BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Ahad, April 19, 2009
Cerpen : Thank you cikgu!!
Nama Pena : anak malaysia

“ Cikgu ! terima kasih cikgu atas segala jasa cikgu, tanpa cikgu siapalah saya sudah pasti saya tidak akan berjaya seperti pada hari ini”,ucapan itulah yang sering menghantui diri ini selama ini.Aku tidak sempat meluahkannya pada seorang insan yang bergelar Cik Anisah yang telah lama meninggalkan aku dan dunia ini.Aku sungguh menyesal dan sedih kerana tidak berpeluang untuk berjumpa dengan Cikgu Anisah buat kali terakhir.Memoriku terhadap Cikgu Anisah tidak pernah padam dalam ingatanku.

Sudah hampir tiga tahun aku belajar di sekolah ini.Walaupun sudah tiga tahun aku menjadi pelajar sekolah ini,tidak ramai guru yang mengenali aku.Mereka tidak pernah menegur dan berbual dengan aku selama aku berada di sekolah ini.Tambahan pula aku ini seorang yang pendiam dan malu untuk berjumpa dengan guru-guru.Aku akan mencari pelbagai alasan untuk mengelak daripada berjumpa dengan guru-guru jika ada perjumpaan antara guru dengan murid diadakan.Aku juga dapat merasakan yang diri aku ini kekurangan keyakinan diri.Orang yang telah banyak membantu aku dalam menaikkan semangat aku dan memberi keyakinan kepadaku ialah Cikgu Anisah.Beliaulah satu-satunya guru yang sering menegur dan mengambil berat akan aku. .Aku bertukar sekolah kerana terpaksa mengikut keluargaku berpindah ke Shah Alam.Aku masih ingat pada hari pertama aku menjejakkan kaki di sekolah baru,Cikgu Anisah sebagai guru kelas telah menyambut aku dan beliau juga telah melayan aku dengan baik sekali.Aku berasa senang dengan sikap cikgu.

Sewaktu itu,aku berada dalam tingkatan tiga.Aku amat tidak menyukai matapelajaran Matematik dan tidak berminat untuk mempelajarinya sejak aku berada dalam darjah satu.Sewaktu itu,aku merasakan matapelajaran Matematik amat susah untuk difahami dan membosankan.Aku tidak berminat untuk melakukan kira-kira sejak aku kecil lagi.Kebetulan Cikgu Anisah merupakan guru Matematik di kelas aku.Setiap kali kelas Matematik berlangsung ,perangai aku pasti akan berubah.Aku tidak menumpukan perhatian terhadap pengajaran cikgu dan akan membuat kerja lain semasa Cikgu Anisah tengah mengajar.Aku juga tidak pernah menyiapkan segala tugasan yang diberi oleh cikgu dan aku juga tidak pernah untuk mencuba untuk menyiapkan tugasan-tugasan itu.Aku tidak pernah mengambil berat akan matapelajaran Matematik dan tidak bersungguh-sungguh dalam mempelajari Matematik.Aku tidak menyukai cara pengajaran cikgu dan keadaan inilah yang membuatkan aku semakin tidak menyukai Matematik.

Hari semakin berlalu,perangai buruk aku semakin menjadi-jadi.Cikgu Anisah menyedari apa yang sedang berlaku dan telah menasihati aku untuk beberapa kali.Aku tidak memperdulikan segala nasihat cikgu dan tidak pernah berusaha untuk memperbaiki diri aku.Sehinggalah hari peperiksaan pertengahan tahun menjelang,aku tidak melakukan sebarang ulangkaji untuk kertas peperiksaan Matematik.Akibatnya,aku tidak dapat menjawab soalan Matematik dengan baik dan telah memperoleh keputusan yang amat teruk dan perkara ini telah membuat Cikgu Anisah risau akan aku.Beliau kelihata kecewa dengan keputusan aku.Suatu hari,seorang kawan kelasku memberitahu yang Cikgu Anisah hendak berjumpa dengan aku selepas tamat persekolahan pada esok hari..Aku sungguh terkejut dan tertanya-tanya kenapa cikgu hendak berjumpa denganku.Dadaku berdebar-debar kerana ingin mengetahui sebab cikgu berbuat demikian.Semalaman aku tidak dapat tidur dengan lena kerana sering memikirkan apa yang Cikgu Anisah hendak cakapkan dengan aku esok.

