Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Sebaik sahaja tamat kuliah,seperti biasa,aku mengikuti Mimi kembali ke asramanya.Kini,sudah genap empat bulan aku meninggalkan keluarga tersayang di kampung halaman.Aku sering dilanda perasaan kesepian memandangkan kebanyakan rakan asrama akan kembali ke kampung halaman setiap hujung minggu.Aku pula,hanya dapat menjadi penjaga di asrama memandangkan kampung halamanku jauh di Sarawak.Tambahan pula,teman-teman dari kampung halaman menetap di asrama yang lain.
Sebenarnya aku bukan sahaja kesepian setiap hujung minggu,tetapi aku sering dilanda perasaan ketakutan setiap kali menjejakkan kaki ke dalam bilikku di asrama.Masihku ingat,empat bulan yang lalu,petama kali menjejakkan kaki ke dalam bilik ini,bulu romaku terus meremang dan aku diserang perasaan tidak tenteram.Dapat aku rasakan ada seseorang yang memerhatikan setiap pergerakanku.Lantas ingatanku beralih kepada gadis yang baru keluar dari bilikku pada kala aku membuka pintu tadi.Gadis berbaju merah dengan wajahnya yang pucat itu menjelingku dengan renungan tajam tatkala kami berselisih di hadapan pintu bilik.Pada mulanya aku jangkakan gadis itu bakal rakan sebilikku,namun jangkaanku salah.Teman sebilikku,Choo dan Teng Teng agak sibuk mengemas barang-barang mereka semasa aku memasuki bilik tersebut.Aku mengambil kesempatan bertanya tentang gadis yang baru keluar daripada bilik kami.Namun jawapan yang diberikan amat mengejutkan kerana mereka menafikan kehadiran gadis tersebut selain diri mereka sendiri yang berada dalam bilik tersebut sehinggalah ketibaan aku.Tiba-tiba bulu romaku meremang,aku berasa dingin dan dapat aku rasakan juga jelingan tajam yang diikuti oleh suara hilaian halus dari arah belakangku.Aku menepis perasaan takut tersebut dengan memberitahu diri semua itu hanya khayalanku sahaja. Oleh kerana kami bertiga berlainan kursus dan masing-masing sering sibuk dengan pengajian,maka kami jarang berada bersama di dalam bilik melainkan waktu malam.Sering kali aku berada keseorangan di dalam bilik pada waktu petang sehinggalah Choo dan Teng Teng kembali pada waktu senja.
Setiap kali aku berada keseorangan di dalam bilik,aku berasa seram sejuk dan serba tak kena.Asalkan aku memejamkan mata untuk tidur petang,akan kedengaran suara bisikan di cuping telingaku.Pada mulanya aku jangkakan suara itu datang dari siaran radio dari bilik sebelah,namun lama-kelamaan aku pasti bahawa suara itu datangnya dari bilikku sendiri.Masih aku ingat pada petang itu,sebaik sahaja aku melelapkan mata,tiba-tiba kedengaran,"Nancy,bangun Nancy…"Buka sahaja mata,tiada sesiapapun di dalam bilikku melainkan aku sendiri.Melelapkan kembali mata,suara yang memanggil-manggil namaku muncul semula dan pada ketika itu juga dapat aku rasakan ada tangan dingin yang mengusap-ngusap rambutku sambil diiringi oleh hilaian halus.Apabila mendapati tiada orang lain melainkan diriku sendiri,maka aku lantas meninggalkan bilik tersebut.Sejak hari itu,aku sedar bahawa bilikku didiami oleh seseorang yang lain selain aku dan dua orang lagi rakan sebilikku itu.Pernah juga sekali semasa aku kembali dari kuliah dengan membawa buku-buku yang aku pinjam dari perpustakaan,aku meminta Choo untuk membukakan pintu bilik untukku kerana dapatku dengar suara dari bilik.Agaknya Choo dan Teng Teng tamat kuliah lebih awal pada hari tersebut.Aku memanggil-manggil nama Choo dan Teng Teng dan dapatku dengar seseorang menyahut panggilanku.Namun pintu bilik tidak juga dibuka.Aku menjadi panas hati kerana jangkakan Choo dan Teng Teng mengusikku dengan tidak mahu membuka pintu bilik tambahan pula aku berasa letih membawa buku-buku yang berat itu.Aku mengeluarkan kunci bilik dan sebaik sahaja pintu bilik dibuka,aku menjerit kecil untuk memarahi mereka.Namun aku kehilangan kata-kata apabila mendapati bilikku kosong tanpa sesiapa di dalamnya.Perasaan seram menyelubungi diriku pada masa tersebut.
