BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Khamis, April 09, 2009
Cerpen : Sepasang Kurung Putih
Nama Pena : MASPAUN B

" Sudahlah tu, nak. Mari kita balik.." Kedengaran suara Mak Jah memanggil gadis yang masih lagi duduk bersimpuh di situ dengan esaknya yang masih terurai. Ayu antara dengar dan tidak. Panggilan ibu saudaranya hampir tenggelam dalam esak tangisannya yang semakin menjadi-jadi. Hatinya begitu sayu sekali kerana tiada terlintas langsung di benaknya segalanya akan berlaku secepat ini dan pada hari yang ingin diraikan dengan penuh gembira. Bukan dengan kesedihan yang bertali-tali.
Ayu tidak menyahut panggilan Mak Jah, menoleh pun tidak. Matanya yang sudah bengkak merah, berladung air mata kesedihan tidak ingin beralih tumpuan ke tempat lain. Apa yang terpaku di depan matanya kini adalah sebuah tanda yang akan mengingatinya kepada sesuatu yang tidak akan dilihatnya lagi dalam pandangan zahiriah. Betapa dia tidak mengerti mengapa perkara itu perlu berlaku?
* * * *
" Mak Usu…mak usu, bila lagi kita nak beli baju baru untuk Anja? Anja dah tak sabar lagi nak jalan-jalan dengan kawan-kawan kat sebelah rumah tu. Karang kalau Anja tak pergi dengan baju cantik, tak bestlah. Anja tentu nampak tak cantik…" Suara manja anak saudaranya itu menggentel copeng telinganya. Jemari lembutnya begitu mesra sekali menguli adunan kueh di dalam balang pasu tanah di atas meja. Ayu menjeling ke arah gadis kecil itu. Betapa dia begitu serupa dengan wajah abangnya. Putih kulitnya tidak terbakar oleh matahari, hidungnya yang mancung kejap-kejap pasti akan menjadi tempat persinggahan jari sepit orang di rumah itu. Dia tidak pula marah, sebaliknya akan berasa bangga sekali.
Kelihatan Anja nampak lebih aktif daripada biasa. Dia begitu gembira sekali sambil menepuk-nepuk tangan kecilnya apabila melihat rumah jiran sebelah-menyebelah terang benderang berpasangan api warna-warni. Dia akan berlari berkeliling memandangkan dalam keluarga ini Cuma ada dia seorang sahaja manusia paling kecil semuda dan sementah itu. Anak sulung abang Long dan kak Long. Tetapi dia lebih akrab dengan mak usunya. Dia tahu memilih siapa yang dapat menjadi kawan. Tidak sebarangan. Kemudian dia kembali ke ruang dapur, mendapatkan Ayu yang ternyata masih sibuk menyiapkan juadah untuk esoknya juga.
" Mak Ucu, cepatlah kita pergi beli baju kurung untuk Anja. Karang Anja tak sempat nak pergi ngan kawan-kawan esok.." Rengeknya dengan manja sambil-sambil tangannya menarik baju mak usunya. Mahu tak mahu Ayu mengalah juga.
" Anja sayang…, mak ucu tengah buat kueh kegemaran Anja,tau. Nanti kalau kerja mak ucu dah siap…kita pergilah kat bandar. Kita beli apa saja yang Anja nak. Bukan setakat baju kurung tu saja tau..apa saja.." Pujuk Ayu sambil merenung jauh ke dalam anak mata jernih gadis kecil manis itu. Begitu sayang sekali hatinya terhadap anak saudaranya itu. Tak ubah dia anggap seperti anak kandung sendiri biar pun masih belum berkahwin lagi. Kerana dia masih ingin belajar dalam pada dia sudah menjawat jawatan sebagai pegawai bank di ibu kota. Mendengar kata-kata janji Ayu, Anja terus mencium tangannya. Ayu sedikit tersentak. Tidak pernah pula dia berbuat begitu sebelum ini. Tetapi..dia amat gembira sekali kerana anak kecil itu begitu sayang sekali terhadapnya.