Keesokannya,aku pun berjumpa dengan Cikgu Anisah di bilik guru.Setelah aku sampai di sana,aku nampak Cikgu Anisah sedang berada di mejanya.”Mungkin dia sedang menunggu,kenapa dia hendak bertemu dengan aku?”,hatiku berdetik .Aku tefikir hendak melarikan diri daripada Cikgu Anisah tetapi aku tidak berjaya kerana cikgu telah ternampak aku dan dia memanggil aku.Lantas aku pergi berjumpa dengannya.Beliau menanyakan khabar kepada aku.Kemudian,beliau juga menanyakan jika aku menghadapi masalah.Cikgu Anisah juga menyatakan kerisauannya tentang keputusan aku dan sikap aku.selama ini.Aku terdiam membisu.Aku tidak tahu apa hendakku jawab kepadanya.Fikiranku menjadi buntu bagai

Tiba-tiba,Cikgu Anisah tidak henti-henti menanyakan pelbagai soalan.Semua pertanyaan cikgu itu memberi tekanan kepada aku.Aku tidak dapat mengawal perasaan ketika itu.Aku sudah mula hilang sabar dan tanpa aku sedari,aku telah melepaskan kemarahan aku kepada Cikgu Anisah.Aku telah meninggikan suara terhadap cikgu dan bercakap kasar terhadap beliau.Selepas itu,aku terus meninggalkan Cikgu Anisah yang terpinga-pinga dek perbuatan aku tanpa bercakap sepatah pun.Sudah menjadi lumrah,jiwa remaja seperti aku sememangnya suka memberontak dan tidak tahan dengan sebarang bentuk tekanan.Cikgu Anisah amat terkejut dengan tindakan aku dan cuba memanggilku dari jauh ,tetapi aku mengendahkan panggilan cikgu.Dengan jiwa yang memberontak,aku terus keluar meninggalkan sekolah.Aku bercadang hendak pergi ke tempat rahsia aku.tempat rahsia itulah menjadi tempat untuk aku meluahkan perasaan dan kemarahan aku.Tempat itu jugalah dapat memberi ketenangan kepada aku ketika aku sedang bersedih atau tertekan.

Dalam perjalanan ke sana,aku telah dilanggar oleh sebuah kereta ketika aku hendak melintas di jalan selekoh itu.Basikal aku rosak teruk dan aku telah tercampak di sisi jalan.Aku meraung kerana kesakitan yang aku alami ketika itu.Oleh sebab tidak dapat menahan kesakitan ,aku tiba-tiba tidak sedarkan diri.Semua ini terjadi kerana kegagalan aku dalam menumpukan perhatian ketika berbasikal di jalan raya.Aku juga tidak dapat berfikir secara rasional ketika itu dan akibatnya aku telah mengalami kemalangan.Ketika aku sedar,aku mendapati aku berada di hospital.Badanku terasa sakit-sakit dan aku juga tidak dapat mengerakkan kaki kanan aku.Aku lihat badanku penuh dengan luka dan cadar.Kaki kananku juga telah disimen.Apa yang mengejutkan aku,Cikgu Anisah berada di sisi aku.Wajahnya kelihatan risau dan sedih.Seluruh ahli keluargaku dan rakan-rakan turut hadir bersama.


Pada masa itu,baru aku sedar yang aku telah melakukan satu kesilapan yang besar dan aku berasa sungguh malu ketika itu.Cikgu Anisah bertanya kepada aku “bagaimana keadaan kamu?Banyakkan berehat dan bawa bertenang.Cikgu risau dengan keadaan kamu.Kamu jangan risau.Cikgu akan sentiasa bersama kamu”.kata-kata itu membuatkan aku berasa sangat terharu dan menyesal dengan apa yang telah aku lakukan selama ini.Tanpa berlengah,aku terus memohon maaf daripada Cikgu Anisah atas segala kesilapan aku.Aku juga berjanji akan mengubah sikap aku dan akan berusaha untuk mencapai keputusan yang lebih baik dalam peperiksaan akan dating.

Selama dua bulan aku terlantar di hospital,banyak kelas telah aku tinggal dan banyak tajuk yang telah aku terlepas.Cikgu Anisah memang seorang guru yang baik hati,berdedikasi dan amat mengambil berat akan aku.Beliau sering menziarahi aku di hospital dan sekaligus mengajar aku mana-mana tajuk yang aku tidak berpeluang mempelajari di sekolah.Di samping itu,cikgu juga ada memberi tips-tips kepada aku tentang cara menjawab soalan dalam peperiksaan.Cikgu Anisah sering memberi ansihat dan motivasi kepada aku sepanjang aku dirawat di hospital.Oleh sebab itu,aku amat menghormati dan menghargai jasa cikgu.Cikgu sanggup mengorbankan masa cutinya untuk mengajar aku di hospital.Jasa cikgu amat bermakna buat aku kerana cikgu sanggup berkorban untuk aku seperti sumbu pelita menerangi orang lain dan membakar diri sendiri.Setiap kali aku berjaya menjawab soalan yang diberi,cikgu pasti akan memberi hadiah kepada aku.Dengan cara ini,aku akan lebih bersemangat untuk belajar dengan lebih tekun.

