Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"bie,yayang rindu bie. Yayang tak sabar-sabar nak balik Malaysia laa..huhu..bila lah nak musim panas ni." "sabar lah sayang. Lagi beberapa bulan je ni. Yayang belajar lah elok-elok ye. Nanti balik Malaysia boleh lah enjoy puas-puas. Yayang, bie nak smbung belajar dulu ye. Nanti bie da sudah, kita skype OK? Tata sayang..I LOVE YOU SO MUCH". Tuutt…nada telefon diletakkan kedengaran. Balqis melihat skrin komputernya dengan hati yang sedih. Belum puas lagi dia berbual-bual dengan kekasih hatinya,namun dia memahami keadaan Qushairy yang sentiasa sibuk dengan pelajaran. Balqis melayan perasaan rindunya terhadap semua yang ada di Malaysia, tanah kampungnya. Terasa amat berat rindu yang mengasak jiwanya belakangan ini. Namun bagaimana caranya untuk mengubati rasa rindu yang kian kronik ini. Tak pernah lekang dari dugaan. Terkadang ada berita gembira yang mahu dikongsi bersama,namun yang tinggal hanyalah ucapan serupa dari mulut insan yang sama…BIE BUSY SAYANG…Qushairy seorang pelajar akaun dari university terkemuka tempatan,terpilih untuk berada dalam trek pantas yang mana setiap pelajarnya mempunyai bebanan dua kali ganda berbanding pelajar biasa. Balqis faham itu, tapi mana mungkin menghadap buku semata 24/7.Habis dia macam mana. Sebagai pelajar perubatan, sudah tentulah Balqis jauh lebih sibuk. Balqis sebal. Sudahlah keluarganya juga sibuk sentiasa, buah hatinya pun sama. Pembetulnya, Balqis rela bersendirian melayan kegembiraan malah kesedihan sendirian. ALLAH,tabahkanlah hati ini. Aku percaya KAU maha mengasihi hamba-hambanya dan sentiasa mahukan yang terbaik buat umatnya yang beriman. Begitulah Balqis berdoa setiap kali selepas solat. Balqis teringat pesanan kakak usrahnya;" if I asked for strenght, ALLAH gave me difficulties to be strong". Dia lekapkan amanat itu di hatinya supaya masih boleh bertahan dia terhadap ujian itu. Dia percaya adanya hikmah terselindung di sebalik semua yang dia hadapi. Dia juga sedar terpilihnya dia untuk melanjutkan pelajaran di bumi Rusia ini memang ada kebaikan walaupun terpaksa berjauhan. Andai jarak itu ditentukan ALLAH sebagai medium perantaraan antara mereka,Balqis terima dengan hati yang terbuka. Sekurang-kurangnya,mereka dapat mengelakkan diri dari maksiat. Maaf ya, bukan maksiat itu, tapi setakat berpegang tangan sudah terkelompok sebagai maksiat. Balqis sangat bersyukur.
++++++++++++++++++++++++++++
Buku-buku di atas meja masih tidak disentuh. Kertas-kertas nota leksi masih bersepahan di sana-sini. Langsung tidak tersusun. Cawan kopi semalam,masih tegak di situ,tidak berbasuh. Kalau ditengok dek orang, sahlah dikutuk masak-masak seperti bukan anak dara yang punya meja. Balqis sedang terbaring lesu di atas katilnya. Komputer ribanya terpampang di hadapannya. Berat terasa kepala Balqis. Anis yang melihat turut merasa simpati. Sebagai seorang teman sebilik, Anis segera memberi Balqis paracetamol untuk melegakan sakit kepalanya. "kau ni kenapa Qis. Macam orang mati laki pun ada aku tengok? Ada masalah ke ngn Qushay tu?" " Aku rindu la Anis. Dahla semalam aku try call ibu aku, tp xdpt. Frust tau aku. Pastu aku call Qushay, dia x angkat pun. Siap off handphone lagi. Aku tak tahulah kalau dah habis bateri, tapi susah sangat ke nak cas semula?" " terganggu sangat ke kalau aku call dia Anis. Kalau aku call sekejap sekadar nak hilangkan rasa rindu ni, membebankan sangat ke? Kalau ya, kenapa beria-ia nakkan aku dulu". " Ala Qis, dia tu busy selalu kan. Kau kata dia ada final exam beberapa minggu lagi. Chill la. Lagipun kan dia dah apply nak sambung CPA dia tu di Australia, jadi kau kena lah sokong dia. Kalau dia tahu kau macam ni, tentu lemah semangat dia nanti".