Dari perkarangan masjid yang hanya terletak beberapa puluh meter sahaja dari rumah mereka, sudah kedengaran suara imam mengalun azan masuk waktu Maghrib. Ayu masih di situ. Kemudian membasuh tangan sebentar kerana kewajipan yang terlebih utama baginya sebagai hamba Allah S.W.T sudah membuat seruan. Di dalam bilik solat, baru saja dia hendak mengangkat Takbiratul Ihram, tiba-tiba anak matanya tertangkap kelibat seseorang berdiri di hadapannya dalam senyuman yang begitu manis sekali. Dia semacam tidak percaya. Niatnya terkubur sebentar, namun tawakalnya untuk solat masih lagi utuh di jiwa. Seorang kanak-kanak perempuan, tak ubah seperti wajah anak saudara kesayngannya sedang berdiri di depannya dalam pakaian baju kurung warna putih. Dia masih kaku di situ, kemudian melambai-lambai tangannya seolah-olah hendak meninggalkannya pergi. Baru saja dia hendak menyapa, kelibat gadis kecil itu terus hilang.
" Anja!" Panggil Ayu dengan suara yang agak lantang sedikit. Dia tersentak. Kemudian bangun. Rupa-rupanya dia terlelap sebentar di atas katil dalam keadaan masih bermini telekung putih itu. Suara azan baru berlalu. Ayu beristighfar panjang lebar. Rupa-rupanya dia cuma bermimpi.
" Subhanallah..! Mimpi rupanya. Tetapi anak kecil itu tak ubah seperti.." Ayu cuba mengingati mimpinya tadi.
" A’uzubillahiminasyaitannirrajim…" Ayu sedar dia terlelap ketika hendak mengadap Tuhan. Dia sedikit lalai. Ayu menerkup wajahnya yang terasa dingin. Entah mengapa dia berasa lain benar malam itu. Seolah-olah ada sesuatu yang kuang elok bakal berlaku. Ayu segera membuang jauh-jauh prasangka itu dari lubuk hatinya. Selesai bersolat, dia terus mendapatkan anak saudaranya.
Di luar sana Anja nampak gembira sekali bermain dengan Dayang, anak jiran sebelah rumah. Dia main kejar-kejar, kemudian bila dah dapat tangkap temannya itu
Dia akan ketawa terbahak-bahak. Ayu tumpang gembira. Sebaik saja melihat kelibat Ayu, Anja terus meluru ke arahnya.
" Mak ucu..jomlah kita main bunga api. Anja teringin nak main bunga api. Cepatlah. Kita beli kat bandar. Mak Ucu dah janji nak bawak Anja ke bandar, bukan?" Anak kecil yang baru menjangkau usia 5 tahun setengah itu mula menagih janji. Ayu tersenyum. Dia tahu benar perangai anak saudaranya. Tak pernah lepas janji mahupun tagih janji. Apa yang dia nak, memang dia ingin. Tetapi dia tidak terlalu mendesak. Cuma kalau dia betul-betul inginkan benda tu dia akan cuba sedaya upaya dapatkan dengan pelbagai bujuk rayu.
" Baiklah-baiklah. Cepat salin baju. Mak Usu bawak pergi beli baju kurung yang Anja nak tu, ya?" Ajak Ayu ikhlas. Anja nampak girang. Hajatnya hampir tercapai.
" Anja nak bunga api macam abang tu main,"
" Anja tak boleh main. Nanti tangan terkena, sakit tau!" Ayu cuba mengalih minat anak kecil itu daripada terus mengimpikan bermain bunga api yang merbahaya. Sedangkan dia sendiri tidak berani untuk terlalu khusyuk bermain benda itu. Biar pun nampak cantik, tetapi bahayanya lebih dahsyat lagi. Ayu tidak ingin apa-apa berlaku pada anak saudara kesayangannya itu. Setelah sudah, Ayu terus meminta izin abang long dan kak longnya serta isi rumah untuk membawa anak mereka ke bandar. Membeli sepasang baju kurung yang diidamkannya dulu.