Beberapa hari kemudian,aku telah dibenarkan pulang ke rumah.Cikgu Anisah juga datang untuk menemani aku pada hari itu.Aku tidak sabar untuk pulang ke rumah yang telah lama aku tinggalkan.Aku juga tidak sabar untuk berjumpa semula dengan rakan-rakanku.Mereka sungguh gembira apabila mengetahui aku sudah pulang ke rumah dan akan pergi semula ke sekolah tidak lama lagi.Di rumah,aku diberi cuti seminggu oleh doktor dengan tujuan untuk memastikan aku benar benar sembuh. Sejak hari itu,hubungan kami menjadi lebih rapat dan aku sudah menganggap cikgu sebagai kakakku sendiri.Cikgu Anisah juga rajin datang melawat aku di rumah.Hubungan keluargaku dengan Cikgu Anisah juga semakin rapat.

Seminggu kemudian,aku pun pergi ke sekolah dengan berbekalkan semangat dan azam yang baru.Di sekolah,aku berjumpa dengan Cikgu Anisah dan mengucapkan terima kasih atas keprihatinan dan bantuannya selama ini.Rakan-rakanku turut menyambut kepulangan aku dengan gembiranya.Di dalam kelas,sewaktu Cikgu Anisah mengajar mengajarkan Matematik,aku sering duduk di bahagian depan dan menumpukan sepenuh perhatian terhadap apa yang diajar oleh cikgu.Aku juga semakin rajin menyiapkan tugasan-tugasan yang diberi oleh cikgu dan membuat banyak ulangkaji serta latihan.Apabila tiba waktu peperiksaan bulanan dan percubaan,keputusan aku meningkat menjadi lebih cemerlang.Aku juga memperoleh markah yang tertinggi dalam tingkatan.Cikgu Anisah begitu gembira dengan peningkatan markah aku dan perubahan sikap aku.Sebagai hadiah,beliau memberi sepasang jam tangan kepada aku.Aku amat menyayangi jam tangan itu.

Kekraban antara aku dan Cikigu Anisah telah menimbulkan perasaan cemburu dalam kalangan rakan-rakanku.Sejak itu,ramai murid yang hendak berkawan rapat dengan aku.Aku menjadi hairan dan terkejut tetapi pada masa yang sama aku juga gembira kerana mempunyai lebih ramai kawan.Mereka sangat baik terhadap aku.Mereka juga sering mengajak aku berehat dan pulang bersama mereka.Kami juga menubuhkan satu kumpulan belajar.Aku gembira berkawan dengan mereka..Perangai aku juga telah berubah sejak aku berkawan dengan mereka.Tanpa aku sedari,mereka secara tidak langsung sering berkata-kata tentang perkara yang tidak baik tentang Cikgu Anisah mereka juga telah menghasut aku supaya menjauhi Cikgu Anisah dan tidak rapat dengannya kerana cikgu mempunyai niat lain apabila berbaik-baik dengan aku.Mereka memberitahu aku yang Cikgu Anisah sebenarnya mempergunakan aku dengan harapan dapat menarik perhatian guru-guru lain.

Aku pada mulanya tidak mempercayai segala tohmahan mereka.Aku tidak percaya Cikgu Anisah sanggup berbuat demikian.Aku dapat rasakan Cikgu Anisah seorang yang baik dan tidak akan sanggup berbua t demikian kepada aku.Mereka telah berjaya mempengaruhi pemikiran aku dan akhirnya aku telah terpedaya dengan tohmahan mereka.Sejak itu,aku mula menjauhkan diriku daripada Cikgu Anisah dan mula berfikiran serong terhadapnya.Di dalam kelas,aku juga telah berubah.Aku mula tidak menyukai Matematik.Setiap kali matapelajaran Matematik berlangsung,aku pasti akan mengelakkan diri daripada menghadiri kelas itu.Segala tugasan yang diberi oleh cikgu juga tidak pernah aku siapkan.Untuk memegang buku Matematik pun,aku tidak ingin tambah pula hendak menyiapkan tugasa yang diberi.Sewaktu itu,aku memang terkenal dengan menghadapi banyak masalah disiplin.