+++++++++++++++++++++++++
Balqis hanya mampu tersenyum, membenarkan kata-kata Anis. Hakikat yang pasti, Anis tidak tahu apa tersirat dalam hati Balqis. Balqis cemburu melihat Qushairy belajar bersama-sama kawan-kawannya yang hampir semuanya perempuan. Siap boleh pergi keluar makan bersama-sama. Pernah sekali, Qushairy berkata dia pergi belajar dengan kawan di kampus, tapi, setelah diselidik, barulah dia mengaku yang mereka pergi ke pertunjukan belon udara panas di Putrajaya. Bukan tidak boleh,silalah bergembira dengan kawan-kawan itu,releaselah tensi, tapi seberat batu apakah yang menimpa mulutnya untuk memberitahu Balqis tentang itu. Benar, Qushairy belum menjadi suami yang sah buat Balqis,tapi,salahkan untuk menyampaikan niat untuk berhibur sekejap,sekadar menyedapkan hati Balqis,yang dikatakan kekasih hati kononnya itu. Bukan untuk menunjukkan kuasa queen control, tp setidak-tidaknya memujuk hatinya yang sentiasa berduka. Akhirnya Balqis menyimpan perasaan sedihnya sendiri sekali lagi. Sebagai salah seorang peserta percintaan jarak jauh ini, Balqis akur tentang dugaan-dugaan yang datang bertandang. Sungguh mencabar. Hati mana tidak tersentuh melihat pasangan lain bergembira bersama melalui kehidupan suka duka. Hidup sentiasa melengkapi satu sama lain. Biar belum ada ikatan halal itu, tapi mereka tetap bahagia,hidup saling bergantungan. Mana yang lebih baik, ada antara mereka yang akan berkahwin. Balqis sakit hati. Bukan sakit hati kerana kebahagiaan mereka, tapi sakit hati kerana perlu cemburu dengan mereka. Insane tersayang ada di samping selalu.
+++++++++++++++++++++++
Peperiksaan-peperiksaan dan pelajaran Balqis telah mula terumbang-ambing. Kenangan-kenangan telah sekian lama bermain-main dalam kotak memorinya. Terkadang air matanya gugur jua "ALLAH,tolong redakan hatiku yang gundah ini YA ALLAH. Kau kuatkanlah hatiku supaya dapatku melepasi ujianMU ini dengan tabah. Hatiku merinduinya setiap hari". "jika beginilah rinduku padanya, aku pasti rindunya padaMU YA ALLAH juga sekuat ini. Kau tingkatkanlah keimanannya.Tidak mahu aku labuhkan cinta kepada orang yang lupa tentang siapa penciptanya,tentang tanggungjawabnya terhadap agama syumul ini..aamiinn". Balqis bermonolog dengan Tuhannya Semenjak perkenalan Balqis dengan Qushairy semasa masih dalam tingkatan empat di sekolah yang sama dulu, memang telah tertanam niat di dalam hatinya untuk mengubah Qushairy menjadi seorang insan. Seorang manusia berguna. Manusia yang ada hala tuju dan wawasan dalam hidup, cemerlang dunia dan akhirat. Sejak itu, Balqis terus-terusan cuba memujuknya untuk tidak melupakan tanggungjawab sebagai hamba ALLAH. Biar pada masa itu mereka berhubung melalui khidmat pesanan ringkas yang mana tidak dibenarkan digunakan dalam kawasan sekolah. Tapi bagi Balqis, hukum manusia,manusia biasa sepertinya yang menggubah.tapi hukum ALLAH,tidak akan ada seorang pun mampu mengubahnya. Niatnya pegun. Qushairy pula telah mula menunjukkan perubahan-perubahan positif. Dia mula menjaga setiap waktu solatnya,Al-quran sudah menjadi teman dan Balqis sentiasa memanjatkan kesyukuran kepada pencipta. Sesungguhnya dia mahukan perubahan itu berterusan, bukannya hangat-hangat tahi ayam dan usahanya, dia rasakan memang tidak sia-sia. Balqis mula tertarik pada diri Qushairy. Tambahan pula Qushairy merupakan anak sulung dan satu-satunya anak lelaki dalam keluarga. Sudah tentulah dia sudah biasa menjalankan tanggungjawab sebagai seorang abang. Sememangnya dia seorang yang