Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Tinta yang terletak di sisi helaian nota seolah-olah meronta minta diangkat. Ilham dalam jiwanya mencurah-curah disaat terlalu banyak perkara lain yang perlu diselesaikan. Bila cinta menyentuh jiwa, cita-citanya seolah-olah berubah ingin menjadi seorang penyair termahsyur. Perlukah semua ini? Sedangkan dia pasti kasihnya sudah lama terkubur disaat melihat tubuh arwah disemadikan. Terasa bisikan kasih yang disampaikan oleh redup matanya saat dia menghembuskan nafas yang terakhir. Maafkan hambaMu ini Ya Allah. Moga rohnya tenang dikeabadian. "Qaisy, saya rindukan awak". Sambil menyapu air mata di pipi, seutas gelang yang masih terletak rapi dalam sebuah kotak di simpannya semula ke dalam laci.
"Zana, are you okay?" tegur Aisya yang mematikan lamunannya. Pen yang tadinya ingin menari kini kaku kembali. "Okay je. Tiba-tiba teringatkan... Aisya dari library ke tadi? Ramai ke kawan-kawan kita dekat sana?" Zana cuba mengalih perhatian Aisya daripada terus bertanyakan hal dirinya. "Macam biasalah, muka yang sama je hari-hari. Zana, kalau rasa nak cerita apa-apa, Aisya dekat dalam bilik ye, jangan layankan sangat perasaan tu, peperiksaan akhir dah nak mula ni" pesan Aisya sambil berjalan menuju ke biliknya. Zana tersenyum hambar. _______________________
Semalam genap setahun pemergian Qaisy ke rahmatullah. Kejadian yang disangka tidak serius, rupa-rupanya bertukar wajah dan meragut kebahagiaan Zana sebagai seorang isteri. Zana redha kerana arwah pergi dengan cara yang paling tenang dan ketika seluruh ahli keluarga berada di sampingnya. Genggaman tangan Qaisy buat kali terakhir, walaupun lemah tak bermaya masih terasa hangat di tangan Zana. Dia tidak pasti, siapa yang harus dipersalahkan atas apa yang berlaku. Qaisy dijumpai dalam keadaan pengsan di atas lantai pejabatnya, tiada calar, tiada luka tetapi dia pergi buat selamanya. Zana tidak menyangka dia akan kehilangan suaminya walaupun Qaisy telah menunjukkan tanda-tanda positif untuk sembuh walaupun dia tidak sedarkan diri selama dua hari berada di hospital. Pelbagai ujian yang dijalankan oleh pihak hospital untuk mengesan punca dia tidak sedarkan diri. Tetapi penghujungnya gagal. Tiada kesan Qaisy diserang, tiada sebarang tanda yang menunjukkan dia sakit, tetapi tubuhnya semakin lemah setiap saat yang berlalu, dan 17 April menjadi tarikh yang tidak akan dilupakan Zana buat selamanya
Zana menarik kolar jaket yang sedia tersarung pada susuk tubuhnya. Terasa hangat seolah-olah Qaisy berada di sampingnya. "Kenapa awak pergi tinggalkan saya? Kenapa sedar hanya sesaat dua sedangkan awak tahu, awak akan pergi jauh?" Zana meluahkan perasaan marah yang terbuku dihatinya. "Sayang, saya tak pernah dan tak akan tinggalkan awak, saya dekat sini kan? Awak masih rasa kehadiran saya kan? Tapi sayang, hidup sentiasa bergerak ke hadapan, saya sentiasa ada di sini selagi awak belum bersedia untuk berdiri di atas kaki awak sendiri, mencari cinta yang sejati. Cinta terakhir awak bukan untuk saya, sayang awak kena faham." Suara Qaisy benar-benar mengubati kerinduan. Zana sendiri keliru antara realiti dan khayalan. Zana percaya Qaisy masih di sisinya. Tak pernah pergi jauh. Mana mungkin akan ada cinta sejati selain dia. Karut!
Zana mengemaskan nota yang bersepah di atas mejanya. Dia tahu dia harus fokus, peperiksaan akhir ini akan menentukan kejayaannya mendapatkan Ijazah Lanjutan Master bidang Seni Lukis. Tugasan akhir iaitu penulisan thesis dan hasil lukisannya telah pun dihantar, kini semua bergantung pada markah peperiksaan bertulisnya.
