Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Faizah menerima segala leteran itu dengan hati yang terbuka. Walaupun dia masih kepenatan akibat perjalanan yang panjang sebentar tadi, dikuatkan juga semangatnya untuk terus tersenyum di hadapan saudara maranya yang ramai. Faizah banyak mendiamkan diri dan hanya sesekali bersuara apabila merasakan ada perkara yang patut dipertahankan. Sedaya upaya Faizah cuba bermanis muka agar kelakuannya tidak menyakiti hati sesiapa kerana dia tidak mahu bergaduh dengan saudara maranya itu.
"Bukan saya tak nak balik, tapi saya ada tanggungjawab di sana.." balas Faizah lembut.
Mak Cu mencebek. Sesekali terdengar ketawa Mak Teh dan Andak yang memang suka menyindirnya. Faizah senyap seketika apabila tiada yang bersuara. Tangannya memain-main hujung tikar yang membentangi tempat duduknya. Pandangan matanya dalam merenungi hujung tikar itu. Perlahan-lahan timbul rasa sebak. Kenapa semua orang mahu menyalahkannya. Hanya kerana dia tidak pulang menghadiri majlis makan untuk mereka anak beranak, dia dikatakan mula mengabaikan keluarga. Penting sangatkah majlis itu berbanding tanggungjawabnya di sana? Tetapi, apa yang lebih penting, Faizah tetap pulang untuk majlis pertunangan Abang Izhar ini biarpun dia kelewatan tiba di kampung.
"Tanggungjawab apa lagi yang penting Izah? Tanggungjawab sebagai pelajar universiti? Abang Am dulu pun belajar di universiti, begitu juga dengan Bang Long, Achik dan Farzan. Farzan pun selalu balik. Apa cuti semester antara universiti lain ke?" sindir Abang Am, sepupunya yang paling tua.
Abang Am adalah keluarganya yang pertama menjejaki tangga universiti. Faizah memandang Abang Am kemudian dia beralih pandang mencari wajah emak. Tetapi emak tidak ada, barangkali masih sibuk di dapur membasuh pinggan mangkuk.
"Saya mengajar mereka mengaji.. untuk mencari duit poket juga. Setiap malam, kecuali hari jumaat dan sabtu. Malam hari ahad saya dah mula mengajar. Sebab itu saya jarang pulang ke kampung" Faizah bersuara menerangkan kedudukannya yang sebenar.
"Mak kamu ada bagitahu kami. Berbaloikah pengorbanan kamu kalau pelajaran kamu sendiri boleh terabai. Lagipun berapa sangatlah yang mereka bayar untuk kamu. Penat sahaja yang kamu dapat" tingkah Andak. Agak kasar bunyinya.
Faizah menarik nafas panjang. Cuba mengumpul kekuatan agar dia dapat menyusun kata untuk mempertahankan hujahnya. Sesekali dia menjengukkan kepala di celah-celah saudaranya untuk mencari kelibat emak. Faizah mahu emak membela dirinya dalam perkara yang dirasakan perlu untuk dipertahankan walaupun dia tahu wanita itu tidak akan sesekali bersuara samaada untuk bersetuju atau menentang dirinya. Faizah kenal pendirian wanita berjubah dan bertudung labuh itu. Wanita yang telah membesarkanya di atas landasan keagamaan sehingga dia mampu berbangga dengan apa yang dimilikinya sekarang. Sedang dia tercari-cari kelibat emak, dia nampak wanita itu keluar dari arah dapur dan sedang menghampiri tempat mereka berkumpul. Faizah menanti sehingga emak duduk betul-betul dihadapannya.
"Saya lakukan ini dengan hati yang ikhlas dan tidak sesekali saya rasakan ini sebagai satu pengorbanan. Saya tidak berkorban untuk mereka tapi saya berjuang bersama mereka. Saya ingin membantu mereka kerana mereka semua perlukan saya. Lagipun kelas itu akan ditutup sekiranya saya tarik diri.." Faizah mula bersemangat apabila melihat sekuntum senyum pada wajah emak yang ternyata merestui tindakan Faizah.
Mereka berpandangan sesama sendiri. Ada yang mencebek, ada yang menggeleng-gelengkan kepala tanda tidak bersetuju dengan tindakan Faizah dan ada juga yang tersenyum sinis.
"Kamu mungkin tak sedar, perkara ni dah mencuri sebahagian daripada masa kamu yang sepatutnya kamu gunakan untuk mengulangkaji. Tengoklah, hujung minggu yang boleh kamu gunakan untuk pulang menziarahi keluarga pun, terpaksa kamu korbankan untuk mengajar orang-orang tua yang hubungannya dengan kamu hanya sekadar ketika kamu mengajar mereka. Mereka itu entah siapa-siapa. Bila mereka dah pandai, langsung tak pedulikan kamu. Tidakkah kamu merasakan ini satu kerugian? Baik kamu berhenti sahaja Izah, dahulukan mana yang penting. Kamu tu masih belajar" bidas Abang Izhar setelah lama menjadi pemerhati.
