda Hakim perlu cari sendiri jawapannya. Dan bila
Hakim dah dapat jawapannya, mungkin Hakim tak pernah jangka yang Hakim akan memperoleh kebaikan dari situ. Siapa tahu, dunia ini dan ciptaanNya, penuh rahsia. Abi serahkan pada Hakim untuk mencari jawapan kepada semua ni. Bila Hakim dah tahu, beritahu abi.'

'tapi abi,'

'ingat Hakim. Setiap persoalan pasti ada jawapannya dan jawapan itu lebih indah jika kita mengetahuinya dari usaha kita sendiri.' Syed Ariff bingkas lalu melipat sejadahnya.

Hakim masih di situ, memikirkan erti kata-kata ayahnya.

*********

Hakim berdiri di beranda rumahnya yang tersergam indah dan mengambil sebahagian kecil tanah di ladang luas itu. Dia memandang ke langit, di fikirannya pertanyaan itu masih belum terjawab. Siapa dia? Siapa dia yang menjaga kebun itu sebaik itu?

Hakim membuang pandang ke kejauhan. Bagaimana caranya untuk dia mendapatkan jawapan kepada semua itu?

Ilham Allah tercetus di minda secara tiba-tiba. Hakim teringat yang kebun itu menjadi kawasan terlarang di waktu malam. Mungkinkah dia keluar di waktu malam? Dan untuk mengelakkan pertembungannya dengan orang lain, para pengunjung dilarang ke situ pada waktu malam. Mungkinkah?

Hakim tahu dia perlu ke situ untuk mencari jawapannya.

Dia mencapai kunci motor dan dia melangkah keluar dari rumahnya. Syed Ariff yang sedang membaca akhbar tersenyum sendiri melihat Hakim yang tergesa-gesa keluar.

Syed Ariff mencapai telefon lalu didailnya nombor seseorang.

Sebentar kemudian, terdengar bicaranya.

'habib, Hakim dah keluar. Perhatikan dia.' Ringkas tapi penuh makna.

Hakim menyusuri lorong di ladangnya sehingga dia menghampiri tepi jalan yang akan membawanya ke kebun itu.

Dia memberhentikan motornya lalu ditongkatkan. Langkah kaki diatur pantas namun berhati-hati bagi mengelakkan kakinya tersadung apa-apa di atas tanah.

Dari kejauhan, kebun itu yang disimbahi cahaya dari lampu di luar dan dalam kelihatan bercahaya. Dan ketenangan itu meresap kembali.

Hakim semakin menghampiri. Dan tiba-tiba langkah kakinya terhenti apabila dia Cuma beberapa langkah sahaja lagi dari pintu.

Telinganya menangkap alunan sesuatu dan jantungnya berdegup kencang. Hakim terkedu.
Alunan itu sungguh indah dan lagunya begitu meresap ke dalam jiwa.

Bukan alunan lagu terbaru dari radio-radio, tetapi alunan ayat suci al-Quran yang begitu indah dan menusuk sekali. Suara yang mengalunkannya juga kedengaran begitu tenang dan mendamaikan. Seperti tiada gundah dan hidup ini begitu indah. Siapakah dia?

Hakim mengatur langkah perlahan, dia mahu bersemuka dengan empunya suara itu, dan dia tidak mahu mengejutkannya. Hakim melangkah masuk ke taman itu sambil matanya cuba mencari arah datangnya suara itu.

Dia menapak perlahan sehingga matanya tertangkap kelibat seseorang yang berdiri di sebalik bunga-bunga anggerik dan orked yang tergantung dalam jarak 5 meter darinya. Matanya Cuma dapat melihat separuh sahaja susuk itu kerana ianya terlindung dek pokok-pokok hiasan.

Seorang perempuan seperti yang dia jangkakan. Alunan itu masih kedengaran dari arahnya. Memang dia yang mengalunkannya. Kali ini alunan itu lebih jelas. Alunan surah an-Nisa'.

Hakim mengunci bibir, menghayati bacaan itu. Mengamati susuk itu yang berkelubung dari atas sampai ke bawah. Kelihatannya dia sedang menyiram bunga dengan paip. Hakim tidak berani mendekat lagi. dia memeluk tubuhnya. Dan tiba-tiba, gadis itu berpusing menghadap ke arah Hakim.

Hakim tergamam melihat seraut wajah itu yang bertutup sehingga Cuma menampakkan matanya. Mata yang memancar cahayanya, menyilaukan ketenangan.Gadis itu tidak menyedari kehadirannya. Masih leka menyiram bunga-bunga dan tumbuhan di situ. Suara itu masih kedengaran biar bibir yang mengalunkan tidak kelihatan. Hakim terkedu. Siapa dia?