Suasana malam ini juga begitu aneh sekali. Tidak pernah pula begitu meriah, sehinggakan anak-anak muda juga yang lebih suka meliar di bandar-bandar membeli-belah ataupun paling tidak ke masjid sekadar untuk mengisi perut dengan hidangan berbuka puasa, waktu ini berada di jalanan bermain mercun dan bersembang-sembang mengatur rancangan hendak kemana tujunya keesokan hari selepas pulang bersolat raya. Ayu tersenyum sendiri. Teringat pula dia masa kecik-kecik dulu. Masa arwah ibu dan ayahnya masih ada. Sudah pasti waktu begini suara ibunya akan terlontar tinggi memanggil mereka dua beradik daripada terus bermain bunga api. Apabila ternampak kelibat ayah, bertempiaranlah mereka dua beradik lari bersembunyi di belakang pokok buah mangga di laman rumah. Sungguh nakal juga masa kecilnya dulu. Sepanjang perjalanan menuju ke bandar, tidak lekang suasana kegembiraan menyambut hari raya bersama anak saudaranya itu kelak terbayang-bayang di ruang matanya.
Alangkah seronoknya dia duduk di atas kerusi sambil anak saudaranya berdiri di depan matanya dengan berbaju kurung pilihannya sendiri, sambil menguntum senyuman secantik bunga mawar putih yang kembang segar mewangi. Tangannya pasti dikucup dengan mesra sekali, lalu dia akan menghulurkan sekeping sampul hijau yang pasti akan membuatkan anak saudaranya melompat riang. Dia sudah pastinya akan heboh seluruh rumah, bangga dengan pemberian itu. Dan dia juga sudah semestinya akan tersenyum lebar sambil memberitahu bahawa Anjalah satu-satunya cahaya dalam kehidupannya.
Lamunannya kembali semula ke alam realiti, sebaik sahaja Anja memanggil namanya beberapa kali. Ayu tersentak, lalu memandang wajah manis itu. Kereta diperlahankan. Pasaraya Sogo berdiri megah di depan mata. Ayu memberhentikan keretanya, lalu membawa anak saudaranya itu mengunjungi pasaraya itu yang sudah siap berhias lampu kelip-kelip berwarna-warni. Sederet..dua deret kedai menjual pakaian kanak-kanak dilawatinya, namun tiada juga yang berkenan di hati. Ayu hanya membiarkan saja Anja memilih sedikit kerana Hari Raya tahun ini adalah untuknya. Biar dia berbelanja lebih sedikit.
Di sebuah kedai butik, pelbagai macam pakaian kanak-kanak sehinggalah ke dewasa pamer di situ. Ayu pula berkenan dengan baju kurung warna merah jambu bersulam di bahagian pergelangan tangan dan dadanya. Pantas dia masuk dan terus membeli untuk diri sendiri. Sepasang lagi untuk kak long kerana saiz mereka tidak kurang bezanya dan dibeli untuk kak longnyanya warna kuning cair. Warna kegemarannya. Untuk abang long pula, dia belikan kain songket warna hijau daun pisang, sesaui dengan baju melayu yang ditempah oleh kak longnya. Sementara Anja..! Ayu mencari kelibat anak saudaranya. Hatinya berdebar-debar kerana Anja tiada berada di sampingnya waktu ini.
Ayu bagai nak gila, mencari dan terus mencari. Dia berasa kesal kerana terlalu asyik memilih pakaian sendiri sehinggakan dia terlupa tentang anak saudaranya yang paling diutamakannya. Tiba-tiba dia terdengar suara manja memanggilnya dari arah kedai menjual baju raya. Anja berada di dalam kedai itu. Ada seorang wanita muda bersamanya, sambil tersenyum pada Ayu. Ayu segera mampir. Barulah lega rasa hatinya kerana berjaya menemui semula anak saudaranya yang seorang itu.
" Mak ucu…Anja nak baju kurung tu.."
" Yang mana satu Anja? Biar mak ucu ambilkan. Yang ini cantikkan?" Ayu menunjukkan kepadanya sepasang kurung berwarna ungu berbunga-bunga kecil Tentu manis sekali bila tersarung ke tubuh mongel itu kelak. Fikir Ayu yang sudah membayangkan kegembiraan pada tirai wajah anak saudaranya itu menerima pemberiannya.