Usai solat Isya’, Zana terus merehatkan tubuhnya di atas katil. Dia mencapai jaket Qaisy yang tersidai pada kerusi. Entah kenapa akhir-akhir ini wajah arwah seringkali muncul dalam bayangannya. Terngiang di telinga saat gembira hidup mereka ketika membeli jaket tersebut. "Sayang suka yang macam ni kan? Yang serap peluh abang, jadi dia ada bau masam-masam sikit kan?kan?kan?" kata Qaisy sambil mencuit hidung isterinya, seronok dia mentertawakan reaksi Zana yang masam mencuka. Muncung sedepa segera hilang daripada wajahnya dan bertukar ganti kepada senyum dan tawa. "Ikut suka abanglah, tapi kali ni Zana nak bayarkan untuk abang. Hasil lukisan pertama Zana yang terjual dekat galeri hari ni." Tercapai niatnya untuk menghadiahkan sesuatu buat Qaisy daripada hasil titik peluhnya sendiri. Sebagai tanda kasih atas segala perngorbanan Qaisy buatnya.
__________________________
"Papa rasa baik Zana jual je galeri tu, biarlah orang lain ambil alih. Papa tak rasa Zana boleh uruskan seorang diri" kata-kata Papa menggores hati Zana, tapi dia pasti ada kebenaran dalam ayat Papanya itu. "Nantilah papa, bagi Zana sedikit masa. Zana ingat nak ambil ijazah lanjutan, buat sementara ni Zana boleh sewa galeri tu untuk pelukis-pelukis lain membuat pameran." Dia mengutarakan kehendaknya dengan harapan Papa akan faham. Galeri itu sangat bermakna buatnya, setiap sudut yang terbina ialah hasil lakaran arwah Qaisy. Mana mungkin dia mampu melihat hadiah teristimewa daripada arwah suaminya di ambil alih orang lain. Syukur papa bersetuju, Zana berjanji dia akan terus menghasilkan karya seni lukis untuk memastikan kewujudan galeri itu, tetapi dia mahu melanjutkan pengajiannya terlebih dahulu. Dan kini, impiannya semakin hampir.
_________________________
Selesai majlis graduasi, Zana terus ke galeri seni lukisnya. Dari dalam kelihatan Andy sedang berbual dengan pelanggannya. Andy lah yang menguruskan segala urusan melibatkan galeri tersebut semenjak pemergian Qaisy. Andy merupakan rakan Qaisy sejak di universiti. Zana tidak pernah mempersoalkan kebolehan Andy, dia percaya Andy mampu meneruskan segala kerja yang ditinggalkan oleh arwah. Andy juga berjanji untuk membantunya selagi Zana belum menggenggam ijazah yang dicita-citakan. Andy tahu dan pasti, ijazah itu sahajalah yang akan mengubat sedikit kehilangan di hati Zana. Sepanjang pengajiannya juga, Andy lah tempat dia berkongsi cerita, teman ketika dia perlu menyelesaikan thesisnya. Kepada Andy juga dia akan pergi untuk meminta pandangan terhadap hasil kerja seninya. Andy lah menjadi pendengar setia saat dia benar-benar rindukan kehadiran Qaisy di sisi.
"Andy! Finally, I’ve owned it. My Master in Arts!" Zana teruja menunjukkan segulung ijazah yang begitu bermakna buatnya. "Alhamdulillah…" manis senyuman di bibir Andy. Zana, ada perkara yang Andy nak bagitahu pada Zana ni. Kita berbual di pejabat sekejap?" balas Andy sambil menghalakan pandangannya ke pejabat. Andy memberitahu bahawa dia menerima tawaran untuk membuka perniagaan di Manila, dia telah menunggu beberapa minggu untuk berkongsi berita itu dengan Zana, dan dia pasti, Zana juga gembira kerana galeri itu sudah pasti dapat diuruskan oleh Zana semula. Selesai Andy menyampaikan hasratnya untuk menerima tawaran tersebut, Zana segera menghulurkan kotak berisi gelang yang telah berada kemas dalam simpanannya beberapa minggu lalu kepada Andy. Andy memahami keadaan Zana. Dia akur, pasrah dia mengambil kotak tersebut dan memasukkannya ke dalam beg sandangnya dan terus keluar dari pejabat tersebut tanpa menoleh kepada Zana. Zana kaku, dia tidak pasti apa harus dia lakukan sekarang. Terasa Andy semakin jauh, seolah-olah dia beredar membawa bersama kekuatan Zana. Hatinya berdebar. Tak mungkin dia akan kehilangan buat kali kedua.