Cikgu Anisah mula menyedari perubahan perubahan sikap aku.Beliau cuba untuk menemuiku tetapi aku sering kali mengelak apabila cikgu hendak berjumpa dengan aku .Sejak itu,hubungan antara kami berdua mulai renggang.Pada suatu malam,Cikgu Anisah telah menelefon telefon bimbitku dan aku telah mematikan telefon bimbitku.Kemudian aku dengar telefon rumah berbunyi.Aku sudah mengagak itu panggilan dari cikgu.Aku mengintai di sebalik pintu bilikku dan aku nampak ibu yang mengangkat telefon.Ibu memanggil aku dan menyatakan Cikgu Anisah hendak bercakap denganku.Aku cepat-cepat menutup pintu bilikku dan berpura-pura tidur.Ibu memanggil aku buat beberapa kali tetapi aku mengendahkan panggilan ibu dan terus berpura-pura tidur.Tidak lama kemudian,aku dapat merasakan ibu memasuki bilikku untuk melihat aku kerana aku tidak menjawab panggilan ibu tadi.Sewaktu itu,aku tidak tahu apa yang merasuk diriku ini hingga aku amat bencikan Cikgu Anisah.Aku bersikap amat negatif dan aku seolah-olah menjadi orang lain.Aku tidak pernah bersikap seperti itu.

Pada pagi esok,aku merasakan kaki kananku yang cedera dahulu amat sakit dan aku tidak berupaya untuk menggerakannya.Aku menjerit kesakitan dan meminta tolong.Kebetulan ibu tengah bercuti,ibu terdengar jeritan aku dan dia terus memasuki bilik aku.Ibu terkejut dengan keadaan aku dan terus menelefon ambulan.Oleh kerana tidah dapat menahan kesakitan itu,aku tiba-tiba pengsan.Sebaik aku sedar,aku mendapati aku berada di hospital.Aku bertanya kepada ibu “kenapa Anis berada di sini?Apa yang terjadi kepada Anis?’.Ibu membalas “tadi kau pengsan setelah kau mengadu kaki kau sakit,jadi ibu pun membawa kau ke hospital.Alhamdulillah,akhirnya kau sedar juga.Sudah lima jam kau tidak sedarkan diri.”.Selepas itu,aku berasa mengantuk dan tertidur.Tidak lama kemudian,aku terjaga tetapi aku berpura-pura tidur kerana terdenganr perbualan antara ibu dan doktor.

Di dalam perbualan itu,doktor memberitahu ibu yang aku mengalami masalah pendarahan di dalam kaki aku dan ini sebenarnya merupakan kesan sampingan daripada kejadian kemalangan dahulu.Aku sungguh terkejut dengan berita itu.Keesokan hari,aku diberitahu yang aku perlu dibedah secepat mungkin.Hal ini kerana jika aku tidak dibedah,kaki kanan aku akan lumpuh dan jika keadaan menjadi lebih teruk,kaki aku perlu dipotong.Aku sungguh terkejut dan ketakutan ketika itu.Dunia bagaikan gelap ketika itu.Ibu dan doktor cuba menenangkan aku.Selepas itu aku pun dibawa masuk ke bilik bedah dan aku tidak tahu apa yang terjadi selepas itu.

Sebaik aku sedarkan diri,aku mendapati kaki kananku telah dipotong.Aku berasa sangat sedih ketika itu.Aku tidak dapat menerima kenyataan yang aku telah cacat.Ibu cuba menenangkan aku.Aku hanya mampu redha dengan apa yang terjadi kepadaku.Tiba-tiba aku teringat akan Cikgu Anisah.Muncul perasaan rindu kepadanya.Sejak kejadian itu,aku tidak pernah berjumpa dengan Cikgu Anisah dan juga sudah lama aku tidak mendapat apa-apa khabar berita daripada cikgu.Aku tertanya-tanya apa yang terjadi kepada cikgu dan bagaimana cikgu sekarang.Adakah Cikgu Anisah tidak mahu berjumpa denganku kerana aku telah melukakan hatinya?