" Tak nak. Anja nak yang itu.." Sambil menunjukkan ke arah sepasang kurung putih yang tergantung tinggi di atas sana. Cahaya bajunya begitu suci sekali. Ada corak bunga-bunga ros putih. Ayu juga nampak berkenan dengan baju pilihan Anja. Entah mengapa dia seperti pernah melihat baju seperti itu sebelum ini. Namun, dia tidak peduli. Yang paling penting, Anja sukakannya. Setelah membuat pembayaran, mereka berdua pun bergegas ke tempat lain. Membeli sepasang kasut. Ternyata Anja gemar dengan tema warna putih pada tahun ini. Sepasang kasut berwarna putih menjadi pilihan hatinya. Sepadan dengan baju kurung putih yang dipilihnya tadi. Aku hanya mampu menggelengkan kepala.
Setelah habis bershopping, Ayu membawa Anja membeli hadiah. Namun dia tidak ingin Anja tahu apakah hadiah yang ingin diberikannya kelak. Surprise! Itulah yang ingin dilakukannya. Buat buah hati intan payungnya itu. Anja sudah nampak letih. Namun cahaya matanya bersinar-sinar malam ini. Lebih manis daripada biasa. Sudah tentu sudah tidak sabar untuk memakai baju barunya itu. Kemudian mereka pun pulang saja ke rumah. Ayu sengaja tidak singgah ke kedai jual bunga api kerana dia tidak mahu anak saudaranya ingat semula akan permintaannya tadi.
Setibanya di rumah, Anja terus menunjukkan baju barunya kepada seisi rumah, terutama sekali dengan Mak Jah dan Pak Mail. Ibu saudara Ayu, saudara ibunya. Mak Jah tumpang gembira menerima pemberian daripada Ayu. Begitu juga dengan ahli keluarga yang lain. Yang paling gembira sekali ialah Anja yang nampaknya sudah bertukar pakaian. Baju kurung putih itu disarungkannya ke tubuhnya itu. Sepatu putih manjadi padanannya. Cukup sempurna.
" Nak ke mana tu, Anja?" Panggil ibunya apabila melihat Anja berlari menuju ke depan pintu. Kurung putih itu masih lagi dipakainya. Anja tidak menjawab, sebaliknya terus meluru ke arah laman rumah.
" Wah! Cantiknya bunga api tu. Anja suka sangat…" Kedengaran riang sorak suara Anja dari laman rumah. Sudah tentu sedang melihat Daim dan Hafiz bermain bunga api.
" Anja sayang, jangan ikut main bunga api, ya. Lihat saja sudahlah.." Tegur Ayu. Masih lagi kedengaran gelak ketawa anak kecil itu gemar melihat budak-budak lain bermain bunga api yang memercik warna-warni merah, kuning dan hijau. Sesiapa saya pasti terpesona. Ayu dan isi rumah yang lainnya sibuk membuat persediaan terakhir. Tidak lama kemudian, kedengaran suara-suara bertakbir dari masjid. Pasti sudah memang esok Aidilfitri menjelma. Ayu begitu seronok sekali. Dia berlari anak untuk mendapatkan Anja, anak saudara kesayangannya. Belum pun sempat kakinya menjejak ambang pintu, tiba-tiba kedengaran bunyi letupan besar berlaku datangnya dari laman rumah. Sudah tentu budak-budak nakal bermain mercun buluh. Serentak dengan itu terdengar suara riuh dari depan rumah mereka. Ayu tidak sedap hati. Tiba-tiba saja perasaan gembiranya bertukar kocak gusar. Tangannya terasa dingin sekali. Hatinya mula berdebar-debar.
" Kak Ayu…Mak Jah…" Panggil jiran dari laman rumah. Ayu dan isi rumah yang lain bergegas menuju ke halaman rumah mereka yang sudah dikerumuni banyak orang. Ayu semakin diamuk perasaan cemas. Dia melilau. Matanya liar mencari kelibat Anja.