"Sayang, awak kena beritahu dia apa yang awak rasa. Sayang, Qaisy tak akan lama lagi di sini, satu hari nanti awak akan sedar dari mimpi ni, dan awak akan keseorangan kalau awak biarkan cinta sejati awak berlalu. Bangunlah sayang, tinggalkan Qaisy dengan tenang. Sesungguhnya Tuhan lebih tahu siapa yang terbaik buat sayang. Jaga diri sayang baik-baik, abang tak akan ada lagi bila sayang terjaga nanti. Buatlah pilihan yang terbaik sayang, kebahagian Zana akan membuatkan abang tenang di sana." Kedengaran semakin sayup suara Qaisy di cuping telinga Zana. Saat dia tersedar dari tidurnya, dia merasakan air matanya membasahi pipi. Dia menggenggam erat jaket hitam milik arwah, dia tahu kini Qaisy telah benar-benar pergi.
Apa yang dimimpikannya, Andy yang kelihatan pergi jauh dalam mimpinya… adakah itu petanda dia harus meneruskan hidup, mengorak langkah tanpa mempersoalkan takdirnya lagi? Hanya Tuhan yang tahu. Zana segera mengambil wudhuk. Dia menunaikan solat istikharah dan berdoa agar Tuhan memberikan dia petunjuk untuk membuat pilihan yang terbaik. Dia membuka laci mejanya dan mengeluarkan kotak berisi gelang tersebut. Ayat yang tertulis cukup ringkas, tapi benar-benar membuat Zana keliru.
"Qaisy will never be replaced, but I know there’s a space for me too in your heart. I’ll wait for you. –Andy-"
Ayat yang mengandungi dua nama lelaki yang membahagiakan hidupnya. Zana benar-benar mengharapkan petunjuk. Dia kini menyayangi kedua-duanya, tetapi dia tidak mahu melupakan Qaisy, dia juga tidak mahu Andy terluka.
_________________________
"Baby, your jacket" Andy menyarungkan jaket hitam ke tubuh Zana. Jaket yang sama milik Qaisy, tetapi membawa erti baru apabila kini Andy yang seringkali menyarungkannya kepada Zana setiap kali bilik pameran di galeri terasa dingin. Zana gembira kerana Qaisy tidak terus meninggalkannya keseorangan. Mungkin ada hikmah disebalik pemergiannya. Sesungguhnya Allah S.W.T. lebih mengetahui dan Zana akur dengan takdirnya, jodohnya. Andy kini tiang kekuatan Zana, dia memberikan kebahagiaan yang disankah tiada peluang kedua. Galeri Zana kini diuruskan oleh mereka berdua. Perjalanan hidup masih panjang, dan mereka sentiasa berdoa agar segalanya dapat dilalui bersama. InsyaAllah. Aminn....
Saat cinta datang lagi, Tidak bermakna kasih Qaisy dilupa, Saat cinta datang lagi, Meniup kekuatan dalam jasad yang lemah, Mengubati kerinduan yang teramat dalam, Tidak bermakna cinta Qaisy sudah tiada, Semalam sentiasa dalam ingatan, Tetapi hari ini sayang akan hadapi dengan kekuatan. Terima kasih Qaisy. Kerana memberi peluang Zana merasakan kebahagiaan kali kedua. Meskipun tidak akan pernah sama dengan kasih Qaisy. Zana bahagia. Moga Qaisy tenang di sana... Aminn..
bestnyer citer ni, menyentuh hati, tapi mungkin akan ader y mempersoalkan mengenai kewujudan qaisy y hadir dalam mimpi Zana. whatever pun, congrat's to writer. Semoga terus maju dimasa hadapan.
pengajaran yg aku dpt : cinta tak semestinya bersatu. bile Allah lebih sayang org yg kite sayang,kite kene redha. then, ne yakin Allah akan beri yg terbaik unt kite... ~big clap~to the writer
betul tu,,, nice story cinta tak semestinya bersatu.... tapi kehilangan itu adalh sesuatu yg menyakitkan apatah lagi kalau insan yg paling kita sayang.......
thanks to everyone for reading my story and thanks for each positive feedback :) still new in writing. harap tak menghampakan ;D
-Dahlia-
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
bestnyer citer ni, menyentuh hati, tapi mungkin akan ader y mempersoalkan mengenai kewujudan qaisy y hadir dalam mimpi Zana. whatever pun, congrat's to writer. Semoga terus maju dimasa hadapan.
[notakaki] takutnya untuk hadapi kehilangan