Beberapa minggu kemudian,aku diberitahu oleh doktor yang aku dibenarkan untuk pulang ke rumah.Aku sangat gembira dan bersyukur kerana akhirnya aku dapat berada di rumah setelah lama aku tinggal di hospital.Setelah aku sampai di rumah,aku lihat ramai saudara-mara berada di rumahku.Mereka datang hendak melawat aku.Rakan-rakan baikku juga datang melawat aku.Mereka mengucapkan takziah dan bersedih dengan keadaan aku.Tiba-tiba aku ternampak kawan-kawanku yang yang telah membuatkan aku jadi begini.Mereka datang melawat aku dan menerangkan kepada aku apa sebenarnya yang terjadi.Mereka juga meminta maaf atas segala perbuatan mereka selama ini.Rupa-rupanya Cikgu Anisah telah difitnah oleh mereka.Mereka sengaja berbuat demikian kerana cemburukan aku dengan Cikgu Anisah.Baru aku sedar,segala tanggapan aku terhadap cikgu ternyata salah.Aku amat menyesal dengan segala perbuatan aku.

Keesokan harinya,aku pergi ke sekolah.Aku terpaksa menggunakan tongkat untuk berjalan.Aku berasa lega kerana rakan-rakanku sudi membantu aku untuk bergerak.Di sekolah,aku cuba mencari Cikgu Anisah kerana aku hendak memohon maaf daripada cikgu atas segala kesilapan aku terhadapnya.Aku menemui Cikgu Ahmadi dan menanyakan tentang Cikgu Anisah.Tiba-tiba air muka Cikgu Ahmadi berubah.Aku hairan dan dapat merasakan ada sesuatu yang telah terjadi.Cikgu Ahmadi memberitahu aku yang Cikgu Anisah telah meninggal dunia.Aku sungguh terkejut dengan berita itu dan jatuh pengsan.Rupa-rupanya cikgu telah menemui ajal kerana mengalami kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan hendak melawat aku.Aku berasa sungguh sedih dan menyesal ketika itu kerana tidak sempat untuk memohon maaf daripada cikgu buat kali terakhir.

Sejak hari itu,aku telah berazam untuk mengubah sikap aku dan akan lebih berhati-hati dalam memilih kawan.Aku tidak mahu pisang berbuah dua kali.Aku belajar dengan bersungguh-sungguh dan tidak lagi bersikap seperti dahulu.Aku menjadikan Cikgu Anisah sebagai sumber inspirasi aku untuk mencapai kejayaan yang cikgu sentiasa inginkan untuk aku.Kini aku telah berusia 25 tahun.Aku telah berjaya menjadi seorang pakar Matematik dan sering memberi tunjuk ajar kepada para pelajar.Aku masih menggunakan teknik yang cikgu ajarkan kepada aku sewaktu dulu dan sentiasa mengingati segala nasihat cikgu.Walaupun cikgu telah lama meninggal dunia,kenangan dan pahit getir aku bersama cikgu sentiasa terpahat dalam hatiku.Aku tidak pernah berhenti melupakan cikgu dan aku amat menghargai jasanya.Moga roh cikgu sentiasa tenang dan dicucuri rahmat.Amin.
posted by Penulisan2u @ 11:01 PTG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
11 Comments:
  • At 20/4/09 12:35 PTG, Blogger siti khalijah said…

    cerita yang agak padat..penuh pengajaran..

     

  • At 21/4/09 9:53 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    rindu cikgu...

     

  • At 21/4/09 3:57 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best gak

     

  • At 21/4/09 10:05 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    cikgu o cikgu...aku ske kutuk cikgu...xberkat siot...aduh...kene blk skolah mintak mahap ni

    (',') pena biru

     

  • At 22/4/09 3:10 PTG, Anonymous nicky said…

    cerita yang menarik

     

  • At 22/4/09 7:06 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    not bad..

     

  • At 23/4/09 9:47 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    Banyak pengajaran...teringat kembali zaman persekolahan...salam sayang untuk cikgu zulkiflee and cikgu ayu...

     

  • At 23/4/09 9:12 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    memang best cerita ni..sedih ar esok cikgu izan akan habis mengajar di sekolah aku..kepada cikgu iazn "saya akan sentiasa mengingati cikgu"...sedih giler...

     

  • At 26/4/09 4:59 PG, Blogger Unknown said…

    bgs2 best!

     

  • At 5/5/09 3:22 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    teringat kat cikgu2 di sek dlu
    byk wat salah kat cgu...maaf cikgu
    good story, ingat jasa cikgu

     

  • At 14/5/09 3:02 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    teringat zaman sekolah dlu..rindu kt cikgu maths(Ms Chia) n sejarah (Ms Chai)...papa wan pn rindu gak (fizik)...sbb cikgu sy berjaya skang ni...Mekasek cikgu!!!!khs untuk cikgu2 sek men keb (p) raja zarina..Student 5Sc3....

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group