'Hakim!' Hakim tersentak mendengar suara itu. Gadis itu yang turut mendengar suara itu mengangkat matanya. Jelas dia terkejut dengan melihat Hakim. Alunan itu terhenti. Hakim memandang ke sebelah kanannya sebelum mengalihkan pandang ke arah itu kembali namun dia sudah tiada.

Ke mana dia?

'Hakim, kamu buat apa di sini?' Tanya Pak Habib.

Hakim termangu-mangu. Mencari-cari kelibat itu namun sudah tidak kelihatan. Dia tahu dia tidak bermimpi.

'kamu cari siapa?' Tanya Pak Habib lagi setelah soalan pertamanya terbiar sepi.

'perempuan tu. Pak Habib kenal dia?' Tanya Hakim. Matanya masih melilau ke segenap sudut yang kelihatan di mata kasarnya namun dia sudah menghilang.

'perempuan mana?'

Hakim terkedu.

'Pak Habib, perempuan yang siram pokok tadi kat sana tu. Dia pakai purdah. Dia baca surah an-Nisa'. Takkan Pak Habib tak dengar tadi?' Tanya Hakim tidak percaya. Pak Habib memandang ke arah yang ditunjukkannya.

'tak pun, biar betul kamu ni. Kamu salah dengar kot.' Tingkah Pak Habib.
Hakim mengetap bibir, tidak puas hati. Tak mungkin. Memang dia ada.

'dah lewat ni, pergi balik.' Arah Pak Habib. Hakim diam, tidak tahu apa yang perlu dibalas. Masih keliru.

Namun diaturkan juga langkah keluar dari taman itu dengan diikuti Pak Habib yang setia di belakangnya.

'Pak Habib, takkan Pak Habib tak Nampak dan dengar dia tadi?' Tanya Hakim lagi, tidak puas hati.

Pak Habib mengerut-ngerutkan dahinya.

'apa yang kamu merepek ni? Dah lewat ni, pergi balik.' Arah Pak Habib lagi sambil menggesa Hakim ke arah dari mana dia datang tadi.

Hakim menggaru kepala yang tidak gatal. Dia pulang juga bersama tekad baru. Malam esok aku akan datang lagi.

Keesokan harinya, Hakim keluar lagi pada waktu yang sama dengan harapan dia dapat melihat kembali dan sekiranya berpeluang, dapat berbicara dengan gadis itu. namun Hakim hampa apabila setelah lebih sejam dia menanti, suara itu tiada lagi kedengaran. Hakim tetap setia menanti sehingga lima malam berturut-turut.

Hakim tahu dia sudah jatuh cinta. Di fikirannya terbayang-bayang sepasang mata itu. Di manakah kau? Adakah benar kau bidadari dan aku hanya mampu melihat kau di dalam bayangan sahaja?

Malam keenam, Hakim sudah mengalah. Dia pasti kini gadis itu hanya bayangannya biar akal warasnya menidakkan. Jika dia ada ke mana dia?

Syed Ariff yang memerhatikan gelagat Hakim selama 5 malam itu menghampiri Hakim yang sedang mengelamun di atas sofa.

'Hakim, abi tengok Hakim resah saja sekarang. Ada masalah dengan pekerja?' Syed Ariff melabuhkan punggung di sisi Hakim.

Hakim melepaskan keluhan berat.

'abi, Hakim pun tak tau nak cakap macam mana.'

'cakaplah, insya Allah, abi akan cuba fahamkan.'
Hakim berdehem kecil. Bimbang dengan penerimaan ayahnya.

'Hakim, ternampak seorang perempuan di taman bunga tu 6 malam yang lalu.' Ujar Hakim, memulakan bicara yang teragak-agak.

'perempuan? Di taman bunga kita?'

'ya abi. Tapi, sekejap saja. Dia siram pokok kita, sambil mengalunkan surah an-Nisa'. Kalau abi tengok dan dengar suara dia, Hakim percaya abi pun akan terkedu. Alunan dia sangat indah dan tenang, menusuk ke dalam jiwa. Seumur hidup Hakim, Hakim tak pernah dengar alunan seindah tu yang tidak ditujukan kepada pendengaran manusia. Maksud Hakim, alunan dia kedengaran ikhlas dan penuh penghayatan. Dan lagi satu abi, dia tutup seluruh badan dia kecuali mata dia.' Ujar Hakim bersungguh-sungguh.

'ok, jadi, apa yang Hakim runsingkan sekarang ni?'
Hakim diam lalu menunduk.