Aku tidak pernah menceritakan apa yang berlaku kepada Choo dan Teng Teng kerana aku tidak ingin menakutkan mereka.Cukupkah aku seorang sahaja yang menderita berbanding dengan tiga orang menderita ketakutan.Oleh itu,setiap kali tamat kuliah,aku akan mengikuti rakan sekuliah,Mimi kembali ke asramanya dan aku hanya akan kembali ke asrama sendiri pada waktu senja iaitu bersamaan waktu Choo dan Teng Teng kembali ke asrama.
Malam itu,aku,Choo dan Teng Teng berbual sampai lewat malam.Kami begitu gembira bercerita tentang kisah masing-masing sambil diiringi oleh gelak ketawa.Tanpa disedari oleh kedua-dua rakanku itu,aku sedar bahawa setiap gelak ketawa kami diiringi juga oleh hilaian halus ‘si dia’.Dapat juga aku rasakan dia berada di sebelahku.Aku sedar ‘si dia’mengikuti setiap perbualan kami dan diriku mula diselubungi perasaan seram sejuk.Aku mula berasa tidak tenang.Mungkin memandangkan keadaan aku yang kegelisahan,maka Choo dan Teng Teng pun bertanyakan keadaanku.Sebaik sahaja aku ingin membuka mulut membalas pertanyaan rakan-rakanku itu,tiba-tiba aku rasakan rambutku ditarik dengan kuat oleh seseorang dan pada ketika itu juga bilik kami menjadi gelap gelita.Aku menjadi semakin takut dengan keadaan tersebut lalu menarik selimut menutupi diriku.Namun sebaliknya pula dengan Choo dan Teng Teng yang menganggap kemungkinan lampu bilik kami rosak. Pada ketika itu aku terdengar Choo mengatakan dirinya yang ingin ke tandas lalu membuka pintu bilik.Sebaik sahaja pintu bilik ditutup,aku dapat mendengar bunyi hilaian yang menyeramkan.Aku lantas menarik tangan Teng Teng yang aku kira duduk di sebelah katilku.Aku mengenggam seerat-eratnya tangan Teng Teng dengan terketar-ketar.Mungkin sedar akan keadaan aku yang tidak tenteram,maka Teng Teng membelai-belai lembut rambutku.Aku tidak sedar bila diriku terlena.
Keesokkan harinya,apabila bangun dari tidur,aku mendapati Choo dan Teng Teng tidak berada di dalam bilik.Mungkin mereka telah ke kuliah agaknya.Hari ini aku tidak dapat ke mana-mana kerana badanku yang tidak sihat.Mungkin akibat perasaan ketakutan semalam menyebabkan diriku menjadi letih dan tidak bermaya.Tiba-tiba pintu bilik dibuka dan dalam keadaan samar-samar aku mendapati seseorang seperti susuk tubuh Teng Teng dengan pakaian berwarna merah berjalan ke arahku.Walaupun keadaan badanku agak letih pada ketika itu,namun dapat aku rasai Teng Teng yang berada di depan mataku agak berlainan dengan Teng Teng yang aku kenali.Gadis tersebut terus duduk di sebelahku memegang erat tanganku sambil melemparkan sebuah senyuman kepadaku.Aku terus sahaja berasa seram dengan keadaan tersebut.Aku pasti itu bukan Teng Teng,rakan sebilikku.Aku pasti kerana rambut Teng Teng tidak sepanjang rambut gadis yang duduk di sebelahku pada masa ini.Teng Teng pula seharusnya sedang menghadiri kuliah pada waktu ini.Tangan gadis tersebut pula amat dingin rasanya.Setelah mengamati gadis tersebut dengan teliti,aku mendapat wajah itu sama dengan wajah gadis yang aku temui di pintu bilik pada empat bulan yang lalu.Kini aku sedar siapa yang berada di sisiku ini.