"Bukankah semua manusia itu bersaudara? Agar kita boleh mengenali antara satu sama lain, boleh membantu antara satu sama lain dan mengasihi antara satu sama lain. Bukannya mewujudkan jurang. Lagipun mereka seperti orang tua saya sendiri. Selagi saya menghormati mereka, selagi itu mereka akan menghargai saya. Tidak timbul soal rugi atau untung jika kita benar-benar ingin membantu orang. Cukuplah jika mereka ingin belajar dan telah mula sedar akan kebesaran ayat suci Al-Quran itu" Faizah merenung Abang Izhar yang berpura-pura tidak mendengarnya.
“Apa yang dapat kamu bantu Izah..?" sampuk satu suara dari arah hadapan diiringi batuk-batuk kecil. Pak Long tiba-tiba muncul dengan kopiah di atas kepala. Lelaki itu duduk di atas kerusi. Faizah tersenyum. Pak Long ialah orang yang banyak membantunya. Memberi sokongan dan dorongan terhadap kerja amal yang sedang dilakukan. Hatinya senang apabila lelaki itu turut serta dalam pendebatan ini dan dia amat yakin hujahnya akan disokong oleh bapa saudaranya itu yang dianggap seperti bapa sendiri setelah kematian ayah kira-kira empat tahun yang lalu.
"Saya yakin dapat membantu mereka keluar daripada kepompong hidup yang gelap, Pak Long. Hidup yang kosong kerana tiada pegangan yang teguh. Saya sayangkan mereka dan tidak mahu melihat mereka terus lemas dalam meniti arus kehidupan yang sudah hampir ke penghujungnya. Sayang sekali, usia muda mereka terlalu ghairah mengumpul harta dunia sehingga mereka lupa untuk mengumpul harta sebagai bekalan ke akhirat. Saya kasihan melihat ada di antara pak cik dan mak cik itu yang langsung tidak mengenal alif, ba, ta.. Bacaan dalam solat mereka pun sangat mendukacitakan. Kesilapan hidup mereka benar-benar menginsafkan saya. Jadi, tidak salah jika saya membantu mereka setakat mana termampu" Faizah menjawab sambil tertunduk merenung lantai.
Keadaan senyap. Semua tidak berani bersuara. Faizah berasa puas. Dia tersedar ada diantara mak saudara, ayah saudara dan sepupunya yang mempunyai nasib serupa dengan pak cik dan mak cik yang tidak tahu membaca Al-Quran malah ada di antara mereka yang malas untuk menunaikan solat. Rasa serba salah menguasai Faizah, tetapi Faizah tidak berniat untuk menyindir sesiapa. Faizah cuma memberitahu perkara yang benar sahaja. Melihatkan keadaan yang terus sepi, Faizah menyambung bicara. Tidak mahu ada yang terguris dengan kata-katanya.
"Walaupun begitu, mereka nekad untuk belajar. Kesedaran yang ada dalam diri mereka dan keikhlasan telah membuka pintu hati mereka untuk mengenal ayat-ayat suci itu. Dalam dua minggu sahaja, mereka sudah boleh menguasai surah Al-Fatihah dan surah-surah yang lain dan sudah tentu ini adalah saat-saat yang sangat menggembirakan saya..sekurang-kurangnya usaha saya berhasil" Faizah tersenyum.
Pak Long yang duduk di atas kerusi turut tersenyum sambil mengangguk-angguk kepalanya. Kelihatan Andak yang beriya menentang dirinya turut mengangguk perlahan. Abang Am mencuka. Sesekali mencebek ke arah Faizah. Senyumnya penuh sinis. Faizah hanya senyap. Menanti serang balas daripada saudara maranya. Dia yakin sekejab lagi mereka akan senyap dan pantas sahaja merestui kerja amalnya ini. Barulah Faizah akan rasa tenang apabila tiada lagi orang yang akan bercakap mengenainya.
"Kau ingat apa yang kau buat ni dah cukup hebat ke? Pandai-pandai pula nak mengajar orang.." sindir Abang Am dengan suara yang agak keras berbanding tadi.
"Saya tidak rasa diri saya hebat. Saya sendiri masih belajar ilmu-ilmu agama daripada seorang ustaz. Saya pun masih belajar mengaji dan menghadiri kelas-kelas agama. Banyak lagi yang perlu saya perbaiki. Tapi, saya bersyukur kerana apa yang saya miliki ini sudah cukup untuk saya gunakan bagi membantu orang yang memerlukannya. Arwah ayah sendiri pernah menasihati saya agar beramal dengan ilmu yang ada. Kita tidak rugi apa-apa malah Allah membalas dengan bermacam manfaat" balas Faizah tegas.