berani, tegas, tetap pendirian dan sangat berdikari. Itulah apa yang mengikat hati Balqis kepadanya. Qushairy pula sejak awal perkenalan,memang dia telah mula menyucuk jarum, tapi Balqis cuma buat muka sepuluh sen, tidak melayan. Memang, Balqis jual mahal orangnya. Setelah dua tahun berlalu barulah Balqis terima Qushairy. Itu pun setelah Qushairy mengaku bahawa Balqis hadir dalam mimpinya setelah dia berdoa kepada ALLAH di tanah suci Raudhah semasa menunaikan umrah beberapa tahun dahulu. Terusik hati Balqis,maka mendapat tempatlah Qushairy di hati kecil Balqis. Itupun selepas diletakkan satu syarat yang mana Qushairy mesti berjanji untuk menjadikan Balqis teman hidupnya pada suatu hari nanti. Bukan apa, Balqis tidak mahulah dirinya dijadikan mangsa permainan cinta entah apa-apa dari lelaki entah siapa-siapa. Tepatlah kata paradigma islam dahulu, wanita ibarat buah epal di atas pokok. Lagi tinggi buahnya,lagi tinggi nilainya,lagi susah untuk dicapai.
+++++++++++++++++++++++
Balqis terus menghubungi Qushairy sejurus selepas pulang dari kampus yang tidak jauh dari pangsapuri kediamannya. Betapa gembiranya hati Balqis mendengar suara lelaki kesayangannya itu " Hai Bie!!..Yayang rindu sangat tau kat Bie.Bie ni sombong tahu! Sudahlah busy je memanjang. Sibuk mengalahkan orang yang belajar medic". "hehe..Bie pun rindu kat Yayang la sayang. Tapi Bie memang busy. Banyak sangat kerja kena siapkan. Lagipun Bie tak ada kredit nak mesej Yayang.Internet ni dah la mcam gampang,Bie nk call guna internet-call pun susah. Geram tahu!nasib baiklah Yayang call ni. Kalau tak, Bie ni dah tak tenteram dah,Yayang". Hati Balqis gembira tak terkata tatkala mendengar suara itu. Dan mereka pun berbual-buallah, bercerita macam-macam,melepaskan rindu masing-masing. Sebelum menamatkan talian, Balqis sempat bertanyakan Qushairy alamat rumah sewanya dengan alasan ada kawan yang juga tinggal di Shah Alam mahu bertandang ke rumah untuk kirimkan barangnya. Balqis juga sempat meyakinkan Qushairy tentang tarikh kepulangannya ke Malaysia adalah pada tarikh hari lahir lelaki kesayangannya itu. Akhirnya talian diputuskan dan Balqis menguntum seulas senyuman nakal penuh makna, penuh isi tersirat. Ada agenda tersendiri yang telah Balqis atur untuk memberi kejutan kepada lelaki yang bertakhta dihatinya itu. Jari-jemari Balqis ligat bermain-main di papan sentuh komputer ribanya. Matanya melilau-lilau ke kiri ke kanan membaca data-data elektronik yang tertera pada skrin. Mulutnya sekejap-sekejap tersenyum. Dahinya tak sudah-sudah berkerut. Anis yang setia pada bukunya pelik melihat sahabatnya itu. Sudahlah tak belajar, sempat pula nak main-main komputer. "Wei Qis, kau ni kenapa? Dari tadi macam orang gila aku tengok. Dah dah lah tu. Pergi belajar. Esok ada ujian anatomi kan.cepat off laptop tu!". "Ala Anis.sekejap je. Aku nak cari kek Black forest untuk Qushay aku la…nak order,pastu sekali dengan penghantaran.dia suka kek tu. Tak lama lagi ulang tahun kita orang yang ke-3. Aku ingat nak bagi dia surprise.hehe..tadi aku dah mintak dia alamat rumah dia kat Shah Alam tu!". "Oh!haha.. apa-apalah Balqis ku sayang. Tapi jangan lupa study tahu!esok tak pass exam anat tu baru padan muka kau!". "Baik boss ku Anis!.tapi lepas ni aku nk tulis surat kat dia pulak tau.surat cinta. Esok kau boleh teman aku pergi pochta kan? Aku nak poskan surat cinta aku nanti."jawab Balqis sambil ketawa mengekeh-ngekeh. "okay okay…cepat buat benda tak berfaedah tu..lepas ni belajar!faham x budak?."