" Anja..dimana dia? Anja!!" Seru Ayu berkali-kali. Tiada juga sahutan. Hatinya sudah leler dan cemburu tentang sesuatu. Tiba-tiba dia ternampak sebelah kasut putih yang baru dibelinya tadi berada tidak jauh dari tempat orang ramai berkerumun. Jiwanya semakin cemas. Entah tanpa disedarinya..air matanya laju sekali menitis dari kolam matanya. Kasut yang dibelikannya tadi untuk padanan kurung putih Anja. Dia terus memecah kelompok manusia itu. Perlahan-lahan, dia sudah dapat menangkap suara tangisan kak long dan saudara-maranya. Tangisan itu untuk siapa? Untuk siapa? Hatinya ditujah pertanyaan. Hatinya diamuk resah. Sebak di dadanya mula terasa. Menebal.
Dia merapati tubuh kaku berlumuran darah mencacatkan putih kurungnya. Ayu tidak dapat menahan sebak di dadanya. Wajah anak kecil itu yang selalu dipuja-pujanya melecur dan seluruh tubuhnya yang bersalut kurung putih itu cemar dengan darah merah yang masih segar. Dia sudah kaku. Dingin terasa seluruh tubuhnya. Ayu tidak percaya apa yang baru dilihatnya. Dia memejamkan matanya dan mula beristighfar lagi. Mungkin dia terlelap lagi sebelum masuk solat Isya’. Fikirnya. Namun, ketika matanya dicelik kembali…keadaan masih serupa. Orang ramai dalam wajah yang sayu dan suara tangisan kak long dan abang long serta jiran tetangga berbaur suara takbir yang bergema dari arah masjid. Ayu terus rebah, tidak sedarkan diri.
* * * *
" Ayu…mari kita pulang,nak. Jangan terlalu diikutkan perasaan tu. Kita sayangkan Anja. Tetapi Allah lebih menyayanginya. Bersabarlah.." Pujuk Mak Jah sambil menepuk anak bahunya. Ayu masih menahan sedu-sedan. Surah Yassin yang dibacanya tadi seperti mimpi untuk anak saudaranya, Anja.
" Mengapa tinggalkan mak usu, Anja? Mengapa?" Hatinya menangis lagi. Pusara yang masih segar merah dengan wangi bauan bunga-bunga mawar itu diramasnya lagi. Hatinya tidak ingin mempercayai apa yang berlaku.
" Patutlah Anja pilih baju kurung putih untuk sambut raya tahun ni. Rupa-rupanya, Anja nak jadikannya sebagai kain kafan dan Anja tinggalkan mak ucu seorang diri…" Ayu terus menangis dan menangis di dalam hati. Hakikat yang terlalu sukar untuk dia terima. Anak kecil yang belum tahu apa-apa. Belum puas memandang luas dunia ini. Akhirnya bersemadi di perut bumi. Ayu menggenggam erat kurung putih yang sempat menjamah tubuh mulus anak saudaranya itu.
" Semoga kau berada di sampingNya yang yang ternyata lebih menyayangimu, Anja sayang. Semoga kau tidak lupakan mak usu biar pun berada jauh di sana.." Doanya di dalam hati. Takbir raya terus bergema. Sepasang kuurung putih…pasti akan menjadi ingatan dan sejarah di setiap Aidilfitri.
Baru saja dia hendak meninggalkan kawasan perkuburan yang masih mewangi dengan haruman segar air mawar putih di atas pusara anak saudaranya, tiba-tiba anak matanya sempat menangkap seperti bayangan anak kecil berdiri tidak jauh dari tempatnya berdiri itu. Ayu menyelak sedikit kerudung yang menutup pandangannya. Ternyata benar. Seorang anak kecil berbaju kurung putih corak bunga ros halus, berkasut putih, sama sekali dengan milik arwah Anja, anak saudara kesayangannya. Anak kecil itu tersenyum ke arahnya, kemudian wajahnya kelihatan murung. Dia seperti menggelengkan kepala.
" Anja..!" Jerit hati kecilnya. Ayu mula melangkah menuju ke arah anak kecil itu. Namun semakin dia ingin mendekati, semakin anak kecil itu berada jauh daripadanya.
" Mak Ucu…mak ucu…" Seru anak kecil itu dengan sayu sekali.
Ayu bagaikan orang gila. Ke sana sini dia mengejar anak kecil mirip anak saudaranya. Berkali-kali nama Anja diserunya.