Semua mata tertunduk. Seolah-olah berpura tidak mendengar apa yang sedang diluahkan oleh Faizah.
"Benar tu Faizah. Kamu lakukan perkara yang betul. Tak perlu takut nak berhadapan dengan saudara-saudara kamu ni. Pak Long rasa, arwah ayah kamu pun berbangga dengan apa yang kamu buat. Kamu telah membantu ramai insan untuk mengenali kesucian Al-Quran sedangkan mereka tahu bahawa ayat-ayat Allah itu adalah sesuatu yang dituntut oleh Islam dan amat rugi jika kita tidak menguasainya. Sepatutnya, masing-masing telah maklum apa hukumnya jika tidak beramal dengan Al-Quran yang menjadi landasan hidup kita sebagai seorang muslim. Mungkin kamu pun patut mengajar saudara-saudara kamu ni juga.." sampuk Pak Long.
Kata-kata Pak Long memberikan seribu ketenangan pada Faizah. Beberapa kali Faizah tersenyum apabila melihat ramai saudara-maranya yang bangun seorang demi seorang dan meninggalkan ruang tamu itu. Pak Long menggeleng-gelengkan kepala sebelum berlalu meninggalkan ruang itu tatkala mendengar pukulan beduk daripada surau berdekatan menandakan tibanya waktu maghrib.
"Terima kasih Pak Long. Saya Cuma mahu menjadi seperti ayah. Saya mahu menyambung dakwahnya yang tidak kesampaian.." tutur Faizah sebak. Faizah mengiringi langkah Pak Long dengan ucapan itu. Pak Long hanya mengangguk kemudian terus beredar.
Emak sempat mengusap kepala Faizah kemudian berlalu meninggalkan Faizah seorang diri. Dia tidak faham mengapa saudara maranya gemar mempertikaikan apa yang dilakukannya. Tidakkah mereka pernah terfikir untuk belajar apa yang mereka tidak pernah ada. Bukankah keluarga ini lahir daripada keturunan yang baik-baik, arwah atok adalah seorang imam yang sangat disegani manakala arwah nenek juga merupakan seorang guru agama. Tetapi mengapa saudara maranya yang lain gagal untuk menunjukkan contoh yang baik. Faizah terkenangkan arwah ayah. Hanya arwah ayah dan Pak Long sahaja yang menuruti sikap Arwah atok. Faizah berasa sebak. Sebak kerana tiada kesedaran dalam diri saudara-saudaranya. Lamunan Faizah terhenti apabila ada suara yang menyapanya.
"Izah boleh ajar Mak Cu mengaji..? ada getar pada suara itu. Faizah merenung wajah yang tersenyum dihadapannya. Perlahan-lahan Faizah mengangguk sambil membalas senyuman itu kemudian memalingkan wajahnya ke arah deretan Al-Quran yang tersusun rapi di dalam sebuah almari. Mungkin Al-Quran iu sudah lama tidak terusik…
sedikit terusik dgn kisah masyarakat yg telah meminggirkan al-guran yg sepatutnya menjadi panduan hidup dan bekalan di akhirat...... moga kita mendapat lindungan dan berada di bawah rahmat-Nya... :)
best sgt cite nie... lain dr yg lain.. kita perlu bersyukur dgn adanya insan spt izah ni.. yg dpt membantu org2 yg memerlukan dlm bab2 agama ni.. kan bagus mcm2.. kdg2 manusia kalu hal2 yg berkaitan agama smuanya larang.. hal2 lain xlarang lak.. mcm2 la..
apa2 pun tahniahhzz buat penuliss.. sy suka sgt cerpen ni...:)>-
alhamdulillah....cerpen ni menimbulkan keinsafan sy sbgi pembaca yg beragama islam...yg selau terleka dgn urusan dunia sehingga megabikn urusan akhirat..sdg kn kite dtuntut utk mengejar ke2-2 nye sekali....beribadat bersungguh-sungguh umpama akn mati esok nya & bekerja bersungguh2 umpama akn hidup utk selamanya...
Kalau baca novel and cerpen, kita sanggup duduk tak bangun2 dr computer...Kalau al-quran....1 muka satu haru pun ok lah. Ada tak orang yg baca novel, syarat 1 muka je satu hari...??? Sungguh imanku lemah......
Best2..alhamdulillah.. sy tajuk AL-QURAN pun telah mnarik minat sy :) kalo lah smua umat islam dapat rasa kan kemanisan mmbaca Al-quran alagkah indah nya...SubhanaALLAH..
TAKBIR...!!!TAKBIR...!!!TAKBIR...!!! TAHNIAH... teruskn usaha anda...
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
sedikit terusik dgn kisah masyarakat yg telah meminggirkan al-guran yg sepatutnya menjadi panduan hidup dan bekalan di akhirat...... moga kita mendapat lindungan dan berada di bawah rahmat-Nya... :)