++++++++++++++++++++++++++
25 Mei 2008,sebuah Satria Neo hitam muncul di hadapan rumah sewa sekumpulan pelajar UiTM Shah Alam. "Assalamualaikum, ni rumah Encik Qushairy? Ni ada kiriman istimewa dari jauh. Bau macam sedap". "Waalaikumussalam, ya saya la Qushairy.kiriman? Oh,baik,baik. Terima kasih". Sebiji kek Black Forest.Terselit sekeping kad comel pada tepi kotak kiriman itu; ‘Selamat ulangtahun ke-3 bie. From Russia with love, yayang.’ Qushairy lantas memandu keluar mencari pusat WiFi di sekitar Shah Alam untuk menghubungi insan kesayangannya. Dalam hatinya cuma ada satu; terima kasih sayangku Balqis!Bie sayang Yayang!. Restoran Starbucks di seksyen 9 menjadi pilihan. Setelah melabuhkan punggung di satu sudut , Qushairy segera mengakses internet di komputer ribanya, mancari link internet-calling, dan mendail no telefon Balqis. Namun,tiada jawapan darinya. Dua tiga kali mencuba,tetap sama sunyi,tiada suara di hujung talian.Qushairy cuba pula menghubungi Anis, teman sebilik Balqis. "helo, assalamualaikum. Anis ya.Balqis mana ya? Qushairy sini. Dah cuba call dia tadi tapi takde orang jawab.Ni, nak bagitau Balqis kek dia kirim tu, Qushay da terima.Cantik!.nak ucap terima kasih kat dia. Terharu sangat. Boleh tolong panggilkan dia sekejap, Anis?." Dari jauh,tidak kelihatan mata kuyu Anis yang telah basah. Mata galak itu telah dicemari air mata kesedihan yang tidak terbendung. Anis senyap di hujung talian. "helo,helo Anis. Ada tak tu?" Anis terasa bersalah untuk bercakap. Dia macam dalam dilema. Tersepit antara mahu cerita perkara sebenar atau diamkan sahaja. Akhirnya atas dasar tidak sampai hati untuk merahsiakan dari pengetahuan Qushairy, Anis beritahu jua. "helo,Qushay. Anis ada ni". Anis memulakan bicara dengan nada yang sebak. "Qushay, sebenarnya ada hal Anis nak bagitahu ni. Tapi Anis nak Qushay sabar ye. Apa yang Anis nak cakapkan ni mungkin sesuatu yang tak patut Qushay terima,tapi ini lah takdir ALLAH." "takpe takpe,cakaplah Anis. Qushay dengar aje ni."jawab Qushairy dengan teruja. " Qushay, semalam Balqis masuk hospital. Dia pengsan masa dekat kampus. Pihak universiti terus bawa dia pergi hospital. Masa tu, doktor cakap keadaan Balqis dah kritikal. Peluang untuk hidup pun tinggal dua puluh peratus. Doktor sahkan Balqis ada tumor dalam otak, Qushay. Qushay, Anis minta maaf sebab tak jaga Balqis sebaik mungkin. Selama ini, dia mengadu sakit kepala, Anis cuma beri dia paracetamol je. Anis tak pula terfikir nak ajak Balqis jumpa doktor. Anis minta maaf sangat sangat. Pagi tadi Balqis dah tinggalkan kita semua selama-lamanya. Dia dah tak ada Qushay. Tak ada!." Jawab Anis dalam suara yang sudah disertai sedu-sedan. Qushairy terkedu. Mati segala percakapan. Terasa bak tangkai jantungnya disentap rakus. Rasa seperti nyawanya dicabut sesaat. Matanya mula menerbitkan kolam-kolam air mata sendu. Talian dengan Anis telah diputuskan. Seraya Qushairy menyebut nama wanita kesayangannya perlahan-lahan. Perasaan sedih sudah menguasai dirinya. Dia lantas mengemas komputer ribanya dan bangkit cepat-cepat menuju ke kereta dan menghidupkan enjin. Pemanduannya seperti orang hilang arah akhirnya berjaya juga dituju ke destinasi. Setibanya di rumah, salah seorang teman serumahnya menghulurkan sepucuk surat yang baru diterima semasa ketiadaan Qushairy. Bersetemkan Russian Federation. Hanya satu dalam fikiran Qushairy.BALQISku