" Anja..tunggu mak Ucu. Mak Ucu sayang Anja. Tunggu mak Ucu, sayang…" Ayu terus mengejar dan mengejar tanpa berhenti. Semua orang yang ada di sekitar tanah perkuburan itu berasa hairan melihat tingkahnya begitu. Ayu sudah kelihatan seperti orang sasau. Mak Jah menggelengkan kepala langsung mengejar anak saudaranya dari belakang. Pun begitu, belum sampai separuh jalan dia mengejar, tiba-tiba gadis itu rebah terkulai tersembam ke bumi. Semua orang menjadi kelam-kabut. Masing-masing ambil peranan, lalu menghulurkan bantuan kepada sanak-saudara Ayu.
* * * * *
ALLAHUAKHBAR….ALLAHUAKHBAR…..ALLAHUAKHBAR
LAILAHAILLALLAHUWALLAHUAKHBAR
ALLAHUAKHBAR WALILLAH’ILHAMD
Gadis berkurung putih bunga-bunga halus itu membuka matanya perlahan-lahan. Pandangannya samar-samar. Kepalanya masih berdenyut. Jiwanya terasa sesak sekali. Sesekali kedengaran sedu-sedannya kedengaran. Ayu memandang sekeliling. Wajah-wajah itu memandang ke arahnya dalam pandangan yang pelbagai firasat. Ada yang menggeleng kepala dan ada yang ikut terkejut. Ayu terasa benar keperitan yang dialaminya. Perlahan-lahan dia bangkit. Baju kurung putih yang dipakainya, masih nampak elok. Di celah-celah asakan orang ramai itu, tersembul wajah seseorang yang membuatkan Ayu terkilan dan mengingati dirinya tentang apa sebenarnya yang telah berlaku. Ayu menggeleng kepala.
" Ayu…mengapa dengan awak ni?" Suara itu menegur. Ayu masih tidak bersuara. Namun jelas kedengaran di corong telinganya takbir raya bergema. Ditatapnya satu-persatu wajah-wajah itu.
" Sa..saya kat mana ni?"
" Eh..eh..budak ni. Mengapa pulak dengan kamu ni, Ayu? Kan sekarang kita tengah dalam perjalanan balik ke kampung awak kat Utara. Awak ni mengingau lagi,ya?" Encik Shahrin mengingati gadis manis itu. Ayu mengerut dahi. Setiap wajah yang ada di situ ketawa lagi. Semuanya adalah teman-teman sekuliahnya. Nana..Miah, Rozie, Iman, Ajak, Lee, Iskandar dan banyak lagi. Semuanya dia kenal. Teman-teman yang akan mengikutinya pulang beraya ke kampung sempena program anak angkat yang dianjurkan oleh UNIMAS.
" Kenapa awak panggil nama Anja? Siapa Anja tu?" Sapa teman yang seorang.
" Hek..eleh..kamu ni pun. Pakwe dialah tu. Anja..singkatan kepada ‘Manja’!" Mereka semua terus menderaikan tawa. Ayu mengelengkan kepalanya. Dia masih terasa akan mimpinya tadi. Seperti baru saja berlaku. Ayu beristighfar panjang lebar. Mungkin dia terlalu ikut perasaan. Dia sedar, Anja sudah lama meninggalkannya. Anak saudaranya yang paling disayanginya itu. Sebab itulah setiap kali pulang beraya, dia pasti teringatkan peristiwa yang benar-benar menyentap jiwanya.
Ayu duduk lagi, sambil mendengar lagu ‘Dendang Perantau’ yang berkumandang di radio. Encik Shahrin hanya membiarkan sahaja gadis itu. Ayu membuang pandangannya ke luar tingkap bas yang mereka naiki. Kampung halaman yang tidak lama lagi akan dijejakinya semula. Ayu mengamati baju kurung putih yang yang disarungkannya. Kemudian mengambil bungkusan yang satu lagi. Sepasang kurung putih khas untuk anak saudaranya untuk setiap tahun. Ayu menangis lagi. Dia benar-benar tidak dapat menerima kenyataan itu sampai bila-bila pun.
"ANJA…" Serunya di dalam hati. Bas terus meluncur laju membelah malam yang semakin menjalar.
posted by Penulisan2u @ 9:37 PTG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
16 Comments:
  • At 9/4/09 10:45 PTG, Blogger Hayisa Neerza said…

