Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Hani menutup buku album di tangan. Matanya sudah bengkak akibat terlalu banyak menangis. Ingatan pada perbualan hari pertama bergelar isteri kepada Muhd Ikmal mengundang pelbagai rasa. Sungguh betapa bahagianya rasa bila cintanya bersambut. Apa lagi dengan termeterinya ikatan perkahwinan yang merupakan idaman setiap pasangan yang bercinta. Namun, perkahwinan yang baru setahun usianya makin suram. Mentari yang menyinar makin kelam. Salah siapa? Ingin sekali menepis omokan yang bila si isteri berbadan dua, si suami mula berubah angin. Benarkah? Bunyi pintu dibuka mengembalinya ke alam nyata. Cepat pula Hani menyapu sisa-sisa air mata di pipi.
"Hani, Mal balik ni. Bawa sate. You asked for it yesterday…" Ikmal laju menyapa. Tak perasan akan wajah isterinya yang mendung.
"Hani tak lapar. Mal makanlah..." Hani segera bangun. Langkahnya laju menuju bilik walau kandungannya sudah mencecah 6 bulan.
Ikmal berpaling. Apa lagi yang tak kena dengan isteri aku ni? Desisnya sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Perlahan tali leher dirungkai. Beg plastik berisi sate dibiarkan di meja makan. Kakinya mula mendaki tangga bilik. Beg kerja diheret bersama.
Hani menggelengkan kepalanya. Sukar untuk dimengerti kenapa air mata kini menjadi teman setianya. Ada kalanya dia berasa yang dia semakin cengeng. Pernah jua menepis pelbagai rasa yang mendatang tapi emosinya memang tidak stabil. Sensitif benar sejak akhir-akhir ini.
"Hani…"
Hani berpaling. Wajah lelaki yang pernah dan akan terus bertakhta di hati dipandang dengan linangan air mata.
"Hishh, napa dengan sayang ni?" soal Ikmal lalu mendekati isterinya. Jarinya mengesat linangan air mata Hani.
"Mal lah… Mal tak sayang dengan Hani…" Hani menolak Ikmal jauh darinya.
"Mal buat apa nya? Kan Mal dah bawa balik sate tu…" Tangannya cuba menggapai tangan Hani. Digenggam kemas.
Hani menarik kembali tangannya. "Bukan yang itu Hani minta,"
"Habis tu?"
"Tengok! Mal memang tak sayang Hani."
"Hani… please sayang. Mal tak tahu yang mana ni. Hani tu la ngidam banyak sangat… hehe…" Ikmal cuba menarik perhatian isteri kesayangannya.
"Dah la… malas nak cakap ngan Mal. Baik turun, makan sate…"
Ikmal tercengang. La, tadi bukan main merajuk. Alih-alih dia nak turun makan sate pula. Haishh, apa la nasib! Isteri aku ni makin pelik perangainya. Perlahan Ikmal menggeleng, hurm sabar Mal. Pembawakan budak tu… hatinya memujuk.
Mata Ikmal membulat. Wajah isterinya dipandang sekilas. Bukan dia tak ingat apa yang diminta Hani. Hari itu pun, sengaja dia membeli sate dulu dengan harapan Hani melupai apa yang diminta. Tapi manalah tahu dah hampir seminggu, Hani ungkitkan kembali. Kepalanya dah sakit memikirkan permintaan isterinya. Mana boleh!
"Mal…" Hani merengek.
"Tak boleh Hani. Mengarut. Lupakan saja…" Ikmal masih berkeras. Tidak… dia tidak akan menurut.
"Mal… Hani nak sangat-sangat. Bukannya susah sangat nak cari. Mal…"
"Hani… Hani tau tak apa yang Hani minta?"
"Roti la… napa susah ke nak cari?"
"Roti tu tidaklah. Tapi jemnya. Kalau setakat kiwi ke, jem kiwi ke tak apalah… ini kiwi kasut? Hani dah hilang akal apa? Kiwi yang itu mana boleh makan?"
"Ala… tu yang dalam cerita Ripley’s tu macam-macam lagi yang diaorang makan. Kaca, paku, besi… Hani cuma minta kiwi je,"
"Hani tu lain. Ni lain. Hani kan mengandung ni, fikirlah kandungan Hani tu sikit. Benda yang bukan-bukan nak dimakan…" Ikmal cuba memujuk.
"Ala… Hani nak sikit je. Bukan banyak pun. Tu pun tak boleh," Kolam matanya semakin panas. Sedar air mata akan mengalir bila-bila saja.
"Hani dengar cakap Mal ni. Benda tu bukannya makanan sayang,"
"Arghh… sudahla… Mal memang. Hani baru minta sikit kiwi dah tak boleh… bukannya minta emas permata pun. Mal memang tak sayang Hani," Hani mengalihkan pandangannya. Air mata yang ditahan dari tadi mengalir jua. Hatinya cuma mahukan roti kiwi, napa susah ke? Ikmal menghampiri isterinya. Menarik Hani dalam rangkulan, membiarkan Hani menangis di dadanya. Sungguh dia tak kisah kalau Hani mahukan emas setinggi gunung. Tapi yang ini. Kiwi? Kiwi kasut tu? Haishh, gila lah…
Ikmal menjeling Hani di sebelah. Sengaja dilengahkan menyapu kiwi di kepingan roti. Wajah isterinya bercahaya, macam dapat makan apa je. Dia mengeluh. Perlahan roti yang telah siap disapu jem kiwi dihulurkan pada Hani. Dalam hatinya tak putus-putus berdoa agar isterinya tak apa-apa.