"Bie ku sayang,Qushairy.. Terima kasih kerana sudi menjawab panggilan Yayang kali ini. Sudah lama Yayang tahan rindu ini. Yayang saja tulis surat sebab kalau Yayang e-mail atau chat, mesti Bie tak sempat nak melayan Yayang.Akhirnya Yayang juga yang kena pujuk diri sendiri. Tapi takpe pun. Yayang dah biasa dah. Bie tu bukan tau pun macam mana nak pujuk Yayang..hehe..:P..tak adalah, Yayang gurau je. Bie, tadi kan, Yayang sengaja tipu Bie tau..Yayang minta alamat rumah Bie.hehe..sorry sayang.Yayang kata ade kawan Yayang kat Shah Alam nak jumpa Bie kan, sebenarnya Yayang minta sebab nak bagi b surprise cake ni.orang delivery tu minta alamat rumah.Tadi dalam telefon, Bie kata Bie teringin nak makan Black Forest kan, dah, Yayang dah carikan kek untuk Bie. Nanti kalau Bie dah terima, Bie telefon Yayang tahu!.Yayang nak dengar suara gembira Bie lagi. Ok lah Bie. Bie belajar lah dulu. Bie busy kan. Mesti exam memanjang.Bie doakan Yayang sentiasa sihat di sini, belajar ok dan paling penting, doakan kesejahteraan kita berdua dunia akhirat. Kirim salam mama,ayah dan adik beradik Bie.kalu terjumpa adik Yayang kat Mid valley tu, bagitahu dia yang Yayang suruh belajar, balik hostel. Jangan asyik nak habiskan duit ibu abah je..hehe..tunggu Yayang balik 25 Jun nanti..:)
Yayang, Balqis..020408"
Begitulah isi kandungan surat dari Balqis untuk Qushairy yang ditulis genap sebulan dari tarikh penerimaan kek tempahan istimewa darinya. Qushairy yang sudah tak tertahan sebak, terus mengalirkan air mata lelakinya. Padanya tidak perlu rasa malu untuk menangis kali ini. Air mata yang ini tidak akan mengalir jika peristiwa menyedihkan ini tidak akan berlaku hari ini. Tidak ada kerendahan ego seorang lelaki yang terang-terangan mengabaikan perasaan kekasih hatinya. Namun,hanya Qushairy yang tahu isi hatinya sendiri. Tidak siapa tahu betapa sayangnya dia kepada Balqis. Tidak perlu dia kisah apa orang lain kata tentangnya. Cuma satu, Balqisku sayangku. Qushairy menghidupkan enjin kereta semula,menuju ke tempat mereka selalu merehatkan minda,tempat mereka berdua berjoging bersama. Dalam fikiran Qushairy kini hanya ada kenangan-kenangan lalu yang sudah pasti tidak akan dating kembali.lagu-lagu kegemaran Balqis terpasang di corong radio kereta. Air mata Qushairy mengalir lagi. Hatinya teramat sedih.sesedih lagu kegemaran Balqis, sieze the day nyanyian avenged sevenfold; ‘seize the day or die regretting the time you lost its empty and cold without you here too many people to make over’. Dan seluruh liriknya memang menyentuh lubuk hatinya, menyebabkan Qushairy benar-benar mahu menukar stesen radio. Dan pada saat itu, sebuah lori yang dipandu laju datang dari belakang dan menyodok belakang kereta Qushairy yang dipandu perlahan itu. Dalam sekelip mata kereta Qushairy terdorong ke tengah jalan dan dilangggar oleh sebuah lagi kereta mewah dan bammmm!!!!....