Aku lantas menarik tangan ingin menepis tangan dingin yang menggengam erat tanganku itu.Pada masa itu juga si gadis yang menyerupai wajah Teng Teng memandangku dengan pandangan yang tajam.Aku menjadi takut dengan jelingan tersebut lalu membuka mulut ingin menjerit.Pada masa itu juga gadis yang menyerupai Teng Teng bertindak mencekik leherku.Aku menjerit-jerit lemah sambil meronta-ronta ingin membebaskan diri.Namun tenaga gadis tersebut lebih kuat dan aku hanya mampu menjerit-jerit lemah.Semakin aku menjerit dan meronta-ronta,gadis tersebut juga semakin kuat cekikannya dan kini diiringi pula dengan bunyi hilaian yang menyeramkan.
Dalam keadaan yang kelam kabut ini,tiba-tiba pintu bilik terbuka lalu Choo meluru masuk diikuti oleh beberapa rakan yang lain dan aku tidak sedar apa yang berlaku selepas itu.Apabila aku sedarkan diri,aku mendapati diriku berada di bilikku dikelilingi oleh beberapa rakan termasuk kedua-dua orang rakan sebilikku.Masing-masing sibuk bertanya apa yang berlaku namun aku hanya mampu membalas dengan pandangan lemah.
Sejak peristiwa tersebut,aku semakin takut untuk berada di dalam bilikku.Aku cuba memohon pertukaran bilik tetapi permohonanku tidak diterima oleh warden asrama dengan alasan tiada bilik kosong untukku.Perasaan takutku semakin menjadi-jadi apabila Choo mengatakan pada malam lampu bilik kami rosak,dia dan Teng Teng berada di bilik rakan yang lain berbual hingga lewat malam.Kini sedarlah aku bahawa yang menemani aku pada malam itu bukannya Teng Teng.Mahu sahaja aku meninggalkan tempat ini dan kembali ke pangkuan keluarga pada masa itu juga.Sejak daripada hari itu ,aku mula sibuk mencari bilik sewa yang berdekatan dengan kolej.Aku akhirnya berjaya menyewa sebuah bilik yang berdekatan dengan kolej.Walaupun sewa bilik agak mahal,namun yang penting,aku dapat melepaskan diri daripada gangguan ‘si dia’ dan meneruskan pengajianku dengan hati yang tenang.Segala-gala yang berlaku akanku anggap sebagai mimpi ngeri yang aku alami sepanjang tempoh berada di asrama dan semua yang berlaku menjadi misteri dalam diriku.
seram lh citer hantu ni...tp nk tanya ckit hntu tu "lesbian" ker? sebab suka pegang tgn si nancy tu and belai2 rambut dia he2,jgn marah ek! just rasa ingin tahu jer.
ha ha...citer nie rekaan sahaja..pengalaman diri tak berani la nak siarkan..takut 'benda' tu datang cari i nanti..:> sy cadangkan cerpen sy ya lain...arwah mak cik siti n sambungan arwah mak cik siti...
tanpa nama..sy duk kt kolej redang...perhentian byk cte ek?hehe
to writer...good job...truskn usaha k..=) ~suke cite seram tapi penakut~
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
menakutkan...
teringat pengalaman duduk di asrama...