'Hakim dah tak jumpa dia dah.'

'kenapa Hakim cari dia?' Tanya Syed Ariff lagi, cuba mencungkil rahsia hati anak bujangnya.

'Hakim rasa Hakim dah jatuh hati pada dia abi.' Luah Hakim terus tanpa segan silu. Syed Ariff mengangguk-angguk.

'tapi, Hakim dah tak jumpa dia. Hakim pasti memang dia wujud?' Tanya Syed Ariff lagi.
Hakim menggelengkan kepala.

'entahlah abi.'

Syed Ariff tersenyum lagi. Dia menepuk lembut bahu Hakim.

'Hakim, kadang-kadang, mata kita Nampak benda yang kita nak lihat, telinga kita dengar apa yang kita nak dengar dan mulut kita berbicara apa yang kita mahu bicarakan tanpa memikirkan natijahnya. Hakikat cinta itu sebenarnya cinta itu buta, pekak dan bisu. Cinta itu buta kerana kita tidak akan pernah tahu siapa dia yang akan memperoleh cinta kita. Cinta itu pekak kerana cinta yang suci tidak mendengar bicara manusia yang rapu. Cinta itu bisu kerana cinta itu tidak akan pernah terluah oleh kata-kata yang sia-sia. Hanya orang yang bercinta merasakannya dan hanya orang yang benar bercinta dan ikhlas bercinta akan merasakannya. Ayat-ayat cinta yang selalu terluah di bibir manusia hakikatnya kebanyakannya adalah bertunjangkan nafsu semata kerana cinta sebenar adalah buta, pekak dan bisu. Pada abi, cinta sebegitu memang sukar ditemui. Hakim, jangan biarkan perkara sebegitu merunsingkan pemikiran Hakim. Dunia ini masih banyak tawarannya.'

'maksud abi?'

'abi mahu meminang anak perempuan Pak Habib untuk Hakim. Syafiyya namanya. Hakim setuju?'ujar Syed Ariff terus tanpa berlengah.

Hakim menunduk. Mungkin itu yang terbaik dari hidup dalam bayangan.

'Hakim ikut sahaja abi. Baik pada abi, baiklah pada Hakim.' Ujarnya tulus. Syed Ariff mengangguk-angguk.

'kalau begitu, abi tidak mahu berlengah lagi. Dalam 3 bulan lagi, Hakim akan dinikahkan dengan Syafiyya. Hakim mahu berjumpa dia sebelum bernikah?'

Hakim tersenyum. Menggeleng.

'Hakim percaya pada abi.'

'tapi dia buta, pekak dan bisu. Betul Hakim mahu?' Hakim terdiam. Cinta itu buta, pekak dan bisu. Mungkin Syafiyya itulah cintanya. Jodohkan di tangan Tuhan?

'Hakim terima dia bukan kerana fizikalnya tapi kerana dia Syafiyya. InsyaAllah, jika semuanya kerana Allah, Hakim tidak akan menyesal. Hakim terima dia bagaimanapun keadaannya abi. Abi uruskanlah.' Ujar Hakim tenang.

Syed Ariff mengangguk. Hakim mengukir senyum nipis. Harapannya Cuma perkahwinan itu kelak dirahmati dan diberkati.

*********

Hakim berdebar kuat. Sekarang, dia akan masuk ke dalam bilik pengantin perempuan untuk upacara pembatalan air sembahyang. Pertama kali dia akan menatap wajah gadis yang sudah sah menjadi isterinya sebentar tadi, Syafiyya. Langkah kaki diatur tertib masuk ke dalam bilik yang terhias indah. Syafiyya menanti di sisi katil, berkelubung dengan selendang emas nipis, menyukarkan pandangan Hakim. Dia mendekat, gementar jemarinya mahu membuka selendang itu.

'assalamualaikum,' ucap Hakim biar dia tahu salamnya tidak mungkin didengar dan berjawab.

Selendang yang menutupi wajah itu diangkat dan mata bertentangan. Hakim terkedu. Gadis di taman bunga!

'waalaikumussalam,' tutur seulas bibir itu perlahan namun menusuk. Hakim tergamam. Dia tidak buta, pekak atau bisu! Hakim memandang abi di sebelah, yang tersenyum dan mengangguk.

********

'Hakim, Syafiyya bisu kerana dia tidak pernah bertutur dengan orang lelaki lain selain Pak Habib. Dia pekak kerana dia tidak pernah mendengar kata-kata yang tidak elok. Dan dia buta kerana dia tidak pernah melihat yang tak elok di atas muka bumi ini.' Terang Pak Habib.