020508….tarikh kedua-dua pasangan Qushairy dan Balqis meninggalkan dunia buat selama-lamanya, meninggalkan seribu kenangan dan impian yang tidak mungkin dicapai lagi…
ye sy stdy di russia..cerita brdsrkan pngalaman sebenar..mcm mane pun, ad byk kesilapan dlm cerpen ni..huhu..gopoh sgt nk hntar, x re-check betul2...anyways, thank you fer publishing..=)
saya pown blaja kt rusia gak.. tp dak engineering.. rasanya x de masa nak rasa rindu kt sesapa.. sbb keje blmbak sgt.. awak siap ada masa lagi ek nk kol2..
to student engineering: may b u dont hv the time to miss anyone, but i guess u still hv time to read tis story & leave msg. maknanya awk taklah sebz mana kan :D
thnx sgt2 buat yang menyokong...cerita ni sebenarnya mmg berlaku pada insan terdekat saya..cuma ending sedih tu saya edit sikit2...kalau nk baca yang happy ending,sy da hntar cerpen terbaru..ADAM IFTI...kalau ada rezeki,dipublish di sini, anda-anda baca lah...=)
to tnpa nama:hihi..mngkin sbb plajar engneering sini amik course dlm russian medium..sbb tu tanpa nama lagi 1 tu, agak bz..kena krja kuat sikit utk faham 2 benda skaligus,bahasa dan ilmu engneering..
haih~~~ chill2~~ heeee alahh..xkesah la de mase ke x..kalau nak mesti ade cara sy pon blaja kat rusia gak,medic memang sy dengar bdak engineering xde masa sgt MAI eh?
bonjour qaisha balqisha saya belajar kat perancis...tapi saya dapat rasa kesedihan yg dtg dari rusia...uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...bonne chance for writer...
awk stdi kt france ke??bf sy kt sna gk..st.etienne..sy rndu dia...sunyi ny sorg2..kn qaisha balqisha??mst rs rndu sgt kt org yg jauh d perantaun..smoga cinta ini ttp utuh...huhu...
Best ar citer ni. Sis semo ni mesti busy kan.. kira ok g ar leh bca cerpen2 ni. relaxkan otak. sy arap ngat dpt blajar bdng perubatan kt russia... Sy akn plun study utk g sna...
waaa.....korg thnx2 sokong saye.alhamdulillah..hehe..saye boring la belajar tiap2 minggu bape byk exam ade...tu sbb saye menulis..sy pun xtahu saye boleh menulis...saye rase ni luahan hati, tu sbb lncar je ayat..heheh..*maaf saye bukan mahu meriak diri*
nmpknye org2 yg bace ni mule merindu kan?yeayy!!!..misi tercapai.syukur..hehe..sbb saye pun rindu juge..tp ape boleh buat kan...hmm
utk aniss,awk, kalu awk nk saye tuliskan cerita pasal awk,boleh je..nnt kalau xkeberatan, awk bole chat ngn saye atau email je...insyaallah, smpat, sy akan tuliskan...kalu awk ade bace cerpen kedua saye..ADAM IFTI, itu cerita benar...senior saye, die minte saye tuliskan cerita dia...
hehe...untuk ada... lalallaa.....tq ada!!! thnx for supporting... luv u all...♥
alahai..rmai plak dak engineering bca cerpen +novel ye...heheh saya pun dak enginerg gak, xde le bz mne tp bz gakla (bz ke x sbnrnye ni???) hahahah... neway, selamat merindu sume! :P
citer nie mmg best... m'ydihkan.. pe pon buat lagi yang best..
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
tak tahu nak komen apa dah