    huhu sedihnya

     

  • At 10/4/09 12:04 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    huhUu~
    good try,,
    klu bleh...
    tLg bt paragraph bru utk dialog...
    bpinar pale nk bce,,

    >mya nuryana<

     

  • At 10/4/09 12:28 PG, Blogger Arisa Aizawa said…

    sedihnya, tapi saya x faham sangat la cita n

     

  • At 10/4/09 10:15 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sedihnya....jalan cita best.

     

  • At 10/4/09 12:44 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sedihnyaa..:((:((
    cite yg lain dr lain..
    n sedih sgt2..
    tahniahhzz buat penuliss..
    cite awk best sgt..
    susunan ayat pun tersusun..
    apa2 pun god luck:)>-

    ~aku insan biasa~

     

  • At 10/4/09 3:47 PTG, Blogger lovelysu said…

    sedihnyer..

     

  • At 11/4/09 12:11 PTG, Anonymous rahilla said…

    sedih nyer.cite bagus.tp cam komen mya nuryana.susah bace.

     

  • At 12/4/09 10:20 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sedihnyer....but unik..lain dari yang lain...keep it up...

     

  • At 12/4/09 8:58 PTG, Anonymous pari_liez said…

    sdih la..emmm

     

  • At 13/4/09 11:54 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sedihNYER...
    teringat pulak kat anak buah..
    tengah demam panas dia pun panggil kita mak ucu..
    semoga dia cepat sembuh~Kimi~

     

  • At 13/4/09 5:23 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    huhu..
    mmg sdh,
    well, nice story
    tp msh prlu diperbaiki..

     

  • At 14/4/09 9:16 PTG, Anonymous eeja said…

    wah...beznya
    tak sabar nk bc cite baru
    cepatlh tulis.....

     

  • At 24/4/09 10:15 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    huhuhu..sebak rasa baca crite ni..huhuhuhuhuh

     

  • At 2/5/09 5:30 PTG, Anonymous ~handrieana~ said…

    sedihnya...nicce try!!

     

  • At 3/5/09 4:35 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    Salam. satu kisah yang bagus. Namun sebab kematian Anja yang tidak logik menyebabkan jalan cerita semakin bosan. Kronologi jalan cerita yang tidak lengkap dan tidak jelas.

     

  • At 4/8/09 1:15 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    usah di tanya pada yang tidak pasti. tapi bertanyalah pada yang pasti. moga anda akan lebih berjaya dalam menghasilkan karya yang bermutu.

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group