Hakim terdiam, jemarinya menggenggam erat jemari Syafiyya di sisi. Pandangan mata bertaut.

'kami memang mahu menjodohkan kamu berdua namun tak sangka Hakim terlebih dahulu bertemu Syafiyya malam itu. Kerana itulah Pak Habib dan abi mengambil keputusan untuk tidak membenarkan lagi Syafiyya bekerja dan tarikh perkahwinan pun dipercepatkan.' Sambung Syed Ariff pula.

'jadi dia lah penjaga kebun yang buta, pekak dan bisu itu?' ujar Hakim sambil tertawa kecil.

Genggaman jari mereka bertambah erat. Syed Ariff dan Pak Habib Cuma tersenyum.

Hakim memandang wajah kedua-dua ayahnya.

'abi, ayah Habib, Hakim memang orang yang paling bertuah dan bersyukur kerana dikurniakan isteri dan cinta yang buta, pekak dan bisu. Doakan kami, supaya hubungan ini sentiasa dalam rahmatNya.' Ujar Hakim penuh pengharapan, sambil merenung Syafiyya yang tersenyum manis di sisi. dalam diam dia memanjat syukur kerana ikhlasnya menghadiahkannya seorang isteri yang sempurna iman dan luaran. Alhamdulillah...
'Walain syakartum laazidannakum, walain kafartum inna a'dzabi lasyadid'
posted by Penulisan2u @ 12:20 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
7 Comments:
  • At 15/5/09 12:44 PG, Blogger nadiah_abdllah said…

    macam kisah lukman al hakim.
    *kalau salah tolong betulkan ye.
    best!

     

  • At 15/5/09 6:24 PG, Blogger Bae said…

    macam kisah lelaki dan sebiji epal tu jea... yg akhirnya dkhwinkn dgn ank pemilik ldg epal yg kununnya buta, pekak, dan bisu..
    Hurmmm... penulis ambil inspirasi dari kisah itu ek?
    apa pon oklah..
    keep up da gud work
    ~salam~

     

  • At 15/5/09 11:53 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    Yup, betul2 sama isinya dgn kisah L dan sebiji epal tu. Kalau nak mencari inspirasi sekali pun, jangan la sama 95%. Ni,sama je isinya, cuma diolah dgn cara berbeza. Tapi kesimpulan yg dapat, tetap sama.
    Mohon kembali dgn idea sendiri dan segar ye.
    Terima kasih.

     

  • At 17/5/09 3:56 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    biar la mcm apepun...jrg org nk wat citer yg bleh mjd pengisian rohani cm ni...blik2 cntan cntun y pnh hayalan...x pe pnulis...truskn....

     

  • At 18/5/09 7:57 PTG, Blogger Daniera said…

    bestnyer citer ni. memang sama, lagu nasyid pun ader macam nih gak. tapi best citer nih, kira penulis da come out dengan jalan sendiri gak lah walaupun tak banyak sangat, tapi kalau diistilahkan sebagai product da boleh anta u dpt patent da pun. Lagipun bukan senang nak menulis dari satu idea hinggalah dapat dikembangkan menjadi sebuah cerita. nice story writer. Keep up the good work.

     

  • At 21/5/09 6:15 PTG, Blogger Si Kure-kuree said…

    mmg cite ni lbih kurg sama ngn cite lelaki ngn sebiji epal tu..tp, cara olahannya mgkin lebih menarik...sbb dlm latar zaman skarang..mampu mmbuat ana tersdar dan trfikir hakikat cinta...intisarinya perlu kita ambil bukan skdr membaca...Tahniah 2 da writer...pengajarannya, jika kita lihat lebih byk yg dapt kita ambil dan contohi...

     

  • At 26/5/09 3:58 PTG, Blogger Anarif88 said…

    salam...

    first of all, thanks for reading...actually, sy x berniat nak mengolah kembali kisah lelaki dan buah epal tu, yg sy tahu sy cuma nak tajuknya begini...kemudian, dh tulis punya tulis smpi ke beberapa perenggan terakhir, sy terfikir ada baiknya jika saya ambil sedikit kisah itu supaya para pembaca dpt diingatkan dgn kisah itu dgn hrpn para pembaca dan sy sndiri akan kembali ingat kepada firman Allah yang bermaksud 'sekiranya kamu bersyukur, maka Kami akan menambahkan rezekimu, namun sekiranya kamu kufur, ketahuilah sesungguhnya azab Kami amat pedih'.itu niat sy sebenarnya...i have no regret writing this story though i know there will be critiques from some of the readers...its ok bcoz my real intention has been fulfilled and i'm really happy with that...semoga kita semua beroleh manfaat...amiin...

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group