"Thanks Mal," senyuman Hani meleret.
Memang kecur air liurnya melihat Ikmal menyediakan roti kiwi idamannya. Dengan lafaz Bismillah dia menyuapkan roti kiwi ke mulut. Satu gigit, dua, tiga… Hani berdiri dan kemudiannya segera menuju ke bilik air.
"Hani…" jerit Ikmal. Ya Allah, selamatkanlah isteriku.
Hani menggeleng perlahan. Dapat dirasa rambutnya dibelai perlahan oleh Ikmal. Wajah suami dipandang lama. Hatinya bersyukur kerana lelaki ini yang menjadi teman hidupnya. Yang tegar melayan semua kehendaknya walau ada antaranya memang tak masuk dek akal. Erm, misalnya roti kiwi. Hani mengutus senyum. Terima kasih Ya Allah, kerana dia untukku.
"Ha. Napa senyum pula ni?" soal Ikmal. Hani yang berbaring di pahanya dipandang dengan penuh rasa kasih. Wajah yang mencuri hatinya semenjak zaman belajar lagi. Wajah yang tak akan jemu dipandang sampai bila-bila pun.
"Mal lah… elok je bagi Hani roti kiwi tu,"
"Eh, dia yang beria minta. Merajuk sampai menangis… dah puas halang tapi nak juga. Haishh, Hani tau tak betapa kecut perut Mal tengok Hani mengunyah roti tu tadi,"
Hani ketawa kecil. Benar, aku yang mahukannya. Hishh, apalah yang difikirkan sampai roti tu yang menjadi dambaan hati.
"Lain kali cuba Hani minta yang betul-betul sikit. Ayam belanda ke, itik jantan ke, buah pisang kaki ke… ni yang bukan-bukan aja. Kalu jadi apa-apa tadi macam mana?"
"Tak apa-apa kan. Hani ok je kan…" Hani menjawab.
"Yala, tapi kalau ada side effect lain ke. Ha, macam mana kalau baby nanti hitam macam kiwi?"
"Hishh Mal ni. Ada ke patut?"
"Ok, kan orang selalu bilang apa yang si ibu makan nanti anak dia pun dapat. Macam orang Cina tu selalu sangat minum soya sebab tu anaknya putih melepak macam soya… dah tu Hani dah makan kiwi, habislah baby kita…"
Hani pantas mengetip lengan Ikmal. Hishh, ada patut doa anak macam tu? Getus hati kecilnya.
"Aduh, sakitlah sayang,"
"Mal lah… cakap tak sayang mulut. Tau tak apa yang dikata tu doa. Nak la tu anak macam tu," bebel Hani.
Ikmal tersengih menayangkan barisan giginya yang putih bersih.
"Mal gurau la sayang. Dah tentu anak kita nanti hensem macam papa dia," Ikmal dah mengangkat keningnya.
Hani hanya tersenyum. Tangan yang membelai rambutnya dicapai. Perlahan dikucupnya.
"Thanks Mal. Thanks sebab bertahan dengan Hani. Walau apa yang terjadi Mal tetap sabar melayan karenah Hani," ucap Hani serius.
"Untuk Hani… apa saja… InsyaAllah, Mal akan bertahan sampai ke akhirnya." Ikmal tunduk mencium dahi Hani. Seperti mana janjinya dulu, dia akan tetap menunaikannya. Isterinya itu permata hati. Tiada dua tiada tiga, itulah satu-satunya dari dulu, kini dan selamanya. Kerana bukankah kasih dan cintanya itu "infinity"…
huhuhu..cian laki dia..ad lak bini dia mengidam makn kiwi kasut..huhuuh pelik2..mcm2 prgi org pregnant nie..huhuh..nasib laki dia nie penyabar..penyayang lak tu..besnyer klo dapat laki cam tu..
penah gak dgr kes mcm nie..he3.aku dulu mengidam kuih org lama..DANGAI.punya la susah nak cari padahal mak aku boleh buat tapi dia jadi lupa plk.yg husband aku lak org bagi kat dia trus dia mkn (dia lupa aku yg nk mkn)dah tu blk umah gtau aku plk maunya aku x mgamuk...last2 dpt gak aku mkn..
hehehe...nice story! sangat touching bila hubby dia setia layan kehendak wife....hopefully semua lelaki di dunia ni dapat menjadi yang sebaik2nya seorang suami...begitu juga kita yang wanitanya, sebaik2nya seorang isteri...jemput..., ikuti novel bersiri saya...Ironinya Sebuah Cinta...
ala kiwi kasut ni ok lg.. ada tu cikgu aku cite.. nak mkn atap umah.. nak mkn bata yg buat umah2.. org2 dlu pnya ngidam mmg pelik2 ckit..ahakz.. apa2 pun baikla ngidam nak gelang emas ka..ahakzz.. leh gakk..syokk..8->:))
mcm2 ek...time aku nnt aper la aku ngidam agknye...cikgu aku dlu ngidam nk mkn lumpur kat badan kerbau...suami dia bg je...sayang bini wei...nice story...gud job!!
masa kakak ipar aku dulu lg teruk.. mengidam nak makan nasi kuah sup gearbox.. mula2 abg aku bg la sup gearbox tulang tu..sekali upernya nak sup gearbox keta tu... hahahah... jenuh mak aku rebus wat sup
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
harhar...sakit perut wowio...penulis ade pnglmn mengidam ker?